July 6, 200421 yr comment_28058 Assalamualaikum.... Salam sejahtera Kepada puteranians® sekalian ; ringakasan akta urusniaga related IT Produk / dan barangan yang sesuai untuk berurusniaga RULES YANG SEPATUTNYA DIIKUTI & DIPATUHI DALAM URUSAN JUAL BELI FORUM PUTERA.COM *Pastikan informasi yang anda berikan tepat, lengkap. *Pastikan menggunakan tag asas jual beli samada [nb] / [nj] @ [wts] / [wtb] *Sebab jual (reason for sale) keadaan barang ( telah dilampirkan pada template) *Cara pembayaran e.g COD, nego dll (terpulang atas dasar bicara antara penjual dgn pembeli) *Berani berisiko, sebarang urusniaga atas risiko sendiri. *Membuat laporan dengan kadar segera kepada moderator sekiranya ada kekeliruan *Jangan kacau topik orang yang berurusniaga dengan hanya memulau apa yang di wartakan *Setiap trader layak membuka satu topik sahaja untuk berurusniaga pada sesuatu masa.Sila gabungkan kedalam satu template yang kemas dalam satu topik.Jika ada lebih dari satu topik pada sesuatu masa, topik itu akan dikunci atau dipadam sama sekali. PENTING !! ::Referral link tidak dibenarkan(referal link item yg dijual di forum lain) :: Jangan sesuka hati menjalankan sesuatu tugas/ambil alih/ciplak (dengan niat menolong) tetapi tanpa kebenaran si penjual atau sebaliknya :: pemula topik boleh tutup sendiri topik dengan menggunakan function moderator option.) ::Quotekan apa yang perlu sahaja, gambar yang sedia ada tidak perlu untuk mengelakkan kesesakan server putera ::BUMP Posting dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh 24jam.Jika ada yang melakukan BUMP lebih dari yang dibenarkan. Warn level anda akan di naikkan tanpa notis. indirect BUMP juga tidak dibenarkan sama sekali ! antara contoh indirect BUMP ; - "mari -mari beli barang murah" - "pm dibalas !" (strictly no one line ugpm) - & sebagainya *****ITEM-ITEM YANG DIBENARKAN :***** - Hardware @ software (original) - Technology lain seperti handset @ permainan konsol dibenarkan - Item² yang berpontensi jualannya boleh dipertimbangkan !!TIDAK DIBENARKAN Jualan langsung/skim cepat kaya/MLM (multi level marketing) (sekiranya ada, warning kepada user, topik akan diclose @ didelete tanpa notis) - Barang² mengarut...tidak masuk akal..barang purba berazimat..tahyul sebagainya - makanan.. dan produk produk kesihatan - RUMAH/TANAH/KERETA../AUTOMOTIV dan seumpama dengannya - Unauthorised copies/Cetak Rompak : music, movies, television programs, books, photographs seperti yang telah ditetapkan oleh Hakcipta. PREPAID SERVIS tidak dibenarkan sebarang urusniaga, e-prepaid, bisnes prepaid.referral prepaid link. Kelonggaran syarat & peraturan diberikan untuk phone simpack, starter pack, prepaid number. USER YANG MASIH BERDEGIL DAN TIDAK SUKA MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN SILA CALONKAN DIRI UNTUK KENA BANNED Reference Rate Pos Malaysia Pos Malaysia Tracking Istilah-Istilah yang digunakan dlm ruangan Jual Beli Putera: [NJ] = Nak Jual [NB]= Nak Beli [NT] = Nak Tolak [NL] = Nak Lelong [NC] = Nak Cari [NK] = Nak Komplen DSM = Dengan secepat mungkin PWT = Penghantaran Wang Tunai DKB = Dalam keadaan baik Untuk mengemaskinikan ruangan Jual Beli, sebarang thread/tajuk akan di padamkan jika tidak aktif dalam semasa 30 hari. Sekian, terima kasih. Sekian , zer0Nehza Edited December 6, 201114 yr by akuccputsedut updated 11 July 2010 Report
