Jump to content
darkpink

Isu Skandal Anwar Ibrahim

Recommended Posts

Esok lepas solat jumaat Dato Eskay nak sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mr_Iz' timestamp='1303996121' post='1067625']
Esok lepas solat jumaat Dato Eskay nak sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.. :lol:
[/quote]
Apa kena mengena dengan DNA plak.
isk...bingung aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China.

“Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan.

“Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak.

“Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar.

Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.”

“Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan.

“Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya,” tegasnya.[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dato Eskay mesti tersasul-sasul cam Saiful Bukhari.

:48:


'TV3...saluran porno anda'

LOL!

Kalau korang kenal Facebook 'Waewo Mesra', ada gambar bezakan potongan rambut DSAI dengan lelaki dalam klip tu.

Puak2 tu kantoi lagi.

TV3 bertambah 'BUSUK'. Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kesian eksay kena wakilkan sumpah dua lagi trio dato T..boleh pulak macam 2.. :lol:
pastu yang menuduh pulak beria2 nak bersumpah apesal? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pening aku peel Utusan, TV3, Datuk 'T' etc.

Buta hati dah agaknya.

Tak sedar2 perkara yang diorang buat tu meMUALkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='FryShadow' timestamp='1304049128' post='1067668']
Kita tengok ape cerita lepas eskay sumpah laknat..
sekarang suka main sumpah2 ni..
[/quote]

org kalau dah jahil hukum hakam agama islam mcmtu la...

Share this post


Link to post
Share on other sites
boleh tak kalau kita buat laporan polis terhadap pemilik blog dan laman web yang siarkan video lucah tu?
[color="#FFFFFF"].http://www.papagomo.com/2011/04/video-seks-part-3-anwar-ibrahim-mari.html[/color]
boleh tak orang PUTERA sebagai PUSAT RUJUKAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT menjadi pendokong gerakan anti web pornografi?
[color="#FFFFFF"].http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/04/panas-berapi-mari-lihat-video-seks.html[/color]
saya jauh sangat di luar negara Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
sekarang dah tersebar luas full version video tu.
sekali tengok macam nuar, perati betul2 macam bukan nuar.
gambar hitam putih tak clear la.
Rasenya AMK dah buat laporan polis.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yang peliknya salinan asal dah diserahkan pade pihak polis dan katenye ade 1 salinan je..macam mana boleh tersebar pulak??
Media pun satu siap bagi link blog tu dan siap tunjuk dalam berita lagi blog tuh..jadinya sekarang 1 malaysia boleh tengok termasuk budak2 yang belum matang sanggup nak tengok video lucah kat blog tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' timestamp='1304080983' post='1067691']
Rasenya AMK dah buat laporan polis.
[/quote]
buat laporan polis senaraikan setiap blog/web???

rasanya secara terperinci tu perlu. supaya bukan sekadar polis, bahkan SKMM boleh ambil tindakan

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tu la pasal.
Bukan susah sangat nak faham.

1. Ugut DSAI & isteri agar undur diri dari politik; jika tidak, video akan disebar.
2. Salinan dah diberi pada polis; kononnya ada satu(1) jer salinan.
3. Tup2..leh kuar kat YouTube.
4. Video lak kuar kat blog pro UMNO sahaja.


Polis boleh panggil FBI kalau nak...tapi tak nak.

Korang perati betul2 video sumpah laknat Datuk 'T' tue.

Tiga2 pakai baju kalis peluru (bullet proof vest) siot.

Patut aku tengok sume gempal semacam jer.

Agak2 sapa la kasi 'pinjam' baju2 tue; PDRM. Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
perghhh...sedap la ustaz tu bagi ceramah dekat depa.. "saudara pegang al-quran terbalik"

Share this post


Link to post
Share on other sites
^

Belum apa2 Eskay dah phailed.

Si Saiful tersasul2.
Si Eskay pegang Al-Quran terbalik.

Sumpah laknat TIADA dalam Islam kalau untuk kes zina; kes antara suami isteri ada la.

Awal2 lagi Allah SWT dah tunjuk ada yang tak kena dengan mereka yang bersumpah laknat.

