Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan Sprm

Recommended Posts

[size="3"][b]Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM[/b]


2011/04/06
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

-- B.Harian[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1302075775' post='1066421']
berhantu ke pejabat kastam?huhuhu...
[/quote]

Bukan pejabat kastam la tapi pejabat sprm

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' timestamp='1302076576' post='1066427']
mungkin pegawai kastam tu cekik diri sendiri dan bunuh diri..huhu..
[/quote]

dia jatuh bangunan laa... pe cekik diri sendiri pulak... kalau bunuh diri boleh jadi jugak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="3"][b]Kematian Pegawai Kastam Disiasat Sebagai Mati Mengejut, Kata Polis[/b]

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.

[color="#0000FF"]"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Rabu.[/color]

-- BERNAMA[/size] Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
bunuh diri bukan satu cara untuk melepaskan diri dari masalah yang dilakukan...

tapi kalau insiden ini tidak sengaja,maka al-fatihah kepada mangsa...

[quote name='BasicCX' timestamp='1302077160' post='1066431']
[color="#0000FF"]"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Rabu.[/color]

-- BERNAMA[/size]
[/quote]
di Putrajaya juga ade kes dimana ade staff bunuh diri terjun dari tingkat berapa belas ntah,tapi takdelah dek kejadian tu satu bangunan kena tutup,kerja tetap kena kerja,mana boleh tutup opis...huhuhu...

[quote name='BasicCX' timestamp='1302075849' post='1066423']
Bukan pejabat kastam la tapi pejabat sprm
[/quote]
haha silap2 sejak nama kastam naik ni,asik pikir kastam aje...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...