Jump to content
TonikCapGajah2013

Sembang Pru-13 Tahun 2013

Ramalan Keputusan PRU-13  

8 members have voted

  1. 1. Pilih Manakah Satu Pilihan Anda

    • BN menang majoriti 2/3
      1
    • BN menang majoriti mudah
      1
    • PR menang majoriti 2/3
      4
    • PR menang majoriti mudah
      2


Recommended Posts

Salam Reformasi.

 

Tarikh pilihan raya semakin dekat. PM kita belum berani umum tarikh bubar parlimen. Semakin dekat pilihan raya semakin banyak janji ditaburkan untuk memancing undi. Di Kelantan DS Najib banyak buat janji, salah satu isu air Kelantan. Lihat video di bawah;

 

http://www.youtube.com/watch?v=NkOnyGNkum0

 

 

Dapat ker DS Najib mengotakan janjinya di Kelantan, padahal masalah air di Pahang tidak selesai sekian lama.

Kepada rakyat Kelantan, fikir dulu sebelum termakan janji...undi ditangan kita.

 

 

68-Days Countdown to 13GE

Edited by KopiKawKaw2012

Share this post


Link to post
Share on other sites

KOTA BHARU 8 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013 Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar pada tarikh itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

 
Dan tarikh akhir PRU-13 selewat2nya 2 bulan dari tarikh pembubaran.
 
 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Masalah air.

Kadang2 aku tak paham betul orang2 yg tabur janji semua tu tak pernah rasa bersalah ke? Tak kesahla berjanji ke tak tapi air ni benda basic dlm kehidupan seharian kot. Malaysia dah maju, tp mcm mana bnyk lagi tmpt2 yg tak dpt sumber air. belum cerita kat sabah/sarawak lagi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Masalah air.

Kadang2 aku tak paham betul orang2 yg tabur janji semua tu tak pernah rasa bersalah ke? Tak kesahla berjanji ke tak tapi air ni benda basic dlm kehidupan seharian kot. Malaysia dah maju, tp mcm mana bnyk lagi tmpt2 yg tak dpt sumber air. belum cerita kat sabah/sarawak lagi

 

 

tu la pasal, benda asas tak leh main janji2

 

semua pihak kene buat/sedia kan kemudahan asas ne,

 

walaupun kawasan tu bukan di bawah pentadbiran pihak yang memerintah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kerajaan persekutuan kena sediakan kemudahan asas kepada semua rakyat tak kira negeri mana, sebab rakyat di negeri di bawah PR bayar cukai kepada kerajaan persekutuan. Jangan pilih negeri yang sokong mereka sahaja.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau bab kemudahan asas ni tak perlu nak kira sangat pasal politik ni. Dah nama pun kemudahan asas, kira tanggungjawab paling asas la, air, api, sekolah, balai polis, bomba, hospital etc. kena perkukuhkan sebelum nak buat benda yang lagi besar.



yang buat ku lagi faham wakil rakyat setempat buat apa. Sumber air bersih pun tak ada lagi. Dah lebih setegah abad merdeka..  :155:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku target bulan cuti sekolah ni mengundi..bulan 3 yer cuti sekolah? lepas tahun baru cina bubar parlimen..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masa parlimen dibubarkan, secara automatik kerajaan Malaysia tidak lagi ditadbir oleh BN. Tapi percayalah, korang akan tengok bagaimana BN akan menggunakan jentera kerajaan macam harta mak bapak mereka punya..walaupun mereka bukan lagi kerajaan..

Jabatan-jabatan kerajaan akan turun ke kampung-kampung berkempen untuk BN..mungkin sesetengah kita dah tak heran kerana mereka telah terbiasa dan rasa itu bukan satu kesalahan dan kezaliman..Kepada kakitangan kerajaan, tolonglah fikirkan benda ni..tak malu ke nanti (let say) PR lak yang jadi kerajaan, korang dok 'jilat' pemimpin BN dulu..kalau korang still ada maruah dan iman, eloklah letak jawatan..

Sebab tu kita kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ramai pemimpin menjangkakan bubar parlimen lepas raya cina.  masing2 sibuk la buat persiapan menhadapi PRU-13. Walau apa pun mod rakyat sekarang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jangkaannya PR akan mengekalkan semua negeri PR dan akan mengambil alih beberapa negeri lagi seperti N.Sembilan, Perak dan Sabah. Kemungkinan besar Putrajaya akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat dengan majoriti mudah 5-10% (PR 115 kerusi - BN 107 kerusi)

 

Mari kita sama2 pegang akan janji PR jika berjaya mengambil alih Putrajaya;

1) Harga minyak petrol,diesel dan gas akan diturunkan.

2) Menghapus dan membatalkan PTPTN

3) Mengurangkan duti eksais kereta 20%

4) Membatalkan AES

5) Menghapuskan tol di lebuhraya terpilih

6) Pendidikan percuma dari darjah 1 hingga universiti

7) Memberi royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak

8) Menurunkan harga elektrik dan komunikasi.

