Jump to content
Sign in to follow this  
carnine9

Rawatan Terbaik Untuk " Anxiety Disorder "

Recommended Posts

[b]Mode minta maaf kalau saya kongsi ni copy dari blog Dr Zubaidi. Boleh delete topic kalau salah.[/b]

Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘[url="http://www.experiencefestival.com/wp/article/anxiety-medication-common-treatments-for-anxiety"]Anxiety Disorder[/url] ’ di [i]wall fb,[/i] ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah.

Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita.

Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka.

”[i]Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat penenang Xanax.[/i]

[i]Doktor mengatakan saya mengalami axiety attactk. Ini mungkin disebabkan saya mengalami stress akibat ujian dari Allah. Ia adalah tempoh yg paling kritikal utk saya. Mak saya mengalami batuk yang tidak berhenti. Beliau dimasukkan ke hospital sebab tak lalu makan. [/i]

[i]Setelah berpuluh-puluh ujian, doktor mengesahkan mak menghidapi kanser paru paru Tahap 4. Ini amat menyedihkan saya.[/i]
[i]Saya ambil cuti tanpa gaji sebulan dan tinggal di hospital selama tiga minggu untuk menjaga mak saya di hospital demi kasih sayang saya kepada emak (saya anak tunggal perempuan). Hospital menjadi rumah kedua saya dan saya membawa anak kecil saya yg berumur 4 tahun sebagai teman.[/i]

[i]Setiap kali solat saya menangis dan mengadu kepada Allah dan berdoa untuk kesejahteraan emak saya. Saya amat sedih dan tak sanggup kehilangan emak…[/i]

[i]Hinggalah satu hari tu saya diserang simptom yg mcm saya sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian, hinggalah ibu saya meninggal dunia pada 23 Februari tahun lepas..[/i]

[i]Saya ingin bertanya adakah ianya merbahaya dan sekarang saya menyedari jika saya stress, tangan saya mudah berasa kebas…”[/i]
Saya amat simpati dan mengharapkan beliau sabar menerima ujian dari Allah dengan hati yang redha.

Masalah emosi seperti ini adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan ([b][i]anxiety[/i][/b]) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan ([b][i]depression)[/i][/b]. Kemurungan pula boleh menyebabkan pesakit terfikir untuk membunuh diri.

Satu kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk ”Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam” menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.

Kedua-dua gangguan emosi ini pada mulanya tidak merbahaya, namun ia adalah permulaan bagi masalah [i]anxiety disorder[/i]. Kebimbangan dan ketakutan trauma adalah masalah yang dirasai oleh pesakit itu sendiri, sedangkan [i]anxiety disorder[/i] adalah masalah yang didiagnosa oleh doktor dan mempunyai beberapa simptom yang tersendiri.

Saya percaya [i]incidence [/i]bagi gangguan dan masalah emosi ini semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Ibarat [i]’tip of iceberg’,[/i] bilangan pesakit yang mendapat rawatan di hospital dan didaftarkan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

[i]”Saya rasa saya ada anxiety disorder, tapi belum jumpa doktor lagi. [/i][i]Saya bimbanglah kalau tidak lulus exam..”[/i]

Kebimbangan tidak lulus exam dihadapi oleh semua pelajar. Ia merupakan salah satu dari naluri manusia seperti mana setiap manusia berasa haus dan lapar. Ia tidak perlu dirisaukan.

Kebimbangan yang serius adalah kebimbangan yang mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini yang dinamakan sebagai [i]anxiety disorder[/i] dan apabila tekanannya memuncak, seorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda [i]nervous breakdown[/i] seperti tiba-tiba pengsan, atau tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga hilang rasa malu dan takut.

[i]Nervous breakdown[/i] harus dibezakan dengan [i]panic attack[/i], kerana pesakit [i]panic attack[/i] akan berasa seolah-olah diserang sakit jantung ([i]heart attack) [/i]seperti sukar bernafas, jantung bergedup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati.

Namun ada juga pesakit yang mengalami [i]panic attack[/i] terkeliru diserang [i]asthma[/i] kerana pesakit mengalami sukar bernafas dan bernafas dengan laju di samping rasa kebas dan loya.
Ada pakar perubatan yang menyamakan [i]nervous breakdown [/i]dan [i]panic attack, [/i]tetapi saya berpendapat ianya hanya perselisihan yang bersifat akademik.

