Jump to content
suadrif

Kongsi Pengalaman Bisnes Kecil Kecilan Anda

Recommended Posts

Salam sejahtera kepada semua warga TanyaPutera.
tujuan aku bukak tajuk ni adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman sebagai peniaga, tak kira lah kecil atau besar.
:59:
Pada aku, aku akan fokus kepada perniagaan kecil-kecilan dulu sebagai panduan kepada sesiapa yang nak baru start berniaga.
Terutamanya pada golongan tingkatan 4, 5, pelajar kolej dan pelajar universiti yang suka berniaga.
Sekurang-kurangnya kita boleh galakkan diorang untuk tau selok belok perniagaan dan boleh membantu kalau diorang nak buat part time bila-bila masa terluang. :32:
Maklumlah, sekarang nih banyak sangat sistem MLM yang ada di luar tuh. Tapi tak semua orang minat dengan sistem MLM.
Jadi, aku harap topik ni dapat jadi satu platform yang asas untuk kita sama-sama galakkan budaya meniaga. :wub:

kepada sesiapa yang ada pengalaman bisnes atau apa2 part time yang boleh buat duit kita pusing dalam positive cashflow,
harap kongsikan kat sini la ye. tapi BUKAN MLM.

p/s: harap bersabar ye. aku tengah update source untuk topik ni. ada lagi 4 perniagaan yang aku tengah update. Edited by suadrif

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jenis Perniagaan:
Menjual Topup / Kad Prepaid[/b]

[b]Modal:[/b]
RM1k seminggu
- Stok untuk kad Digi: RM9.90 x 30 keping = RM297
- Stok untuk kad Celcom: RM9.40 x 40 keping = RM376
- Stok untuk kad Digi: RM9.50 x 30 keping = RM285
- Lain-lain (Kos Pengangkutan) – RM20

[b]Rakan Kongsi:[/b]
tiada

[b]Lokasi[/b]:
Universiti di kawasan Baru Bangi

[b]Pendapatan Mingguan:[/b]
RM1000.00 - RM958.00 – RM20 = RM22

[b]Jumlah Pendapatan Bulanan:[/b]
RM22 x 4 minggu = RM88 sebulan

[b]Tempoh Pelaksanaan[/b]:
Setahun, dari tahun 2002 – awal tahun 2003.

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Sangat mudah untuk diuruskan, tapi perlukan kos yang sangat besar untuk untung banyak sebab jumlah keuntungan yang terlalu sikit. Boleh kata bisnes ni adalah bisnes yang paling banyak permintaan tapi paling berisiko tinggi untuk rugi. Paling teruk kalau ada orang yang ambik hutang lepas tu tak bayar. Kalau korang rugi sekeping kad, RM9.50, bermakna korang dah hilang 50% dari total keuntungan mingguan korang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jenis Perniagaan: [/b]
Pengumpul Sampah

[b]Modal: [/b]
RM1k untuk permulaan dan RM3.5K pada bulan
a. Bakul Sampah - RM 4 x 18 rumah x 9 tingkat x 3 blok = RM 972
b. Plastik Sampah - RM2 x 2 paket setiap tingkat x 9 tingkat x 3 blok x 30 hari = RM3240
c. Lain-lain (Buku resit, dokumentasi dan printing) - RM200 (purata bulanan)

[b]Rakan Kongsi: [/b]
tidak ada pada peringkat awal, 3 pekerja selepas 7 bulan (RM200 per orang)

[b]Lokasi:[/b]
Universiti kawasan Baru Bangi

[b]Pendapatan Bulanan / Harian:[/b]
RM5 mingguan pada rumah x 4 minggu pada bulan x 18 rumah pada tingkat x 9 tingkat x 3 blok = RM9720 per bulan.

[b]Tempoh: [/b]
Saya uruskan selama 1 tahun 6 bulan lepas tu dah kena amek alih dgn jabatan penyelenggaraan.

