kamibundle 0 Report post Posted December 12, 2014 # Barang Bundle # Dalam bahasa mudah nye, barang yg sudah dipakai. Bagus atau tidak sesuatu barang tu, bergantung pada nasib anda, dan juga penelitian anda terhadap sesuatu barang yg ingin anda beli. Saya sendiri, sejak mengenali dunia BUNDLE, pemikiran saya semakin terbuka. Jika dulu, selalu mengeluh.. Bundle punya barang tak selesa, merungut itu ini.. Tapi sejak melibatkan diri SECARA TIDAK SENGAJA, dalam bisnes bundle ni, mata ni makin terbuka. Beli kasut bundle pertama dalam hidup ni, macam2 yang bleh diperkatakan. Best, Selesa, Murah, Tahan Lama.. (bergantung pada penggunaan & jenis / ragam kaki) Sekarang ini pun, saya ada 2 pasang kasut bundle yg digunakan utk urusan seharian. Masih ada 4 psg lagi yg sudah saya packing sebaik mungkin untuk diguna setelah kasut sedia ada ini tidak boleh digunakan lagi. Lagipun, saya sudah yakin dengan kualiti nya. Saiz kaki pula besar.. bukan senang nak dapat! Akhir kata, saya sarankan pada yg baru nk cuba2 brg bundle ni, kalau boleh ikutlah step yg saya amalkan. 1) SELESA - barang cantik / smart pun tak guna kalau rasa tak best bila pakai. 2) RUPA / KEADAAN BARANG - kalau harga barang tu murah sekalipun, perhalusi ketahanan barang tersebut. *Kalau hati memang jenis redha sekiranya barang tu baru sekali dua guna pun boleh hancur, silakan. 3) HARGA - Langkah terakhir sekali, persetujuan harga. Biasanya barang bundle ni boleh tawar-menawar. Tapi ada juga sesetengah penjual matikan harga. Jika anda mampu, dan rasa berbaloi dengan harga yg ditawarkan, bolehlah muktamadkan pembelian. Kerana pada akhirnya, ia adalah WANG anda. Hanya anda yg layak membelanjakan nya. :) Quote Share this post Link to post Share on other sites
dans kam 39 Report post Posted February 2, 2015 Assalam.. Sebab xde org reply. Aku reply la skit. hehe Aku adalah pengunjung setia kedai bundle baju & seluar. Tapi xde la memilih sgt bundle mane satu pun. Tapi sekarang ni aku suka gi kat Family Bundle Kota Raya, Lvl 1&3. Persepsi Bergantung kepada kedai bundle mane yg korang gi, korang akan jumpe barang2 second je. Tapi bnayk juga kedai bundle yang jual barang 'baru' yang dah outdated. Tempat yg aku selalu gi ni byk baju 'baru'. Harga Baju dari RM5 - RM10 je biasanya Seluar khakis dari RM10 - RM40 Jeans dari RM10 - RM70 1. Baju Biasanya aku akan cari Sweater/Baju t-shirt/round neck kat bundle je. Kadang tu ada gak beli baju 'inner'. Bila cari kat bundle, susah nak jumpe satu pattern ada 30 helai mcm kat kedai2 baju biasa. hehe.. Banyak juga design yg rare kat bundle. 2. Seluar Hampir semua seluar kerja aku beli kat bundle. Seluar Khakis la biasanye. Jeans jarang beli sebab susah cari saiz dan kalo ada pun harganya mahal. Seluar jeans atau slek biasanya aku beli kat pasaraya/pasar malam/bazar ramadhan :) 3. Kemeja Hanya beberapa helai je yg beli kat bundle. Biasanye beli kat pasaraya. 4. Kasut Biasanya aku x beli kasut kat bundle Dengan beli baju/seluar kat bundle, aku x terikat dengan mana2 fesyen/stail. Aku BEBAS untuk pilih fesyen/stail yang aku nak. Aku prefer MIX&MATCH.. :3: :3: Quote Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted March 16, 2015 di sebabkan dans kam reply on february so aku reply lah untuk bulan march punya hahahhaa... bleh kan gitew... aku tak pernah beli baju bundle seumur hidup sampai lah tahun lepas masa nak ke Beijing Winter time... pi kat atas supermareket winter jacket Rm599 paling mahal aku pernah jumpa RM799... bapak punya mahal... dan after searching on blog-blog diaorang suggest gi bundle... bermula lah pencarian aku ke merata-rata bundle aku pusing habis 1 Penang punya nak cari winter jacket... lastly aku jumpa jugak winter jacket yang macam aku nak... hahahhahaa.... harga RM30 hood bulu-bulu... RM15 winter jacket water proof haa... berbaloi-baloi... lepas beli antar dry clean.. sekali amik macam baru cam tak caya pulak beli kat bundle jer kan.... semua orang ingat aku beli mahall... bestnya.... lepas nih aku nak gi UK pulak time Summer... aku tengah cari summer coat nih... kalau korang de nampak mana-mana yang cantek female summer coat... bagitau yek... lalallalalallalala.... Quote Share this post Link to post Share on other sites