Jump to content
Sign in to follow this  
scorps

Jenis-jenis Format Fail

Recommended Posts

Jenis-jenis Format Fail

Setahu aku yg cetek ilmu nii,

ada beberapa format fail grafik yang biasa di gunakan.

Antaranya adalah seperti,>>>>>>>>

i. *.bmp

Merupakan fail grafik bitmap Windows.

ii. *.pcd

Merupakan format bagi Photo CD. Satu teknologi dari Kodak’s. Imejnya adalah 24 bit color (16 million colors). Kualiti gambar adalah baik.

iii. *.gif

Graphic Interchange Format. Merupakan format dari CompuServe Information Service yang di gunakan untuk membina imej bitmap mampatan (compressed).

iv. *.jpg

Joint Photographic Experts Group (JPEG). Merupakan format untuk memampatkan imej bitmap supaya menjadi imej yang bersaiz kecil.

v. *.tif

Tagged Image File Format (TIFF) merupakan imej fail yang besar tetapi dapat menyimpan banyak informasi warna dengan lebih baik.

vi. *.pct

Merupakan format fail picture sistem komputer Macintosh yang boleh di baca oleh Windows. Perisian Macromedia Director boleh menggunakan format ini. Format ini juga dikatakan sebagai boleh cross platform.

vii. *.pcx

Merupakan format perisian Windows Paintbrush.

klu nak tambah silakan..

sebenarnya aku tak tahu nak post kat mane..

sori laa kalu silap post yee moderator....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Fail Wave

Fail wave, singkatan untuk Waveform Audio File adalah format standard bagi fail audio digital yang digunakan oleh Microsft yang mempunyai extension * .wav hujungnya.

Fail format ini, adalah pada asasnya fail untuk sistem Windows walaupun terdapat beberapa model komp sistem Macintosh yang berupaya memainbalik fail wav.

Fail wav menyokong beberapa jenis skim mampatan (compression schemes) bagi mengecilkan saiznya, bagaimanapun fail yang dimampatkan perlu di nyah-mampatkan sebelum dapat digunakan.

Fail yang dimampatkan adalah baik untuk tujuan storan tetapi akan mengambil masa yang agak penjang untuk loading. Format wav juga boleh dirakamkan pada kadar percontohan (sampling rate) 8-bit atau 16-bit dalam mod mono ataupun stereo.

*nota masa aku study dulu... cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Fail MIDI

MIDI bermaksud Musical Instrument Digital Interface.

Ianya adalah protokol standard yang digunakan untuk membolehkan alat muzik berkomunikasi dengan sistem komputer. Ini bermakna, papan kekunci elektronik, gitar dan lain-lain peranti MIDI boleh disambungkan ke synthesizers yang bersambung ke komputer.

Muzik boleh digubah dan kemudiannya diterjemahkan kebentuk digital melalui synthesizer.

Bagaimanapun, data MIDI bukanlah berbentuk digital tetapi merupakan perwakilan alat muzik dalam bentuk perangkaan (numerical representation of musical

cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori ye mencelah sikit

*.*png - sejenis format utk imej

kita boleh ltk efek feather kat tepi2 gambar tak mcm format *.*gif. kalau format gif kalau kita taruk efek feather kat tepi2 tu dia jadi bulat, tak jadi bintik2 kat tepi2 gambar. lagi satu format ni tak mcm *.*jpeg, kalau jpeg, dia mesti nak ada color background. senang cite jpeg tak leh jd transparent background...

fuh!! pyh betul nak buat ayat. sori aa kalau tersalah guna perkataan ke, ape ke..

saya kalau bab nak terang kat org lain, mmg payah la....

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape la susah sangat

http://filext.com/

anyway file format tak penting sangat. yang penting tu metafile die. GIF pon ade a few jenis, 87a, 89a. jpeg pon ade, sampai jpeg2000.

hah ambek ni copy dan taip balik kat sini

http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Graphics_file_formats

ape cite PDP dulu? ako try masuk site tu tapi kosong jek......

(url tu bukan url penuh eh biggrin.gif)

Share this post


Link to post
Share on other sites

*txt

file bagi notepad

*.txt (MIME type 'text/plain')

merujuk kepada fail² Plain-Text. Notepad hanyalah salah satu software untuk view/create/edit fail yang ade extensions nie biggrin.gif . Plain-Text dirujuk sebagai 'text yang boleh dibaca' (readable text). Biasanya menggunakan ASCII character codes (satu byte mewakili satu huruf, secara umumnya). Seperti namanya, Plain Text hanyalah plain - tidak menyimpan format² font, imej dan sebagainya, iaitu tidak seperti *.rtf dan *.doc. Namun, kadangkala fail jenis ini mengandungi lebih character daripada ASCII seperti penggunaan bahasa Asia Timur (China, Jepon dll).. Tengok encoding die gak la.. Kadang² fail *.txt menggunakan encoding Unicode jugak (UTF/UTF8)..tetapi secara default, ASCII akan digunakan!

ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nak tambah sket... smile.gif

*.dxf - ext. fail yang mengandungi lukisan vector, slalu digunakan dlm perisian 3D modelling cam AutoCAD.

