Jump to content
M3ntary™

Petronas Temui Lapangan Minyak

Recommended Posts

Berita Harian: 2011/02/15

PETRONAS mengumumkan kejayaan penemuan lapangan minyak dan gas baru hasil penggerudian telaga NC3 dan Spaoh-1 dj Blok SK316 dan SK306 di luar pesisir pantai Sarawak.

Syarikat minyak kebangsaan itu berkata, penggerudian telaga di NC3, kawasan yang tidak dikenali sebagai lapangan minyak sebelum ini dan satu penilaian susulan telah menghasilkan penemuan besar di Blok SK316 dengan anggaran awal terdapat 2.6 trilion kaki padu standard gas bersih.

elaga Spaoh-1 dengan kedalaman penggerudian 3,000 meter yang terletak di Blok SK306 mula digerudi pada Disember tahun lalu dan penilaian awal menunjukkan masing-masing terdapat 100 juta tong minyak dan 0.2 trilion kaki padu gas standard, katanya.
“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kira-kira 50 telaga penerokaan dijangka akan digerudi di luar pantai Malaysia oleh PETRONAS dan kontraktor perkongsian pengeluarannya.

“Aktiviti berkenaan, terutama jika menghasilkan penemuan dijangka akan merangsang peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas serta mempromosikan pelaburan huluan di negara ini,” katanya.

Pada Jun lalu, PETRONAS berkata, ia akan mengurangkan kegiatan cari gali di luar negara dan menumpukan usaha pembangunannya di dalam negara.

Sumber: [url="http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONAStemuilapanganminyak_gasbarudiSarawak/Article"]Berita Harian Online[/url]

Apa pendapat korang mengenai kesan kepada rakyat & negara Malaysia? Edited by M3ntary

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dulu ingat tak ada sorang menteri kata minyak kat malaysia ni akan habis dalam beberapa tahun lagi..skrang cube tgk..petronas dah jumpa telaga baru..tgk macam mana kerajaan cuba nak ugut rakyat dgn kehabisan sumber minyak dan memberi 'lesen' kepada mereka untuk menaikkan harga minyak..

len kali kalau kerajaan cakap minyak kat malaysia akan habis..jangan percaya bulat2..sbb penerokaan sentiasa dilakukan..emas hitam ni macam ikan kat laut..walaupun hari2 nelayan tangkap ikan..tapi ikan tak penah habis..dah beribu2 tahun dah manusia tangkap ikan..tapi ikan tak penah habis..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pasal telaga minyak yang baru ni ku tak pasti, cuma pelaksanaan dibawah Petronas Cari Gali. Mungkin sama nasib dengan telaga minyak yang sebelum ni. Macam mana boleh bagi kat Brunei? Ada perjanjian perkongsiaan apa² ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak ada beza pun. Rakyat malaysia tak dapa rasa nikmat duit minyak. masuk IPT* terus mula berhutang sampai tua.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' timestamp='1297755699' post='1062017']
Dulu ingat tak ada sorang menteri kata minyak kat malaysia ni akan habis dalam beberapa tahun lagi..skrang cube tgk..petronas dah jumpa telaga baru..tgk macam mana kerajaan cuba nak ugut rakyat dgn kehabisan sumber minyak dan memberi 'lesen' kepada mereka untuk menaikkan harga minyak..

len kali kalau kerajaan cakap minyak kat malaysia akan habis..jangan percaya bulat2..sbb penerokaan sentiasa dilakukan..emas hitam ni macam ikan kat laut..walaupun hari2 nelayan tangkap ikan..tapi ikan tak penah habis..dah beribu2 tahun dah manusia tangkap ikan..tapi ikan tak penah habis..
[/quote]

kenyataan yang tidak praktikal.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1297760042' post='1062025']
Pasal telaga minyak yang baru ni ku tak pasti, cuma pelaksanaan dibawah Petronas Cari Gali. Mungkin sama nasib dengan telaga minyak yang sebelum ni. Macam mana boleh bagi kat Brunei? Ada perjanjian perkongsiaan apa² ke?
[/quote]
Ntah la..tu kena tanya kerajaan Malaysia la..kerajaan senyap je..takde bagi apa2 penjelasan pun..kat tv or surat khabar arus perdana pun takde berita tentang ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' timestamp='1297759345' post='1062024']
kalau bagi kat negara lain telaga minyak tu..lagi la rugi..macam 2 telaga minyak milik malaysia yang diberikan kepada brunei..
[/quote]

