Jump to content
darkpink

Isu Skandal Anwar Ibrahim

Recommended Posts

errmm.. aku tak tahu sangat pasal nih.. and tak baca paper ler... aku nak tanya nih... anwar dah buat report polis ke pasal kes video jadah nih..??? yang aku dengar laa... cakap "pendedahan video sex salah seorang pemimpin parti pembangkang..!!" takde pun sebut pendedahan video sex anwar..

nih yang aku konfius baca korang nya sembang nih... Sori arr.. tak amik port sangat pasal benda2 tak masuk akal nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites
walau apa pun pihak kerajaan berusaha keras menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat
dengan apa cara sekalipun. Demokrasi la katakan. BN sangat takut jika negara
diperintah oleh PR atas pelbagai sebab. Kita tengok la nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
manusia2 bila menjauhkan diri dengan Islam, tu la jadi nyer,....

berita2/akbar2 pun cepat menyebarkan berita yang sumbernyer tak tentu sahih lagi
masing2 ngan kepentingan/keuntungan dunia yang sikit nie


[color=#333333][size="2"]

[quote]Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayunlah (mencari kebenaran berita)".(QS. Al Hujurot : 6)



[i]Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.[/i]

[/quote]

[/size][/color]
[color=#333333][size="2"]
[/size][/color]
[color=#333333][size="2"]
[/size][/color]
[color=#333333][size="2"]ape kate ustaz uzar dalam hal sebegini?[/size][/color]
[font="'lucida grande"][size="2"][color="#333333"]meh bace dulu link nie[/color][/size][/font]
[font="'lucida grande"][size="2"][color="#333333"]http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.zaharuddin.net%2Fsoal-jawab-a-isu-pilihan%2F732-liwat--nak-percaya-boleh-atau-tidak-.html&h=4506e[/color][/size][/font]
[font="'lucida grande"][size="2"][color="#333333"]
[/color][/size][/font]
[font="'lucida grande"][size="2"][color="#333333"]link tu kalo slow maaf la eh,. ramai yang masuk kot..[/color][/size][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
takde siapa pun jawab persoalan aku... so means korang semua tak tahu anwar dah buat report ke belum kan..??

PARTI KEADILAN NGAN PAKATAN RAKYAT NI SAMA KE..??? yang anwar tubuh kan nih.. utk keadilan diri dia kan..?? bukan keadilan rakyat semua... pakatan rakyat utk keadilan diri dia... errmmm... pelik2...

isu skandal nih pun.. rasa khabar yang tersebar video seks salah seorang pemimpin parti pembangkang... so nape semua orang interview anwar ibrahim..?? pelik arr... aku tak paham ler ngan benda2 camni...

[i]P/S: last aku lepak sini.. malas nak amik port.. benda takde pekdah..[/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa kes ni memang bertujuan nak perangkap pemimpin tu..jadi diorang dah standby camera dan upah pelacur tu gi goda pemimpin tu..kalau kebetulan camera tu memang dah siap pasang kat situ,rasanya pemimpin tu bukan orng pertama la yang dirakam..mungkin dah ada orng lain yang dah kena rakam..lagi satu masa kes video nasha aziz diorang sibuk cari sape yang rakam..tapi utk kes ni diorang sibuk nak suruh pemimpin tu ngaku wat salah.pihak hotel tu takde plak jadi kes ntah bilik lain pun ade camera jugak utk tujuan tak baik.ni pada pendapat aku la.kalau salah tolong betulkan,malas nak ambik port mende mende camni..politik malaysia = skandal seks,liwat,..asal bukak berita je mesti kuar cite nih.. :83:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dalam kes ni pihak yang mempunyai video tersebut mendakwa video tersebut adalah tulen...no special effects..no super imposed or what ever we might call it...of course video itu tulen...kalau bagi kat pakar forensik yang mahir dalam menganalisa ketulenan sesuatu video pun akan kata video itu tulen...but problemnya sekarang bukan masalah video itu tulen atau tidak..masalahnya sekarang adakah pelaku seks tersebut adalah tulen atau orang yang dituduh melakukan aksi seks tersebut benar2 melakukan perkara tersebut. Dikhuatiri tertuduh didakwa hanya atas dasar ketulenan video bukan atas ketulenan sipelaku...cth nya macam ni..