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Sangat mudah untuk diuruskan, tanpa risiko. Susah nak dapat aduan daripada pemilik rumah tapi perlu komitmen yang tinggi dan tidak takut pada sampah.
Perniagaan ni sangat untung kalau semua pemilik rumah atau bilik sewa adalah pemalas sebab diorang tak nak turun naik tangga untuk buang sampah. Korang Cuma perlu sediakan bakul sampah kat luar dan tolong buangkan untuk diorang. Kiranya macam caj delivery la. Itu je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Cuci Kereta

[b]Modal:[/b]
RM50 untuk kos peralatan
Air - anggap dalam RM50 jugak la sebulan

[b]Rakan Kongsi:[/b]
tidak ada pada peringkat awal,
3 pekerja selepas 2 bulan (RM200 per orang)

[b]Lokasi:[/b]
Universiti kawasan Baru Bangi

[b]Pendapatan Bulanan / Harian:[/b]
RM15 mingguan setiap kereta.
kadar purata yang amek kontrak untuk 3 kali cuci seminggu - 12 kereta
RM15 x 12 kereta = RM180 seminggu
RM180 seminggu x 1 bulan = RM720 sebulan

[b]Pendapatan lepas 2 bulan pertama:[/b]
RM15 mingguan setiap kereta
kadar purata yang amek kontrak untuk 3 kali cuci seminggu - 29 kereta
RM15 x 29 kereta x 4 minggu = RM1740 sebulan
gaji pekerja = RM200 x 3 orang = RM600
Jumlah Pendapatan = RM1140 sebulan

[b]Tempoh:[/b]
Aku uruskan selama 1 tahun lepas tu aku pass pada business partner sebab buat bisnes lain

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Bisnes ni memang menguntungkan. tapi sangat penat. kalau nak selamatkan bisnes korang, korang boleh buat kontrak dengan pemilik apartment tu untuk sewa kawasan parking sbg tmpt khas untuk diorang parking utk basuh kereta. sebagai pulangan, korang buat la deal untuk bagi 5% keuntungan pada pemilik kawasan tu.
macam dalam sistem yg aku buat, aku cuci setiap kereta 3 kali seminggu pada hari-hari tertentu.
kalau kereta diorang takde dalam kawasan tu pada hari-hari tu, kira anggap diorang balik kampung so mmg xde la nak cuci kereta tu pada hari tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
caya la bro..benda2 macam nie yang bagus untuk dibincangkan demi kemajuan ekonomi diri secara tak langsung bangsa kita dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain kat negara nie yang dah terkenal dengan penguasaan mereka dalam bidang perniagaan.

teruskan usaha mulia bro.. kepada peniaga-peniaga yang lain sama-sama la menceritakan pengalaman perniagaan masing-masing :59:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya dah buat mcm2 jenis bisnes. Nak kaya tak de lah tapi Alhamdulillah ada juga hasil sikit2. Semuanya saya buat adalah secara part time. Saya menggunakan konsep yang saya reka sendiri- Apa Saja Aku Sapu (ASAS). Hehehe...yang penting Halal dan Untung. Biar untung sedikit tapi jangan sesekali rugi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='entah007' timestamp='1297088980' post='1061321']
caya la bro..benda2 macam nie yang bagus untuk dibincangkan demi kemajuan ekonomi diri secara tak langsung bangsa kita dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain kat negara nie yang dah terkenal dengan penguasaan mereka dalam bidang perniagaan.

teruskan usaha mulia bro.. kepada peniaga-peniaga yang lain sama-sama la menceritakan pengalaman perniagaan masing-masing :59:
[/quote]
Yep2.
Kita sama bincang pasal pengalaman masing2 kat sini, sekurang kurangnya boleh jadi panduan pada sapa2 yang nak cari side income atau pun mana2 yang nk berenti sbg penganggur.
Tapi harap2 org lain pon sudi untuk berkongsi, barulah banyak rujukan kita. :)