[i]”Macam mana saya nak tahu yang saya ini benar-benar mengalami masalah ini, doktor?”[/i]

Soalan pendek, tetapi jawapannya agak panjang. Namun bagus juga bertanya, jangan mengagak-agak saja dan mendiagnosa diri sendiri.

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi [i]anxiety disorder. [/i]

Pesakit selalunya mengalami [u]kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil[/u]. Sebagai contoh
pesakit terlalu berfikir dan bimbang tentang lauk yang hendak dimasak sehingga pesakit tidak memasak langsung.

Pesakit juga kerap memikir dan merasakan [u]kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan berlaku[/u] dalam kehidupannya. Contohnya pesakit memikirkan suaminya akan menceraikannya jika dia memasak masakan yang tidak sedap.

Pesakit juga merasa [u]sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya[/u]. Contohnya pesakit tidak dapat melupakan kata-kata yang mungkin melukakan hati mertuanya sehingga dia tidak boleh tidur sepanjang malam.
[i]“Saya sudah berusaha berjumpa dengan perubatan alternatif, namun ia mengecewakan saya. Saya takut makan ubat-ubat hospital. [/i]

[i]Apa akan jadi jika saya tidak dirawat?[/i] [i]Adakah saya harus dirawat di Hospital Bahagia?”[/i]

Ramai yang telah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah [i]Anxiety Disorders.[/i] Mereka mendapat kelegaan yang cepat dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat-ubat itu akan mengurangkan masalah ketegangan akibat [i]nervous breakdown [/i]atau[i] panic attack.[/i]

Oleh itu janganlah takut untuk memakan ubat tetapi haruslah mengikut preskripsi yang diberikan. Jangan memakan ubat mengikut kehendak sendiri kerana ada setengah ubat boleh menyebabkan ketagihan.

Saya pernah membekalkan seorang pesakit dengan tujuh biji ubat penenang untuk dimakan selama seminggu, namun beliau telah menelannya kesemua sekali.

Alasannya sebiji ubat penenang tidak berfungsi sebagai penenang. Dia harus menelan kesemua tujuh biji untuk mendapatkan kelegaan dan meminta diberikan sepuluh biji lagi. Saya meolak permintaannya dengan baik.

[i]”Kalau begitu, bahaya ubat-ubat ini..”[/i]

Sememangnya ubat-ubat ini merbahaya jika disalahgunakan. Seperti yang saya katakan tadi ianya boleh menyebabkan ketagihan. Ramai penagih yang datang ke Pusat Kesihatan meminta ubat penenang ini dengan alasan tidak boleh tidur dan mereka tidak malu untuk bertengkar dengan doktor jika tidak diberikan ubat itu.

Ubat-ubat moden haruslah bersifat sementara. Kecuali jika masalah emosi [i]anxiety disorder[/i] telah menjadi bertukar menjadi simptom [i]depression. [/i]Masalah emosi [i]depression[/i] lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang lebih serius.

Ubat-ubat moden ini harus disertakan dengan rawatan sampingan seperti [i]psychotherapy [/i]dan[i][url="http://en.wikipedia.org/wiki/Cognitive_behavioral_therapy"] Cognitive Behavioral Therapy[/url][/i] (CBT). Tanpa rawatan yang betul dan sempurna [i]anxiety disorder[/i] akan menyebabkan kemurungan ([i]depression[/i]). Keadaan pesakit akan bertambah serius.

“[i]Teruk sangatkah pesakit yang mengalami depression?”[/i]

Jika tidak dirawat, pesakit yang mengalami [i]anxiety disorder[/i] akan mengalami masalah kemurungan pula. Ini yang mahu kita elakkan.

Pesakit yang mengalami [i]depression[/i] akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Doktor akan mendiagnosa seseorang itu mengalami [i]depression [/i]jika simptom-simptom ini berlangsung selama dua minggu.
“Selain dari memakan ubat-ubatan dari hospital, apa saya perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian [i]panic attack[/i] berulang?”

