Jump to content
BasicCX

Skmm Akan Menyekat 10 Laman Popular...

Recommended Posts

Pihak SKMM telah meminta semua penyedia internet di Malaysia untuk menghalang akses ke website-website download berikut:

[waran tangkap]-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube, dan juga MegaUpload.

Beberapanya masih boleh diakses namun pasti akan disekat juga tidak lama lagi. Perkara menyedihkan untuk kaki download tegar.

[center][img]http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/251637_223356741015607_214296395254975_918455_5311356_n.jpg[/img]

[img]http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/247200_171583082902763_137404586320613_447107_3620568_n.jpg[/img][/center] Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
Memang menyedihkan. Ku bukan kaki download tegar pun. Tapi kadang² tu download jugak.

[quote name='Roy Azloy' timestamp='1307581788' post='1069879']
Laman porn berlambak x nak block ke?
[/quote]

Sepatutnya yang tu la kena block dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Senarai di atas just filesharing/p2p site. Sepatutnya ditekankan laman porn popular..pelik juga site fileharing under 'mega' diblock but site porn under 'mega' tak ada dalam senarai... satu lagi megavideo just video sharing site macam youtube..sepautnya mega yang satu lagi tu kena block...nampak sangat orang yang buat kasi list ni... main hentam jer buat senarai...btw aku setuju kalau skmm block site yang menghina agama yang semakin banyak dan site-site porn

BTW so far semua senarai di atas masih boleh diakses....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='tasek16' timestamp='1307585359' post='1069884']
Senarai di atas just filesharing/p2p site. Sepatutnya ditekankan laman porn popular..pelik juga site fileharing under 'mega' diblock but site porn under 'mega' tak ada dalam senarai... satu lagi megavideo just video sharing site macam youtube..sepautnya mega yang satu lagi tu kena block...nampak sangat orang yang buat kasi list ni... main hentam jer buat senarai...btw aku setuju kalau skmm block site yang menghina agama yang semakin banyak dan site-site porn

BTW so far semua senarai di atas masih boleh diakses....
[/quote]
itulah, benda yang lebih penting tak dibuat. semalam aku baca pasal sorang menteri ni pertikaikan perkataan "mantan" sedangkan banyak lagi isu penggunaan bahasa yang lebih bermasalah, ucapan dalam majlis rasmi dengan bahasa bukan bahasa kebangsaan, dan berbagai-bagai lagi. dan guru aku, merangkap munsyi dewan bahasa yang ajarkan perkataan "mantan" tu masa aku sekolah dulu.
kenapa mereka boleh memimpin? kenapa boleh berlaku pemilihan yang kurang tepat ini? tiada penasihat? tiada s/u sulit? s/u akhbar? kerani dan komiti?

disclaimer: aku tak rasa apa yang aku tulis ni sebagai politik. jika ada yang beranggapan demikian. tetapi aku mempertikaikan tindakan kurang bijak mereka. dan mempersoalkan personal individu mereka, tanpa memerhatikan pada background parti. harap takdak yang silap paham, kemudian warning aku lagi.

saya sangat setuju, jika kita sampaikan suara kita, kepada pihak terbabit, supaya lebih bijak memilih laman yang perlu disekat. bersesuaian dengan prinsip PUTERA.Com yang tidak menggalakkan pengedaran barang cetak rompak, [lanun], biskut tawar, dan sebagainya di sini, maka pada pandangan saya, lontaran ide dari Putera.Com kepada pihak berkenaan wajar didengari.