[quote name='bincangidea' timestamp='1297152346' post='1061374']
Saya dah buat mcm2 jenis bisnes. Nak kaya tak de lah tapi Alhamdulillah ada juga hasil sikit2. Semuanya saya buat adalah secara part time. Saya menggunakan konsep yang saya reka sendiri- Apa Saja Aku Sapu (ASAS). Hehehe...yang penting Halal dan Untung. Biar untung sedikit tapi jangan sesekali rugi.
[/quote]
Oh yeke?
Boleh bincang skit x jenis2 pengalaman bisnes yg anda buat?
Saya pon buat bisnes utk cari side income, sementara tgh blajar lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Jual pelbagai Perfumes
[b]
Modal:[/b]
Deamira Perfumes = RM390 (daftar sebagai agen)
One Drop Perfumes(ODP) = Air Liur... blog promosi..
Smart Collection Perfumes = RM400 modal mula
Original Perfumes with lower price = RM1k modal mula..

[b]Rakan Kongsi:[/b]
Tiada Rakan Kongsi
[b]
Lokasi:[/b]
Sekitar Pulau Pinang
[b]
Pendapatan Bulanan / Harian:[/b]
Purata pendapatan Sebulan dalam RM300-RM400 bergantung kepada sale...

[b]
Tempoh:[/b]
onedropperfumes,smart collection perfumes mula dari 2009 original perfumes with lower price, deamira perfumes mula dari 2010

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Bisnes ni bagi aku menguntungkan, yang penting pandai promosi.. dan promosi tanpa henti... jom wangi-wangi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Menjual T-Shirt

[b]Modal:[/b]
RM 3 untuk print sahaja

[b]Rakan Kongsi:[/b]
seorang kawan (untuk transport baju)

[b]Lokasi:[/b]
Universiti Malaya

[b]
Jumlah Bulanan:[/b]
RM1400 - RM 2000 (boleh lebih lagi)
[b]
Tempoh Pelaksanaan:[/b]
Sebulan

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Sangat mudah untuk diuruskan, cuma perlu design baju, iklankan baju, ambil tempahan & deposit, call dealer bincang untuk urusan design dan baju. tunggu baju sampai, bayar kepada dealer & hantar baju untuk kutipan pelanggan - baki selepas deposit adalah keuntungan bersih serta merta. :) Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku de gak buat projek t-shirt sekali sekala.. untung bersih memang banyak sekali... ada gak projek buat button badge yang modal memang ciput gila.. untung berganda-ganda.. hehehhehehe... bestttt... sekarang aku ngah berjinak2 ke busines cenderahati pulak.. kita tunggu nanti.. hehehehhe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1297171630' post='1061396']
Oh yeke?
Boleh bincang skit x jenis2 pengalaman bisnes yg anda buat?
Saya pon buat bisnes utk cari side income, sementara tgh blajar lagi.
[/quote]

1)Bisnes Potong Rambut, Alhamdulillah boleh tampung duit poket makan. Masa tu student lg(10tahun lepas)
2)MLM - kebanyakan tak berjaya tapi tetap balik modal sbb nak jual barang senang tapi nak tarik org join payah
3)House Cleaning Services, Alhamdulillah duit masuk boleh tahan tp. bertahan 2 tahun sbb. isteri dpt kerja di negeri lain. Kena beri komitmen dgn anak isteri hujung minggu
4)Online Shopping, Alhamdulillah duit masuk. Tak pernah rugi cuma kurang modal utk. tambah produk (masih wujud lg)
5)Jadi ejen pinjaman koperasi, Separuh jalan sbb kesian dekat peminjam sbb. potongan dr koperasi agak tinggi klu dibuat pinjaman
6)Jadi ejen unit trust, Alhamdulillah duit masuk.
7)Bermain Forex, Alhamdulillah duit masuk mula-mula tapi sbb. nak untung lebih habis terus sbb. tak cut loss. hehehe...
8)Pelaburan Internet, Ni memang hampeh. Jangan percaya. Nasib baik labur sikit je.
9)Program affiliate, Ada yang ok dan ada yang tidak. Bergantung pada produk tersebut.
10)Pelaburan Hartanah, Alhamdulillah dah beli sebidang tanah di Melaka dan sekarang ni tgh duk fikir projek [email protected] tapak klu ada lebihan duit sikit.