Si A didakwa kerana mencuri disebuah pasaraya kerana CCTV pasaraya merakam video seorang pencuri seiras dengan wajah A.. Of course si A tidak mengaku sebab dia tak pernah melakukan perkara tersebut. Orang yang mendakwa kata..video yang dirakam adalah dari rakaman asal CCTV...so dia akan menghantar video tersebut ke pakar forensik video...dan dah tentu pakar forensik video kata video itu tulen...so ini dijadikan asas untuk mendakwa si A atas kesalahan mencuri...bukannya dakwaan di atas siapa sebenarnya yang mencuri.

Dalam kes video seks ini..adalah tidak mencukupi untuk menuduh orang yang dituduh adalah sipelaku seks hanya berdasarkan ketulenan sesuatu video....BUT dalam keadaan sekarang macam2 boleh jadi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Cik cput... Rujuk la mane2 news dulu...Of course anwar dah buat laporan polis... Lagi pun, pikir logik la, sape lagi pasangan pemimpin suami isteri yg berpolitik? Da dapat agak da dr situ... So mesti la anwar akan mempertahankan diri dr skandal/tuduhan ape pun yg dituju kat dia...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1301059506' post='1065663']
[media]http://www.youtube.com/watch?v=q9U4W7g2rco[/media]
[/quote]

Kucing bertanduk la kalau [i]press conference[/i] nie kuar kat RTM/TV3.

:3:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1301015428' post='1065628']
takde siapa pun jawab persoalan aku... so means korang semua tak tahu anwar dah buat report ke belum kan..??

PARTI KEADILAN NGAN PAKATAN RAKYAT NI SAMA KE..??? yang anwar tubuh kan nih.. utk keadilan diri dia kan..?? bukan keadilan rakyat semua... pakatan rakyat utk keadilan diri dia... errmmm... pelik2...

isu skandal nih pun.. rasa khabar yang tersebar video seks salah seorang pemimpin parti pembangkang... so nape semua orang interview anwar ibrahim..?? pelik arr... aku tak paham ler ngan benda2 camni...

[i]P/S: last aku lepak sini.. malas nak amik port.. benda takde pekdah..[/i]
[/quote]

ccputsedut dah P/S last lepak, tp aku jawab kan jgk untuk pencerahan skt...
-pagi Datuk T panggil media utk tonton
-petang Datuk T panggil Johari (anak kepada Shuib;salah seorang "Datuk T" - [url="http://malaysiakini.com/news/159732"]Rujuk[/url]) & Chegubard (dari PKR) utk tonton (dgn hasrat mereka ni akan percaya + keluar parti @ desak anwar letak jawatan) -[url="http://chegubard.blogspot.com/2011/03/kenyataan-media-saya-yakin-dalam-video.html"]Rujuk kenyataan media chegubard[/url]
-so mustahil rakan (merujuk kpd kumpulan media @ rakan baik dalam parti) yg dah tonton video tu tak buat call pada Anwar utk bgtau apa dah jadi.
-dari situ anwar tahu dan buat kenyataan media.
-kalau search baik2 boleh jumpa byk kenyataan Datuk T ni kejap A, kejap B, kejap C.
-cuma jgn rujuk/baca satu sumber jer, kenyataan yg keluar di TV/paper utusan banyak diubah/diedit/dipusing2

aku sendiri tak backup anwar, tp tidak jgk menyokong grup Datuk T.
cuma kita dianugerahkan akal oleh Allah, gunakanlah dengan bijak untuk menilai.

[quote]Hai orang-orang beriman! Jika ada orang fasik datang kepadamu membawa berita, pastikanlah kebenaranya, supaya jangan merugikan orang karena tak diketahui, dn kemudian kamu akan meyesali apa yang telah kamu perbuat. Dan ketahuilah bahwa di tengah-tengah kamu ada Rosulullah; kalau dlam banyak hal ia harus mengikuti kamu, tentulah kamu akan berada dalm kesulitan.

