Jump to content
Sign in to follow this  
DarkWan

Projek Dokumentasi Putera.com (pdp)

Recommended Posts

PDP : Dancing In The Sky But Don’t Forget Your Roots

No ! I am not talking about Digital’s PDP. I am talking about Projek Dokumentasi Putera.com.

We believe that we learn when we teach. By education people somehow, we learn new thing that we didn’t discover during our conventional learning. We learn when we teach. We teach when we learn.

There are some people – maybe because that they’re proud of themselves, they didn’t want to teach another people. They always think that they’re superior to the other people. So, they resist teaching. Contrary to these believes, we believe that – actually they have only a little knowledge. By acting that they know about anything, actually they have nothing!

Computer technology is ranging from hardware to software and so so. There is so many thing that we can learn. Even in software, we have database, programming, multimedia, security any many sort of thing. So, there are no people that can declare they know everything! No one, including capitalist like Bill Gates until honest and humble Linus Torvalds.

Maybe you’re on your peak now. A system administrator of so-called evil-empire company; or just administering your T1 connection server from home. You’re dancing in the sky now – but don’t forget where you come from. You’re not born with these tremendous skills or inherit it from your family’s DNA. You got this knowledge it from other’s text. Something is missing here – oh I know now - they do DOCUMENTATION!!!

Support Projek Dokumentasi Putera.com now by contributing your computer-related articles. Reach me at [email protected]

p/s: Memula aku cadang nk wat projek ni global. mcm Projek Guttenberg. Takpon LDP. Tu pasal la aku taip dlm English (Standard 3 lang wink.gif ). Pikir2 balik, besar sgt impian aku ni. So aku beralih la kat projek lebih kecil utk Putera.com.

Share this post


Link to post
Share on other sites

argh.. ko nih pakai ayat skema2 nih.. paham ke? .. hohoh.. patut tadak orang reply je.. orang yang seen banyak smile.gif

p/s kalau tadak orang nak support kita buat dua orang pun tak kisah.. hohoh..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ni mmg skema orangnya. budak2 kantoi isap rokok kat skolah dulu aku la yg report ha ha ha

psl support .. kalo dah terbukak hati derang .. ada la. satu je .. never give up. melainkan aku dah mati dan ko pon dah mati. masa tu kalo takder sape nak teruskan .. PDP mati sama ngan aku dan ko la.

rimau mati tinggalkan belang. aku mati tinggalkan tulang. keh keh keh ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

skema ? tau skema ape.. skema tu adalah scheme dalam pembinaan laman web dalam mencari padanan warna yang paling matching... cam silver ngan putih.. aaa.. tu skema lew..

Share this post


Link to post
Share on other sites

wei izwan .. aku da tuko sket. ko nyer code plak aku susah nak baca. keep 'code readability' in mind lain kali ok. dah ler banyak table.

ko pakai windows98 eh. apsal banyak fail .JPG. huruf besau. aku paling tak suka huruf besau2 nih. nak tukar susah.

pasal banner .. aku guna paint jer tu hak hak hak.pc aku ni takde photoshop. aku kena buat kat office jugak baru jadik. tak mampu beli photoshop la bai.

visit Laman Web Projek Dokumentasi Putera.com : PDP - version 1.0 hotfix 1 laugh.gif keh keh keh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Darkwan weh..aku tgh buat nih..crystal report, tapi aku buat dalam word le..takpe kan?..tapi lum siap lagik..nanti dah siap, Insyallah aku mail kat ko..tapi kalo ko nak le..

Izwan tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

lor ... meh ler artikel CR ko tu nagakeciks. dialu-alukan sangat ! dalam Word ke .. dlm PDF ke .. yg penting ada. pastu pepandai la kitorang buat balik dlm design kitorang. jgn risau - nama ko masih ada.

pastu .. perhatian utk mana-mana penyumbang lain yang berminat - artikel mestilah asli dan sekiranya ia diterjemahkan daripada mana-mana artikel dalam bahasa lain, mestilah diperjelaskan sumbernya. ini untuk mengelakkan daripada masalah hak cipta. itu sahaja. hak cipta terhadap artikel tersebut masih dipegang oleh korang, cuma kami di PDP bertindak sebagai pemegang amanah hakcipta tersebut utk korang. (btul ke ayat aku nihs)

utk mengelakkan masalah, aku dg izwan stick kat satu web sementara : http://pdpnara.tripod.com utk webpage Projek Dokumentasi Putera.com yg sblm ni adlh web PDP utk NaRa (Izwan). laman yg rasmi akan menyusul sebaik sahaja dapat keizinan rasmi dari putera.com.

ini projek sukarela. kalau nak menyumbangkan artikel, tips atau apa-apa sahaja, terus email. takyah tanya. kitorang mmg nak punya.

emailkan terus kepada

[email protected] (Izwan)

