Jump to content
LanoV

Pelaburan Emas

Recommended Posts

Okey, aku rasa mungkin ada yang pernah dengar tentang sekarang nie harga emas tengah naik. Yang ada banyak emas tu baik dalam bentuk syiling, gold bar mahupun barang kemas sure suka dan senang hari emas diorang nie nilai dia tinggi. Kepada sapa2 yang ada pengalman dalam urusan pelaburan emas kat sini, boleh ler share sikit pengalamnan korang. Aku rasa nak beli emas ler tak pun nak bukak buku pelaburan emas sama ada kat Public Bank atau Maybank. Jadi macam investor ler tengok turun naik harga emas....

Share this post

Link to post
Share on other sites
aku takda 1st hand exp tapi kawan aku ada buat pelaburan macam ni, dia beli bar kecik (macam bar chocolate tu) pastu simpan dalam safety deposit box dekat bank. Safety deposit box ni ada yang ber-insurans dan ada yang tak ber-insurans.

Selain emas, silver/perak pun bagus jugak dibuat pelaburan. Yang tak bestnya kalau tengok dealer dia beli/jual emas tu beza banyak dengan harga pasaran, yelah, dah dorang pun kira meniaga jugak jadi ni membuatkan kita kena simpan lama sikit untuk dapat untung bila nak dijual ke dealer tu(atau dealer lain) balik.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Aku jumpe satu website yang sangat2 informatif pasal pelaburan emas kat Malaysia nie... siap dia bagi seminar & buat ebook lagi. Nie link dia.. [url="http://jutawanemas.com/v1/"]JUTAWAN EMAS[/url]. Kena menelaah dulu ilmu2 emas nie sebelum bergiat aktif bidang nie. Harap lepas nie bole ler jadi tokey emas... muahahaha.

Share this post

Link to post
Share on other sites
salam

ak tak berapa nak mahir dalam emas2, labur2 ni.. tapi ak ada beli dinar haritu. disebabkan ak baru nak mula, so ak cuba dengan yang kecil dulu

masa ak beli harga seketul dinar dalam RM 672.. ketulenan emas 91.6% berat 4.5 g rasanya. kecik macam syiling 5 sen.

kalau yang bar/wafer, dalam RM 3100++. ketulenan emas 99%. berat 20g.

dan dengar khabarnya akan keluar wafer 10 g... harga dalam RM 1000++ kot. tak pasti pulak ak.

simpan emas ni macam biasa la, macam mak2 kita simpan rantai gelang die. tapi kalau dah banyak sgt, simpan la kat bank.

kalau nak cash semula, boleh pajak kat bank rakyat atau ar-rahnu. dia akan bagi 70%. upah penyimpanan dalam 1% dalam 6 bulan <--- tak pasti pasal ak tak buat. yang pasti memang tak mahal mane.

dan kita tebus dalam harga yang dia bayar sahaja. kalau nak jadi ejen public dinar/gold kene ade rm 20000 dulu.

TQ

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='raidizh AR' timestamp='1306462309' post='1069140']

[/quote]
ayah aku pun jadi ejen PG, tapi aku pun tak paham, apa keistimewaan dia? ejen ja boleh pegi beli direct? orang biasa kena melalui ejen?

nak kata harga lebih murah? tak kot?

rai..ko beli dinar 916 ??? kenapa tak beli 999 ???
rasanya PG dinar dan semua emas dia 999.
916 ni dinar kelantan kot.

just info:
dinar merupakan emas yang dibentuk dengan kadar berat 4.25 gram.
sebelum mendapat penetapan ini, ulamak seluruh dunia, dengan kerjasama bahagian muzium, menilai berat setiap koleksi syiling DINAR yang ada dalam simpanan, khususnya yang didakwa digunakan di zaman nabi SAW. ada yang lebih dari 4.25 gram, ada yang kurang. namun kebanyakannya adalah pada 4.25 gram DAN ianya juga nilai berat purata kesemua syiling tersebut.
dirham merupakan logam perakyang dibentuk dengan kadar berat 2.975 gram

Share this post

Link to post
Share on other sites
Saya pula ada soalan.

