Jump to content
RajaBesut

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Recommended Posts

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1298426122' post='1062889']
RajaBesut hang nih pompuan ka.???
[/quote]

Agak2... :38: ?

Share this post

Link to post
Share on other sites
Dah namanya depannya ada raja... mesti ler lelaki. Kalau nama dia kat depan puteri ker, or maharani ker... mesti perempuan. :D

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Roy Azloy' timestamp='1298436129' post='1062912']
RajaBesut ni mude g tapi pemikiran cukup bagus, sape2 berkenan ley la merisik haha.... :lol:
[/quote]

pemikiran or copy paste article..??? ermmm renung-renungkan... sini ladies corner kan..???

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1298441798' post='1062922']
pemikiran or copy paste article..??? ermmm renung-renungkan... sini ladies corner kan..???
[/quote]

X slah kn klu copy paste untuk dikongsi&kbaikan brsama...

yup,ladies corner...npe?0rg laki xleh j0in ke??

WHI dlm tv3 2 ade je 0rg laki j0in...xde 0rg nk komplen plak.. :107:

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='RajaBesut' timestamp='1298454004' post='1062973']
X slah kn klu copy paste untuk dikongsi&kbaikan brsama...

yup,ladies corner...npe?0rg laki xleh j0in ke??

WHI dlm tv3 2 ade je 0rg laki j0in...xde 0rg nk komplen plak.. :107:
[/quote]

memang tak salah ler copy paste.. tapi sila ler kredit kat ruangan mana yang hang copy tuh... sila hormat nukilan orang lain...harap maklum...

ada ke aku komlen pape..??? sila rujuk post aku...

la laki rupenye....bgs2 kongsi pendapat dan article berguna

Share this post

Link to post
Share on other sites
Pemende lah yg k0 merepek ni cput..Lantak die la nk copy paste pn..Untuk kbaikn jgk..

Aku rse cput trasa k0t gn tjuk artikel ni,wanita mmerlukan lelaki...keh3.. :P

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1298454560' post='1062976']
memang tak salah ler copy paste.. tapi sila ler kredit kat ruangan mana yang hang copy tuh... sila hormat nukilan orang lain...harap maklum...

ada ke aku komlen pape..??? sila rujuk post aku...
[/quote]

Laa,kna wt cm2 ke?c0z aku bce kt blog 2 die kate b0leh copy..huhu.Biase la,aku bdak bru blajar...hehe

tq la ye atas tguran yg mmbina dr mak cik cput... :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites
aku setuju untuk meletakkan credit atau link ke sumber copypaste. kalau email nyatakan sumbernya email, kalau dari blog nyatakan dari blog, tulisan sendiri tak perlu sumber rujukan.

mudah jika ada kesilapan ejaan, atau kesalahan fakta, perlukan penjelasan penulis awal, boleh rujuk link sumber berkenaan.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1298472828' post='1063024']
Pemende lah yg k0 merepek ni cput..Lantak die la nk copy paste pn..Untuk kbaikn jgk..

[/quote]

ak rase ko gi merepek, btul kate ciput perlu ade sumber sahih haha...

[quote name='RajaBesut' timestamp='1298473106' post='1063026']
Laa,kna wt cm2 ke?c0z aku bce kt blog 2 die kate b0leh copy..huhu.Biase la,aku bdak bru blajar...hehe

tq la ye atas tguran yg mmbina dr mak cik cput... :lol:
[/quote]

blaja dr kesilapan member haha....

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Roy Azloy' timestamp='1298473877' post='1063031']
blaja dr kesilapan member haha....
[/quote]

bt0l3... i like..hehe :38:

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Roy Azloy' timestamp='1298473877' post='1063031']
ak rase ko gi merepek, btul kate ciput perlu ade sumber sahih haha...
[/quote]

Cey,nk backup p0mpuan la plak...skill mengurat yg k0 gna 2 dh lapuk la br0...hahaha

Klu k0 nk skill yg bru,aku bleh ajarkn..hehe :13:

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1298472828' post='1063024']
Pemende lah yg k0 merepek ni cput..Lantak die la nk copy paste pn..Untuk kbaikn jgk..