Tetapi Allah membuat kamu mencintai iman, dan menjadikanya indah dalam hatimu; dan ia membuatmu benci pada kekufuran, kefasikan dan pendurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang benar; Suatu karunia dan nikmat dari Allah; dan Allah Mahatahu, Mahabijakasana.

Dan kalau ada dua golongan orang beriman bertengkar, dmaikanlah mereka; tapi bila salah satu dari keduanya berlaku dhalim terhadap yang lain, maka perangilah golongan yang berlaku dhalim itu, sampai mereka kembali pada perintah Allah; bila mereka sudah kembali, dmaikanlah keduanya dengan adil, dan berlakulah adil, dan berlakulah adil; Allah mencintai orang yang berlaku adil.

Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu (yang berselisih), dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. Hai orang-orang beriman!

Janganlah ada ada suatu golongan memperolok golongan yang lain; boleh jadi yang satu (yang diperolok) lebih baik dari pada yang lain (yang memperolok): Juga jangan ada perempuan yang menertawakan perempuan lain: Boleh jadi yang seorang ( yang diperolok) lebih baik daripada yang lain (yang memperolok): janganlah kamu sling mencela dan memberi nama ejekan. Sungguh jahat nama yang buruk itu setelah kamu beriman.

Barang siapa tidak bertobat, orang itulah yang dhalim. Hai orang-ornag beriman! Jauhilah prasangka sebanyak mungkin; karena sebagian prasangka adalah dosa. Dan janganlah saling memata-matai, jangan saling menggunjing. Adakah diantara kamu yang suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Tidak, kamu kan merasa jijik. Bertakwalah kepada Allah. Allah selalu menerima tobat, dn maha pengasih. (Al-Hujarat:6-12)[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#FF0000"][b]ko da merepek... [/b][/color]
[color="#FF0000"][b]
[/b][/color]
[color="#FF0000"][b]buat lagi sekali warn level akan dinaikkan...[/b][/color]
[color="#FF0000"][b]
[/b][/color]
[color="#FF0000"][b]mekaseh[/b][/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terbaru ni, di Utusan Malaysia..Ezam cakap DSAI sanggup bersumpah demi membersihkan namanya..katanya lagi DSAI akan berbuat apa sahaja demi kepentingan politiknya..Aritu punya la soh bersumpah untuk membuktikan DSAI tak bersalah..ni takut lak bila DSAI nak bersumpah..kata macam2 lak kat dsai..tu la dari awal lagi dsai tak nak bersumpah..bukan diorang nak percaya pun..tak sumpah salah..nak sumpah pun susah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1301015428' post='1065628']

[i]P/S: last aku lepak sini.. malas nak amik port.. benda takde pekdah..[/i]
[/quote]

Thumbs up. Betul doe. Politik lucah dan kotor. Takde faedah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#FF00FF"]Jangan perb0dohkan diri membincangkan hal yg tidak berfaedah ini...klu tersilap ckap,x psal2 boleh membawa

d0sa..lebih baek k0rang menginsafi diri sendiri drpd cakap hal yg bukan2..yg mane betul,yg mana salah..hnya Allah

yg mengetahui..Ingatlah azab Allah itu PEDIH!!!!huhu[/color] :80:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Percaya la..isu video seks ni cuma pengalih isu je..rakyat dilalaikan dengan isu2 peribadi pemimpin untuk menutup isu2 nasional..isu2 kebejatan ekonomi negara..isu2 tatakelola yang tidak betul..isu2 rakyat kebanyakkan..dalam diam2..maybe kerajaan akan naikkan harga minyak..harga keperluan harian..sedang kita dok leka berbahas isu ini..benda ni dah berlaku banyak kali..rakyat dah masak dengan taktik ni..

kesudahannya nanti..isu ni akan senyap dan ada la kambing hitam yang akan 'dikorbankan' untuk menutup isu ini..tambah2 PRN Sarawak yang akan berlangsung ni..isu2 nasional dan setempat seperti tanah adat dan sebagainya tidak dibincangkan dan diberi perhatian..yang untung..tentulah pemerintah sbb dapat terus memerintah..yang rugi..rakyat kebanyakkan la..