hehehe

kes nie best nie ... :P

[quote name='M3ntary' timestamp='1297768072' post='1062041']
Untuk telaga minyak yang baru ni kerajaan negeri Sarawak akan dapat royalti tak? Ke kena jadi macam Kelantan-Terengganu jugak?
[/quote]

terengganu dapat

tapi bila menang jer PAS di terengganu, terus tukar kan royalti ke wang ehsan

tapi habuk pun tarak,..
ehsan ka royalti ka apa ka..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ntah la..sama ada dapat sebagai wang ehsan atau xdapat langsung..tapi let say PR perintah malaysia, mengikut buku jingga tu royalti kepada sabah dan sarawak akan dapat 20% royalti minyak/gas berbanding sekarang yg hanya 5% atau 10% sahaja..

tapi xsure la benda ni bleh berlaku atau tidak..selagi PR xperintah..kita tidak akan tahu kebenaranya..tapi xpela..kite tgk la tawaran sape yang paling menarik..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mana² parti pun ku tengok pun lebih kurang sama je. Sebelum dapat macam² janji, bila dah dapat boleh buat tak tau pulak. Macam orang yang bercinta pulak main tabur janji. Kita tengok apa nasib untuk telaga minyak yang baru ni. Memang menarik isu ni. Jangan jadi macam Kelantan jugak sudah. Untuk Terengganu tu dulu dapat sekarang tak dapat pulak apa cerita? :12:

Share this post


Link to post
Share on other sites
tengok dulu... aku takut jadi macam kat johor... jumpa telaga tapi bergaduh ngan indonesia... bagi aku kalau sarawak dapat royalti ok gak, kalau 50 telaga tu betui2 jadi, banyak peluang pekerjaan bole generate...

ni dari sumber yang aku x ingat:
[quote name='sape ntah... aku dah lupa... newspaper kut...']petroleum ngan gas malaysia dijual ke luar negara terutamanya jepun sebab kualiti petroleum dan gas malaysia antara terbaik dunia juga kerana nilai harganya mahal. jadi sebab barang kita dah export, kita import minyak luar yang biasa2... so kita ikut harga luar...

seperti teh boh kita jual, pastu kita beli teh cap mesjid. teh gak tapi umph lain [/quote]

minyak boleh bawak perang :ph34r: Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]petroleum ngan gas malaysia dijual ke luar negara terutamanya jepun sebab kualiti petroleum dan gas malaysia antara terbaik dunia juga kerana nilai harganya mahal. jadi sebab barang kita dah export, kita import minyak luar yang biasa2... so kita ikut harga luar...[/quote]
kalo dah kita jual produk kita mahal...untung kita mesti banyak kan?kalau kita beli minyak yang biasa2 ikut harga luar..harganya mesti lebih murah dari yang kita jual/export..jadi apa salahnya gunekan sedikit keuntung jual minyak dan gas kita subsidi minyak utk rakyat..subsidi untuk IPP boleh sampai RM19 billion setahun..subsidi minyak untuk rakyat RM6 billion je setahun?come on la..cakap rakyat didahulukan.. Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pihak kerajaan ada bagi jawapan pasal isu ni. Katanya untuk kegunaan masa panjang. Kalau semua hasil yang ada sekarang habis digunakan macam mana pulak ngan masa akan datang? Tapi macam yang neo cakap tu memang ku sokong. Tapi ku pernah dengar yang hasil minyak sekarang terpaksa dikongsi disebabkan oleh perjanjian masa tunku dulu. Betul ke? Ada sapa2 yang tahu hal ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' timestamp='1297755699' post='1062017']
len kali kalau kerajaan cakap minyak kat malaysia akan habis..jangan percaya bulat2..sbb penerokaan sentiasa dilakukan..emas hitam ni macam ikan kat laut..walaupun hari2 nelayan tangkap ikan..tapi ikan tak penah habis..dah beribu2 tahun dah manusia tangkap ikan..tapi ikan tak penah habis..
[/quote]
tapi kena ingat.Ikan ni tempat tinggal kat laut.tempat yang sama ikan tu ditangkap.Nelayan pun ada yang besar dan kecik.yang besar ni main bom.main pukat tunda.habis batu karang atau tempat2 ikan semua tu rosak.musnah.nak bina balik makan masa.pun perlukan kos yang banyak.
satu lagu hal.pencemaran laut dan sungai.sekali mati bukan 100 ekor.banyak tu.belum kira faktor lain.