Ada sebut mengenai menyimpan dinar emas dalam bank. Minta cerita lebih terperinci tentang simpan dalam bank macam mna? Adakah bank akan bagi dividen sekiranya kita simpan di dalam bank ataupun akan terkena caj.....?

Mohon penjelasan...

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='khairuddin_25' timestamp='1306468360' post='1069149']
Saya pula ada soalan.

Ada sebut mengenai menyimpan dinar emas dalam bank. Minta cerita lebih terperinci tentang simpan dalam bank macam mna? Adakah bank akan bagi dividen sekiranya kita simpan di dalam bank ataupun akan terkena caj.....?

Mohon penjelasan...
[/quote]
simpan di bank ni kalau tak silap aku, deposit box.

seumpama kita sewa bilik lah. tapi ni kita sewa kotak/peti simpanan. simpan di bank dan kena bayar.

beza simpan duit biasa, sebab simpan duit biasa, akan masuk akaun bank, kita cuma pegang rekod je. duit tu bank boleh laburkan untuk jana pendapatan dan keuntungan. itu yang ada bank bagi dividen, bla-bla panjang citernya. secara ringkas gitu.

simpan emas ni, bank sebagai penjamin. bank takleh guna emas tu, so bank tanggung liability, dan takleh buat untung, takleh laburkan. so bank kenakan cas kerana menggunakan khidmat mereka menyimpan barang di bank.

kalau tengok dalam citer omputih, "italian job" kot tajuknya, projek merompak deposit box di bank.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Kadar caj yang dikenakan oleh pihak bank untuk simpan emas ni tinggi ker?
Sebab tak guna juga kalau simpan kat bank, jika caj dikenakan. Memanglah harga emas
akan naik setiap tahun dan keuntungan yang kita dapat, kita bayar kepada bank sebagai kos untuk simpan.

Lagi satu bagaimana dengan pembayaran zakat ? Adakah dengan menyimpan emas di bank perlu/tidak
dikenakan zakat harta/emas?

Mohon penjelasan... :unsure:

Share this post

Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum. Kalau kuantiti emas yang kita ada tu sikit memang tak berbaloi simpan kat deposit box kat bank. Sebabnya harga charges untuk simpanan lebih tinggi kalau nak dibandingakan dengan kadar keuntungan emas tu sendiri. Tapi ada cara yang lebih baik, cagarkan emas tu pada bank rakyat atau ar-rahnu macam yang raidizh AR bagi tau, kadar upah simpanan 1% untuk tempoh 6 bulan. Tapi 1% dari 70% atau 100%? Tu ku pun tak pasti, mungkin ada kat sini yang pernah buat. Dengan cara tu emas yang kita ada tu lebih selamat dari simpan dirumah. Simpan emas dirumah bukan sesuatu yang baik padaku sebab kita dedahkan pelaburan yang kita ada kepada risiko yang lebih besar. Sekali hilang semua lebur. Kecuali la barang kemas, itu pun tak digalakkan untuk simpan dengan kuantiti yang banyak dirumah.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Korang penah dengar tak... buat duit dengan emas nie. Caranya ialah dengan beli emas dan cagarkan kat bank macam Ar-rahnu tu, duit daripada gadaian tu pulak digunakan lagi untuk beli lagi emas, lepas tu cagarkan lagi kat bank... ini bermakna kita dah memiliki hampir dua kali ganda emas berkenaan sebab guna teknik camnie. So far aku tak try lagi... cuma hasil buat research kat internet nie, ada orang buat camtu untuk dapat untung berganda hasil kenaikan harga emas.

So, sapa2 yang ada free time dan jugak ada sumber kewangan tu bole ler try teknik nie. :D

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoZ' timestamp='1307069539' post='1069529']

Ku pernah dengar pasal teknik ni, tapi jangan lupa macam OngBok bagi tau, nak bayar balik pun berganda jugak, tapi untuk tempoh yang lama value untuk emas kita tu akan meningkat.