Share this post


Link to post
Share on other sites
pesal BN ni takut sgt ngan DSAI ni ek? kadang kadang terpikir jugak.kalau la DSAI ni yang jadi PM ke suatu hari nanti..aku rasa dia tetap kena jaga rakyat jugak pasal dia mesti nak undian/sokongan dari rakyat sebab nak harapkan penyokong sendiri beberapa kerat je..tak paham sgt ngan politik malaysia nih.. :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1301234952' post='1065762']
[color="#FF00FF"]Jangan perb0dohkan diri membincangkan hal yg tidak berfaedah ini...klu tersilap ckap,x psal2 boleh membawa

d0sa..lebih baek k0rang menginsafi diri sendiri drpd cakap hal yg bukan2..yg mane betul,yg mana salah..hnya Allah

yg mengetahui..Ingatlah azab Allah itu PEDIH!!!!huhu[/color] :80:
[/quote]
setuju bro...
pikir mcmana nak bantu negara dan diri sendiri sudah...sebab time susah senang 'org' tu takdenya nak bantu kita...

* setakat ni aku dapat saguhati...dapat gaji,dapat kuarters murah,dapat keja...dan lain2 lagi...alhamdulillah...syukur kepada Allah...terima kasih kepada kerajaan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sekarang terserah pada Allah SWT.
Rakyat Malaysia la kena pandai menilai senario politik negara.

Segala2 yang berlaku kat dunia ni kehendak Dia juga.
Tsunami ke, gempa bumi ke, Mesir ke, Tunisia ke, Yemen ke etc.
Kena faham tue.


Bak kata MP Lo' Lo'; 'Negara lain sibuk membangunkan negara yang musnah (Jepun), kita kat sini sibuk 'menghancurkan' orang lain'.

Camana la orang bukan Islam nak 'hormat' Islam dan Melayu camni?
Melayu/Islam tunjuk perangai @$#&%; dah tua2 bangka pun berzina dan tonton video lucah.
Presiden MCA takpelah sebab kesudahan dia tue neraka.


Wallahu'alam. Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
http://www.malaysiakini.com/news/160292
Apa yang dikhuatiri dalam [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/88864-isu-skandal-anwar-ibrahim/page__view__findpost__p__1065633"]post aku yang lepas[/url] sedang berlaku...emmmm

Share this post


Link to post
Share on other sites
Video sah dan tulen aksi manusia berzina.

Tapi SIAPA yang berzina tu belum dibuktikan lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
wah ini betul betul punya marah nie......

Share this post


Link to post
Share on other sites
mari kita bersikap Neutral sebentar,jangan sokong UMNO,PAS mahupun KEADILAN

kita nilai...kalau dlm hati kita kata hitam hitamlah,kalau putih,putihlah...

Quote dari pihak bebas

[quote][color="#006400"][b]Teman sangat bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustadz Nasharudin Hassan At-Tantawi[/b][/color] yang mencadangkan supaya satu siasatan diadakan untuk memastikan ketulinan dan kesahihan videoklip yang menjadi isu akhir-akhir ini. Teman cukup pasti ini selaras dengan perintah ALLAH didalam surah Al Hujurat yang meminta kita umat Islam menyiasat sesuatu berita bila ianya disampaikan kepada kita, apatah lagi jika berita itu datang dari golongan kafir, munafik dan fasik.

Teman melihat kenyataan dan pendirian Ustadz Nasharuddin ini berbeza dengan para agamawan lain yang lebih berjoget dengan lagu politik dalam isu ini. Macam-macam patwa dah keluar, macam-macam ayat dah diputar, macam-macam hukum dah dikompang; semuanya bernada sempit mencicit bak politikus yang menikus dengan kebenaran! Itu tak masuk para Pak Yangoat yang tiba-tiba muncul sebagai jagoan dengan pelbagai patwa dan hukuman!!!