*.dwg - ext. fail untuk drawing bagi program AutoCAD.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Fail MIDI

MIDI bermaksud Musical Instrument Digital Interface.

Ianya adalah protokol standard yang digunakan untuk membolehkan alat muzik berkomunikasi dengan sistem komputer. Ini bermakna, papan kekunci elektronik, gitar dan lain-lain peranti MIDI boleh disambungkan ke synthesizers yang bersambung ke komputer.

Muzik boleh digubah dan kemudiannya diterjemahkan kebentuk digital melalui synthesizer. 

Bagaimanapun, data MIDI bukanlah berbentuk digital tetapi merupakan perwakilan alat muzik dalam bentuk perangkaan (numerical representation of musical

cool.gif

salah tu scorp, file MIDI kena bukak ngan BantalXP hokhokhokohohk

*.c - C source code

*.cpp - C++ source code

*.java - java source code

*.vb - Visual Basic source code

*.h - header file

*.asm - assembler source code

*.pcb - PCB layout gile (open ngan Protel DXP, OrCAD, Autocad, etc)

*.sch - Schematic File

*.garber - barger file for manufacturing PCB

dan beribu2 lagi extension. bukak Windows Explorer, click tools, folder option, click file type and kau leh tengok semua extension yg di registerkan dalam windows kau.

Edited by mus3na

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade budak sound aku pasal copy and paste ni suatu mase dulu...koh koh koh...kat ruangan sembang, aku carik tadi dah takde, dah kene delete kot dry.gif

tak taula aku kalo budak ni berani sound kat ko ke tak... laugh.gif

aku tgk profile dia dan baca post dia, kebanyakannya sepatah dua je ayat dia pos, tensen je tgk,patutla banyak pos (aku tak maksudkan ko C-FU, cuma terkenang mase lalu)

ape salahnya kalo copy n paste utk kebaikan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ler..korang ni jgn le bagi penerangan 2/3 perkataan je..terangkan la sikit..fail jenis sekian sekian untuk kegunaan ape ke, application ape ke, ape² le tongue.gif ..kalo takat bagi 2/3 perkataan, baik tengok je kat folder options..Kembali kepada asal, terangkan macam mane en. scorps terangkan awal² thread ni..rasenye ni le tujuan thread ni..kan?

ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo nak terang panjang2, link ako bagi tu dah sampai brape page dah, complete lak tu. just nak kira malas atau tak malas je

Share this post


Link to post
Share on other sites

MP3

Format audio MP3 adalah merupakan format audio terkini dan mempunyai ciri-ciri canggih yang menggunakan algorithma mampatan lossy yang menyahkan maklumat (data) yang tidak dapat didengari oleh telinga manusia.

Format MP3 juga kenali sebagai MPEG3 (Motion Pictures Experts Group) – perkongsian dengan format yang digunakan di dalam industri video.

Melalui format ini, audio digital yang berkualiti CD boleh dimampatkan dengan faktor 12.1 tanpa mengalami kehilangan yang jelas dari segi kualitinya.

Sebagai contoh, trek yang menggunakan ruang sebanyak 40MB dalam CD audio boleh dimampatkan sehingga 5MB atau kurang tanpa menjejaskan kualiti audionya. Format MP3 sesuai digunakan dalam aplikasi multimedia kerana mampatan yang tinggi membolehkan saiz fail dikecilkan dan seterusnya menjimatkan ruang storan.

salah tolong betulkan...

smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Moving Pictures Experts Group (MPEG)

Satu kumpulan untuk format fail video dan standard ‘lossy compression’ untuk menghasilkan video‘full-motion’ .

Versi terbaru adalah MPEG-2 yang menawarkan resolusi yang tinggi untuk skrin monitor dengan kelajuan sehingga 60 fps. MPEG-2 merupakan format video yang digunakan oleh disk DVD-ROM. Fail video yang disimpan dalam format MPEG mempunyai extension *.mpg.

Codec

Codec (compressor/decompressor) adalah proses untuk mampat (compress) dan nyahmampat (decompress) data bagi video.

Terdapat beberapa codec yang sering digunakan seperti Indeo, Cinepak dan MPEG (Motion Pictures Expert Group).

Kesemua codec melakukan tugas yang sama tetapi pada tahap kualiti yang berbeza. Kebanyakkan codec adalah dalam bentuk perisian yang boleh dimainkan di komputer peribadi pengguna.

Tugas utama codec adalah untuk membuat semula video ke dalam bentuk asal video tersebut.

cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

maaf tumpang lalu....

macamana kita nak tau file tu format apa?.....

kat xp ni dah tengok properties file....dia tak bagitau file tu dot apa...cthnyer kalau file word *.doc.

Share this post


Link to post
Share on other sites

pi kat my computer> tool> folder option > view

kat situ ko uncheck pada bahagian "hide extension for known file types"

harap membantu ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

ye ker? dalam file windows ke? tak perasan pulak aku ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa pasal bila search file dalam pc yang banyak nyer jenis .jpg?

prown byk sgt kut

ekekeke

Share this post


Link to post
Share on other sites

pi kat my computer> tool> folder option > view

kat situ ko uncheck pada bahagian "hide extension for known file types"

harap membantu ;)

thanks

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...