Jump to content
Tempus

Gila! Yuran Perkhidmatan Rm 300.

Recommended Posts

Yuran RM300 muktamad

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kadar caj perkhidmatan sebanyak RM300 yang akan dikenakan kepada para peniaga di Bazar Larut Malam Danau Kota di sini berkuat kuasa 1 Julai ini adalah muktamad.

Sehubungan itu, peniaga yang enggan membayar caj yang dianggap masih rendah itu, diminta keluar dari tapak niaga mereka kerana banyak lagi peniaga yang menanti peluang untuk berniaga di situ.

Ketua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Cawangan Setapak/Genting Klang, Ahmad Selamat berkata, di bazar-bazar yang lain, caj yang dikenakan adalah antara RM500 dan RM600 sebulan, namun peniaga terbabit tidak pernah membantah.

“Sebenarnya, RM300 tidaklah banyak kerana jumlah tersebut akan digunakan untuk menjaga segala aspek berkaitan bazar di Danau Kota ini.

Kita akan melakukan kutipan sampah, mengatasi masalah kesesakan, menambah anggota Rela untuk menjaga keselamatan di kawasan ini dan sebagainya.

“Petugas-petugas yang ada sekarang ini tidak cukup untuk mengawal puluhan ribu pengunjung yang datang ke bazar ini sepanjang minggu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan bantahan penjaja Bazar Larut Malam Danau Kota berhubung kenaikan caj perkhidmatan daripada RM150 kepada RM300 bermula Julai ini.

Ahmad menambah, banyak masalah yang dihadapi oleh pihaknya selaku penganjur bazar itu terutama daripada penduduk sekitar berhubung soal kebersihan dan kesesakan.

“Dengan RM150 sebulan, kita memang tidak mampu berbuat apa-apa. Kita (penganjur) juga sudah banyak berkorban demi menjaga keselesaan penjaja-penjaja di sini.

“Hasil dari kewujudan bazar larut malam ini, penjaja-penjaja sudah mampu hidup senang dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap,” jelasnya.

Beliau juga berharap para peniaga di situ bekerjasama dengan pihaknya bagi menjadikan bazar itu lebih selesa serta selamat dan tidak hanya mementingkan diri dan keuntungan sendiri sahaja.

“Menyediakan perkhidmatan yang terbaik memang memerlukan kos yang tinggi sedikit. Mustahil RM10 sehari tidak mampu dibayar sedangkan sewa kedai RM1,000 pun mampu bayar,” katanya.

Ahmad berharap peniaga tidak lagi menjadikan perkara-perkara kecil seperti isu yuran itu sebagai halangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka di situ.

[url="http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm&arc=hive"]Bantah Kenaikan Yuran[/url]

korang semua tau sewa kat danaukota tu berapa sebulan? RM 1000.dia punya sewa tu boleh cover 4 bulan sewa uptown SriGombakk tau....Yang kesian tu penaiga-peniaaga yang sedia ada kat danau tu.ada yang carik makan.ada yang suka-suka.ada yang serius berniaga.yang serius berniaga tu best la.ada banyak branch takut apa RM 300? kalau yang carik makan kat situ?

Tuan Tanah melayu.yang meniaga pun melayu.yang membeli pun melayu.ni bukan melayu bunuh melayu ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
RM300! tinggi sangat,kalau berhubung soal kebersihan dan kesesakan,janganlah caj tinggi sangat! caj RM50 atau RM100 ok lagi! ini kaum Melayu yang nak berniaga! kerajaan Selangor dah takde duit ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
ala..sekali sekala buat rasionalisasi 'subsidi'..tak kan marah kut..ni adalah untuk mengelakkan kerajaan bankrap..korang kena la pikir demi kebaikkan kerajaan..berkorban la sket..kalo dah takde kerajaan..susah la orang melayu..akan ditindas oleh orang lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='PowerRootTongkatAli2011' timestamp='1309013828' post='1070746']
kadang2 peniaga nie bagi betis nak paha.
nak untung lebih jer... kualiti apa macam?
[/quote]
kebanyakkan yang bising semua tu peniaga sedia ada.lepas tu tengok pulak jumlah peniaga yang membebel dengan peniaga yang bersetuju.kalau yang bermodal besar atau ada 10 outlet diluar sana tiada masalah nak membayar.yang kesian yang jenis dah 10 tahun kat situ tapi jenis carik makan...takde outlet lain.yang ni kesian.yang jenis ni mati dulu.aku suspek siapa yang berniaga makanan atau aiskrim boleh terima bende ni.kalau berniaga jual pakaian atau mainan budak-budak..tunggu bungkus la.

tapi kalau diikutkan logik sewa RM 1000 boleh bayar takkan yuran perkhidmatan RM 300 bermaslaah nak bayar? sama macam orang pakai Mercedes or BMW kereta ratus ribu boleh beli time nak maintance apsal plak garu kepala?kalau aku dah berjaya nanti aku buat uptown Selayang pulak.korang percaya tak pakcik yang jual air soya kat uptown tu MAMPU cecah RM 20k sehari?