Sebenarnya petroleum ni takde apa.just bende yang tertanam kat muka bumi.tu jerk.tapi yang menjadikan ianya berharga ialah Permintaan.dan Penggunaan.

[quote name='NeoLogy' timestamp='1298096420' post='1062441']
kalo dah kita jual produk kita mahal...untung kita mesti banyak kan?kalau kita beli minyak yang biasa2 ikut harga luar..harganya mesti lebih murah dari yang kita jual/export..jadi apa salahnya gunekan sedikit keuntung jual minyak dan gas kita subsidi minyak utk rakyat..subsidi untuk IPP boleh sampai RM19 billion setahun..subsidi minyak untuk rakyat RM6 billion je setahun?come on la..cakap rakyat didahulukan..
[/quote]
ada.tapi dah masuk poket yang berkenaan.guna utk diri sendiri dan kroni.pastu perbesarkan rumah.beli syer saham-saham kompeni besar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berita Harian: 2011/11/16


MALAYSIA memperoleh rizab minyak tambahan sebanyak kira-kira 227 juta tong susulan penemuan terbaru PETRONAS di kawasan luar pantai Sabah.
Setakat 1 Januari tahun ini, negara dianggarkan memiliki rizab minyak berjumlah 5.8 bilion tong yang hanya mampu bertahan untuk tempoh antara 18 hingga 20 tahun lagi.
Dengan penemuan terbaru oleh PETRONAS itu, ia mencadangkan kemungkinan wujudnya prospek bagi pertumbuhan pengeluaran di telaga minyak barunya yang mana syarikat minyak nasional itu kini turut membuat pelaburan yang besar bagi menyelesaikan masalah penyusutan pengeluaran di telaga minyak lamanya.

PETRONAS dalam kenyataannya semalam berkata, penemuan itu dibuat anak syarikat milik penuhnya, iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd di telaga Wakid-1 dalam Blok 2G-2J, terletak kira-kira 100 kilometer di timur laut Kota Kinabalu.

Simpanan minyak itu ditemui ketika pasukan cari gali melakukan kerja pencarian dan penggerudian yang bermula pada 30 Mei hingga 4 Julai lalu.

Katanya, penggerudian secara menegak yang mencapai kedalaman 3,330 meter itu mengesahkan kehadiran simpanan minyak yang banyak selain kewujudan takungan gas.
“Tiga ujian pengeluaran telah dijalankan dalam tiga takungan berbeza yang mengalir minyak pada kadar maksimum membabitkan jumlah terkumpul sebanyak 8,200 tong sehari.

“Berdasarkan anggaran awal, jumlah hidro karbon yang boleh dikeluarkan di kawasan penemuan ini adalah berjumlah 227 juta tong bersamaan minyak (mmboe) dengan potensi lebih banyak,” katanya.

PETRONAS berkata, Petronas Carigali merancang untuk terus menilai potensi penemuan berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Wakid-1 adalah telaga kedua di Blok 2G-2J sejak Kontrak Perkongsian Pengeluarannya (PSC) diberikan pada Oktober 2010.

Telaga pertama blok itu, Tambuku-1, telah digerudi awal tahun ini tetapi hanya menunjukkan kehadiran penemuan gas yang kecil jumlahnya.

Petronas Carigali adalah pemegang ekuiti tunggal PSC bagi blok itu.

Dalam usaha menambahkan jumlah rizab minyak negara, PETRONAS, minggu lalu, turut mengumumkan kerjasama dengan Royal Dutch Shell membabitkan pelaburan bersama berjumlah AS$12 bilion (RM37.68 bilion) bagi membangunkan dua projek penemuan minyak dipertingkatkan (EOR) di luar pesisir Sarawak dan Sabah.

Kedua-dua projek dikenali sebagai Baram Delta dan North Sabah itu dijangka mampu menyumbang pertambahan pengeluaran antara 90,000 hingga 100,000 tong minyak sehari.

Sumber:» Berita Harian.

Tak sampai setahun jumpa lagi telaga minyak baru. Memang terbaik la. :3:

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau BN memerintah, jumpalah beberapa telaga minyak pun, harga minyak tetap takkan turun.
kalau bagi kat PR mungkin nasib rakyat akan berubah sebaliknya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...