Share this post

Link to post
Share on other sites
zakat emas, sampai kadar tertentu, wajib bayar jugak. walaupun simpan di tempat lain. kecuali masalah gadaian. kita gadai emas, dan emas yang ada pada pihak penyimpan secara gadaian tu adakah dikenakan zakat supaya kita bayar? itu aku terlupa.

kalau tak silap aku 0.025gram bagi setiap 90 gram. try tanya pusat zakat setempat.

rasanya kos deposit box tak tinggi sangat. kongsi lah adik beradik ka, kawan2 ka. setiap pembelian dinar/dirham, ada rekod sijil beserta nombor siri. bak kata ayah aku, surat beranak emas tu :D
so, sijil beranak tu simpan elok2, emas tu simpan di bank. kongsi dengan adik beradik lain dalam satu box. so kurang sikit tanggungan.

dan aku rasa kos se kotak tu bukan ikut nilai emas. tak pasti. tanya yang pakar.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoZ' timestamp='1306400653' post='1069084']
Aku rasa nak beli emas ler tak pun nak bukak buku pelaburan emas sama ada kat Public Bank atau Maybank. Jadi macam investor ler tengok turun naik harga emas....
[/quote]

Akaun Pelaburan Emas Maybank (MGIA) ialah akaun pelaburan emas tulen 999.9 pada harga harian dalam Ringgit Malaysia (RM) tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menyimpan emas fizikal. Pelaburan dalam MGIA disokong sepenuhnya oleh emas fizikal yang didepositkan di PAMP S.A. Pulangan pelaburan anda bergantung kepada turun naik harga emas. Transaksi yang dibuat akan direkodkan dalam buku simpanan. Pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Sekadar ingatan, merujuk kpd hukum sah disisi islam dlm jual beli emas atau barang2 lain perlu ada 4 perkara iaitu,

1.penjual 2.pembeli 3.barang 4.akad jualbeli

Dalam hal ini, pelaburan melalui bank ini dipanggil Gold Investment Acccount (GIA) tidak kira la Maybank atau Public Bank, kehalalannya diragui kerana ia bukan emas fizikal sebaliknya urusan hanya melalui buku, anda membeli tetapi tidak dapat barang lebih baik beli secara fizikal anda dapat emas dan boleg diguna bila2 masa

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Roy Azloy' timestamp='1307173657' post='1069576']
Sekadar ingatan, merujuk kpd hukum sah disisi islam dlm jual beli emas atau barang2 lain perlu ada 4 perkara iaitu,

1.penjual 2.pembeli 3.barang 4.akad jualbeli

Dalam hal ini, pelaburan melalui bank ini dipanggil Gold Investment Acccount (GIA) tidak kira la Maybank atau Public Bank, kehalalannya diragui kerana ia bukan emas fizikal sebaliknya urusan hanya melalui buku, anda membeli tetapi tidak dapat barang lebih baik beli secara fizikal anda dapat emas dan boleg diguna bila2 masa
[/quote]
setahu aku tiada masalah. Public Gold, setakat yang ayah aku beli, dapat ketul emas tu, dengan sijil lahir dan nombor siri lagi. maybank tak tahu.
so, public gold memang selamat, dari sudut 4 rukun jual beli yang disebutkan, seperti dinar keluaran kerajaan kelantan atau perakDR.

dan...(ni mungkin berbelit sikit penerangan aku. harap maklumkan kalau tak paham)

emas dan perak, serta makanan semuanya, merupakan barangan riba. apakah barangan riba ni? barang yang mesti dilakukan jual beli berlaku penerimaan terus tanpa tertangguh, dan syaratnya lagi mesti nilainya sama dengan yang ditukar ganti, dan syarat ke tiga mesti benda yang boleh diambil si pembeli.

contohnya, A ada emas 4.25 gram, hendak ditukarkan dengan emas milik B. maka perlu kepada 3 syarat tersebut, penerimaan berlaku semasa urusamn jual beli berlangsung dan tidak boleh tertangguh, nilai beratnya sama yakni 4.25 gram juga bagi pihak B dan kualiti yang sama pada kedua-dua pihak, contohnya emas 999, dan mesti diambil terus, tidak boleh selepas berlaku perjanjian jual beli pembeli perlu ke kaunter untuk mengambil emasnya, atau emas belum dikorek dari lombong.

