Jump to content
scorps

Topologi Fizikal Rangkaian !

Recommended Posts

A'kum.

utk yg nak tahu dgn lebih lanjut psl rangkaian komputer,

boleh la ke laman web nii....

http://fcit.coedu.usf.edu/network/default.htm

harap ianya dpt membantu kita semua

utk lebh fhm ttg networking niii...

termasuklaaa aku sekali..

hehehee...

ok

cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni plak dlm bahasa melayu..

tapi ni nota yg aku dpt dr lecturer aku dulu..

harap2 dpt membantu.....

kpd yg baru berjinak-jinak dgn networking nii...

termasuk laa dgn aku nii...

ok

Kabel Pasangan Terpiuh/Twisted Pair

Kabel ini memperolehi namanya dari ciri fizikalnya yang mempunyai 2 wayar dipintal bersama. Pintalan dibuat untuk mewujudkan medan magnet di sepanjang kabel dan seterusnya mengurangkan gangguan/halangan yang wujud dalam talian. . Kabel ini biasanya digunakan untuk talian telefon dan sistem PABX.

Sesuai untuk perhubungan jarak jauh dengan frekuensi rendah. Kabel ini menawarkan lebar jalur 3100Hz (300-3400Hz) dengan kelajuan penghantaran data diantara 2400bps – 28.8Kbps. Boleh digunakan untuk membawa data dan suara

Terdapat 2 jenis pasangan terpiuh

• UTP (unshielded twisted pair)

• STP (shield twisted pair)

STP

user posted image

UTP

user posted image

Kelebihan:>>pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan kos yang murah.

Kelemahan:>>terdedah kepada halangan dan gangguan serta lebar jalur yang kecil.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kabel Sepaksi

Digunakan pada untuk membawa isyarat dengan frekuensi lebh tinggi seperti isyarat video. Contoh penggunaan ialah sambungan ke antena televisyen.

user posted image

Lapisan yang paling dalam dinamakan teras iaitu satu konduktor yang membawa isyarat. Dielektrik adalah penebat yang juga bertindak sebagai pelindung kepada teras. Jalinan wayar bumi pula berfungsi untuk mencegah pemancaran isyarat dari kabel dan juga sebagai perisai hingar luaran. Penebat luar berfungsi untuk menyediakan perlindungan kepada kabel.

Mempunyai kapasiti yang tinggi sehingga 400MHz dan berupaya membawa data sehingga 10Mbps.

Kelebihan: kurang gangguan bunyi serta mengurangkan kadar ralat.

Kelemahan: kos pemasangan lebih mahal daripada kabel pasangan terpiuh.

tapi skrg ni dah jarang guna dah cable ni utk buat networking..

dah tak berapa popular.

byk gangguan dan menyebabkan loss data..

tapi dulu ade laa org guna cable ni utk networking

user posted image

heheheee.

ok

wink.gifuser posted image

Edited by scorps

Share this post


Link to post
Share on other sites

HUB

Hub digunakan untuk menyambung berbilang pengguna kepada satu peranti fizikal yang disambungkan kepada rangkaian. Hub juga bertindak sebagai pengulang bila data melaluinya.

Hub dalam rangkaian

user posted image

Hub mempunyai berbilang port, bila satu bingkisan data tiba di salah satu port, bingkisan tersebut akan disalin kepada semua port supaya setiap segmen didalam rangkaian akan memperolehi bingkisan tersebut sama seperti yang berlaku dalam topologi bas.

Hub terdiri dari 2 jenis iaitu:-

a)Hub pasif

Seperti namanya hub jenis ini tidak melakukan apa-apa selain dari menerima data di satu port dan menyebarkannya kepada semua port yang lain.

b)Hub aktif

Selain memiliki ciri-ciri hub pasif, hub jenis ini mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu meneliti setiap data yang dihantar menggunakan teknologi ‘store and forward’. Jika isyarat yang diterima lemah tetapi masih boleh dibaca, hub ini akan bertindak sebagai pengulang dengan menguatkan isyarat tersebut sebelum disebarkan semula (rebroadcasting). Sesetengah hub juga akan melaporkan bahawa ada peranti yang tidak berfungsi didalam rangkaian.

ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pengulang (Repeater )

Repeater juga dikenali sebagai penjana bukannya penguat. Merupakan peranti elektronik yang beroperasi pada lapisan fizikal model OSI

Repeater berfungsi menjana semula isyarat apabila isyarat yang diterima lemah atau terdapat gangguan, peranti ini akan membuat satu salinan bit ke bit berdasarkan kekuatan asal isyarat tersebut.

Repeater mesti diletakkan dalam rangkaian, jadi apabila isyarat sampai ianya tidak akan ada gangguan.