Isunya mudah sahaja. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang pakar physio yang tidak dikenali ramai, telah memanggil beberapa orang editor akhbar tempatan (pro kerajaan dan pro pembangkang) untuk melihat satu videoklip di Carcosa Sri Negara pada 21.03.2011. Ianya dibuat dengan begitu sulit, tanpa kecoh. Tujuan beliau satu, untuk mereka menilai sendiri videoklip tersebut. Dan daripada masa beliau menunjukkan videoklip itu, sehingga pukul 05.00ptg, tiada siapa pun tahu siapa pelaku yang menjalankan aktiviti "menyudu" didalam videoklip tersebut. Setakat pukul 05.00pm pada 21.03.2011, hanya 20 orang editor media yang telah melihat video itu, dan mereka langsung tidak menyebut jantan yang terlibat, kecuali menyebut ianya "Jantan-X". Begitulah Datuk Shazly cuba merahsiakan isu videoklip tersebut. Tujuan beliau satu, hanya untuk membuktikan kebenaran.

Tau-tau, dan tak pasal-pasal, manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan membuat kenyataan akhbar kepada satu dunia menafikan "penyudu" dalam videoklip itu Anwar Ibrahim!!! Tiba-tiba isu yang siapa pun tak tau jadi heboh satu dunia. Persoalan besarnya ialah mengapa Anwar tak pasal-pasal melenting dan membuat kenyataan akhbar itu, sehingga kepoh satu alam dibuatnya! Hadis Melayu ada menyebut, [color="#FF0000"][b]"sape makan cili, dia terasa pedas yop!!!" Sebenarnya yang membawa berita pelaku seks didalam videoklip itu ialah Anwar Ibrahim sendiri!
[/b][/color]
Dan Anwar, semasa menafikan beliau Jantan-X yang sedang menyudu dengan pelacur Cina didalam videoklip itu memberikan tiga sebab mengapa ianya bukan beliau:

1. Pertama, beliau berkata pada masa kejadian beliau sedang sibuk bertweet. Mengikut rekod di videoklip itu adengan "menyudu" oleh Jantan-X dengan pelacur Cina itu berlaku daripada jam 10.23 malam hinga 10.42 malam 21.02.2011. Seorang wartawan akhbar Cina telah membuat sedikit homework dan mendapati rekod tweet Anwar menunjukkan beliau langsung tidak bertweety daripada jam 9.20 malam hingga 11.39 malam pada 21.02.2011. Buktinya saperti rekod yang dikeluarkan diatas!!! Persoalannya, dimana Anwar semasa tempoh tersebut? Dan bila ditanya wartawan Anwar tidak menjawab dan memberi penjelasan.

2. Anwar juga berkata bukti "corrobative" yang dijumpai oleh Datuk Shazly, iaitu seutas jam Omega disimpan oleh Wan Azizah, bini yang menabal dia sebagai anugerah tuhan. Tapi sehingga kini Wan Azizah langsung tidak membuat sebarang kenyataan bahawa jam tersebut berada dengan beliau. Malah sehingga kini Wan Azizah langsung tidak menunjukkan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar ada dalam simpanan beliau. Semasa videoklip tersebut didedahkan, Datuk Syazli menyatakan beliau sepatutnya pergi mengambil jam Omega milik "tokoh pembangkang" yang tertinggal dalam "bilik menyudu" tersebut. Dan Datuk Syazli telahpun menyerahkan jam Omega tersebut kepada pihak Polis. Persoalannya, dimana jam Omega tersebut Kak Zah?

3. Anwar juga berkata Jantan-X didalam videoklip tersebut buka beliau kerana perut beliau kempis, sedangkan Jantan-X berperut buncit. [color="#FF0000"][b]Teringat teman Anwar sendiri selalu mempermainkan isu videoklip VK Lingam dalam ceramah dan kenyataan beliau. "Looks like me, souns likme me, but it's not me..Korek..korek..korek.."[/b][/color] kata Anwar dengan ketawa sinis didalam ceramah-ceramahnya mempermainkan videoklip tersebut. Sekarang sudah pulang paku buah keras. "Looks like me, sounds like me...but not my tummy..korek..korek..korek..!!!" Tetapi persoalan yang lebih besarnya ialah, apakah isu perut buncit itu penting. Lagipun setahu teman, Anwar jenis manusia yang selalu memakai "barut" di perut. Kononnya diceritakan pada orang untuk tahan sakit belakangnya. Tetapi sebenarnya adalah untuk membuat perutnya kelihatan kempis. Anwar memang tidak suka orang perut boroi dan buncit. Tak percaya cuba tanya bini yang menabal dia sebagai anugerah tuhan. Pada teman isu buncit atau boroi tidak menjadi hal. Yang penting ialah siapa sebenarnya Jantan-X tersebut!