9) Menghapuskan rasuah dan perbelanjaan berhemah

10) GST tidak akan dilaksanakan.

.....dll....

 

Perkembangan Terkini;

Selangor dijangka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Chap Goh Meh walaupun PM bermain teka-teki dengan tarikh bubar parlimen.

Edited by KopiKawKaw2012

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengapa sesetengah rakyat tolak pembangkang (PR) dan terus menyokong kerajaan BN terutama penduduk luar bandar dan pendalaman.

 

1) Mereka takut jika PR memerintah, perdana menteri adalah orang Cina. /sentimen perkauman.

2) Mereka takut jika PR memerintah, agama kristian akan menjadi agama rasmi. /sentimen agama

3) Mereka percaya pemimpin2 PR menjadi ejen Yahudi. /sentimen agama

4) Mereka percaya jika PR memerintah, negara akan tergadai kepada orang Cina/India /sentimen perkauman

 

Kedua2 sentimen ini sangat mempengaruhi emosi mereka yang tidak terdedah kepada dunia realiti yang sebenar. Mengikut kajian dengan sentimen ini BN selesa di 90 kerusi parlimen. Jika isu ini tidak ditangani oleh PR dengan baik dan bijak, ada kemungkinan besar BN terus memerintah negara selepas PRU-13.

 

Apa pandangan kengkawan semua.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Najib cakap bahaya tukar kerajaan sbb
1. Matawang boleh jatuh
2. Inflasi meningkat
3. Sektor pelancongan lumpuh
4. Keselamatan negara tidak terjamin

Kalau taknak tukar kerajaan..baik panggil mufti-multi..suruh keluarkan fatwa HARAM buat pilihanraya..senang cerita.

Moral of the story : Kalau tak boleh tukar kerajaan, buat apa amal sistem demokrasi? baik amal sistem komunis je..

Beberapa kerajaan negeri bertukar tangan, aku tengok xde plak keselamatan negeri terancam..sektor perlancongan xlumpuh pun..inflasi rasanya tetap meningkat walaupun dah 55 tahun kerajaan tidak bertukar tangan..termasuk nilai matawang..inflasi meningkat dan nilai matawang jatuh disebabkan oleh rasuah..ketirisan..tidak cekap urus ekonomi..penyelewengan dan lain-lain lagi..bukan sebab tukar kerajaan..

cuba tgk di Selangor, rizab tunai dari RM600juta dah jadi RM2.3billion dlm tempoh 4 tahun..di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri dah hampir diselesaikan sepenuhnya..di Kedah pendapatan semakin meningkat..di Kelantan, kuasa membeli rakyatnya lebih tinggi..banyak tokey2 emas dan perusahaannya disana dikuasai oleh orang Melayu..

sebenarnya tak rugi pun tukar kerajaan..contoh lepas PRU12 dulu, 5 kerajaan negeri bertukar tangan..ada rakyat negeri tu mati atau diperhambat keluar?malah makin banyak bantuan dapat..PR dan BN berlumba-lumba nak bagi bantuan..dulu ada dapat BRIM? Baucer buku?Bantuan persekolahan RM100?Ada dpt air percuma?SAR dpt bantuan?

Aku tak sokong PR atau BN menang terlalu besar (majoriti 2/3)..Biar seimbang supaya check and balance lebih seimbang..dan mengingatkan pemerintah supaya mereka berusaha tidak membuat kesilapan kerana mereka boleh sahaja diturunkan bila-bila masa oleh rakyat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Najib cakap bahaya tukar kerajaan sbb
1. Matawang boleh jatuh
2. Inflasi meningkat
3. Sektor pelancongan lumpuh
4. Keselamatan negara tidak terjamin

Kalau taknak tukar kerajaan..baik panggil mufti-multi..suruh keluarkan fatwa HARAM buat pilihanraya..senang cerita.

Moral of the story : Kalau tak boleh tukar kerajaan, buat apa amal sistem demokrasi? baik amal sistem komunis je..

Beberapa kerajaan negeri bertukar tangan, aku tengok xde plak keselamatan negeri terancam..sektor perlancongan xlumpuh pun..inflasi rasanya tetap meningkat walaupun dah 55 tahun kerajaan tidak bertukar tangan..termasuk nilai matawang..inflasi meningkat dan nilai matawang jatuh disebabkan oleh rasuah..ketirisan..tidak cekap urus ekonomi..penyelewengan dan lain-lain lagi..bukan sebab tukar kerajaan..

cuba tgk di Selangor, rizab tunai dari RM600juta dah jadi RM2.3billion dlm tempoh 4 tahun..di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri dah hampir diselesaikan sepenuhnya..di Kedah pendapatan semakin meningkat..di Kelantan, kuasa membeli rakyatnya lebih tinggi..banyak tokey2 emas dan perusahaannya disana dikuasai oleh orang Melayu..

sebenarnya tak rugi pun tukar kerajaan..contoh lepas PRU12 dulu, 5 kerajaan negeri bertukar tangan..ada rakyat negeri tu mati atau diperhambat keluar?malah makin banyak bantuan dapat..PR dan BN berlumba-lumba nak bagi bantuan..dulu ada dapat BRIM? Baucer buku?Bantuan persekolahan RM100?Ada dpt air percuma?SAR dpt bantuan?