Ini je lh bisnes yg ketara sy buat. Edited by bincangidea

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1297217984' post='1061452']
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Jual pelbagai Perfumes


[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Bisnes ni bagi aku menguntungkan, yang penting pandai promosi.. dan promosi tanpa henti... jom wangi-wangi...
[/quote]

wah, boleh tahan jugak ek untuk sales perfume.
agak2 kalau dlm sebulan tu brapa botol atau berapa set yg boleh jual ye?
dan nak tau jugak, kalau yg perfume utk display set tu ( atau tester) termasuk dengan kos produk ke? ataupon supplier yang sediakan?

[quote name='BasicCX' timestamp='1297222590' post='1061457']
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Menjual T-Shirt

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Sangat mudah untuk diuruskan, cuma perlu design baju, iklankan baju, ambil tempahan & deposit, call dealer bincang untuk urusan design dan baju. tunggu baju sampai, bayar kepada dealer & hantar baju untuk kutipan pelanggan - baki selepas deposit adalah keuntungan bersih serta merta. :)
[/quote]

[quote name='akuccputsedut' timestamp='1297223819' post='1061462']
aku de gak buat projek t-shirt sekali sekala.. untung bersih memang banyak sekali... ada gak projek buat button badge yang modal memang ciput gila.. untung berganda-ganda.. hehehhehehe... bestttt... sekarang aku ngah berjinak2 ke busines cenderahati pulak.. kita tunggu nanti.. hehehehhe...
[/quote]

betul tu ^_^
bisnes tshirt memang untung banyak.
boleh bincangkan sket x kat sini mcm mana nak tarik pelanggan ye?
sebab kat kawasan aku nih banyak betul org buat bisnes tshirt. melambak-lambak sampai kadang2 customer tetap pon boleh lari.
mana yang lebih baik, nak bagi servis dgn harga rendah atau pun servis yg kualiti tinggi?
maklumlah, dlm bisnes kan kita selalu kena pilih satu antara 2 :blush:

[quote name='bincangidea' timestamp='1297226421' post='1061470']
1)Bisnes Potong Rambut, Alhamdulillah boleh tampung duit poket makan. Masa tu student lg(10tahun lepas)
2)MLM - kebanyakan tak berjaya tapi tetap balik modal sbb nak jual barang senang tapi nak tarik org join payah
3)House Cleaning Services, Alhamdulillah duit masuk boleh tahan tp. bertahan 2 tahun sbb. isteri dpt kerja di negeri lain. Kena beri komitmen dgn anak isteri hujung minggu
4)Online Shopping, Alhamdulillah duit masuk. Tak pernah rugi cuma kurang modal utk. tambah produk (masih wujud lg)
5)Jadi ejen pinjaman koperasi, Separuh jalan sbb kesian dekat peminjam sbb. potongan dr koperasi agak tinggi klu dibuat pinjaman
6)Jadi ejen unit trust, Alhamdulillah duit masuk.
7)Bermain Forex, Alhamdulillah duit masuk mula-mula tapi sbb. nak untung lebih habis terus sbb. tak cut loss. hehehe...
8)Pelaburan Internet, Ni memang hampeh. Jangan percaya. Nasib baik labur sikit je.
9)Program affiliate, Ada yang ok dan ada yang tidak. Bergantung pada produk tersebut.
10)Pelaburan Hartanah, Alhamdulillah dah beli sebidang tanah di Melaka dan sekarang ni tgh duk fikir projek [email protected] tapak klu ada lebihan duit sikit.