Teman bersetuju bahawa secara prinsipnya, kita umat Islam tidak sepatutnya mendedahkan aib orang. Sabda Rasulullah saw, "sesiapa yang menutup aib saudaranya, maka ALLAH akan menutup 'aibnya didunia & akhirat". Maka perangai memburukkan orang lain sepatutnya dihindarkan. Apatah lagi memfitnah dan mengutuk tanpa fakta, dan yang lebih teruk berdasarkan dengar cakap orang.

[color="#FF0000"][b]Tetapi Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan sesuatu bahaya atau bencana yang dilakukan, yang boleh memudaratkan umat dan rakyat. Dan mesti ada bukti, bukan sekadar fitnah dan tohmahan. Kita juga dibenarkan, malahan kekadang disuruh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang bahaya atau bencana, serta kezaliman yang boleh menimpa diri sendiri atau orang lain. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam.
[/b][/color]
Didalam isu ini, sebenarnya Anwar orang yang mendedahkan dirinya apabila membuat kenyataan akhb ar tersebut. Anwar manusia yang memberi gambaran kepada satu dunia bahawa dia seorang berakhlak tinggi, dan layak menduduki takhta Putrajaya. Dia mahu bersemayam di mahkota Putrajaya. Anwar mahu menjadi pemimpin negara ini. Anwar mahui memimpin umat Islam negara ini. Anwar mahu menjadi kahlifah negara ini. Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Yang boleh menentukan itu ialah para pengundi, rakyat negara ini. Persoalannya, [color="#FF0000"][b]tidakkah umat Islam dan rakyat negara ini mempunyai hak untuk tahu siapa sebenarnya manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan! [/b][/color]Dan tidakkah menjadi tanggungjawab orang saperti Datuk Syazly untuk mendedahkan siapa dia sebenarnya Anwar. Jangan lupa, Datuk Syazly adalah kawan baik Anwar sendiri. Dan dia telah melontarkan beberapa soalan kepada Anwar, yang sehingga kini Anwar tidak menjawab. Dia ada didalam video tersebut!

Persoalan besar yang ingin teman lontarkan kepada umat dan rakyat, termasuk para pak yangoat yang masih membuta tuli menyembah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan; mengapa tidak benarkan proses keadilan dan kebenaran berjalan. Anwar sendiri telah membuat lapuran polis. Benarkan pihak polis membuat siasatan. [color="#FF0000"][b]Memang kebenaran itu pahit, tetapi kebenaran itu menentukan siapa kita dihadapan ALLAH nanti. Jangan kita ulangi kesilapan Yahudi dan Nasara, yang menutup mata, mulut & telinga mereka kepada kebenaran. Akhirnya mereka menjadi golongan yang dilaknat ALLAH.[/b][/color]

Oleh itu, teman rasa eloklah kita semua, terutama para Pak Yangoat sekelian, supaya mengambil dan menrima nasihat Ustadz Nasharuddin Tantawi, biarlah perkara ini disiasat, dan biarlah kebenaran itu terbongkar juga akhirnya. Dan apa juga kebenaran itu, hendaklah kita terima walaupun pahit. Kerana kita kena ingat, dihadapan ALLAH nanti, tiada siapa pun yang boleh membantu kita; samada Jantan-Y atau Jantan-X!!!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
21 Rabi'ul khir 1432
26 Mac 2011[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Preview video tu dah kuar kat blog2.

Blog2 sapa?
Agak2 puak2 mana?
Lu pikir la sendiri ^^

NTV7 dah tayang dah sikit sat tadi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...