Gangguan yang sedikit mungkin tidak akan memberi kesan kepada data yang dihantar Repeater akan menghubungkan 2 LAN yang sama protokol dan senibinanya. Rajah 4.12 menunjukkan penggunaan repeater dalam senibina Ethernet.

user posted image

Repeater terdiri dari 2 jenis iaitu:

a) Repeater mudah yang menawarkan cara yang murah untuk memanjangkan topologi bas yang berasaskan rangkaian yang menggunakan kabel sepaksi.

cool.gif Repeater berbilang port ialah apabila repeater membuat penghantaran semula isyarat disepanjang segmen kabel termasuk penambahan segmen.

laugh.gifbiggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

repeater ader lagi ke yg still guna? rolleyes.gif

kenapa takde plak??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Coax tu byk lagi ke org pakai

coax??

aku rase dah takde lagi kot..

klu tahun 2002 tu,

aku ingat ade lagi org guna ..

tp skrg ni mungkin pyh nak cari....

sbb ada technology yg lagi baik lagi..

cth>>fiber optic

laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi kalo ader gak customer yg nak pakai coax,ko tau tak kat area maner leh dpt?

mmg skg fiber lagi baik..tapi kalo ader customer still nak benda nih,camner?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi kalo ader gak customer yg nak pakai coax,ko tau tak kat area maner leh dpt?

mmg skg fiber lagi baik..tapi kalo ader customer still nak benda nih,camner?

klu aku laaa,

aku ckp kat org tuu..

baik tak yah guna coax nii..

pasal ada kelemahan pada coax ni..

cth>>tak boleh ikut laluan bersegi,

>>berlaku hingar,

pasal rege plak ,

aku tak tahu laa..

mana lebih murrah,

antara coax dgn utp cable...

ok..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pakai coax dulu nk sambung multimplexer ke tv input pasal split 1 out video tu byk input (byk tv) pasal coax ni sama ngan cable audio/video (tak tau nama aper cable tu, kot coax jugak tak tau ah)..

mmm... kalo custemer nak pakai gak, ckp laa, coax ni byk kelemahan, kene pakai topologi bus, tengah putus, ujung x leh connect dah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa bezanya Hub dgn switch..?

aku rase dah ade yg bagitau jawapannya ni..

kau kena rajin utk search kat topic yg lepas lepas ye...

try tgk kat topic ni>>>> biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Brigde

Bridge akan membahagikan rangkaian yang luas ke beberapa segmen yang kecil. Bridge juga boleh menyebarkan kerangka antara dua segmen asal yang terpisah. Tidak seperti repeater, bridge mengandungi hak untuk membenarkan mereka menyimpan ‘trafik’ pada setiap segmen yang terpisah.

Bridge boleh menghantar kerangka maklumat atau data hanya pada bahagian yang memerlukannya. Dengan cara itu, bridge akan menapis ‘trafik’ yang berlaku dan membuatkan mereka boleh berfungsi untuk mengawal kesesakan pada laluan.

Bridge juga menyediakan langkah-langkah keselamatan penghantaran dan penerimaan data melalui pengagihan ‘trafik’.

user posted image

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bridge tidak akan mengubahsuai struktur atau isi kandungan bingkisan dan hanya boleh digunakan antara segmen-segmen yang mempunyai protokol yang sama.

Bridge yang beroperasi pada lapisan pautan data, memberikan capaian alamat pada semua stesen yang dihubungkan dengannya. Apabila kerangka memasuki bridge, bridge bukan sahaja menjana isyarat tetapi akan memeriksa alamat destinasi dan menghantar kerangka yang baru hanya ke alamat segmen tersebut sahaja.

Bridge terdiri daripada 3 jenis iaitu:

a. Simple bridge– merupakan bridge yang paling murah dan primitif. Ia menghubungkan 2 segmen dan mengandungi jadual yang menyenaraikan alamat semua stesen yang terdapat pada segmen tersebut. Bridge jenis ini disebut primitif bridge kerana alamatnya mesti dimasukkan secara manual. Sebelum bridge ringkas ini digunakan, operator mesti memasukkan alamat aturcara pada setiap stesen. Apabila stesen baru dimasukkan jadual tadi terpaksa diprogramkan semula.

b. Learning bridge – membentuk jadual alamatnya sendiri. Apabila learning bridge mula-mula dipasang jadual tersebut adalah kosong. Masuk sahaja bingkisan, learning bridge ini akan melihat kedua-dua alamat samada alamat sumber atau destinasi. Ia memeriksa destinasi untuk memutuskan dimana data tersebut akan dihantar. Sekiranya destinasi tidak dapat dikenalpasti, bingkisan ini akan disebarkan keseluruh stesen pada kedua-dua segmen. Ia menggunakan alamat sumber untuk membina jadual. Setelah alamat sumber diketahui, ia menunjukkan dari bahagian mana bingkisan tersebut datang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

user posted image

Sebagai contoh Rajah diatas merupakan learning bridge, dan apabila stesen A menghantar data ke stesen G, bridge tahu bahawa bingkisan yang datang daripada A adalah berasal dari segmen atas, dan stesen A mesti di letakkan pada segmen atas. Apabila bridge menerima bingkisan yang beralamatkan A, ia tahu bahawa semua data perlu disebarkan hanya dibahagian segmen atas sahaja.

Untuk meneruskan proses walaupun selepas jadual dipenuhi, learning bridge akan melakukan pengemaskinian secara automatik. Oleh sebab itu learning bridge

adalah lebih mahal berbanding simple bridge. Semua kemudahan yang disediakan oleh learning bridge memerlukan kos yang tinggi.

c) Multiport Bridge – Mungkin terdiri dari simple atau learning bridge, dan digunakan untuk membuat penyambungan dalaman lebih daripada 2 segmen yang sama jenis. (Ethernet ke Ethernet atau Cincin ke Cincin)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...