Ini je lh bisnes yg ketara sy buat.
[/quote]

wah.. banyak jugak tu..
saya tertarik dengan pelaburan hartanah. macam mana progress dan jumlah kos pada awal2 ye?
Melaka tu kawasan mana?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1297229400' post='1061473']
wah.. banyak jugak tu..
saya tertarik dengan pelaburan hartanah. macam mana progress dan jumlah kos pada awal2 ye?
Melaka tu kawasan mana?
[/quote]

Harga tanah yg dibeli RM70K. Keluasan, suku ekar (12,000sqf). Lokasi, Durian tunggal.Infrastruktur: sekolah, gelanggang futsal& mengadap jalan besar. Progress, tanah dah diratakan dan sekarang tengah plan buat pagar dulu. Then, ada klu ada modal lebih baru buat projek. Anggaran projek chalet budget 3 pintu, dlm 50-80K. Ni skrng tengah bekerja keras utk capai target ni.Andai kata tak capai target mungkin just wat sewaan tapak utk. bisnes cuci kereta atau apa-apa pun. Hehehe... Masa nak beli tanah ni mcm2 liku berlaku. Nak cerita kat sini panjang cerita, lebih lanjut layari blog saya spt di signature.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1297229400' post='1061473']
wah, boleh tahan jugak ek untuk sales perfume.
agak2 kalau dlm sebulan tu brapa botol atau berapa set yg boleh jual ye?
dan nak tau jugak, kalau yg perfume utk display set tu ( atau tester) termasuk dengan kos produk ke? ataupon supplier yang sediakan?





betul tu ^_^
bisnes tshirt memang untung banyak.
boleh bincangkan sket x kat sini mcm mana nak tarik pelanggan ye?
sebab kat kawasan aku nih banyak betul org buat bisnes tshirt. melambak-lambak sampai kadang2 customer tetap pon boleh lari.
mana yang lebih baik, nak bagi servis dgn harga rendah atau pun servis yg kualiti tinggi?
maklumlah, dlm bisnes kan kita selalu kena pilih satu antara 2 :blush:


[/quote]

perfumes memang lariss...semua orang nak wangi-wangi... tapi tu ler dia.. jarak pembeli untuk repurchase tuh kan agak lama.. jadi kena ada ramai customer ler.. hehehhehe... errmmm dalam sebulan tak kira pulak ler berapa banyak aku jual yek... kalau smart collection maybe dalam 1-2 box..1box=18botol sebulan..tgk pada kerajinan aku menjual..kadang2 1 box pung tak abis...hehehehhe...

kalau ODP tuh laju arr... seminggu dalam belas2 kotak gak... deamira perfumes nih banyak laku yang RM7 jer... macam pisang goreng panas daaa... RM7 untung sket.. hehehehhe... errmm.. tester takder supplier bagi.. aku wat sendiri jer.. masuk dalam modal.. tapi tester setakat nih baru kuar modal sekali arr.. belum abis agi tuh... suh orang amik bau aja..(kedekut nak mampus).. wakakakkakaa....

T-shirt nih aku wat projek kecil-kecilan jer.. selalu aku cari customer cam pi ler ke persatuan2 kecil.. and cadangkan kat diaorang utk buat t-shirt bagi persatuan or kat forum2... ha camtu je rarr.. kalau bagi aku better harga murah kualiti baek.. confirm orang carik kita agi... hehehehhehe....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='bincangidea' timestamp='1297226421' post='1061470']
1)Bisnes Potong Rambut, Alhamdulillah boleh tampung duit poket makan. Masa tu student lg(10tahun lepas)
2)MLM - kebanyakan tak berjaya tapi tetap balik modal sbb nak jual barang senang tapi nak tarik org join payah
3)House Cleaning Services, Alhamdulillah duit masuk boleh tahan tp. bertahan 2 tahun sbb. isteri dpt kerja di negeri lain. Kena beri komitmen dgn anak isteri hujung minggu
4)Online Shopping, Alhamdulillah duit masuk. Tak pernah rugi cuma kurang modal utk. tambah produk (masih wujud lg)
5)Jadi ejen pinjaman koperasi, Separuh jalan sbb kesian dekat peminjam sbb. potongan dr koperasi agak tinggi klu dibuat pinjaman
6)Jadi ejen unit trust, Alhamdulillah duit masuk.
7)Bermain Forex, Alhamdulillah duit masuk mula-mula tapi sbb. nak untung lebih habis terus sbb. tak cut loss. hehehe...
8)Pelaburan Internet, Ni memang hampeh. Jangan percaya. Nasib baik labur sikit je.
9)Program affiliate, Ada yang ok dan ada yang tidak. Bergantung pada produk tersebut.
10)Pelaburan Hartanah, Alhamdulillah dah beli sebidang tanah di Melaka dan sekarang ni tgh duk fikir projek [email protected]sewa tapak klu ada lebihan duit sikit.