Dalam hal ini saya mengesyorkan selain mengambil ubat-ubat yang diberikan, seorang pesakit harus juga banyak bersabar dan membaca al Quran terutama ayat-ayat Ruqyah. Susunan ayat-ayat itu telah dibukukan dan boleh dibeli di kedai buku yang menjual buku-buku agama.

Ayat-ayat Ruqyah syari’ boleh dibaca di [url="http://www.esnips.com/doc/2d849f90-ffb9-4187-a1ef-433fe0877136/AYAT-RUQYAH-SYARIAH"]http://www.esnips.co...-RUQYAH-SYARIAH[/url]
Walaupun saya bukan pakar sakit jiwa, namun saya telah melihat ramai pesakit mendapat manfaat yang besar dengan mengamalkan ayat-ayat Ruqyah.

Ada seorang suami yang kematian isteri berasa amat sedih sehingga terpaksa berhenti kerja kerna terlalu sedih. Kesedihannnya menyebabkan pesakit tidak makan dan minum. Dia tidak bekerja dan menghabiskan masanya dengan termenung dan tidur. Pelbagai nasihat diberikan, namun dia seolah-olah telah hilang inspirasi untuk hidup.

Saya memberikannya ubat [i]anxiolytic [/i]selama dua minggu. Ketika beliau datang semula bersama ibunya, lelaki ini sudah mula mahu makan dan melakukan aktiviti rutinnya. Saya menghulurkan buku susunan ayat-ayat Ruqyah yang saya beli di kedai buku agama. Alhamdulillah, dia mengamalkannya selama 40 hari selepas maghrib dan banyak perubahan positif yang saya dapat lihat.
Ini bukan bermakna saya menolak ubat-ubatan moden. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa ubat-ubatan moden sesuai diberikan ketika seorang pesakit diserang [i]panic attack[/i] atau [i]nervous breakdown[/i] atau [i]anxiety disorder[/i] yang tidak terkawal.

Ubat-ubatan ini akan memberikan kelegaan yang serta-merta. Pesakit akan merasa tenang dan damai setelah menerima rawatan dari perubatan moden. Bagi mengelakkan kejadian berulang, pesakit harus menjalani [i]psychotherapy[/i] dan membaca ayat-ayat ruqyah.

[i]”Apa kena mengena penyakit ini dengn sabar? Sepanjang pegetahuan saya, saya memang telah pun bersabar, namun masih tidak sembuh juga ”[/i]

Kesabaran tidak menyembuhkan penyakit, tetapi kesabaran akan membantu penyakit sembuh. Saya melihat ramai pesakit yang tidak sabar dan sentiasa merungut terus menderita kesakitan berbanding dengan pesakit yang bersabar dan redha.

Jika kita percaya kepada konsep penyakit dan kesakitan yang kita hadapi, nescaya tiada pesakit yang merungut terhadap ujian Allah ini. Allah memberikan ujian sakit, ketakutan dan kebimbangan ini sebagai tanda kita layak menerima ujian, yang kelak akan diberikan ganjaran besar jika kita tabah menghadapinya.

“[i]Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), … serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”[/i] (Surah Ali Imran, ayat 200)

Ujian yang berupa kesakitan dan kebimbangan ini adalah ujian yang mampu kita hadapi. Jika kita bandingkan dengan pesakit lain yang diuji dengan kanser dan kematian mengejut, tentu kita akan bersyukur.

[i]”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya[/i].” – Surah Al-Baqarah ayat 286

Sifat sabar ini amat perlu disemai dan dibajai dalam diri setiap Muslim kerana kehidupan ini pada hakikatnya adalah medan perjuangan dan penuh ujian yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit.

Allah berfirman bermaksud: “[i]Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu[/i].” (Surah At-Taghabun, ayat 11).

Maka, sesiapa yang dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang bermakna lulus dalam ujian itu dan terus diuji Allah sehingga dia menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa kepada-Nya.
Kenyataan ini selari dengan Rasulullah saw apabila baginda ditanya sahabat yang bermaksud:

[i]“Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?”[/i] Jawab baginda: [i]“Nabi dan seterusnya orang yang seumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya, nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya sedikit pula ujiannya.”[/i] (Riwayat Ibnu Hibban)

Adakalanya kita berasakan dugaan yang Allah berikan pada kita amat berat. Namun banyaklah bersabar dan terimalah dengan redha.

