Jump to content
keypo

Aku Keliru Dgn Nik Aziz

Recommended Posts

aku cukup keliru betol dengan nik aziz ni , betol ke dia seorang ulama , betol ke dia seorang ustaz yang mahir dalam agama , apa yang aku tahu kan banyak fatwa fatwa nik aziz ni yang banyak mengelirukan , sebelom ni pon nik aziz banyak timbul kan kontroversi dalam bidang fatwa , terus menerus hina menghina,kutuk mengutuk dan saya jumpa hari ni , video mengenai doa niz aziz kepada pemerintah perdana menteri kita , kalau sekali pun niz aziz ingin memperbetulkan pemerintah,apa yang aku tahu perlu ada adab dan tatatusila nya , tak boleh main pakai hentam kromo sahaja ..apa bukan kah nabi pernah berpesan,barang sesiapa yang menghina sesama muslim,maka fasiq lah dia ..aku fikir juga kalau kita selak tafsir al quran,dalam surah al fussilat ada menjelaskan mengenai perkara ini ..moga allah mengampunkan dosa niz aziz ini ..
[media]http://www.youtube.com/watch?v=u0fT_aURpAY&feature=player_embedded[/media]

Share this post


Link to post
Share on other sites
emmm benda ni dah ramai dah tahu,dan kalau anda perasan Ustaz Harun Din yang tak berapa sefahaman dengan Nik Aziz mcm acuh tak acuh masa dia tadah tangan masa Nik Aziz berdoa masa ni...tapi tak pasti video yang ni ke tak sebab aku belum play lagi,line dah limit...huhuhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Diorang ni semua dah habis idea.dah 50 tahun pun still itu sahaja dia ada.tu pasal dia sanggup semeja dan sekapal dengan Parti D dan parti Pp.Yang Prti D ekonomi dia pegang tahap pemborong dan pembekal semua dia punya...tapi disebabkan majoriti penduduk negara ni Bangsa M so dia kena meraih undi M utk menang(lagipun mmg ada kes seperti Natrah dan 13 MEi 1969 yang mana negara mengalami rusuhan kaum)So part D ni belajar dari situ...mereka kaji perkara itu....Yang parti Pp ni plak ummur baru setahun jagung.tu pun pasal kes kontrovesi tak habis-habis.meraih simpati orang ramai.apa pun takde.anak bini semua terlibat sama.kes dia tu tak habis-habis......

kalau korang tanya politik kat aku..aku anggap semua politik ni sama je.Yang tengah memerintah tu cuba mengekalkan apa yang dia ada.Kuasa.Ekonomi.kekayaan.bla bla bla(guna duitrakyat,cukai rakyat,)...yang lawan dia tu plak tak la berapa mewah.nak itu ini tunggu peruntukan.kewangan ada la dalam bentuk derma dan bantuan-bantuan tertentu.Dah jadik susah la nak buat itu ini.So masing-masing ada kepentingan masing-masing.

Kalau korang tengok betul betul ramai ahli politik semua tu..semua dah berusia.tahap datuk kita pun ada.tahap makcik kita pun ada jugak.cuba pikir.kaalu diorang ni dah takde kuasa atau pun dah tak laku lagi...apa yang jadik? Buang la.ganti orang lain.yang Muda akan mengganti yang Tua.yang kuat akan mengganti yang Lemah.

Bangsa M ni dah la kecik je kat dunia ni.bila dah masing-masing ada ideologi masing-masing.Part D mmg tepuk tangan belakang kita.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Agak2 k0rang la,klu aku ganti Nik Aziz,layak x?huhu...

jgan la segan2 nk bgi jawapan...hehe.. :68:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Moga Allah SWT mengampunkan dosa kita juga.

Tapi kalau solat lima(5) waktu pun liat, masa bila kita minta ampun dosa?