keputusan kerajaan untuk menyekat laman-laman sesawang seperti itu, kita terpaksa akur walaupun dengan berat hati, kerana salah di sisi undang-undang (ade memudharatkan kerajaan ke eh? kalau kita terus download dari site tu? kerajaan kena saman?). namun tindakan yang lebih tegas sepatutnya dibuat keatas laman-laman lucah, berbanding laman sharing seperti senarai, yang ada kebarangkalian dan andaian untuk digunakan secara baik dan berhemah, berbanding laman lucah yang bolehkah kita dapat sebarang faedah darinya melainkan dosa?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masalahnya depa buat kerja cam orang pemalas. Block ikut suka hati. Kalau depositfiles, megavideo dan sebagainya kena block sekarang, tunggu la nanti dengan rapidshare, dengan file sharing website lain pun silap haribulan kena jugak, lambat sikit lagi dengan youtube pun kena sapu jugak. Okeyla, katakanlah diorang nak block laman hina Islam, porno dan sebagainya, kalau laman tu hosting kat Blogger.com, adakah dengan seluruh domain Blogger.com kena block? Kalau ikut cara depa, silap-silap camtula yang depa akan buat. Sebab tu aku cukup tak puas hati benda camni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa kata korang senaraikan pulak URL/laman2 yang patut ke BLOCK. Lepas nie kita tulis surat kat SKMM... nanti suruh ler Admin sign, takpun kita ramai2 sign... baru ler ada action sikit. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau boleh dalam menyelesaikan sesuatu isu, elakkan daripada taktik diversion yang lebih banyak mengundang retorik dan falasi daripada kebenaran yang sebenar. Kalau pekeliling tersebut benar, aku rasa tak puas hati bukan sebab SKMM gagal mengawal laman web lain seperti porno dan sebagainya, kalau itu yang aku rasa, aku sebenarnya dah alih isu kepada suatu isu lain tanpa menyelesaikan isu pertama. Macam dalam [url="http://en.wikipedia.org/wiki/The_Fox_and_the_Grapes"]cerita anjing dan anggur[/url], kalau anjing itu gagal makan anggur yang terlalu tinggi untuk dicapai, adakah patut dia mengatakan anggur itu tidak sedap, walhal ia hanyalah kelemahan diri sendiri? Jadi, adakah SKMM patut dihentam kerana pekeliling tersebut, kerana mereka dikatakan gagal mengawal perkara lain seperti porno dan sebagainya? Sudah tentu ini kurang tepat. Percayalah, tentang laman porno, aku rasa SKMM dah ambil banyak inisiatif, kenapa aku cakap macam tu, tak payah tanya, sebab aku takkan jawab, at least not in public. :D Isu di sini, mengikut laman kedua pekeliling tersebut adalah berkenaan akta hakcipta, dan seeloknya isu hakcipta dikaitkan, bukannya dengan falasi dan retorik lain.

Yang aku tak puas hati adalah prosedur dan method mereka. Adakah disebabkan masalah hakcipta, keseluruhan laman web tersebut perlu dicantas? Kalau sapu terus semua sekali, tu kerja orang pemalas. Yang pastinya, sedangkan di Amerika Syarikat sana undang-undang hakcipta mereka sangat ketat, kenapa laman web demikian boleh lagi disiar? Ada beberapa laman web berbentuk file sharing tahu tentang undang-undang hakcipta, dan mereka mematuhinya. Sama seperti Youtube, hakcipta adalah hakcipta hanya jika ada pihak yang claim. Kalau tak ada yang claim, toksah nak menggatal kata benda tu ada hakcipta. Dan ini juga dipraktikkan oleh laman web lain, walau tak semua. Maknanya kalau ada pihak tak puas hati nak claim hakcipta, aduan boleh terus dibuat ke laman web tersebut, sebab mereka sendiri dah sedia kemudahan tu. Macam Youtube, dah berapa banyak video clip kena remove sebab akta hakcipta, samalah juga. Sebab tu masalah ni kena tackle satu-persatu.

http://www.[waran tangkap]-bb.org, thepiratebay.org, movie2k.to
No komen tentang website ni, sebab aku tak nampak kat mana dalam TOS dia ada sebut pasal copyright. Mungkin disebabkan mereka sarang piracy, mungkin ada patutnya, so aku takde masalah pasal benda tu.

http://www.duckload.com/
Yang ni dah tak boleh access, agaknya dah kena block kot.

http://www.putlocker.com, megavideo.com, depositfiles.com, fileserve.com, filestube.com, megaupload.com
Yang ni yang aku tak puas hati kalau depa block. Sebab website ni semua ada TOS, ada undang-undang pasal copyright, diorang sendiri boleh ambik tindakan kalau ada masalah bahan copyright, buat je la complain, aduan, kemudahan tu ada, kenapa tak pakai? Kenapa perlu block terus secara keseluruhan. Kalau tak percaya check la sendiri page dia.

[url="http://imageshack.us/photo/my-images/685/depositfilesp.jpg/"]http://imageshack.us/photo/my-images/685/depositfilesp.jpg/[/url]
[url="http://imageshack.us/photo/my-images/16/megavideop.jpg/"]http://imageshack.us/photo/my-images/16/megavideop.jpg/[/url]