[email protected] (DarkWan)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya amatlah berbangga dengan anda semua,Projek dokumentasi teras ilmu sejagat.(Falsafah).Kepada Izwan/Darkwan apa yang anda buat itu sangatlah baik,inilah dikatakan Melayu Mudah Lupa dan kemudian berusaha untuk TIDAK LUPA LAGI!.Apa yang saya tengok link yang awak buat tuh kebanyakannya down.So saya ambil kesempatan ini untuk menghulurkan bantuan kepada anda berdua dalam bentuk WEB HOSTING atau apa jua yang patut.Kita buat lebih GLOBAL dan ada terjemahan ENGLISH & BM.Untuk pasaran malaysia dan GLOBAL.Saya bukanlah kaya,tetapi kalau kena caranya,boleh saya bantu asalkan anda berdua dan yang lain2 betul2 ada komitmen pada PROJEK ni.Tak perlulah berdiri dibelakang PUTERA.COM.Mungkin kita boleh buat HOT LINK dengan PUTRA.COM.Jadilah anak MELAYU yang merintis kejayaan gemilang.

Akhir kata MAJULAH ANAK BANGSAKU,PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih en CODEC atas komen, cadangan dan saranan.

utk hosting .. saya sendiri sememangnya mahu menyewa hosting sendiri utk tidak membebankan bandwidth utk putera.com seperti yang telah berlaku pada putera.com yang lepas-lepas. tapi, kerana terdapatnya nama "Projek Dokumentasi Putera.com" - maka saya perlulah mendapatkan keizinan dari pemilik putera.com ini untuk tandanama putera.com tersebut.

mengenai tapak yg lebih global pula, memang pernah saya bercita-cita demikian seperti yang dinyatakan dalam posting saya yg pertama di topik ini. bgmanapun, buat masa ini saya cuba kecilkan skopnya, utk 'pasaran' pengguna bahasa Melayu.

mengulangi ayat-ayat di atas, segala sumbangan diterima baik dari segi buku, penajaan hosting (terutamanya jika anda menjalankan khidmat webhosting sendiri) dan sebagainya. sekiranya ada sumbangan berbentuk wang ringgit, terpaksalah kami buka akaun baru untuk mengelakkan ia disalahgunakan dan jumlahnya akan dipaparkan kepada umum. manusia .. bila dah nampak duit apa-apa pun dah tak nampak lagi ye tak ?

sekarang, proses 'rekrut' PDP sedang giat dijalankan. sekiranya ada yg berminat utk sertai team PDP, sila PM saya atau NaRa dan nyatakan kepakaran anda utk memudahkan kami menugaskan tugasan anda.

buat sementara ini, web http://pdpnara.tripod.com tersebut adalah cuma tempat sementara sahaja. ada banyak lagi yg ingin kami ketengahkan bila sudah mempunyai hosting sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengenai tapak yg lebih global pula, memang pernah saya bercita-cita demikian seperti yang dinyatakan dalam posting saya yg pertama di topik ini. bgmanapun, buat masa ini saya cuba kecilkan skopnya, utk 'pasaran' pengguna bahasa Melayu. 

Kalau sungguh bagai dikata,apakan daya saya disini.Saya amat memahami masalah kita nih,,,..kadang2 ada perasaan gentar untuk berhadapan dengan dunia luar.Saya pun ada perasaan macam tuh juga,Kalau boleh nak buat PDP tentang VIdeo Editing dengan lebih lanjut dan detail.Nak buat website yang ada interaktif menu dan pelbagai.Biar satu dunia tahu Anak Melayu Yang Dikatakan Mudah Lupa nih sebenarnya tak lupa,...cuma terlena sebentar.Menyalurkan ilmu kepada orang lain itu satu ibadah,bukan susah nak dapat pahala...bukan sekadar sembahyang,puasa,zakat sahaja.Ini jauh lebih baik,andai esok ada antara kita yang meninggalkan alam yang fana nih.Masih ada lagi rentetan pahala dihitung sepanjang peninggalan kita ini.Ingatlah ...

DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud : “Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.

Kalau kita dapat buat yang no.3 dan 6 tu pun dah syukur Alhamdullillah..

Semoga Tuhan Merahmati Kita Semua...Amin..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Amin ...

haaa..darkwan..nanti dulu..aku tengah buat le nih.maybe ambik masa skit..sbb banyak keje kat opis n rumah tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak buat wiki?

would be better kalo buat .chm help file la. tapi ni untuk windows je.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erm .. saya kurang periksa pula psl Wiki. Td try search dlm Google.com. Yang ini ke ?

Wiki is in Ward's original description:

The simplest online database that could possibly work.

Wiki is a piece of server software that allows users to freely create and edit Web page content using any Web browser. Wiki supports hyperlinks and has a simple text syntax for creating new pages and crosslinks between internal pages on the fly.

Wiki is unusual among group communication mechanisms in that it allows the organization of contributions to be edited in addition to the content itself.

mengenai site PDP .. sy berhajat nak buat mcm kat http://www.devshed.com. page dlm PHP,lepas tu user boleh download fail PDF. Server akan generate PDF. Kalau betullah telahan saya ni.