May 6, 200521 yr comment_143970 Kepada siapa yang berkenaan,Topik ini di buka untuk cadangan dan laporan dari semua ahli jual beli @putera.Di dalam ruangan Jual & Beli kat forum putera ni, untuk computer & lain servis berkaitan dengannya. Jadi topik-topik yang tak berkaitan pun ada, tapi jangan la sampai taruk title "Cuba Fikir" "Tenaga Batin" "Jual Motor" dan lain-lain kerana ini bukan topik IT ni.Dan kepada semua pengunjung putera, harap jangan la kacau "thread" orang lain,dah ada function untuk buka new thread tu, bukak la topik sendiri.Satu lagi tuan punya thread tolong la close sendiri topic kalau dah setel urusan bagi kemudahan pemantau/modSekianArmand. Edited September 20, 200619 yr by ikan_semilang Report
May 6, 200521 yr comment_144119 ahaks. aku tau sape yg ko maksudkan. aku pun berbulu je ketiak aku tengok camtu. tang jual moto tu aku leh terima lagi la. jual pil tenaga batin tu aku neutral la tak kisah la sebab tujuan tu nak menjual.tapi yang suruh "cuba fikir" tu..aku takleh terima. kaco thread orang .. aku pun taleh terima WALAUPUN tujuan nak menjual, tapi takde etika.dan, ini PM yg aku terima;Terima kasih la kerana tegur saya dgn kata2 kesat awk tu....saya tak kisah tapi kalau boleh beradab la sikit....kita kan member seforum....saya sikitpun takda niat buruk...jangan la senang2 kata org keji...saya pun mcm org lain ada hati dan perasaan, kalau ada apa2 tak puas hati tegur la elok2....saya boleh terima...jadi,beginilah orang Melayu. kita tegur,dia kata kita lempar kata-kata kesat. dia punya "terima kasih" tu pun tak ikhlas sangat bunyinya dan sound pulak "kalau boleh beradab la sikit" - tapi dia tak beradab masuk rumah orang lain (kacau thread orang lain) tu tak diambil kira pulak.hebat. Report
May 7, 200521 yr comment_144475 hahahhaha.. paling aku tergelak korg tau apa??.. tanya si zeronehza.. ader sorg mamat tuh nak jual batu geliga ke hapa ntah.. tah sampai braper minit si zero dah babai kt dia pastuh closed kan thread tuh.. kehkehkehkeh.. kelakar betul, camtuh punya org pun ada ka.. pssst.. tanak buat tag safetrader cm LYN ker??.. den dah jadik safetrader kek sano.. Report
May 7, 200521 yr comment_144477 lagi satu armand, zero.. kalo bole korg pantau la sket reply-reply yg menyakitkan hati tuh.. cth aku bg camni.. Tgk Sini .. dlm pada org tgh cerita pasal nak jual ram, bole menyampuk plak buat promote prepaid.. kalo ye pun, agak-agak la.. buat la topik sendiri.. Report
May 7, 200521 yr Author comment_144486 ader setengah x leh msk akal tuh aku delete terus.. ader gak aku dh sound,.. ok trimas seme sbb kasik cadangan.. kekadang pon aku x terperasan gak ader spesis sker wat kaco ginih... hehehe.. .trimas lagi sbb ader yg pm aku..report pos... so lebih menyenangkan... kekadang masa x mengizinkan Report
May 7, 200521 yr comment_144504 kkadang pun ada yg nk jual baju jersi, takpun seasoned stuff macam minyak wangi valentine. itu aku leh terima even bukan barang2 IT - tapi agak agak la.barang prepaid pun OK jugak sebenarnya. tapi bila dah ada kaitan kena join situ sini, agak berbulu juga la (nak letak bulu ape laie aku ni,selain ketiak)kalo nk jual prepaid, tapi gune sistem downline sume tu, aku suggest mcm ni la - macam ada sorang tu aku pasan dia buat (kat loyat kot). dia jual prepaid, jual juga tapi dia encourage orang jd downline dia kalau nak dapat lagi murah. orang beli barang sebab nak dapat harga yg murah. nak servis yang bagus. kualiti barang yang tip top. bukan nak direndahkan mentalitinya.p/s: phreak .. ape yg aku post ni adalah berkaitan dg org yg ko link kan tu. Report