[2:33 - 3:00] :68:

[media]http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QYtyoqbGle4#at=515[/media] Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Surah 63, Surah al-Munafiqun (Orang Munafik) : 11 ayat. [/b]

63-2: Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.

http://qurannet.tripod.com/063munafiqun.html

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Jedi' timestamp='1304130318' post='1067714']
[b]Surah 63, Surah al-Munafiqun (Orang Munafik) : 11 ayat. [/b]

63-2: Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.

http://qurannet.tripod.com/063munafiqun.html
[/quote]

jedi boleh huraikan tak maksud ayat tu..atau Panglima Khalid boleh tolong

Share this post


Link to post
Share on other sites
Orang yang menuduh orang lain berzina WAJIB datangkan 4 orang saksi.
Itu pun dibuat dalam mahkamah.
Jika ia gagal, kena sebat 80 kali.
Dan orang yang tertuduh tidak perlu untuk bersumpah.

Kenapa la dia orang buat jugak sumpah tu padahal tidak mengikut syarak pun.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='darkpink' timestamp='1304130486' post='1067715']
jedi boleh huraikan tak maksud ayat tu..atau Panglima Khalid boleh tolong
[/quote]

Bro Panglima Khalid layak untuk tafsir.
Dia kat Mesir skang.


Dari apa yang aku biasa dengar dari ustaz2, sumpah dalam ayat tu maksudnya manusia yang suka sangat bersumpah.

Sebab nak orang percaya cakap dia.

Aku kalau nak orang percaya, aku suka cakap 'Betul' atau 'Sungguh'.

Tak suka aku nak sebut 'sumpah' atau 'demi Allah'. Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
ayat tu lebih kepada cerita orang munafiq yang mengaku beriman supaya mereka dipercayai. dalam kitab2 tafsir huarai begini. mereka mengucap syahadah (sumpah) dan orang menyangka mereka beriman, kemudian mereka menghalang kerja-kerja dakwah dan kerja Islam.

namun secara zohir makna ayat, mereka bersumpah supaya mereka selamat. seperti yang jedi tulis tu


.


satu artikel yang menarik yang aku rasa WAJIB semua yang prihatin hal ehwal negara Malaysia, dan yang nak mengulas isu semasa, kena baca.
dari sini : http://goo.gl/lOyDJ
[quote]ini quote komen dari emel yang aku dapat[quote]Mengapalah pemerintah dengan aparatus kepolisian dan kehakiman, dan terakhir jabatan agama seperti JAIS digunakan untuk menghancurkan sahabat kita yang bernama Anwar. Jika Najib tidak membiarkan Sodomi II dan la ni, fitnah seks terhadap Anwar, inshaAllah, beliau bolih menang dalam pilihanraya akan datang kerana trend kebalakangan ini memang kearah itu. Tetapi kenapalah beliau membiarkan ini berlaku bahkan menyokongnya. Dengan membiarkan perkara2 keji, orang melayu akan bila-bila terpecah kepada dua; yang alim dan mengikut Quran dan sunnah akan terus berpegang dengan syariah bila menangani kes Anwar ini, dan secara otomatik meletakkan Anwar tidak bersalah selagi beliau terbukti bersalah. Dan kerana beliau sahabat seperjuangan, pemimpin gerakan islami dahulu, melalui tarbiyah, punyai keluarga mithali, isteri dan anak2 mithali, tidak akan menggugat kepercayaan mereka2 yang beriman dan amal soleh kepada beliau. Dan bagi mereka yang sedikit imannya, thikahnya kepada pemerintah amat tinggi, pengetahuan agamanya kurang, orang-orang Melayu ini akan yakin dengan tuduhan2 ini kerana disogokkan bukan sahaja media TV, TV1&TV3, media terbitan, Utusan, BHarian dan dll, media internet, blog2 proUmno, youtube, dll, bahkan seluruh jentera kerajaan dipergunakan untuk menyebar fitnah Anwar kaki..
Mengapalah kita ditahap hina ini sehinggakan paderi Kristian pula yang menyanggah dibiarkan snippet video dipapar di TV TV.
Ya Allah, tolonglah bangsa dan negara kami...
Dan bagi kita yang faham, bantulah Anwar dengan meyakinkan rakan2 dan kawan2 dan masharakat kita, ini fitnah semata-mata dan hanya dalam rangka untuk menyekat kemaraan pembangkang dalam menawan PRU akan datang.
Dah banyak blog2 yang membuktikan pelaku dalam video2 klip bukan Anwar. Banyak kata2 penuduh baik Eskay dan Rahim, dari mula sehingga sekarang banyak percanggahannya.[/quote]

Oleh [url="http://tuanibrahim.blogspot.com/2011/04/nukilan-buat-dsai-fitnah-mehnah.html"]Dato Tuan Ibrahim Tuan Man[/url]

Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.

Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan, disanjung tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa mereka kemudiannya beriman dengan Allah. Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. Firaun menyeksa mereka dan setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah "Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja".

Kini Anwar secara peribadi menjadi mangsa tuduhan. Beliau belum tentu bersalah tetapi kini bukan mahkamah diminta untuk buat keputusan sebaliknya media membuat tayangan, blog memainkan sentimen dan akhbar perdana membentuk minda pembaca agar menjadi hakim dalam perkara yg telah dirancang, disusun dan diedit agar sesuai dengan kehendak pemimpin BN. Mereka mengambil pendekatan agama (bersumpah) dalam perkara yang salah, agar dengannya rakyat yakin.

Bagaimana nantinya kalau dibuktikan bahawa ia bukan sebagaimana yang dituduh? Keaiban telah berlaku, dan ada yang bertanya, "Kalau betul, bagaimana?"

Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana 'kalau benar' akan dibuktikan kemudian.

Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan?

Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua!

Kepada DSAI dan keluarga, saya menyeru agar bersabar di atas ujian berat ini, dan ambil kaedah yang Rasulullah s.a.w sarankan : "Jangan kamu cuba lawan gelombang waktu tengah-tengah membuak, jangan lari kerana orang akan membenarkannya, dan sabarlah sehingga Allah membersihkannya".

Peristiwa fitnah ke atas Aisyah dan Safwan berlanjutan sehingga 40 hari baru Allah turunkan ayat membersihkan Aisyah, sedangkan Allah boleh menyegerakan ayatnya. Namun para mufassurin menjelaskan sengaja Allah membiarkan 40 hari agar zahir siapa munafik, siapa nuknib, siapa pembela, siapa musuh dan siapa sebenarnya sahabat.

Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah Maha mendengar rayuan hambaNya. Wassalam[/quote]

dan ini komen dari saya di FB:
[spoiler]lepas baca tulisan Tn Ibrahim Tn Man, baru jelas sejelas-jelasnya KEBANGANGAN mereka yang mengatakan pendedahan video lucah tu untuk mencegah mungkar. sumpah laknat tu untuk mencegah kemungkaran Anwar Ibrahim.

cegah mungkar? eskay ada jugak dalam video tu, terlibat secara langsung, kenapa tak cegah kemungkaran masa tu? redha dengan kemungkaran maka kamu pun berbuat mungkar! dapat dosa yang sama!

dan tiada dalam kaedah Islam, cegah mungkar dengan kemungkaran. dengan jenis kemungkaran yang sama seperti cegah zina dengan melakukan zina. atau dengan kemungkaran lainnya seperti cegah zina dengan mengumpat dan memfitnah. atau cegah kezaliman dan maksiat dengan tidak solat atau tidak menutup aurat sebagai tanda protest. itu salah.

takdak ulamak kata boleh cegah maksiat dengan apa jua maksiat.

cegah maksiat Anwar (tuduhan mereka) bukan dengan cara membuat maksiat dan menyebarkan video lucah! itu bukan cegah maksiat tapi terlibat dengan maksiat.

cegah kemungkaran zina yang berlaku bukan dengan kemungkaran melakukan sesuatu yang menyalahi hukum syarak! mengaibkan OKT (orang kena tuduh) bukan dalam syarak Islam. agama lain tak tahu lah! anwar kena tuduh tapi liputan meluas TV akhbar blog semuanya menghukum dia sebagai pesalah. kononnya nak cegah mungkar. ini bukan cegah mungkar tapi maksiat!

dalam Islam, mengaibkan pesalah hanya dengan mempamerkan mereka semasa hukuman dijalankan kepada khalayak ramai. bukan dihina dikututk. penghakiman dilakukan secara adil dan tertutup, setelah terbukti bersalah barulah dikhabarkan beliau bersalah, dihukum di khalayak.

mencaci memaki jasad insan itu ISLAM larang. buktinya ketika Nabi SAW menghukum seorang sahabat baginda yang minum arak, ada seorang menghinanya. Rasulullah larang orang itu berkata demikian, membuktikan itu bukan dari syariat!

Allahu a'lam. Allah Knows Best[/spoiler] Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
esei dah jammed lah dgn apa yg berlaku dkt Malaysia ni. inilah namanya kiamat sudah dekat hmm

Share this post


Link to post
Share on other sites
Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar


Hari ini Eskay menafikan beliau ada menuduh anwar ibrahim
melakukan zina dalam video seks yang dihebohkan.

[url="http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5316&menu=&mid="]Baca lagi..[/url] Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...