^^

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1303062830' post='1067152']
Agak2 k0rang la,klu aku ganti Nik Aziz,layak x?huhu...

jgan la segan2 nk bgi jawapan...hehe.. :68:
[/quote]
Jangankan Nik Aziz, Najib Razak pun ko layak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' timestamp='1303102875' post='1067189']
Jangankan Nik Aziz, Najib Razak pun ko layak.
[/quote]

Belum cuba belum tahu..Klu aku jd Pm konpem rakyat di negara ni senang lenang xyah keje..huhu..

Ayuh ramai2 kita laungkan sl0gan..."Hidup Mat Don!!".. :104:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hmmm, hasill penilaian dari forum pada topik ini, nampaknya masih ramai dari kalangan kita masih tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh beliau serta barisan pimpinan gerakan Islam.

PERSOALAN :
1. Ramai yang pertikai kenapa TG Nik Abdul Aziz mendoakan keburukan kepada PM kita sendiri dan memang kita akui sendiri bahawa beliau adalah seorang Islam. Sebelum menjawab soalan ini, adakah anada telah mengambil dan mengkaji pandangan beliau kenapa beliau bertindak sedemikian ???

2. Masih ramai lagi berbincang dengan soal Kehebatan orang Melayu. Walaupun saya sendiri orang melayu, tapi, pada pandangan saya, tiada jaminan orang melayu itu adalah lebih Islam dan lebih hebat keislaman mereka berbanding kaum-kaum lain. Sudahkah anda lupa peristiwa kejatuhan Khalifah Uthmaniyah ketika dahulu, setelah musuh Islam menakluk negeri bawahan jajahan Kerajaan Islam Uthamniyah dahulu kemudian mereka mengisytiharkan kemerdekaan dalam keadaan memecah-mecahkan negeri mengikut bangsa. Bahkan, bangsa-bangsa yang tertentu sahaja mempunyai tanah sendiri. Sedarkah kita, kita telah dipermainkan dengan ideologi musuh Islam?

Sebenarnya soalan-soalan ini sentiasa dimainkan....

JAWAPAN YANG MAMPU SAYA BERI :
1. TG Nik Abdul Aziz bertindak sedemikian kerana beliau telah menghadapi pelbagai dugaan dalam arena politik bahkan beliau sendiri masih memegang jawatan tertinggi dalam PAS. Baik, saya sengaja meninggalkan persoalan untuk kalian semua untuk kamu semua berfikir dengan mendalam dan sejenak. Persoalannya, apakah bayaran yang mampu diberikan oleh pemerintah dari zaman dahalu sehingga sekarang Najib mengenai kezalimannya. Antaranya penangkapan aktivis-aktivis gerakan Islam secara zalim dan tanpa bicara, mengajak APCO yang memang telah diakuui di bawah kelolaan Yahudi sebagai penasihat negara, rampasan hak royalti negeri kelantan, dan sebagainya. Kalau mahu tertulis di sini, terlalu banyak. Soalan mudah, apakah bayaran yang diberikan selain hanya berdiam diri dan memberi ulasan yang tidak masuk akal? Ahli keluarga saya sendiri pun ada kena tangkap ISA, kesian pula ahli keluarganya terpaksa mencari nafkah sendiri tanpa bantuan ayahandanya sendiri. Bukankah ini zalim. Maish mahu tertanam pemaaf dan berdiam diri ke? TGNAZ telah menasihati dari dulu lagi, dari zaman beliau muda lagi. Kita telah memberi tempoh terlalu lama. Kita kena ingat, Islam mengajar kita berlemah lembut, Islam juga ajar kepada kita bagaimana bersifat tegas dan kasar....... Allahu Allah...

