Jump to content
Sign in to follow this  
shaufi

Php Vs Asp.net

Recommended Posts

Salam otai2 semua..nak tanya.saya newbie dalam pembangunan web.

nak tanya code apa yg sesuai dan sng utk develop sistem..VB.net ke php?

ade yg ckp php ade yg vb.net..tp apa yg sy nampak vb.net mcm lagi menarik..

 

Jadi mohon otai2 beri pendapat kelebihan dan kelemahan kedua2 code program ini.trimas.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mostly orang akan ke PHP sebab open source and boleh run on linux. Maka murah la sikit dari kos hosting. 1 lagi sebab PHP boleh code dalam bentuk structural, flexible dan mudah nak difahami tapi security wise maybe kurang sedikit. VB.net pulak applied konsep OOP (Object Oriented Programming) so agak tersusun dan senang nak manipulasi.

 

Tapi tu situasi yang 3 4 tahun lepas. Banyak dah PHP framework yang basically developed dengan OOP as dia punya konsep. Guna PHP framework mudah dan cepat nak develop plus security concern tu kurang sikit sebab framework ni dah try contain.

 

Bagaimanapun, ni pendapat aku je yang tak power mane. Maybe ada forumer lain boleh betulkan. 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya berpengalaman dengan PHP dan juga ASP.Net selama hampir 1 tahun. So, sekarang ini bro tengah membandingkan antara samsung dan apple.

 

Apa2 pendapat dari saya harap dapat terima dengan hati terbuka yup.. :D

 

Konsep :

PHP mengunakan language seperti C++. ASP.NET mempunyai Common Language Runtime (CLR) untuk membenarkan programmer mengunakan bahasa yang disokong oleh .NET Language iaitu C#.net atau VB.net.

 

PHP adalah scripting language dimana tidak perlu dicompile sebelum run sistem tersebut manakala ASP.NET adalah Active Server Pages dimana setiap code yang bro tulis perlu COMPILE sebelum run kan system tersebut. So antara kelebihan, code yang bro tulis dalam PHP saya boleh copy and paste dan run dari server saya. Tapi ASP.Net bro kena DECOMPILE balik untuk tengok coding.

 

Untuk checking error, PHP semasa RUN-TIME manakala ASP.net pula semasa COMPILE.

 

FLOW CHECKING ERROR :

PHP :

CODING > LAUNCH > CHECK ERROR

 

ASP.NET :

CODING > CHECK ERROR > LAUNCH

 

Check error semasa COMPILE lagi bagus daripada RUN-TIME kerana kita boleh tahu coding error sebelum run.

 

 

Ciri-ciri

Saya berpendapat ASP.Net mempunyai ciri-ciri yang lagi banyak daripada PHP sediakan. Antaranya LINQ, ADO.Net, dan banyak ler. Senang kata, ASP.NET banyak memberi penyelesaian untuk masalah yang selalu programmer hadapi.

 

 

Performance/Code Execution

PHP akan check variable pada RUN-TIME manakala ASP.net akan check variable pada COMPILE-TIME. Projek skala kecik performance memang nampak sama, tapi apabila develope project skala besar, anda boleh perasan yang PHP lagi slower daripada ASP.net.

 

Walaupun FACEBOOK mengunakan PHP, tapi jangan tak tahu diorang mempunyai COMPILIER sendiri yang dipanggil sebagai HIP HOP. Antara fungsi2 HIP HOP membuat menukar PHP kepada C++ untuk improve pemprosesan pada server. So jangan buat perbandingan dengan FACEBOOK yee.

 

PHP is dynamic typing bermaksud variable yang bro buat boleh jadi dalam bentuk string, int, decimal. So ini menyebabkan bila code ini execute menjadi lebih perlahan kalau nak dibandingkan dengan ASP.Net yang mengunakan static typing. 

 

Contoh dynamic typing dalam PHP

// Bro declare sebagai string
$a = "2";
//Dengan PHP bro boleh buat kiraan walaupun asalnya data type adalah STRING
$a = $a * 5;

Contoh static typing dalam ASP.net dengan language Vb.Net

'Declare a = 2 dalam bentuk STRING
Dim a as String = "2";
Dim total as Int = 0;

'Dalam VB.Net, bro kena convert value dari string kepada INTEGER kalau nak buat pengiraan
total = Int.Parse(a) * 5;

 

Dalam database, PHP akan connect dengan database, ambil data dan tutup connection. So bila cuba buat connection dengan database, dah amik masa 10% ~ 20% semasa page di render.