PDF ni bagusnya sbb cross-patform. saya mmg ada guna Microsft HTML Workshop dulu utk WebPantas DP v1.2 (kalau en C-Fu perasan la kat website saya http://www.geocities.com/the_darkwan) tp kelemahannya mcm tu la .. utk Windows platform shj.

bgmanapun, thanks utk input ini. saya cuba buat yg terbaik utk kesesuaian dan kemampuan saya biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

contoh wiki:

www.wikipedia.org

nice simple site. senang nak search info.

pdf bagus memang pasal cross-platform. TAPI, die hanya bagus bile nak print je. kalo nak view on screen memang susah, leceh nak mampuih. nak search pon susah. slow lak tu viewer die.

pendek kate PDF == printing.

ako rase wikipedia tu same macam devshed tu. yang lain style and layout je la, but concept patut lebeh kurang kan. cume wikipedia tu dah ade source die (ako rase), so senang la.

but ako still prefer small program instead of surf webpage. probably program tu boleh update thru webpage, but thats it.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku setuju. memana archive lama kat sini, atau tips, atau jawapan/huraian sesuatu soalan yang 'teknikal', boleh jilidkan buat ebooks ke buat pdf ke apa ke, pastu sumbat kat satu folder yang user boleh search. kira buat macam "KnowledgeBase" la. tapi yang sebenarnya palaotak user tu sendiri penting. kalau yang jenis takpaham bahasa, masuk forum, ulang soalan yang sama tanpa 'search' terlebih dahulu keyword yang dia nak tanya, susah jugak. dah banyak jenis 'motivation' dah diberi (tak termasuk bartsimpson punya greenboard) tapi ramai gak yang takboleh 'dibentuk'. pastu KB yang nak dibuat mesti yang high priority punya soalan dalam setiap section. amik contoh 'ruangan internet', biasa user akan ulang soalan yang sama contoh; "camana nak pasang streamyx" "camana nak buat crosscable" "apa yang diperlukan nak pakai streamyx" "camana nak buat VPN" "apsal line aku slow". tu semua common question yang aku nampak selalu berulang (kalau ada sila tambah). ada satu lagi tabiat yang aku perati selalu berulang. suka buat PERBANDINGAN. contoh, nak tayang 'desktop memasing', nak tengok speed sapa paling laju, nak tengok OS apa ko suka. nak tengok apa jenis website ko suka layan. benda ni pun boleh buat orang jadik 'pissed off' kalau jenis orang yang datang dalamni semata mata untuk cari benda yang berguna. benda ni pun boleh di "jilid" kan, dan setiap kali user masuk sesuatu tempat, suruh dia check dulu 'arkib' dah ada belum topic yang dia rasa nak bukak baru supaya nanti dia tau tau "ohhh, topic ni dah penah bukak, so aku just click je kat sini tambah baru". kekadang soalan macam "camana nak install winxp?" dengan "langkah2 untuk install winxp?" ada yang sampai jadik 2 topics, padahal format soalan sama je.

idea darkwan kasik tu bagus. nak dokumentasikan balik isi isi putera.com yang terdahulu. berguna untuk rakyat malaysia yang susah nak paham teknologi guna bahasa inggeris. dan berguna untuk student yang carik bahan buat tesis. go on babeh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dulu aku ada gaks copy tips kat putera.com nie... still dlm simpanan dan aku mmg ada praktikkan... alhamdulillah menjadi... kalu ko nak nanti aku hantar kat ko rolleyes.gif amcam izwan ngan darkwan tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

probably boleh mintak admin putera.com bagi akses ke database putera.com forum lame, kalo ade lagi la kot.

ni source Wiki:

http://phpwiki.sourceforge.net/

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagus aa korang.. tak per aku pun nak tolong gaks..

arfaie.. aku pun samer gaks macam ko..

simpan dalam HD.. yg aku print pon banyak gaks...

yer ahh... sekali cecacing tuh hidup dalam pc aku

semu ranap...

buleh gaks aku bukak balik Bible aku kat rumah..

Beli buat rujukan masa study..

Sekarang lama dah tak bukak..

Heuheuheueh

Share this post


Link to post
Share on other sites

buleh gaks aku bukak balik Bible aku kat rumah..

Beli buat rujukan masa study..

Sekarang lama dah tak bukak..

Heuheuheueh

Bible??? ohmy.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebarang artikel mengenai komputer, sila PM kepada saya or emel ke jangnaratech3"@"yahoo.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah mati ke mende nih?

Share this post


Link to post
Share on other sites

owos .. susahnya nk mula dr scratch web design nihs.

susah-susah .. aku buat dengan php-nuke aje lah. he he he.

p/s: say hello to C-Fu .. wiki tu dah terai terai tapi tak berapa nk jadik la...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...