2. Saya tertarik dengan hujah Tempus. Kita perlu ingat, dalam Islam ada politik. politik adalah salah satu cabang besar dari Islam. Kita berjuang biar Politik yang dilaksanakan adalah Politk yang Islam tulen dan ememang berlandaskan Islam. Politik yagn menjalankan ekonomi Islam, perundangan Islam, Masyarakat atau Sistem Sosial Islam, Ketenteraan Islam, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Kesemua aspek yang dijalankan adalah berdasarkan sekular. Kenapa kita tidak menggunakan sahaja Islam sebagai penyelesaian. "الإسلام هو الحال " bermaksud Islam itu adalah penyelesaian terhadap semua perkara. Itu yang diperjuangkan dari dahulu hingga sekarang. Perjuangan Islam bukannya hanya pada zaman Rasulullah SAW sahaja, perjuangan Islam ini perlu berterusan hingga ke hari kiamat. Adakah anda telah terfikir bahawa negara kita telah Islam kesemuanya???? Dengan Islam, semua masalah selesai; Masalah buang anak yang ketara, janayah yang dahsyat, rasuah, Pembunuhan, tuduahan zina atau liwat, semuanya akan selesai hanya dengan Islam yang sebenar..... Allahu Allah...

Wallahu A'lam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairuddin_25' timestamp='1306429093' post='1069120']
Kenapa kita tidak menggunakan sahaja Islam sebagai penyelesaian. "الإسلام هو الحال " bermaksud Islam itu adalah penyelesaian terhadap semua perkara.
Wallahu A'lam...
[/quote]
" [size="6"]الإسلام هو الحل[/size] " kot???
حال = keadaan
حل = rungkai, bukak, selesai

aku terlupa topic ni. aku cadang nak ulas aritu, tapi masa tu pikir balik, kang parah dengan politik pulak. tangguh-tangguh las2 lupa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Anda memang selayaknya bergelar Panglima Khalid kerana anda sangat berani menegur saya.... Apa-apa pun terima kasih :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairuddin_25' timestamp='1306457916' post='1069132']
Anda memang selayaknya bergelar Panglima Khalid kerana anda sangat berani menegur saya.... Apa-apa pun terima kasih :lol:
[/quote]
?? :blink:
macam takdak kaitan.

ramai lagi yang lebih berani akan tegur, kalau mereka tahu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kita tunggu panglima khalid tegur nik aziz lak..hehehe lariiiiiiii

Share this post


Link to post
Share on other sites
masa kemarau di kelantan beberapa bulan lepas. nik aziz buat solat hajat minta hujan. hari itu memang tiada tanda2 akan hujan. habis saja rakaat pertama, anda sendiri tahu apa kesudahannya.

tak perlu habis berjuta-juta buat pembenihan awan supaya hujan turun.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='pcbase' timestamp='1306664577' post='1069265']
masa kemarau di kelantan beberapa bulan lepas. nik aziz buat solat hajat minta hujan. hari itu memang tiada tanda2 akan hujan. habis saja rakaat pertama, anda sendiri tahu apa kesudahannya.

tak perlu habis berjuta-juta buat pembenihan awan supaya hujan turun.
[/quote]
hmm...membazir ke kita berusaha buat pembenihan hujan selain dari berdoa?...

back to topic:
aku akan curiga bila mana2 ulama masuk politik(i.e: berjuang atas tiket parti politik)...
ye, islam ada politik...tapi dengan perangai pemimpin2 PAS, mereka menggunakan Islam untuk berpolitik, bukan menggunakan politik untuk Islam...
itu pandangan individu aku...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[url="http://forum.putera.com/tanya/index.php?app=forums&module=forums&section=findpost&pid=1069120"][img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_images/fblue/snapback.png[/img][/url]khairuddin_25, on 27 May 2011 - 12:58 AM, said:


2. Saya tertarik dengan hujah Tempus. Kita perlu ingat, dalam Islam ada politik. politik adalah salah satu cabang besar dari Islam. Kita berjuang biar Politik yang dilaksanakan adalah Politk yang Islam tulen dan ememang berlandaskan Islam. Politik yagn menjalankan ekonomi Islam, perundangan Islam, Masyarakat atau Sistem Sosial Islam, Ketenteraan Islam, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Kesemua aspek yang dijalankan adalah berdasarkan sekular. Kenapa kita tidak menggunakan sahaja Islam sebagai penyelesaian. "الإسلام هو الحال " bermaksud Islam itu adalah penyelesaian terhadap semua perkara. Itu yang diperjuangkan dari dahulu hingga sekarang. Perjuangan Islam bukannya hanya pada zaman Rasulullah SAW sahaja, perjuangan Islam ini perlu berterusan hingga ke hari kiamat. Adakah anda telah terfikir bahawa negara kita telah Islam kesemuanya???? Dengan Islam, semua masalah selesai; Masalah buang anak yang ketara, janayah yang dahsyat, rasuah, Pembunuhan, tuduahan zina atau liwat, semuanya akan selesai hanya dengan Islam yang sebenar..... Allahu Allah...

