mon678 48 Report post Posted March 10, 2014 KINI sudah masuk hari keempat operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada hari yang sama. Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia. Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu? Sebaliknya, MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas. Ketika itu, kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude ‘. Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas. Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah masuk hari ketiga, sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370. Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media pagi tadi memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia. Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas. Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal. Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan Belanda. Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam. Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud). Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini. Selain itu, sama ada sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu adalah milik MH370, pula sedang dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya akan diumumkan selewat-lewatnya pada petang ini. (BACA – SEGERA: Ia Minyak Tongkang, Bukan Minyak Pesawat – APMM) Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009, yang terhempas di kepulauan Atlantik, hanya selepas enam hari nahas berlaku, pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu. Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat. Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu. Daripada hasil laporan penuh penyiasatan, nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu. Namun, apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut. Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan. Kalau mengikut logik, Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah hampir 72 jam masa berlalu. Di manakah kapal terbang itu berada sekarang? Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Bercakap secara umumnya, kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan. Menurut kata pakar lagi, perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja. Kejadian yang hampir sama seperti kehilangan MH370 with is vanish from radar adalah Air France Flight 447/A330 yang hilang daripada radar pada 1 June 2009 dimana,serpihan bangkai pesawat dan beberapa mayat penumpang dijumpai selepas lima hari pencarian dilakukan dan dijumpai 600 batu dari kawasan Airbus 330 itu terhempas.Selepas dua tahun pencarian,bangkai pesawat airbus tersebut (still intact) ditemui didalam dasar laut atlantic dengan menggunakan kapal selam kecil yang pernah digunakan dalam pencarian bangkai titanic dahulu. Air France Flight 447/A330 http://www.youtube.com/watch?v=ZHduB-knlt0 Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 11, 2014 (edited) https://www.youtube.com/watch?v=5JpbZZKqxy0http://www.youtube.com/watch?v=hNZtz-HVy6c Edited March 13, 2014 by khorback Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 13, 2014 http://i1.mirror.co.uk/incoming/article3235524.ece/ALTERNATES/s615/Missing-Malaysia-Airlines-plane-possible-sighting-3235524.jpg Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted March 14, 2014 the plane location believe to be inside indian ocean -> http://edition.cnn.com/2014/03/14/world/asia/malaysia-airlines-plane/index.html?hpt=hp_t1 Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 14, 2014 (edited) kterbang dah konfim kena rembat. Rembat awal pagi, supaya boleh terbang di antara awan tanpa nampak dek mata kasar selepas tutup suis komunikasi. Kdian, terbang rendah kawasan laut supaya tak terkesan oleh radar airport. Berlegar supaya cukup lapan jam semput minyak sebelum mendarat.... Edited March 15, 2014 by khorback Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 17, 2014 tiga empat tan buah manggis pulak dah!!!! CEO yg cakap! Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted March 18, 2014 ada kaitan ke eh manggis dgn hijacking nie emmm... Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 18, 2014 kata drebar cuti tapi dipanggil bertugas. Jadual tugas dah diset 7 hari lagi sebelum tugas sebenar... Maknanya....berbelit2!!!! pasai apa ayat manggis tu kuar, entah ler! macam video saksi alkaida, kata 5 orang malaysia, afganistan la... termasuk drebar la, ambik bom kasut untuk bom kokpik la... Kalo dah berkerjasama dengan drebar, buat natang happer bawak bom nak bom kokpik, drebar boleh petik suis anytime je! pasal kerjasama. Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 19, 2014 Khabarnya kerajaan dah antar komando kat utara .... Kenapa ek? Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted March 20, 2014 Khabarnya kerajaan dah antar komando kat utara .... Kenapa ek? mybe lokasi dh ditemui kot....tp still rahsiakn lokasinya Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted March 20, 2014 Utara tu kat mano? Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 20, 2014 utaro dah sonyap pasai astolia jumpa klu kat selatan laut hindi. Macam na la leh sampai situ? jika betul klue tu sahih. Barangkali plane kena hack akan plen terbangnya.... Patut siasat siapa yg servis bahagian software....Selatan laut hindi tu tempat buang utk lenyap kes! Saper nak menyelam 5km dalam! lagipun Buah manggis tak de tanda timbul2, patutnya yg tu bersepai dulu..... baru btul sahih! Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 21, 2014 Segala kecanggihan teknologi telah terpakai dalam kes mas nih, tapi hasilnya masih zero!Bomoh vip dah pakai.... Manakala yg dok bela hantu raya blum lagi aktif! huhuhuhuhu..... almaklum ler hantu raya ni kalo bab bende hilang meme kreatif mencari. Siap boleh wat balik sampai ke tangga lagi..... .... upah pun tak mahal sesakok telur ayam je! Tapi masalahnya hantu raya ni kuat romen!!! K.O tuan!!!Dunia laut, darat % angkasa ada penjaganya.... kena fikir2 ler!!!! Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 24, 2014 (edited) off topik kejap!!!http://www.youtube.com/watch?v=VNfSnuNtHHs Edited March 24, 2014 by khorback Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 24, 2014 Akhirnya kterbang muktamad berkubur di tengah lautan hindi, dalam lubuk pusaran gyre..... Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted March 25, 2014 so case close la??... mungkin,., sekurang2 nyer tuk gov... dan untuk rakyat lak akan ade banyak versi cerita yang akan keluar, teori konspirasi la, hijack la, bla bla bla... pusing2 dalam lingkaran tu jugak... Al-Fatihah tuk semua anak kapal dan para penumpang... Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 26, 2014 operasi saman menyaman dah stat di chicago. Lambat lah tutup kes ni nampak gayanya... Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted March 30, 2014 xjmpa hard evidence lg...kerajaan terpaksa assume kapal terbang tu terhempas. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted March 31, 2014 Tak terhempas tapi disembunyikan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted April 1, 2014 macam kata tok bomo woh nyor, "TERGANTUNG" !!!! Quote Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted April 2, 2014 pencarian masih diterus kan hingga ke hari nih... tapi ada yang sebarkan kata dah jumpa bangkai kapai terbang dilautan hindi... mana satu betui.. dok cari ke dah jumpa..? Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted April 2, 2014 pencarian masih diterus kan hingga ke hari nih... tapi ada yang sebarkan kata dah jumpa bangkai kapai terbang dilautan hindi... mana satu betui.. dok cari ke dah jumpa..? tak jmpa ape2 lg..xada hard evidence....kalau jmpa bangkai kapal terbang dh jmpa kotak hitam dh Quote Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted April 4, 2014 tak jmpa ape2 lg..xada hard evidence....kalau jmpa bangkai kapal terbang dh jmpa kotak hitam dh aku de baca kes2 sebelum nih ada yang amik masa 2thn baru jumpa bangkai kapal terbang tuh... Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted April 12, 2014 Berbalik hal CEO mas yg kata ada 3 empat tan woh manggis, orang Muar pun dah nafi pasal buah tu mai kat dia naik MH370! Kalo btul manggis tu ada, takkan satu bijik tak de timbul. Sedang imej satelit yg sebelum ni tunjuk banyak bende bersepai. Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted April 16, 2014 Berbalik hal CEO mas yg kata ada 3 empat tan woh manggis, orang Muar pun dah nafi pasal buah tu mai kat dia naik MH370! Kalo btul manggis tu ada, takkan satu bijik tak de timbul. Sedang imej satelit yg sebelum ni tunjuk banyak bende bersepai. baru aku paham kenapa manggis haha -> http://www.sinarharian.com.my/semasa/mh370-persoalan-utama-masih-belum-dijawab-1.271129 Quote Share this post Link to post Share on other sites