Ini je lh bisnes yg ketara sy buat.
[/quote]

emmm..banyak dah cuba ni..rajin ye, dan ada kesungguhan..cm saya tak bleh bisnes sbb kesungguhan tu payah nak carik...keje makan gaji seumur hidup jawabnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nokhead060606' timestamp='1297244837' post='1061515']
emmm..banyak dah cuba ni..rajin ye, dan ada kesungguhan..cm saya tak bleh bisnes sbb kesungguhan tu payah nak carik...keje makan gaji seumur hidup jawabnya.
[/quote]

Hehehe..tak rajin pun.Mungkin sy berfikiran positif kot.Sy cadangkan saudara baca buku "Rich Dad, Poor Dad" oleh Robert T. Kiyosaki.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Menjual Peralatan/Aksesori PC dan Laptop Terpakai

[b]Modal:[/b]
RM5000 sebulan

Kos Pengiklanan – Percuma (Internet)
Kos Pengangkutan – RM15 setiap penghantaran / Poslaju

[b]Rakan Kongsi:[/b]
tiada

[b]Lokasi:[/b]
Sekitar KL dan bahagian Selatan Selangor

[b]Jumlah Pendapatan Bulanan:[/b]
RM2.2k

[b]Tempoh Pelaksanaan:[/b]
4 Tahun. Tahun 2006 – Tahun 2010.

[b]Komen dan Pendapat: [/b]
Bisnes jenis ni memerlukan kepakaran IT untuk periksa sama ada barang tu rosak atau tak. Terutamanya kalau barang-barang terpakai. Kalau barang terpakai, silap2 korang boleh rugi sebab nak tampung duit repair barang rosak. Untuk penghantaran pulak, agak berisiko tinggi untuk uruskan penghantaran barang2 yang besar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selain perniagaan, aku ada jugak buat pelaburan skit2.
walaupun xde la modal besar mana, tapi sekurang-kurangnya duit yang ada dalam simpanan tu boleh la jugak bergerak.
ini jenis pelaburan yang paling berbaloi setakat nih yang aku pernah buat.

[b]Jenis Pelaburan:[/b]
Pelaburan Emas

[b]Modal:[/b]
RM7.4k

[b]Rakan Kongsi:[/b]
tiada

[b]Lokasi:[/b]
tiada

[b]Pulangan Pelaburan:[/b]
Setakat ini, 11 Februari 2011, baki pelaburan bertambah 12%
12% x RM7.4k = RM888.00

[b]Tempoh Pelaksanaan:[/b]
Baru mencecah setengah tahun

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Pelaburan emas memang dijamin selamat dalam jangka masa panjang.
Tapi tak akan nampak pulangan yang besar kalau dibuat dalam jangka masa pendek sebab kadar kenaikan emas berubah2, dan mungkin boleh turun.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1297377864' post='1061657']
[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Pelaburan emas memang dijamin selamat dalam jangka masa panjang.
Tapi tak akan nampak pulangan yang besar kalau dibuat dalam jangka masa pendek sebab kadar kenaikan emas berubah2, dan mungkin boleh turun.
[/quote]

Saya setuju. Emas tak jatuh sgt. sebaliknya akan sentiasa naik dan naik. Dulu beli emas 1gram hanya beberapa puluh RM je tp. sekarang dah RM100>.Emas ni pelaburan yg bijak. Tp. hati2 dgn. mana2 syarikat yg menjalankan pelaburan emas dimana menjanjikan apa2 pulangan. Pelaburan mcm ni salah di sisi undang2 Malaysia. So far yg sy nampak ok public gold yg berbentuk emas fizikal dan Gold Investment Account (GIA) oleh public bank & maybank pn ada gak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]:salam:
[color="#0000FF"]
Aku respek korang.