Wallahu A'lam...

apa yang aku perhati orang melayu akan TUMBANG macam KhalifaH Uthmaniah.sejarah telah membuktikan Kerajaan Khalifah ini sangat kuat.600 tahun memerintah.Sultan mereka bukan calang-calang.Zaman Khalifah dulu kalau orang Yahudi nak beli tanah dan buat penempatan.Kerajaan Khalifah masa tu pulangkan balik wang mereka.cakap TAK NAK.Dari situ yahudi-yahudi tu tak puas hati dan simpan rasa dendam.so mereka buat perancangan dan gunakan akal mereka 100%.Naikkan Mustaffa Kamal Attaturk.Kenapa Mustaffa Kamal Attaturk?

1)Dah mmg orang turki.adat resam/agama/budaya konfem pengkhianat ni tahu.

2)Mustafa kamal attaturk ni kemungkinan mmg gile kuasa.so dijanjikan kuasa oleh yahudi.

3)Kalau Yahudi nak study habis-habis A-Z sejarah turki ni makan masa.cara baik carik satu kambing putih utk dikorbankan.


Negara kita dah 50 tahun merdeka.Orang Melayu bertambah ramai.dan bertambah maju.baik dari segi Jahatnya baik dari segi baiiknya.Kerajaan makin kuat dengan lahirnya Petronas.Lahirnya Proton.Lahirnya cukai-cukai daripada pelabur asing.Negara kita pun takde la gemmpa bummi atau kes2 bencana alam macam kat Jepun atau US sana.cuma selalu berlaku kes kebakaran dan banjir kilat tu pun setahun sekali.Tapi ini ini semua more dna more pada kaum melayu [email protected] bumiputera...so kaumm kaum lain rasa macam......tak diperdulikan.tak dilayan.....maka mereka lari masuk bidang berniaga....

Asalnya kaumm kaum cina ni berniaga utk carik makan.demmi sesuap nasi.tapi disebabkan sifat orang melayu ni tak kisah.ntah hapa-hapa.mmg kaki shopping sekolah bertingkat tingkat tapi tak reti nak guna ilmu pastu bab rasuah yang meruncing maka mereka membuat peluang.membesarkan niaga mereka...mereka ajarkan kepada keturunan mereka mereka ajar pada suku sakat mereka pasal wang,modal.keuntungan.apa itu kusotmer apa itu aliran modal.apa itu kos.bla bla bla...masa mengganti masa tahun berganti tahun maka lahirlah taikoon taikoon seperti Vincent Tan.``Raja Gula`` bla bla bla..sampai satu tahap mereka boleh dirikan bangunan besar di tengah-tengah KL.Pelancong ingat bangunan tu orang kita punya.tapi belakang tadbir satu malaysia tahu siapa punya.Maka sistem ini kita Panggil KAPITALIS.sistem ini diguna pakai dinegara barat dan maju.

Sistem kapitalis ni mereka dah kaya nak bertambah kaya.dah ada bangunan besar nak pulak bukak pusat judi dan arak.tapi Malaysia ni negara ISlam.penduduknya majoriti Islam dan Melayu.Arak dan Judi diharamkan dalam ISlam tapi dalam masa yang sama amat menguntungkan.tahukan kalian mesin jackpot yang kat cybercafe haram tu satu mesin mampu earn RM 20,000 sehari? SEHARI RM 20K? dan pemain UTAMANYA Ialah MELAYU!,see? baru jackpot haram bukak kat satu tempat kalau bukak kat seluruh negara? berapa juta sehari? kos modal apa? so mereka -mereka ni jadik macam tamak haloba. dan satu lagi...

