asrulfnd 0 Report post Posted August 11, 2011 Salam Ramadhan semua... Saya dpt satu project setup server kat sebuah sekolah di Perlis. Ini adalah 2nd project sy kat sekolah tu selepas 1st project system WiFi sepenuhnya kat sekolah tu. Untuk pengetahuan semua, sy bukannya pro dalam kerja2 server ini, setakat pengalaman sikit2 & minat mendalam dlm networking disamping ingin lebih belajar mendalami bidang networking ini. Masalah saya ialah berapa yang patut saya cas untuk kerja2 setup server untuk network sekolah ini ? Kerja-kerja yang saya lakukan ialah : ..setup domain ..setup Active Directory server 2008 ..setup DNS ..setup DHCP ..setup Fileserver ..setup Printserver ..configure 30 client pc makmal. Sebelum ni DHCP hanya di assign oleh sebijik router/modem biasa je. Server HP Proliant ML370 G6 tu terbiar berdebu kt dlm server room tu jer. So pihak sekolah nk gunakan lah server yg ada tu. So, saya ingin bertanya otai2 networking kat sini, berapa saya patut cas atas kerja2 saya diatas? bukan LO ye...diaorang akan bayar cash. Lagipun, ini sekolah, so taknak lah nk cas mahal2 sgt, kira patut2 lah kan. Kerjasama anda semua amatlah dihargai. Quote Share this post Link to post Share on other sites
dans kam 39 Report post Posted August 11, 2011 Salam Ramadhan... Memula sekali maaf la kalo aku reply ni x berapa menjawab soklan ko.. Aku memang xtau pasal pricing setup server nih, cuma aku ada pengalaman sikit2 pasal configure client pc(mende yang aku tgh ongoing buat skrg. huhu..).. Disamping tu aku ada gak godak2 pasal server nih.. Pasal pricing ni aku rasa elok ko bahagikan ikut tugasan dulu pastu baru ko totalkan semua. Contohnya: 1. Setup server - AD, DNS, DHCP, GPO, etc 2. Fileserver - Walaupun maybe kat server yg sama 3. Printserver 4. Configure client pc - 30 (RM???/pc) 5. Maintenance Selain tu ko kene gak fikirkan pasal kemungkinan nanti sekolah tu nak expand kegunaan AD tu utk satu sekolah pulak ke.. Dalam kes ko ni utk configure client rasanye x complex pun utk caj mahal.. yang susah nanti(aku rasa la) part 1 smpi 3 tu. Dan masukkan jugak untuk kos maintenance(samada ko sekalikan atau asingkan).. Macam company yg aku tgh buat skrg ni untuk part server tu dorang bayar company lain buat, so, aku memang xtau la berapa bayarannye.. mungkin mahal la tu.. Sekali lagi aku mintak maaf sebab x menjawab soklan ko.. Tunggu je member lain jawabkan.. Hehe.. Selamat berpuasa... Quote Share this post Link to post Share on other sites