Diorang sendiri akan remove kalau ada copyright claim, apa susah sangat. Kenapa perlu block semua terus? Nampak macam orang pemalas buat kerja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoZ' timestamp='1307594216' post='1069908']
Apa kata korang senaraikan pulak URL/laman2 yang patut ke BLOCK. Lepas nie kita tulis surat kat SKMM... nanti suruh ler Admin sign, takpun kita ramai2 sign... baru ler ada action sikit. :D
[/quote]
kalau nak list-kan web pornografi rasanya kita PM ke mod ke, diorang kumpul. lain2 website yang patut di block boleh kot kita list di sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1307622099' post='1069940']
Ku rasa untuk file sharing tak perlu la nak block. Mungkin PDC boleh buat sesuatu pasal hal ni.
[/quote]
siapakah PDC dimatata SKMM hehe.. kang SKMM block PDC ni sebab penyebaran link2 yang haram :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada laman2 porn memang dah di-ninja block oleh tmnet setau aku, ISP lain tak tau la. Baik dia update blocklist site porn, dia block site filesharing harap2 jenis block biasa la, bukan ada sekali baca packet untuk tau apa material yang didownload macam yang luar negara buat sampai lawyer hantar surat saman atau bayar "denda" berserta nama file yang dikatakan di download, tapi ada jugak lawyer yang menipu main reka file2 tu.


:ph34r: mungkin jugak malaysia saja layankan grup2 copyright nih untuk tunjuk ada aktiviti menghalang download2 nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoZ' timestamp='1307594216' post='1069908']
Apa kata korang senaraikan pulak URL/laman2 yang patut ke BLOCK. Lepas nie kita tulis surat kat SKMM... nanti suruh ler Admin sign, takpun kita ramai2 sign... baru ler ada action sikit. :D
[/quote]
google. yes google. bapak segala [lanun].
youtube - banyak cetak rompak, anti kerajaan
facebook - banyak cetak rompak, anti kerajaan jugak

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='pcbase' timestamp='1307664020' post='1069969']
google. yes google. bapak segala [lanun].
youtube - banyak cetak rompak, anti kerajaan
facebook - banyak cetak rompak, anti kerajaan jugak
[/quote]
Sangat setuju dengan sarcasm ini. :D

Ni bukan kerja SKMM je ni, kalau ikut pekeliling tu, KPDNKK yang buat report kat SKMM. Pemalas jugak KPDNKK ni.

[i]"The above mentioned URL/Web Address has been found by Ministry of Domestic Trade, Co-Operative & Consumerism (KPDNKK) to be in contravention of the following provisions of law in Malaysia: a) Section 41 of the Copyright Act 1987"[/i]

Kemungkinannya diorang dapat aduan dari pihak lain yang report ke KPDNKK, lepas tu KPDNKK suh SKMM buat tindakan. Walhal main sebat macam membuta tuli. Kalau ikut prasangka jahat aku, tengok la nanti silap haribulan akan keluar satu website file sharing baru ala 1Malaysia. Sapa dapat tender? Who knows. Hanya prasangka peribadi yang tiada asasnya. Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites
[code]http://translate.google.com/translate?prev=/language_tools&u=http://www.seomoz.org/blog/international-copyright-on-the-web-what-rules-apply-to-me-and-what-court-will-apply-them-[/code] Edited by khorback

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau SKMM menyuruh ISP block website tersebut, banyak lagi software yang boleh bypass untuk akses ke website yang diblock.
Macam tak berapa nak berfungsi jer. Kita bayar kat ISP mahal untuk kos sewaan talian internet.
Kalau dah block, apa lagi yang nak di download ? Huhu :(

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='sharul_1' timestamp='1307784549' post='1070028']
youtube tak berani plak diorang nak block? :121:
[/quote]

hehe kalo block yang nih mmg teruk sgt lah rasanya , tak patut....

mungkin strategi rasanya baru tutup satu website. nanti2 akan menyusul.. saya tak mau bayar bil tenet semata2 hanya nak bukak FB jer nanti..jgn yang lain2 di sekat sudah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kehkeh, duk kasi cadangan patut tu blok patut ni blok tapi karang bila dah kena blok baru nak meraung satu round lagi. kekeke.. Patut filesharing site ni tidak patut diblock pada pendapat aku, pasal termasuk dalam grey area dan pengguna yang upload file2 yang copyrighted ni patut bertanggungjawab bila upload.

sharing is caring. heheh

[quote]
http://www.duckload.com/
Yang ni dah tak boleh access, agaknya dah kena block kot.[/quote]

Yang ni admin dia kena tangkap kat germany ke mana ntah. Rupanya admin duckload sama dengan website [lanun].

link: http://www.wjunction.com/showthread.php?t=86283&page=18 Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak tahu mana depa dapat ulasan The [lanun] Bay ni...tapi aku baca kat blog
link dalam spoiler
[spoiler]http://greenboc.blogspot.com/2011/06/tpb-anggap-kerajaan-malaysia-sekat.html[/spoiler]
memang pedas dia kutuk kerajaan m'sia

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...