May 7, 200521 yr comment_144521 Aku rase macam nak lempang orang promote prepaid kat aku.Aku try gak daftar.. mana tau jadi jutawan. tapi hampeh...habis duit aku (RM100). isk... kacau..kacau. Report
May 10, 200521 yr comment_145930 :off topic: apsal!? tak betul ker mende tu? ingat cam nak masuk gak.... buat la cam lowyat.net tu... takyah masuk apa apa program pon tapi dapat gak prepaid murah.... kalo ada jual kat sini sure laku nyer...mmm... betul... jgn kaco thread org lain..... same cadangan cam phreak_id, putera.com taknak buat tag 'safe trader' (peniaga selamat!?) ker? Report
May 10, 200521 yr comment_145948 hahahhaha.. paling aku tergelak korg tau apa??.. tanya si zeronehza.. ader sorg mamat tuh nak jual batu geliga ke hapa ntah.. tah sampai braper minit si zero dah babai kt dia pastuh closed kan thread tuh.. kehkehkehkeh.. kelakar betul, camtuh punya org pun ada ka.. pssst.. tanak buat tag safetrader cm LYN ker??.. den dah jadik safetrader kek sano.. ←Ye lar..kalau boleh buat tag safer trader. Tapi kene tanya admin la. Hehehe..tahniah phreak_id untuk safer trader. Tapi sucessful list boleh refer kat saner ker? Kalau kat sini mmg sah la aku tak dapat. Nota: Aku cukup benci kalau org promote join buat duit bermodalkan RM?. Kalau nak senang bukan jalan camtu, kene berusaha. Report
May 11, 200521 yr comment_146425 mmg ok kalo nak buat, cuma aku rasa, kalo boleh, safetrader kt sini biar lagi secure.. cth, safetrader kena bagi info detail termasuk salinan kad pengenalan dan sebagainya.. tp entahla.. mungkin terlalu awal utk putera.com kut .. Report
November 27, 200520 yr comment_231225 Huhu...sungguh straight peraturan kat sini...Itu pasal la ramai yg merebak kat Edagang, kerjaya ngan eduit tu...Jual barang2 MLM...ebook la... Report
September 20, 200619 yr comment_360202 Sebarang perkara yang tidak berkaitan dgn it akan di delete tanpa penuh bicara. Report
October 18, 200619 yr comment_370757 Actually aku pun tak sure dah ade ke belum.Kalau ade delete jerk la** jgn banding rege BULK dgn rege retail## jgn dok nyebok kat thread org kalau tak berminat nak beli.Kalau nak beli.BUleh nego ngan seller.Kalau die taknak bagi.Pedulikkan jerk.Ape susah?Jgn beliTambahan utk Istilah-Istilah yang digunakan dlm ruangan Jual Beli Putera: WTS - Want to SellWTB - Want to BuyWTF - want to findWTC - Want To Complaint@ mane2 short form yg biase digunakan utk Forum2 lain Edited October 18, 200619 yr by sarge Report
November 8, 200619 yr comment_376802 Huhu...sungguh straight peraturan kat sini...Itu pasal la ramai yg merebak kat Edagang, kerjaya ngan eduit tu...Jual barang2 MLM...ebook la...Ketegasan itu perlu....ini untuk kebaikan bersama.....tegur bukan ertinya marah atau benci... Report
December 23, 200619 yr comment_395249 !!NO PREPAID SERVICE/AGENT/DEALER kalo starter pack boleh ka? Report
January 2, 200719 yr comment_399451 nak cadangkan la...successful trades punya thread dah ada kan? apa kata buat utk yg gagal punya..ye lah..utk guide user kat sini..mana tau ada malaon2 yang cuba nak mengambil kesempatan kan....dan Jual Beli di Putera ni kena lebih secure..tu je nak cakap..thanks~ Report
January 3, 200719 yr comment_399652 nak cadangkan la...successful trades punya thread dah ada kan? apa kata buat utk yg gagal punya..ye lah..utk guide user kat sini..mana tau ada malaon2 yang cuba nak mengambil kesempatan kan....dan Jual Beli di Putera ni kena lebih secure..tu je nak cakap..thanks~Yg gagal punya boleh masuk sekali kat dlm thread successful list. Kat sini jrg ade conman melainkan kat LYN. Report