 

Berbeza dengan ASP.Net, connection database adalah berterusan dan tidak perlu reconnection apabila mengunakan LINQ.

 

Asp.net boleh menyimpan object didalam cache pada application memory manakala dalam PHP, anda perlu menulis kedalam file atau mengunakan memcache. 

 

 

Keselamatan

Ianya bergantung bagaimana anda membuat programming. Dan menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan keselamatan system anda.

 

 

Frameworks

Dalam PHP ada banyak lagi open source framework seperti CakePHP,Codeigniter, Symfony,Zend dan Yii framework daripada ASP.NET ada. Tapi bila saya start pakai ASP.Net lagi-lagi pada MVC, ianya lagi terbaik daripada open source PHP framework lain-lain.

 

 

Masa development

Untuk project kecik, masa untuk develope lagi cepat dengan PHP kalau nak dibandingkan dengan ASP.Net. Just write coding dalam notepad, masuk dalam folder root dan ON.

 

 

IDE (Intergrated Developement Enviroment) tools

Seperti PHP boleh mengunakan mana-mana IDE. Contoh seperti notepad, dreamweaver, dan banyak lagi. Dan setiap IDE menawarkan ciri-ciri masing2

 

Untuk ASP.NET mengunakan Visual Studio. Tapi apa yang saya leh katakan, IDE ini cukup powerfull. Banyak ciri-ciri hebat yang ada pada visual studio seperti Call Stack(Check coding sangkut mana), Debug Mode(Boleh tengok line coding anda pergi mana ke mana),Error Checking dan banyak lagi.

 

Dah cukup untuk run dari project skala kecil hingga besar. 

 

 

Kos-kos

Untuk Pelanggan : 

PHP just memerlukan kos yang murah untuk hosting kalau nak dibandingkan dengan ASP.NET. Dengan OS linux pada server, dan boleh run PHP. Walaupun ASP.NET boleh run pada Linux dengan mono. Tetap ada masalah not compatible.

 

Sekiranya project tersebut berskala kecil atau sederhana dan kos adalah faktor utama, PHP menjadi pilihan anda.

 

Tapi pada project skala besar, high trafik, easy maintenance saya pilih ASP.Net webforms atau ASP MVC.

 

Untuk developer :

PHP boleh mengunakan mana-mana IDE walaupun hanya notepad ++ (Free). 

 

ASP.Net kena beli lesen untuk guna Visual Studio, tapi Microsoft juga ada release free version iaitu Web Developer express - http://www.asp.net/vwd

 

 

So ini antara pendapat-pendapat saya. Harap info mencukupi and enjoy programming.... :D

Edited by Chuki2

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh terbaik bro..mcm no go on pada vb.net je..sbb vb.net nak design sng..just gune tools..php dulu study via code..tp tgk skrg mcm da ade tools utk design form..huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
future wise, use golang

php vs asp? x boleh nak cakap pasal asp sebab x pernah guna, tapi php ni makin lama makin mengarut.
tengok je namespace seperator..x da variadic function..list go on and on..

banyak orang guna php sebab terlampau senang..terlampau senang sampai banyak spaghetti code..
try tengok kat github/bitbucket, banyak spaghetti code..

nak buat push service dengan php? nightmare..baru skrg ada phpreact..kalau x , kena fork php thread..
php untuk simple website..kalau yg complex, jadi mimpi ngeri...

nanti ada orang cakap facebook pakai php..facebook x run native php..
diaorang ada hiphop compiler yang convert php into c++ code

dan sekarang ni diaorang ada HHVM..fb terpaksa buat ni semua sebab banyak codebase diaorang guna php

tldr; guna php untk simple website, utk website yang kompleks, sila guna teknologi yang lain..

p/s: macam bash php kan..tapi ni la realiti kalau buat kompleks website dengan php(php single threaded anyway)..
pernah clone twitter guna php, totlly nightmare..
seriously blajar golang..simple yet very powerfull..

golang web framework : http://revel.github.io/ Edited by slier

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...