Jump to content
apekabor

Kelebihan Dan Khasiat Madu

Recommended Posts

:bismillah:
Kelebihan dan Khasiat Madu

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (Madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.
Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Cara terbaik mengamalkan Madu Asli :

1. Letak 1 sudu Madu Asli dahulu kemudian campur air satu cawan. Cara ini baik untuk menurunkan panas dalam badan seperti demam.
2. Letak air dahulu kemudian letak 1 sudu Madu Asli Cara ini baik untuk mendapatkan tenaga segera (instant energy) dan mengatasi masalah suhu badan yg sejuk.

Utk tujuan menambah tenaga dan kesuburan, guna cara kedua. Edited by apekabor

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pernah baca, orang yang ada masalah hati seperti bengkak hati atau hepatitis, makan madu akan bagi side effect, kurangkan sakit side effect tu dengan makan cuka.

so, sediakan jugak cuka asli bersama madu, seperti apple cider atau cuka kurma.

cuka putih yg biasa guna buat masak tu taktau lah boleh tak....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...