January 3, 200719 yr comment_399789 oho...kalau cam tu bagus la..risau gak~ hihihi LYN selalu eik.. Report
January 7, 200719 yr comment_401165 saper yang sepatutnya 1st..seller post nye barang atau buyer bank in nye duit?mayb berlaku penipuan x?that mean buyer xbayar selepas barang dapat atau seller xpost nye barang selepas duit dapat..atau pun ini salah satu daripada risk yg perlu diterima dgn rela hati.. Report
January 7, 200719 yr comment_401178 saper yang sepatutnya 1st..seller post nye barang atau buyer bank in nye duit?mayb berlaku penipuan x?that mean buyer xbayar selepas barang dapat atau seller xpost nye barang selepas duit dapat..atau pun ini salah satu daripada risk yg perlu diterima dgn rela hati..ku tak fhm!!explain boleh??? Report
January 7, 200719 yr comment_401182 saper yang sepatutnya 1st..seller post nye barang atau buyer bank in nye duit?mayb berlaku penipuan x?that mean buyer xbayar selepas barang dapat atau seller xpost nye barang selepas duit dapat..atau pun ini salah satu daripada risk yg perlu diterima dgn rela hati..ku tak fhm!!explain boleh??? Inilah realiti dunia "perniagaan"...hak hak....masing masing takmo mengalah Report
January 7, 200719 yr comment_401243 Inilah realiti dunia "perniagaan"...hak hak....masing masing takmo mengalah You are reminded that the banking in of money to the account of somebody you do not know in the expectation of shipment is extremely risky and should not be practiced.aku terbaca dlm lowayt...camner nak kenalpasti yg org yg nak deal dgn kita tu nak menipu,jujur ke tak dan sebagainya??korang tolong jelaskan... Report
January 18, 200719 yr comment_406682 Assalamualaikum..ahli baru ingin tumpang berbicaraBro Scorps, kalau dlm lelong.com ada sistem rating,kita boleh tengok rating penjual berdasarkan maklumbalas yang diterima dari urusan2 jual beli/lelongan sebelumnya,dan juga ada sistem "verified user".untuk putera.com/tanya,cuba rujuk thread successful trades.kalau nak selamat,better COD,lebih2 lagi kalau barangan berharga seperti laptop.Sangat2 berisiko untuk bank-in duit ke dalam akaun penjual yg kita tak kenal hujung pangkalnya.Kebiasaanya penjual takde masalah jika pembeli ingin berurusniaga secara COD, jika reasonable la jaraknya.mungkin kalau penjual di kelantan tapi pembeli kat jb kalau nak COD mungkin susahla.Mungkin ada beberapa petanda yg membolehkan kita berasa ragu2 dgn ketelusan penjual:1) penjual mendesak supaya bank-in duit secepat mungkin dan enggan COD tanpa sebab2 yg munasabah2) tiada maklumat terperinci mengenai barang yang dijual/status barangan yg samar2 (3) harga terlalu murah dari harga pasaran sampai tahap tak masuk akal/too good to be true (selalunya berselindung disebalik status harga kastam/display item/hadiah cabutan bertuah ). kat sini paling ramai org mudah terpedaya.Untuk bro jeux_z, saya sering berurusniaga di dalam lelong dan Alhamdulillah setakat ni blom pernah tertipu lagi, dan ya memang kebiasaannya pembeli mesti bayar/bank-in terlebih dahulu sebelom barang di pos oleh penjual.Banyakkan membuat rujukan terhadap latarbelakang/sejarah urusniaga penjual dan hanya berurusniaga setelah benar2 yakin, Insya Allah selamat.Dan..kalau ada sebarang user yg dikenalpasti sebagai conman..eloklah identitynya dihebahkan supaya tiada sesiapa menjadi mangsa yang selanjutnya.Terima kasih,sebarang salah silap saya dahului dengan ampun maaf.Wallahua'lam Report
Join the conversation
You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.