Keunikan Bangsa Melayu itu sendiri.Bangsa Melayu ini sangat unik.bila sebut Melayu orang tahu Islam dan sebut Islam orang tahu kaitan dengan melayu.Macam bangsa Cina mereka ni berpecah belah.ada yang cina tak reti baca bahasa cina reti bahasa melayu.ada cina yang tak reti bahasa melayu.ada yang cina muslim ada yang cina kristian dan ada cina Buddha.so jumlah 6 juta mereka di Malaysia ni berapa % daripada mereka ni sekepala? so mereka ni berpecah belah.fahaman lain-lain.tapi ada yang ultrakiasu dalam ni pandai.dia exploit kelemahan orang melayu.dia tahu orang melayu ni kuat head to head battle keris lawan keris mmg kalah.tapi main dari segi ekonomi dan dari segi berniaga...maka jadik lah seperti yang ada sekarang.

Korang tengok Perang Iran Dan Iraq.tahun 1985.2-2 negara ni sama kuat.dan kaya raya...bab minyak jangan cerita la.matawang mereka masa tu kukuh giler.so yang panas AMerika dan Israel.apa yang Amerika buat dia kasi laga 2-2 negara ni dulu.kasi 2-2 ni gaduh.akhirnya Tiada siapa menang.Iran dikenakan sekatan ekonomi 10 tahun.Iraq negara dia hancur luluh.Tepat April 2003 Amerika masuk cuci kaki je.tak payah bazir guna askar.tak payah bazirkan wang utk berperang.Apa yang US dapat?

1)Penjimatan dana peperangan berbilion-biliion.kalau perang Face to Face mana mungkin menang.Ingat Perang Vietnam?

2)Testing Senjata Tomahawk.buat Iraq tu medan test senjata.Rakyat Iraq jadi Model utk ditembak.Performance senjata ni akan direkod pastu ditunjukkan pada negara-negara Arab.Malaysia.Indonesia.Singapore...orang panggil performance Review... heheheeh.

3)Mana-mana negara bila dah berperang matawang dan ekonomi mereka jatuh..ini menguntungkan pelabur luar.dan sudah tentu tauke Minyak Amerika suka keadaan ni.mereka dapat gali minyak Iraq pada kos yang rendah.pekerja dan engineer semua mmereka boleh bayar gaji murah-mmurah.mereka boleh tekan pekerja-pekerja ini ikut suka hati bapak mereka.gaji engineer mereka sana tak salah aku sama dengan Bangla kat sini tau.

akhir sekali aku nak kata...Orang-orang melayu akan tumbang macam mana kerajaan Turki Uthmaniah tumbang SEKIRANYA mereka mereka ini tidak perasan with who you dealing with!.Sekarang ni islam is nothing.takde apa nak bangga.harap penganut berbillion billion tapi bab palestin? habis!...yang ada Melayu.Korang semua kat sini kena ingat.Negara Malaysia ni ada 13 negeri.dan nama Malaysia ni terbentuk hasil bergabungya 13 negeri ni.baru diipanggil Negara Malaysia.kalau dah berpecah dah tak sehaluan sorang timur sorang barat akan ada nanti Malaysia Utara.dan Malaysia Selatan.jadik macam Korea Utara dan Korea Selatan.Tahukan kalian Jerman dulu terbahagi kepada 2 Jerman Timur dan Jerman barat.tapi sekarang dah Bersatu?

[url="http://id.wikipedia.org/wiki/Penyatuan_kembali_Jerman"]http://id.wikipedia...._kembali_Jerman[/url].

kalau negara tu 1 billion dipecah 2 takpe lagi.ni negara ada 27 Juta dipecah 2.ingat Singapore dan Thailand tu tak minat ke ambil balik Perlis/Kedah/Kelantan/Terengganu? Pastu Filipina atau Brunei minat dengan Sabah/Sarawak .,.Dan Singapore minat dengan Johor. Selangor/Negeri Sembilan/Melaka Berperang sama sendiri.Pahanng je yang aman..Orang suruh ikut undang2 islam tak nak.nak ikut undang2 barat.undang2 barat terabur barat sendiri ada ubatnya.teknologi mereka ada.ekonomi mereka punya.habis kalau kita berterabur kat sini? ni baru 50 tahun merdeka.dah huru hara.

