Jump to content
Sign in to follow this  
akuccputsedut

Kanser Lymphoma

Recommended Posts

Apa yang korang rasa kalau korang disah kan mengidap kanser..??? 

 

Apa itu kanser Lymphoma

 

Lymphoma bukan Hodgkin (non-Hodgkin lymphomas-NHL) adalah pelbagai kumpulan kanser darah ("hematological malignancy") yang membabitkan sebarang jenis lymhoma kecuali lymphoma Hodgkin. Jenis NHL banyak berbeza dari segi tahap, dari pendam indolen kepada amat agresif.
Lymphoma merupakan jenis   kanser  yang terhasil dari limfosit,sejenis sel darah putih. Lymphoma biasanya dirawat dengan gabungan kimoterapi, antibodi monoklon, imunoterapi, terapi sinaran, dan pemindahan sel tunjang hematopoietik.
 
 
Korang pernah dengar pasal kanser nih..?? jom kongsi kan gejala2 awal dan cara mengatasinya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

penyakit bengkak nodus kelenjar.... kalo ada yang kena, mai la umah, boleh tulun jampi! hehehehe.....

 

ubat payah, pasal ubat tak leh sampai melalui aliran salur darah..... yg makan daging lembu ada kuman milio, mudah ler kena kot!

 

Boleh jugak kalo nak try Ubatnya, kasi cucuk ngan formalin la pada nodus yang bengkak. HIHIHIHI! kalo berhasil, bengkak akan kecut jadi macam bertih jagung! :12:

Share this post


Link to post
Share on other sites

xtau pasal kanser ni..tp ak tau perasaan bila dpt tau ada sakit kanser ni..sbb arwah ibuku menghidap penyakit kanser peparu...1st kena tahu pd tahap berapa kanser tersebut..jika berada pd tahap 1 iaitu tahap terawal masih boleh di cegah dengan mengambil suppliment untuk cegah kanser tu mcm produk Transfer Factor dan makan pokok kanser..kt rmh ak ada..ayah aku tanam..tahap 2 pun still masih boleh..yang paling penting jgn mudah mengalah...semangat nk hidup kena kuat. Terdapat byk alternatif perubatan untuk kanser..perubatan cara islam pun ada..tapi jangan pi berubat dengan bomoh plak...ia adalah syirik.tetapi kalau dh berada pada tahap 3 dan 4 iaitu tahap kritikal..pada saat ni kne tawakal pd allah,bykkn bertaubat dan kalau sempat, wakafkan apa yg patut,selesaikan semua hutang or buat wasiat supaya tidak menyusahkan ahli keluarga bila kita kembali kepadanya.

 

p/S: Arwah ibuku dpt tahu kanser berada pd tahap 4 dan time tu dia sudah smpai ke hujung nyawanya.Ayah aku begitu gigih mencari penawar walaupun sudah tahu tiada harapan.Tapi apakan daya Allah lebih menyayangi bondaku.Semoga allah memberkati roh mak aku,Rashidah Bte Maarof.Amin..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak juga kongsikan sedikit pasal kanser nie..tahun 2012 arwah mak mertua aku disahkan oleh Dr mengidap kanser tulang..pada mulanya dia mengadu sakit bila nak berjalan. kanser nie penyakit yang awal2 tak tunjuk tanda apa-apa dah teruk baru nampak tanda dan gejalanya..masa tu dalam bulan 2 tahun 2012..aku bawak datang hospital aku nie pun pakar otopedik tak dapat diagnos hanya diberitahu masalah sendi lesung yang mengalami perubahan akibat penuaan. tidak puas hati rawatan diteruskan di hospital sultanah nur zahirah. disana dibuat MRI..masa di hospital aku kerja dibuat x ray sahaja.lepas dibuat MRI penemuan mengejutkan apabila Dr sahkan ibu mertuaku mengidap kanser tahap 4. tetapi Dr kata kanser tulang tu adalah kanser yang dah merebak atau dalam bahasa perubatan "Metastesis". dr tak dapat cari punca.pelbagai ujian dibuat. metestasis terlalu banyak hingga ke paru-paru dan organ lain. dalam masa 1 bulan sahaja kesihatan arwah semakin merudun daripada boleh berjalan hingga tak boleh berjalan langsung. terpaksa diberikan iv morphine secara infusion untuk mengawal kesakitan. dalam bulan 4 aku terima panggilan arwah makin teruk dan segera balik dan sempat jumpa untuk kali terakhir..kesimpulannya aku rumuskan yang arwah mak mertua aku mengidap kanser jenis agresif digelar condrosacorma..kenser nie kejap jer pertumbuhan dia dan tak ambik masa lama untuk menjangkiti ke bahagian lain...ada satu lagi jenis kenser yang slow iaitu adenocarsinoma..kanser jenis nie lambat dan ambik masa bertahun-tahun dan tidak agresif..

Share this post


Link to post
Share on other sites

penyakit bengkak nodus kelenjar.... kalo ada yang kena, mai la umah, boleh tulun jampi! hehehehe.....

 

ubat payah, pasal ubat tak leh sampai melalui aliran salur darah..... yg makan daging lembu ada kuman milio, mudah ler kena kot!

 

Boleh jugak kalo nak try Ubatnya, kasi cucuk ngan formalin la pada nodus yang bengkak. HIHIHIHI! kalo berhasil, bengkak akan kecut jadi macam bertih jagung! :12:

so bengkak nya memang boleh hilang laaa kalau buat rawatan awal..??



TANDA-TANDA ANDA DISERANG LIMFOMA..

 

Tanda serangan pertana limfOma sangat mudah dikenalpasti iaitu:

 

  • merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau pangkal paha 
  • sukar bernafas
  • kerap demam
  • kesan merah pada kulit
  • pening2 dan muntah
  • sakit perut
  • hilang berat badan
  • batuk 

Segera jumpa doktor kalau ada gejala2 seperti berikut...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...