”[i]Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui[/i].” ( Surah Al-Baqarah ayat 216 )[/indent]
Yang paling penting, janganlah mudah berputus asa untuk mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna. Allah melarang kita berputus asa dengan musibah yang menimpa.

[i]”Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman”’[/i] ( Surah Al-Imran ayat 139 )

”[i]Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ([/i] Surah Al-Baqarah ayat 45 )

Teruskan mendapat rawatan dan jadikan segala musibah yang menimpa sebagai suatu titik perubahan untuk kita lebih dekat dengan Allah.
”…[i]dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.[/i]” (Surah Yusuf ayat 12 )

Allahu a’lam.

Sumber : [url="http://drzubaidi.com/blog/?p=1261"]http://drzubaidi.com/blog/?p=1261[/url]

** Hmm saya pernah kena juga dulu Anxiety nih. Kemungkinan faktor keturunan. Tapi Family saya yang lain takde pun kena. Mak saudara saya dua orang kat Kulim & termasuk saya. Edited by carnine9

Share this post


Link to post
Share on other sites
ayah aku penah kene dulu penyakit ni terbaring x leh gerak selama beberapa minggu selepas company dia kene tipu dgn kwn baik sendiri...huhu mula2 ingatkan stroke...rupenya doktor ckp sakit ni la...depression yg melampau smpai sakit mcm ni la...skrg alhamdunillah lah dah ok dh...perkara dh berlaku 10tahun yg lalu...huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau kat hospital Dr akan bagi ubat penenang nama dia XANAX..lepas makan ubat nie pesakit mengatakan mereka tenang dan rasa lebih rileks...ada juga ubat lain yang biasa dr bagi seperti Setraline(zoloft)..ubat dalam kategori anti depression juga ada digunakan....kesimpulan bergantung kepada keterukan anxiety....aku yang bertugas di jabatan kesihatan mental selama 12 tahun mmng selalu sangat jumpa dengan kes sebegini..even ayah aku pun kena juga dia jadi takut untuk berjumpa orang dan bila orang ramai..skang selepas rawatan semua kembali ke asa

Share this post


Link to post
Share on other sites
@Mon Sabar jer bro...aku pun ada gak ...aku sampai minum air Ustaz Harun Din..dia tak kira org nak jadi nih, kalo yang tgh sihat duk main bola hari2 pun bole kena gak Anxiety...Alhamdullilah Ayah ko dah sembuh..

@ Nakal, a ah betul bro, tapi kalo leh jgn terlampau amik Xanax sgt, nanti depend on Ubat...sebab drug. So tak konfiden kalo tak makan ubat, kalo perlu jer baru amik, contoh : bila berada tempat ramai org such kenduri. Sebab jadi Gabra. Xanax tak jual, kena amik kat spital jer. Ko mesti tahu, sebab ko dah tahu kes nih...ko kije pskiatri..

@MK Gunnerz, kalau sikit2 takpe....kalau teruk jadi tak berdunia dengan org jap. Aku dulu 6 bulan, jadi jap..

Sorry late reply sebab lama tak login. Saja kongsi share sakit nih, sebab kat lowyat ada topic nih, pompuan chinese, so sapa yang kena, mmg tahu seksa nyer.

Update : Solat 5 waktu insyaAllah boleh sembuh bagi orang yang beragama Islam. Edited by carnine9

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku sihat jer tak ambik ubat pepe..itu pengalaman rawatan yang diberikan pada pesakit yang alami GAD (generelised anxiety disoder)...kalau tak dirawat makin lama makin teruk...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='nakal' timestamp='1324311242' post='1077326']
aku sihat jer tak ambik ubat pepe..itu pengalaman rawatan yang diberikan pada pesakit yang alami GAD (generelised anxiety disoder)...kalau tak dirawat makin lama makin teruk...
[/quote]

Aku tahu kau sihat..yup betul, kalau dibiarkan makin murung sesorang yang kena anxiety nih. Satu lagi, pagi n sebelum tidur baca surah Yassin. Petua dari Ustaz yang rawat aku dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...