ni lah taktik berniaga kalau korang nak tau.Mudah.com pun macam tu jugak.dulu FREE.takde mintak ic atau apa.tak sampai 1 hari dah apporved.sekarang? ada pakej PRONIAGA.daftar FREE tapi ada premium Service.nak edit kena caj.nak itu ini kena caj.kalau Nama mudah.com ni tak `meletup` dekat Suratkhabar dan TV sana berani tak Pihak Mudah.com kerek dengan kita semua? dia sendiri reti kira kalau korang 10 orang boikot service diorang...confirm ada 100 orang (New user) masuk dan ganti balik kerugian 10 orang yang boikot tadi....

Peniaga Danau Kota confirm lari masuk Uptown SriGombak.Tapi aku ckaap korang mmg seronok niaga kat uptown...ada budak lari-lari.ada awek awek.ada amoi amoi.ada isteri orang cun melecun. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dengan peniaga melayu buat ape nak berkira sangat? majoriti yang bisnes kat kedai2 semua kaum lain! naikkan sikit takpelah,jangan sampai RM300,memanglah untung tu boleh dapat RM1000,tapi mcmana pula lepas tolak untung bersih? berapa aje dpt,tolek modal,tolak bil2 lain.pastu pelanggan semua beli akan minta kurang,minta diskaun!

naik boleh tapi jangan membebankan...btw benda yang ni 'naik' takde pun pembangkang nak kondem?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1309005336' post='1070742']
RM300! tinggi sangat,kalau berhubung soal kebersihan dan kesesakan,janganlah caj tinggi sangat! caj RM50 atau RM100 ok lagi! ini kaum Melayu yang nak berniaga! kerajaan Selangor dah takde duit ke?
[/quote]

danau kota dalam negeri Selangor?
sebab kalau refer pada sumber berita :
[quote][b]Ketua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Cawangan Setapak/Genting Klang[/b][/quote] Edited by sawi

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak kisahlah the point is kenapa naikkan RM300,bile benda ni jadi biase bukan pembangkang ke yang bising menyalak? kata kerajaan kejam dan zalim? kenapa tup2 ade bagi alasan kata bagi betis nak peha? ini penjaja melayu la woih!!! mereka cuma ade satu tapak untuk cari sumber rezeki! bukan mcm kaum lain,banyak tempat diaorang meniaga,dlm satu mall tu ade 2 kedai tapi nama kedai lain2.

penjaja melayu bukan mcm tu.janganlah jadi kurang bijak dengan komen bagi betis nak peha! nak naikkan pun sikit2 ajelah janganlah sampai RM300.tinggi tu!

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau tak puas hati apa lagi buat demo macam tak biasa pula. panggil perkasa, utusan, tv3. rtm. pembangkang kejam tak tunai janji.

Share this post


Link to post
Share on other sites
at least diaorang buat bantahan bukan tgh2 bandar KL pastu hasut org ramai join,yang buat bantahan hanya yang ade kena mengena iaitu para peniaga,kay? jangan jadi bengap nak samakan dengan per'arak'an lagi satu tu.buat press conference lagi elok dari ber'arak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1309143413' post='1070780']
tak kisahlah the point is kenapa naikkan RM300,bile benda ni jadi biase bukan pembangkang ke yang bising menyalak? kata kerajaan kejam dan zalim? kenapa tup2 ade bagi alasan kata bagi betis nak peha? ini penjaja melayu la woih!!! mereka cuma ade satu tapak untuk cari sumber rezeki! bukan mcm kaum lain,banyak tempat diaorang meniaga,dlm satu mall tu ade 2 kedai tapi nama kedai lain2.

penjaja melayu bukan mcm tu.janganlah jadi kurang bijak dengan komen bagi betis nak peha! nak naikkan pun sikit2 ajelah janganlah sampai RM300.tinggi tu!
[/quote]
dia yang mati tu yang jenis berniaga sara diri.untung berapa sen untung tu dia gunakan utk beli itu ini.bukan kumpul membesarkan niaga.kes ni bukan sahaja berlaku kat uptown Danau Kota..malah berlaku di Kompleks membeli belah Alamanda.Putrajaya.dikatakan sewa dinaikkan semata-mata ada `penjajah` luar nak datang masuk Malaysia melabur.diorang boleh bayar sewa pada kadar yang tinggi.janji tempat cantik...