Aku tak sokong PR atau BN menang terlalu besar (majoriti 2/3)..Biar seimbang supaya check and balance lebih seimbang..dan mengingatkan pemerintah supaya mereka berusaha tidak membuat kesilapan kerana mereka boleh sahaja diturunkan bila-bila masa oleh rakyat..

 

check and balance is key here

Share this post


Link to post
Share on other sites

Negara perlukan pembangkang yang kuat samada PR atau BN

Bukan sahaja pembangkang yang kuat, tetapi pembangkang yang berkualiti agar perbahasan memberikan keputusan yang terbaik..bukan dengan menaikkan isu-isu kutip tepi jalan tanpa asas dan tiada kredibiliti..

bukan pembangkang yang menjaja isu-isu perkauman dan keagamaan untuk membakar sentimen..bukan pembangkang yang membawa cerita adu domba dan kisah peribadi yang bersifat fitnah dan berniat jahat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

77cdBhb.jpg

sumber: SPR

 

Ramalan Awal Kerusi Parlimen Yang Boleh Dimenangi PR;

 

1) Kelantan - 12/14

2) Terengganu - 4/8

3) Pahang - 3/14

4) Johor - 3/26

5) Melaka - 3/6

6) N.Sembilan - 4/8

7) Selangor - 18/22

8) Perak - 14/24

9) Kedah - 12/15

10) P.Pinang - 11/13

11) Perlis - 1/3

12) W.P KL - 10/11

13) W.P Labuan - 0/1

14) W.P Putrajaya - 0/1

15) Sabah - 18/25

16) Sarawak - 3/31

 

Jumlah kerusi parlimen PR = 113

Jumlah kerusi parlimen BN = 109

 

Kemenangan PR bergantung kepada sokongan rakyat Sabah & sedikit dari negeri selatan tanahair. Oleh itu jika PR memerintah, tumpukan perhatian kepada negeri Sabah, tingkatkan pembangunan fizikal dan angkat martabat rakyat Sabah sebagai membalas jasa & pengorbanan rakyat Sabah memilih Pakatan Rakyat. 

 

Jika sekiranya kerusi parlimen yang dimenangi di Sabah kurang dari 12 kerusi, harapan PR merampas Putrajaya dari tangan BN akan berkecai.

 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16475-yahya-yakin-pakatan-dapat-18-kerusi-parlimen-di-sabah

 

Wallaahu'alam.

Б─

http://pkrl.blogspot.com/2013/04/terhangat-kem-gerombolan-bn-seluruh.html

Edited by KopiKawKaw2012

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ada yang meramalkan PR boleh kecundang dalam PRU-13 ini kerana kelemahan PAS di Kedah di bawah pimpinan Ust.Azizan. PAS diramalkan memperolehi 6 kerusi sahaja dan BN 9 kerusi;

 

Keseluruhan kerusi yang dimenangi PR=107 manakala BN=115

Share this post


Link to post
Share on other sites

apekah pilihanraya akan diheret jauh ke penggal ke-3 2013 akibat kes lahad datu?

 

apa pandangan tuan2 sekelian?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tarikh parlimen bubar automatik 28 April 2013

Tarikh akhir PRU-13 penghujung bulan Jun.

 

Ada kemungkinan akan berlaku pembubaran parlimen kali ini secara otomatik.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Macam2 hang ni ongbok hahah... Korang rase isu/manifesto ape yg akan menarik pengundi muda tuk mengundi sesebuah parti? Aku rase harge kereta dan minyak turun main peranan besar gak.. Kalo bn, br1m tu mmg amat berkesan kat orang2 kampung dan pekan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pada pandangan aku manifesto pakatan ada kekuatan untuk pancing undi;

1) Turun harga minyak

2) Batal PTPTN

3) Hapuskan TOL

4) Hapuskan AES

5) Hapuskan GST

6) Turun harga kereta/motosikal

7) Bantuan tunai

8) Gaji minimum RM1100

7) Hapuskan kroni dan monopoli untuk menjamin harga barang dan perkhidmatan tidak membebankan rakyat.

8) Kebebasan media

9) Semak semula harga tenaga dan komunikasi

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku suke statement harge KERETA diturunkan 30% tetapi "secara berpringkat". Bilakah peringkat terakhir? Boleh jadi beberapa minggu sebelum PR-14

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...