Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Hati2 Wanita Diluar Sana

Recommended Posts

[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[center][b][size="4"][color="#8B0000"]Lelaki misteri masih bebas[/color][/size][/b][/center]
[quote]
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal dan memakai topi keledar berpenutup penuh yang dipercayai mendalangi beberapa siri simbahan asid di bandar raya ini masih bebas mencari mangsa terutama golongan wanita dan kanak-kanak tanpa diketahui motif tindakannya itu.

Kejadian simbahan asid dilakukan lelaki itu menjadi ancaman baru kepada warga kota hingga meninggalkan trauma seumur hidup kepada mangsa.

Berdasarkan beberapa kejadian, modus operandi suspek adalah menunggang motosikal bersendirian dengan membawa cecair berbahaya dipercayai asid sebelum membaling cecair itu secara rawak kepada mangsa.

Motif utama perbuatan itu tidak diketahui kerana suspek tidak mempunyai sasaran tertentu dan lokasi kejadian juga semakin berkembang iaitu bermula dari Bangsar kemudian ke Brickfields, Dang Wangi dan Sentul.

Bukan itu saja, malah kejadian itu turut dilaporkan di Mantin, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, kes di Negeri Sembilan itu tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya memerlukan maklumat saksi atau orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk menjejaki lelaki misteri itu.

Menurutnya, pihaknya percaya suspek adalah rakyat tempatan berdasarkan warna kulit, tetapi motif sukar dikesan berikutan suspek tidak memilih mangsa dan membaling cecair berbahaya itu tanpa tujuan. "Kami sudah menerima 10 laporan berkaitan simbahan cecair berbahaya sejak awal tahun ini, tetapi gagal untuk menjejaki suspek kerana mangsa tidak dapat mengecamnya dan tiada saksi tampil untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dan mereka tidak perlu risau atau takut kerana identiti akan dirahsiakan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak dapat menentukan jenis cecair yang diguna suspek sama ada berlainan jenis atau tidak kerana laporan Jabatan Kimia belum siap.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis sudah ditempatkan di kawasan Bangsar dan Brickfields yang menjadi tumpuan penyerang misteri yang menunggang motosikal berwarna gelap. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan berikutan menimbulkan panik di kalangan penduduk bandar.

Katanya, Polis Kontinjen Selangor kini berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan menambah bilangan anggota untuk bertugas di Brickfields dan Sentul.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai beberapa kejadian itu dikatakan semakin berleluasa dan menimbulkan panik di kalangan masyarakat.

SMS itu menyebut suspek menjadikan wanita sebagai sasaran terutamanya mereka yang memandu kereta dengan membuka tingkap.

Menurut SMS itu, kejadian berlaku di sekitar Dang Wangi, Sentul dan yang terbaru di hadapan Istana Budaya dan mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, Bahagian Perhubungan Awam HKL ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang kes terbaru yang membabitkan mangsa simbahan asid setakat ini.

"Apa yang kami terima hanyalah kes Mac lalu membabitkan wanita disimbah asid ketika memandu oleh penunggang motosikal yang tidak dikenali," katanya.
[/quote][/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[url="http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakimisterimasihbebas/Article/"]http://www.hmetro.co...hbebas/Article/[/url]

[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]petikan dari metro online[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]KES ini makin menjadi2,[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]pemangsa tak memilih mangsa, dia main random jer sape yang akan jadi mangsa dia,... [/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Hati2 semua, beritahu kawan2 yang lain.., supaya kita hati2 [/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]mari kita berdoa semoga orang yang melakukan ini akan ditangkap dan terima balas yang setimpal dengan perbuatan dia[/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber : Berita Harian

[spoiler]KUALA LUMPUR 8 Mei - Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.

Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.

Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.

"Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.

"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.

"Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.

"Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.
[/spoiler] Edited by Roy Azloy

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/227665_10150181767421167_262044791166_7338097_3292334_n.jpg[/img]

Berita pukul 8 melaporkan mangsa berkemungkinan sakit jiwa dan akan menyimbah asid setiap hari jumaat dan sabtu,

Share this post


Link to post
Share on other sites
ape kes terbaru eh? mcm da sonyap jo...

btw... td bace paper. geng parang panjang menganas kembali... area2 kl tu hati... tgk kalo ade motor yg mencurigakan
tu hati2 la yer.. pastikan lepas keluar rumah tu pagar semua tutp


kalo yang pempuan lak. naik keta terus lock ngan tutup semua tingkap..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='raidizh AR' timestamp='1305871868' post='1068780']
assalammualaikum..

alamak aih... cuak la pulak nak pergi balik keje.. haishhh
[/quote]

bawak keta jangan lupa tutup tingkap... huhuhu.. kalau naik motor tawakal jer arr.. better ko pi keje naik bas..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1305873387' post='1068781']
bawak keta jangan lupa tutup tingkap... huhuhu.. kalau naik motor tawakal jer arr.. better ko pi keje naik bas..
[/quote]
tutup tingkap kena guna aircond.mesti kena isi minyak lebih.

yang kena tu siapa? perempuan melayu ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pasni pompuan kene bawak air dan serbuk penaik dlm handbag,

[spoiler]
KUALA LUMPUR: Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.

Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas.
Namun, seorang pakar kimia, Prof Dr Zainudin Arifin, berkata orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.
"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini.

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.

"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya.

Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.

Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.

Katanya, terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik.

Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan. [/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...