Jump to content
mon678

Misteri Kehilangan Pesawat Mh370/b777

Recommended Posts

KINI sudah masuk hari keempat operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada hari yang sama.

Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia.

 

Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?

Sebaliknya, MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas.

Ketika itu, kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude ‘. Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.

Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah masuk hari ketiga, sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370.

Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media pagi tadi memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia.

Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas.

Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

MH370Kru01.jpg

Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan Belanda.

Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.

Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).

Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.

Recently-Updated150.jpg

Selain itu, sama ada sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu adalah milik MH370, pula sedang dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya akan diumumkan selewat-lewatnya pada petang ini.  (BACA – SEGERA: Ia Minyak Tongkang, Bukan Minyak Pesawat – APMM)

MINYAK1.jpg

Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009, yang terhempas di kepulauan Atlantik, hanya selepas enam hari nahas berlaku, pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu.

air-france.jpg

air-france1.jpg

Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat.

Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.

Daripada hasil laporan penuh penyiasatan, nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu.

Namun, apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut.

 

Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan.

 

Kalau mengikut logik, Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah hampir 72 jam masa berlalu.

 

Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?

 

Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.

Bercakap secara umumnya, kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.

Menurut kata pakar lagi, perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.

 

Kejadian yang hampir sama seperti kehilangan MH370 with is vanish from radar adalah Air France Flight 447/A330 yang hilang daripada radar pada 1 June 2009 dimana,serpihan bangkai pesawat dan beberapa mayat penumpang dijumpai selepas lima hari pencarian dilakukan dan dijumpai 600 batu dari kawasan Airbus 330 itu terhempas.Selepas dua tahun pencarian,bangkai pesawat airbus tersebut (still intact) ditemui didalam dasar laut atlantic dengan menggunakan kapal selam kecil yang pernah digunakan dalam pencarian bangkai titanic dahulu.

 

Air France Flight 447/A330

 

http://www.youtube.com/watch?v=ZHduB-knlt0

Share this post


Link to post
Share on other sites
kterbang dah konfim kena rembat. Rembat awal pagi, supaya boleh terbang di antara awan tanpa nampak dek mata kasar selepas tutup suis komunikasi. Kdian, terbang rendah kawasan laut supaya tak terkesan oleh radar airport. Berlegar supaya cukup lapan jam semput minyak sebelum mendarat....

Edited by khorback

Share this post


Link to post
Share on other sites

ada kaitan ke eh manggis dgn hijacking nie emmm...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kata drebar cuti tapi dipanggil bertugas. Jadual tugas dah diset 7 hari lagi sebelum tugas sebenar... Maknanya....berbelit2!!!! pasai apa ayat manggis tu kuar, entah ler! macam video saksi alkaida, kata 5 orang malaysia, afganistan la... termasuk drebar la, ambik bom kasut untuk bom kokpik la... Kalo dah berkerjasama dengan drebar, buat natang happer bawak bom nak bom kokpik, drebar boleh petik suis anytime je! pasal kerjasama.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Khabarnya kerajaan dah antar komando kat utara .... Kenapa ek?

mybe lokasi dh ditemui kot....tp still rahsiakn lokasinya

Share this post


Link to post
Share on other sites
utaro dah sonyap pasai astolia jumpa klu kat selatan laut hindi. Macam na la leh sampai situ? jika betul klue tu sahih. Barangkali plane kena hack akan plen terbangnya.... Patut siasat siapa yg servis bahagian software....

Selatan laut hindi tu tempat buang utk lenyap kes! Saper nak menyelam 5km dalam! lagipun Buah manggis tak de tanda timbul2, patutnya yg tu bersepai dulu..... baru btul sahih!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Segala kecanggihan teknologi telah terpakai dalam kes mas nih, tapi hasilnya masih zero!

Bomoh vip dah pakai.... Manakala yg dok bela hantu raya blum lagi aktif! huhuhuhuhu..... almaklum ler hantu raya ni kalo bab bende hilang meme kreatif mencari. Siap boleh wat balik sampai ke tangga lagi..... 677196_261dc6f756.gif.... upah pun tak mahal sesakok telur ayam je! Tapi masalahnya hantu raya ni kuat romen!!! K.O tuan!!!

Dunia laut, darat % angkasa ada penjaganya.... kena fikir2 ler!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

so case close la??... mungkin,., sekurang2 nyer tuk gov...

 

dan untuk rakyat lak akan ade banyak versi cerita yang akan keluar, teori konspirasi la, hijack la, bla bla bla... pusing2 dalam lingkaran tu jugak...

 

 

Al-Fatihah tuk semua anak kapal dan para penumpang...

Share this post


Link to post
Share on other sites

xjmpa hard evidence lg...kerajaan terpaksa assume kapal terbang tu terhempas.

Share this post


Link to post
Share on other sites

pencarian masih diterus kan hingga ke hari nih... tapi ada yang sebarkan kata dah jumpa bangkai kapai terbang dilautan hindi... mana satu betui.. dok cari ke dah jumpa..?

Share this post


Link to post
Share on other sites

pencarian masih diterus kan hingga ke hari nih... tapi ada yang sebarkan kata dah jumpa bangkai kapai terbang dilautan hindi... mana satu betui.. dok cari ke dah jumpa..?

tak jmpa ape2 lg..xada hard evidence....kalau jmpa bangkai kapal terbang dh jmpa kotak hitam dh

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak jmpa ape2 lg..xada hard evidence....kalau jmpa bangkai kapal terbang dh jmpa kotak hitam dh

aku de baca kes2  sebelum nih ada yang amik masa 2thn baru jumpa bangkai kapal terbang tuh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berbalik hal CEO mas yg kata ada 3 empat tan woh manggis, orang Muar pun dah nafi pasal buah tu mai kat dia naik MH370! Kalo btul manggis tu ada, takkan satu bijik tak de timbul. Sedang imej satelit yg sebelum ni tunjuk banyak bende bersepai.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Berbalik hal CEO mas yg kata ada 3 empat tan woh manggis, orang Muar pun dah nafi pasal buah tu mai kat dia naik MH370! Kalo btul manggis tu ada, takkan satu bijik tak de timbul. Sedang imej satelit yg sebelum ni tunjuk banyak bende bersepai.

baru aku paham kenapa manggis haha -> http://www.sinarharian.com.my/semasa/mh370-persoalan-utama-masih-belum-dijawab-1.271129

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...