barang ribawi ini, jika berlaku pertukaran barang dengan barang, seperti emas dengan emas, atau perak dengan perak, beras dengan beras, anggur dengan anggur, kurma dengan kurma, garam dengan garam, dan sebagainya. emas ditukar dengan perak tak boleh. jika berlaku maka riba. emas dengan makanan boleh atau perak dengan makanan. jika berlaku jual beli barter makanan dengan makanan, atau emas/perak dengan emas/perak, maka mestilah nilai dan jenisnya sama, tidak tertangguh, dan perlu diambil selepas jual beli dengan segera. emas 999 dengan emas 999. anggur dengan anggur, kismis dengan kismis, tidak boleh anggur dengan kismis sekalipun kismis itu anggur yang dikeringkan.

beras dengan kurma kedua2 barang riba kerana dari sudut makanan, tetapi dibenarkan dan boleh timbangan tak sama. beras 3kg tukar dengan kurma 2kg contohnya. cuma 2 syarat lagi diwajibkan, iaitu mesti tak tertangguh, dan mesti diambil segera selepas jual beli.

masalah barang riba ini selesai, jika jual beli emas menggunakan perantaraan wang ringgit. ianya kertas yang diletakkan nilai, bukan lagi matawang emas seperti zaman dulu. maka syarat ketiga-tiganya tak diwajibkan. boleh ditangguhkan (belian online), boleh tak sama nilai (1 dinar dengan beberapa ratus RM) dan tak semestinya diambil terus selepas jual beli, yakni emas boleh ditempah barang yang akan digali dari tanah.

Allahu a'lam.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' timestamp='1306466386' post='1069146']
rai..ko beli dinar 916 ??? kenapa tak beli 999 ???
rasanya PG dinar dan semua emas dia 999.
916 ni dinar kelantan kot.[/quote]

sebab mase ak beli tu emas 999 harga dia rm 3000. ak kan baru pes time nak beli. cuak gak nak keluar duit 3000 sekali gus, so ak beli sikit2 jela dulu. tapi opkos kalo beli emas 999 lagi untung.

[quote name='LanoZ' timestamp='1307069539' post='1069529']
Korang penah dengar tak... buat duit dengan emas nie. Caranya ialah dengan beli emas dan cagarkan kat bank macam Ar-rahnu tu, duit daripada gadaian tu pulak digunakan lagi untuk beli lagi emas, lepas tu cagarkan lagi kat bank... ini bermakna kita dah memiliki hampir dua kali ganda emas berkenaan sebab guna teknik camnie. So far aku tak try lagi... cuma hasil buat research kat internet nie, ada orang buat camtu untuk dapat untung berganda hasil kenaikan harga emas.

So, sapa2 yang ada free time dan jugak ada sumber kewangan tu bole ler try teknik nie. :D
[/quote]

ak penah dengar. contoh:
harga pasaran emas 999 = RM 3100
harga pasaran dinar 916 = RM 672

beli 1 emas 999 (RM 3100) kemudian cagarkan dekat ar-rahnu (contohnya). ar rahnu akan bagi kita balik 70% iaitu dalam RM 2170. so ko dah ada cash dalam tangan RM 2170 kan?

dengan RM 2170 tu ko beli pulak dinar 916 (RM 672) 3 keping dengan jumlah RM 2016.

so, daripada RM 3100 yang ko spend mula2 tu, ko dah bole dapat 1 emas 999 dan 3 keping dinar. :)

tapi upah simpan jangan lupe la. tak mahal mane rasenye. sedangkan nilai emas akan naik.. ak pun xreti sgt. tapi lebih kurg macam tu la kot

Share this post

Link to post
Share on other sites
beli emas pastu simpan kt rmh...kene buat senyap2 jgn smpai org lain tahu

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...