mintak Rm 300 tapi service dan perkhidmatan diorang nak bagi yang bernilai RM 300 ke? kalau aku jadi peniaga kat uptown danau tu aku SENDIRI akan carik guard atau rela ke apa ke manage utk itu.duit bayar terus kat diorang.takde lalu orang tengah. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Tempus' timestamp='1309235054' post='1070835']
dia yang mati tu yang jenis berniaga sara diri.untung berapa sen untung tu dia gunakan utk beli itu ini.bukan kumpul membesarkan niaga.kes ni bukan sahaja berlaku kat uptown Danau Kota..malah berlaku di Kompleks membeli belah Alamanda.Putrajaya.dikatakan sewa dinaikkan semata-mata ada `penjajah` luar nak datang masuk Malaysia melabur.diorang boleh bayar sewa pada kadar yang tinggi.janji tempat cantik...

mintak Rm 300 tapi service dan perkhidmatan diorang nak bagi yang bernilai RM 300 ke? kalau aku jadi peniaga kat uptown danau tu aku SENDIRI akan carik guard atau rela ke apa ke manage utk itu.duit bayar terus kat diorang.takde lalu orang tengah.
[/quote]
diAlamanda tu kalau dah kaum cina punya memang peniaga melayu kena tolak la,berbalik pasal RM300 tu,aku terfikir,kalau sorang dah RM300,kalau seribu peniaga dah berapa?ape saje yang pihak Majlis ni buat sampai perlu caj RM300? tempat nak parking sempit,kemudahan tandas? tandas kecik,siap tumpang buang air kat Shell,itupun dah mcm beratur beli tiket Upin Ipin!

so RM300 tu amatlah tinggi,namun jika pihak majlis ade alasan yang kita tak terfikir atau ada perancangan pembangunan yang kita tak tau tu...aku tak boleh nak kritik lebih2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1309245449' post='1070841']
so RM300 tu amatlah tinggi,namun jika pihak majlis ade alasan yang kita tak terfikir atau ada perancangan pembangunan yang kita tak tau tu...aku tak boleh nak kritik lebih2...
[/quote]
Alasan tak terpikir? Semua penyewa dapat menikmati `high speed UniFi` speed pada 20Mbps? Draft N series Wireless Connection....ataupun tiap-tiap peniaga dapat notebook sebijik?ok gak tu.diaorang nak jual diroang punya suka la.

majlis perbandaran mmg naik tocang sekiranya 80% peniaga setuju utk membayar.kalau 20% tak setuju mmg kena tendang keluar.aku andaikan ada 400 peniaga sedia ada.80% daripada 400 peniaga setuju mmebayar tanpa banyak soal (dah masyuk takde hal) maka 320 peniaga (RM 300 X 320=RM 96000)ini duit `perkhidmatan` yang dikatakan.yang balance 20% tu (80 peniaga) kesian la.sama ada pindah ke uptown lain atau tunduk dan akur perintah baru tu.

kedengaran seperti sewa khemah pun naik jugak. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang best tu untung ribu-ribu incometax tak kacau pun.Tu hari kat TV.pasar ramdhan.untung bersih RM 1500 sebulan.siap bangga kena temuramah.aku kaalu duit untung tu digunakan utk bende lain yang memajukan lagi kedepan takpe.ni simmpan dalam poket sendiri.

ramai2 niaga kat danau tuh ntah ada SSM register ke tidak ntah.untung ribu-ribu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1309005336' post='1070742']
RM300! tinggi sangat,kalau berhubung soal kebersihan dan kesesakan,janganlah caj tinggi sangat! caj RM50 atau RM100 ok lagi! ini kaum Melayu yang nak berniaga! kerajaan Selangor dah takde duit ke?
[/quote]
mcm ni la nk tolong org melayu tp kene cekik plak...cm mne nk hidup

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mon678' timestamp='1314154268' post='1071462']
mcm ni la nk tolong org melayu tp kene cekik plak...cm mne nk hidup
[/quote]

tapi sepatutnya sebagai peniaga kat sana kena bersedia.dan kena mengikuti etika berniaga.semua bende ada kos.ada bende kena bayar.maksudnya untung barang tu jangalah beli rummah.beli kereta.simpan dalam ASB.simpan untung tu dulu untuk kes2 emergency macam ni.mengikut pengiraan aku.barang siapa yang dah berniaga kat sana 10 tahun walaupun jual ayam goreng ..dia still can survive dan bertambah maju.tapi mana yang berniaga cam tak nak berniaga tu..atau tunggu bulan puasa baru nak niaga...mmg rasa beban sangat la.

penat aku ckaap korang niaga uptown ni.aku dulu dari pukul 9 malam sampai pukul 3 pagi.tapi pukul 1 pagi dah packing.kadang2 pukul 11 malam hujan lebat,stok basah.gerai basah.orang takde.nak niaga apa orang takde? kadang2 sampai subuh tak tidur.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='e_X' timestamp='1314534093' post='1071604']
RM 300 tu sebulan kan, bukannye harian.
[/quote]
tapi kira sehari RM 10.00 diperlukan utk cover RM 300 tu.sama ada peniaga naikkan harga barang atau naikkan tambah masuk item lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...