Aku rse cput trasa k0t gn tjuk artikel ni,wanita mmerlukan lelaki...keh3.. :P
[/quote]

aku tak terasa pape pung.. cuma tak puas hati arr orang lain nya nukilan RAJABESUT dapat nama... hihihihi...letak kredit lebih beretika...
[i]
P/S:saja aku dengki orang puji rajabesut... wakakakakaka...[/i]

Share this post

Link to post
Share on other sites
Kawan, saya suka encik buka thread2 begini supaya Putera.com tak senyap, tapi sejak tahun 2004 lagi Putera.com dah ada article ini: http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/3686-copyrighted-article/
Sila baca sebelum buat post. Thanks.

Please take action before I request thread ni ditutup kat bilik meeting. :)

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='HellGas' timestamp='1298553247' post='1063129']
pompuan mmg x bleh idup tnpa lelaki,confirm... <_<
[/quote]
btul pun ngaku je ar lau tak allah takkn cipta manusia berpasangan

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='mon678' timestamp='1298793224' post='1063403']
btul pun ngaku je ar lau tak allah takkn cipta manusia berpasangan
[/quote]

ada ke orang sini yang tak mengaku statement diatas...

Share this post

Link to post
Share on other sites
pada aku....wanita mmg perlukan lelaki...mmg,wanita boleh hidup tanpa lelaki...tp..wanita memerlukan lelaki tuk melengkapi hidupnyer....walau kadang2 lelaki la buat wanita merana...tp kerana lelaki jugak la wanita gembira...tersenyum... :38:

kalau aku..nape aku perlukan lelaki (terutama sekali bergelar suami)..sbb..
ade masenye dia la yg beri aku kekuatan...keyakinan...
aku perlukan tempat bermanja...luahkan perasaan..
aku perlukan perlindungan...untuk keselamatan
aku perluakan dia..sbb aku tak nak sunyi...aku dh jemu...hidup rase keseorangan..

walau kadang...semua tu cume harapan....

semua kat atas tu...pendapat aku...bkn korang...hehehe...

coz...aku perlukan kamu.... :55:

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='neiny_nani' timestamp='1298858315' post='1063496']

Cey...Jiwang si0t!!!!huhu

Klu nk tempat brmanja,i pun ada....kui3.. :13:

p/s:x baek cput jeles kt rajabesut,rzeki 0rg nk puji die nk wt cmne...i pn jeles kt u ni tau!..keh3.. :44:

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1298865670' post='1063513']
Cey...Jiwang si0t!!!!huhu

Klu nk tempat brmanja,i pun ada....kui3.. :13:

p/s:x baek cput jeles kt rajabesut,rzeki 0rg nk puji die nk wt cmne...i pn jeles kt u ni tau!..keh3.. :44:
[/quote]

weii.. nani jiwang ke laki dia arr weii... Berani hang nak try nani yek... kena tempeleng ngan laki dia kang mereng truih..wakakakakakka....

bagi le kan aku perlukan lelaki disisi aku sebab lelaki kan gagah perkasa so leh arr tolong angkat beg aku.. barang2 aku bila aku shopping... bila nak makan leh suh dia tolong belikan makanan aku duduk jaga meje jer... wakkakakakkaa.... kalau nak bayar kat tesco ke.. leh suh dia beratur n yang paling penting sekali boleh suruh dia bayarkan sekali..wakakakkakaa.... wah romantik nya kalau aku jumpa lelaki yang macam nih.. I LIKE.....

[i]P/S: pantang nampak orang kena puji memang aku suka kedengki...wakakakkaka... [/i]

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1298874695' post='1063524']

Laa,bini 0rg ke??S0ri2...aku x maen r bini2 0rg nih..keh3..

k0 ingt llaki ni hamba ke nk sruh2 tp yg hakikatnya 0rg llaki ni mmg golongan yg berhati mulia...i pn cm2 gk,nmpak je ganaz ni tp baek u...kui3.. :3:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...