Korang tahu tak kenapa Islam Diturunkan pada bangsa Melayu? Ini kerana bangsa Melayu merupakan bangsa yang kuat dan menjadikan SATU-SATUNYA bangsa MELAYU ISLAM YANG Tidak dibuli oleh bangsa dan negara lain.Bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain yang ISLAM dah dibuli dan tengah menderita akibat dibuli.....tiap tiap bangsa Melayu didalam forum ini dan diseluruh negara WAJIB membebaskan negara Islam lain yang DIBULI!.

Sekiranya Allah mengizinkan aku jadi pemimpin dalam negara FIRST aku buat.Aku ambil balik Singapore.SECOND.minta Brunei Bersekutu dengan Negara kita. THIRD ambil balik Indonesia .total orang melayu di Asia tenggara mencecah 300 Juta!.Populasi Negara Melayu ketika itu raking lepas Amerika.tapi ketika itu tak semua orang Melayu itu islam.pasal orang melayu indonesia ada yang hindu.kristian.buddha.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1303110226' post='1067201']
Belum cuba belum tahu..Klu aku jd Pm konpem rakyat di negara ni senang lenang xyah keje..huhu..

Ayuh ramai2 kita laungkan sl0gan..."Hidup Mat Don!!".. :104:
[/quote]
abis jahanam terus negara haha

ape cite eh pasal ceramah mat sabu pasal komunis tu...aku rase mmg ada btulnye time tu polis tanah melayu adalah under british

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau ade sape2 tahu sejarah syiah bertapak di Iran, pasti korang akan tau ape yang Nik Aziz akan buat. Masa zaman Ayatollah Ali Khomeini (Syiah) nak gulingkan kerajaan Shah Iran (Sunnah), dia gunakan agama sebagai medium untuk menggulingkan pemerintah. Ramai orang Islam Sunnah dibunuh. pemberontakan berlaku di seluruh bandar Tehran. Matamat menghalalkan cara. Mungkin ini yang akan dilakukan PAS agaknya.....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b][color=#ff0000][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3]Mungkin ini yang akan dilakukan PAS agaknya..... [/size][/font][/color][/b]

Tidak mungkin PAS akan bertindak demikian. Kalau Encik tak faham perjuangan PAS
tak payah la buat andaian begitu. PAS bukan Iran.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya mintak maaf..... Tapi kalau betul PAS memperjuangkan Islam, kenapa YB Dato' Hassan Ali dipecat dari Jawatankuasa Exco Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor? Sedangkan Hassan Ali benar2 berpegang pada prinsip perjuangan PAS?
Adakah dengan hanya memberi komen mengenai Dato' Anwar Ibrahim sudah cukup syarat untuk pucuk pimpinan PAS pusat memecat Hassan Ali? Edited by Panglima Lading

Share this post


Link to post
Share on other sites
dah berbulan ustaz tuan guru tuan haji dato dr hassan ali ditendang ada juga yg masih tak tau kisahnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang tau ceritakanlah....aku walaupun rakyat kelate aku cuma hormat tn guru tapi tak respek pun dia..hormat sebagai pemimpin...kebenaran atau kebatilan hanya Allah sahaja tahu...skang ramai keliru mana yang betul mana yang salah...kerajaan atau pembangkang salah...masing2 tak pasti..kalau yang taksub semua cakap betul walau itu salah.hakikatnya kebenaran akan mengatasi kebatilan. dalam al-quran pun ada menceritakan.hanya masa akan tentukan..kalau tak pun di akhirat kelak masing2 jawap dan tanggung amanah Allah itu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...