Jump to content
Sign in to follow this  
MenCaRi

Youtube Tidak Lagi Menggunakan Flash

Recommended Posts

YouTube Kini Menggunakan Teknologi HTML5 Untuk Penstriman Di Keseluruhan Web Menggantikan Flash

Google telah mula menguji sokongan penstriman video menggunakan teknologi HTML5 sejak daripada tahun 2010 yang lepas, dan hari ini, mereka mengubah tetapan YouTube untuk strim semua video pada web menggunakan HTML5, berbanding penggunaan Flash sebelum ini.

Dengan perubahan ini, para pengguna tidak perlu risau sebarang perkara, memandangkan kesemua pelayar web moden termasuk Chrome, Firefox, Internet Explorer 11 dan juga Opera menyokongnya tanpa sebarang masalah. Penggunaan teknologi HTML5 turut membolehkan kandungan di YouTube dibawa ke pelbagai peranti lain, termasuk TV, peranti penstriman dan sebagainya. Pihak YouTube mengatakan transasi ini membolehkan pengguna menikmati kualiti video baik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penggunaan VP9 yang mengurangkan penggunaan saiz data berbanding sebelumnya.

Dengan perubahan ini juga, pihak YouTube mengatakan pembangun atau penerbit kandungan boleh menggunakan kod iframe yang disediakan mereka yang membolehkan pemain video yang bersesuaian ditunjukkan secara automatik pada pengunjung web, berbanding penggunaan kod object sebelum ini yang mana lebih kepada berasaskan Flash.

sumber
youtube-eng.googleblog.com/2015/01/youtube-now-defaults-to-html5_27.html

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...