Jump to content
RajaBesut

Sistem Beraja Negara Arab Wajar Dimansuh....

Recommended Posts

Nabi Muhammad bukanlah raja, beliau adalah rasul Tuhan dan pemimpin umat Islam di tanah Arab sebelum baginda wafat. Baginda tidak mewasiatkan supaya kepimpinan umat dan Negara Islam diambil alih oleh anak-anak baginda atau kerabat baginda setelah baginda wafat.

Nabi Muhammad meletakkan atas kebolehan dan kemampuan seseorang sebagai asas untuk menjadi pemimpin. Jauh sekali baginda meletakkan darah dan keturunan dari menjadi syarat atau asas untuk menjadi pemimpin.

Malangnya soal memilih kepimpinan dalam Islam telah banyak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu dalam Islam, sehingga timbulnya pemerintahan dinasti dan raja dalam Negara-negara Islam, yang sangat bertentangan dengan semangat Islam itu sendiri.

Islam menekankan pemimpin yang terbaik sepanjang masa, samada dari segi akhlak dan kebolehan, mana mungkin pemimpin yang terbaik dapat dikeluarkan melalui sistem pemerintahan dinasti dan raja.

Yang menyedihkan kita, kebanyakan Negara-negara Arab di masa ini mempunyai raja, samada raja monarki mahupun raja berpelembagaan. Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Emiriyah Arab Bersatu, Raja Kuwait, Raja Oman, Raja Bahrain, Raja Jordan dan Raja Morocco.

Malah Negara Arab yang lain seperti Mesir, Iraq dan Libya juga mempunyai raja juga sebelum raja-raja tersebut digulingkan.

Kepada setengah orang, termasuk juga umat Islam sendiri, mereka percaya pemerintahan negara Islam mesti mempunyai raja. Ini adalah pendapat dan fahaman yang amat tidak tepat terhadap Islam.

Raja-raja Negara Arab ini dan termasuk juga pemimpin-pemimpin Negara Arab yang memerintah secara dictator dan autokratik menggunakan mufti-mufti yang sentiasa mengampu mereka dan mengeluarkan fatwa yang membela dan mengukuhkan kedudukan raja-raja dan pemimpin tersebut.

Sebagai contoh, mufti Mesir‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan menentang Presiden Mesir Hosni Mubarak. Beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan.

Padahal kita semua tahu, para penunjuk perasaan oleh rakyat itulah yang patut disokong, dan akhirnya mereka dapat membebaskan Mesir dari cengkaman Mubarak. Begitu jugalah peranan mufti-mufti di Negara-negara Arab yang lain itu, mempertahankan kedudukan pemimpin-pemimpin dan raja-raja Arab dengan fatwa ‘agama’ mereka.

Oleh itu kita menyeru kepada raja-raja dan pemimpin-pemimpin autokratik Negara Arab yang masih ada lagi itu supaya berundur dari takhta mereka demi kebaikan agama Islam. Kita tidak mahu Islam dilihat dan difahami secara tidak tepat.

Negara Arab adalah lambang Negara Islam, oleh itu mereka harus menjadi Negara contoh kepada Negara-negara Islam yang lain. Kembalilah kepada cara Islam yang sebenar.

Sepatutnya Negara-negara Arablah yang pertama mengamalkan dan mempelopori sistem demokrasi kerana demokrasi selari dengan semangat Islam yang mengutamakan keselamatan, keamanan, kebebasan dan keadilan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sultan Al-Fateh pun jadi sultan gak
mewarisi dari kepimpinan bapa dia..

yang menjadi masalah nyer bila raja/pemimpin tu diberi kuasa tapi diseleweng lak amanat tu...
so bukann "RAJA" yang bermasalah., orang yang memegang title tu yang bermasalah

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau pemimpin atasan yang bagus pun, orang bawahan dia pulak tak dengar cakap dan jenis bermasalah. Macam kat tunisia tu yang start problem sampai orang tu bakar diri sendiri tu pun pasal kena kacau polis@pegawai kerajaan tempatan duk rampas barangan@pow duit peniaga tu sampai tension pasal takde tindakan yang diambil. Last2, satu kerajaan tunisia jatuh.

Tak payah tengok jauh contoh pemimpin tak betul dan orang bawahan yang diberi tugas/amanah tapi tak buat betul2, kat malaysia ni pun ada banyak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
sistem beraja bukan masalah
tapi sape time tu jadi raja... tu yang masalah dunia sekarang ni

kalau arab pakai raja berpelembagaan macam kat UK or Malaysia..
xtau la maybe bertambah baik keadaan di sana... atau makin haru :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1298224092' post='1062634']
Kalau pemimpin atasan yang bagus pun, orang bawahan dia pulak tak dengar cakap dan jenis bermasalah. Macam kat tunisia tu yang start problem sampai orang tu bakar diri sendiri tu pun pasal kena kacau polis@pegawai kerajaan tempatan duk rampas barangan@pow duit peniaga tu sampai tension pasal takde tindakan yang diambil. Last2, satu kerajaan tunisia jatuh.

Tak payah tengok jauh contoh pemimpin tak betul dan orang bawahan yang diberi tugas/amanah tapi tak buat betul2, kat malaysia ni pun ada banyak.
[/quote]
Tak boleh salahkan orang bawahan seratus peratus..sebagai pemimpin..seseorang itu perlu mampu memimpin orang bawahannya..kalau ada orang bawahan yang berlaku khianat, itu disebabkan tiada pemantauan dan tiada satu bentuk undang-undang atau procedure yang menutup peluang2 khianat semaksima mungkin..Di Tunisia..pemimpinnya 'tidur' dengan hasil penyelewengan duit rakyat dan khazanah negara..tiada pemantauan terhadap org bawahannya..manakan mungkin untuk pemimpin menegur orang bawahannya sekiranya beliau sendiri melakukan kesalahan yang sama..

Pemimpin yang 'tidur' akan menjadikan negara huru-hara..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kesian betul takda self-control untuk mengelak dari membuat keburukan, sampai nak kena dimicromanage oleh orang atasan. Masing2 lagi suka menuding jari la kalau macam tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...