Jump to content
MasterG

Aidil Adha : Daging Koban Masih Berdenyut

Recommended Posts

Daging Korban Masih Berdenyut  |  Ramai yang merasa pelik apabila melihat Daging Korban yang telah dilapah masih lagi berdenyut walaupun telah dipotong dan diasing asingkan mengikut sekumpulan daging. Ada yang mengatakan ini adalah kesan daripada nadi saraf dan ada yang mengatakan ia memori otot. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan. Inilah kuasa Allah S.W.T.

Kepada sesiapa yang arif tentang otot daging lembu korban yang telah dilapah ini, boleh lah kongsikan sedikit ilmu kepada mereka yang belum paham akan kejadian ini. Ada yang mengatakan ini perkara biasa dan ada yang mengatakan ini perkara luar biasa. Apa kata anda semua.

[media][url=http://www.youtube.com/watch?v=ZGZeuSiNgU8[/media]]http://www.youtube.com/watch?v=ZGZeuSiNgU8 Edited by MasterG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum, waktu belajar biologi dulu, struktur dalaman sel, cikgu ada terangkan perihal ini.

 

Ia disebabkan tenaga yang masih ada tersimpan didalam sel, ia akan digunakan oleh sel selagi tenaga tu ada. Kalau letak garam mungkin tindakbalas kimia boleh berlaku lebih pantas macam ni

http://www.youtube.com/watch?v=2YZJt_Bw3eo

 

Wallahua'lam. Setiap kejadian ada hikmahnya... subhanallah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

daging bergetar sebagai contoh  peringatan kepada manusia pabila bakal menemui maut, daging badan akan bergetar2 dalam tempoh 3bulan 10hari sebelum maut menjemput!

Share this post


Link to post
Share on other sites

perkara biasa nih... kalau orang pun tengah berjalan dipenggal kepala nya.. badan nya akan tetap berjalan lagi... sama laa camni... (ooppss pengaruh tv)

Edited by akuccputsedut

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ia adalah normal di mana daging lembu tersebut baru beberapa minit di sembelih dan di lapah. Otot-otot pada daging tersebut masih boleh bergerak dalam beberapa minit sahaja. Lama-kelamaan, ia akan berhenti kerana tiada tindak balas dari otot yang lain.

 

Berkemungkinan juga ia dalam proses pengecutan otot. Ia ibarat ekor cicaklah. Kalau ekor cicak tersebut putus, ia masih boleh bergerak lagi walaupun sudah bercerai dengan badannya.

 

Sama juga seperti kes daging lembu ini. Jika anda semak dalam ilmu sains, pasti anda akan memahaminya. Walaupun ia tidak masuk akal, ia adalah kuasa Yang Maha Esa.
 

Share this post


Link to post
Share on other sites

ye laa...  budak2 kat kampung gelak jer tgk video nih.. diaorang dah boring dan biasa jer ngan benda2 camni... ayam lepas sembelih pun dilepas kan.. ada yang bleh berlari-lari lagi ngorat ayam lain haaa..... 

 

ada ayam aku kat kampung dulu sembelih 2 kali dah dia dok hidup jer lagi.... ayah aku takmo sembelih dah dia.. biorr jer arr.. cam tak sampai jer ajal dia tuh kan.... hihihihihi.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...