Bro bincangidea memang HEBAT.[/color]

[color="#FF00FF"]
Ayah aku ada offer aku suruh buat bisnes.
Sebab dia tahu sekarang ni payah nak dapat kerja.
Dia nak kasi modal.
Dia mintak proposal.[/color]
[color="#2E8B57"]

Tapi aku tak pernah buat bisnes; pengalaman pun takde.

Menjual Topup / Kad Prepaid dan pelaburan emas nampak menarik untuk cuba secara individu.

Ayah ada sebut pasal jual topup dan cuci kereta.
Cuci kereta memang memenatkan.[/color]

[color="#FF0000"]
Bro Tempus ada bukak thread nak cari modal.
Kalau dia nak cari bisnes partner...teringin gak nak join ^_^ [/color][/b]



[color="#FF8C00"][size="6"]PS: Aku ada bukak topik camni kat Lowyatt.net, kedekut ilmu nak mampus kafir laknat kat situ.[/size][/color] Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1297079788' post='1061309']
[b]Jenis Perniagaan:
Menjual Topup / Kad Prepaid[/b]

[b]Modal:[/b]
RM1k seminggu
- Stok untuk kad Digi: RM9.90 x 30 keping = RM297
- Stok untuk kad Celcom: RM9.40 x 40 keping = RM376
- Stok untuk kad Digi: RM9.50 x 30 keping = RM285
- Lain-lain (Kos Pengangkutan) – RM20

[b]Rakan Kongsi:[/b]
tiada

[b]Lokasi[/b]:
Universiti di kawasan Baru Bangi

[b]Pendapatan Mingguan:[/b]
RM1000.00 - RM958.00 – RM20 = RM22

[b]Jumlah Pendapatan Bulanan:[/b]
RM22 x 4 minggu = RM88 sebulan

[b]Tempoh Pelaksanaan[/b]:
Setahun, dari tahun 2002 – awal tahun 2003.

[b]Komen dan Pendapat:[/b]
Sangat mudah untuk diuruskan, tapi perlukan kos yang sangat besar untuk untung banyak sebab jumlah keuntungan yang terlalu sikit. Boleh kata bisnes ni adalah bisnes yang paling banyak permintaan tapi paling berisiko tinggi untuk rugi. Paling teruk kalau ada orang yang ambik hutang lepas tu tak bayar. Kalau korang rugi sekeping kad, RM9.50, bermakna korang dah hilang 50% dari total keuntungan mingguan korang.
[/quote]

[b][color="#FF00FF"]
Menarik bisnes ni.

Berniaga full time ke?
Kos sangat besar untuk untung banyak? Camana tu? Ce citer ^_^
Ambil hutang lepas tu tak bayar? Camana tu? Ce citer ^_^
Camana bro cari pelanggan?

Kalau ada modal RM20,000 camana?
Agak2 bagaimana strategi untuk untung banyak?[/color][/b] Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Jedi' timestamp='1306793625' post='1069349']
[b]:salam:
[color="#0000FF"]
Aku respek korang.

Bro bincangidea memang HEBAT.[/color]

[color="#FF00FF"]
Ayah aku ada offer aku suruh buat bisnes.
Sebab dia tahu sekarang ni payah nak dapat kerja.
Dia nak kasi modal.
Dia mintak proposal.[/color]
[color="#2E8B57"]

Tapi aku tak pernah buat bisnes; pengalaman pun takde.

Menjual Topup / Kad Prepaid dan pelaburan emas nampak menarik untuk cuba secara individu.

Ayah ada sebut pasal jual topup dan cuci kereta.
Cuci kereta memang memenatkan.[/color]

[color="#FF0000"]
Bro Tempus ada bukak thread nak cari modal.
Kalau dia nak cari bisnes partner...teringin gak nak join ^_^ [/color][/b]



[color="#FF8C00"][size="6"]PS: Aku ada bukak topik camni kat Lowyatt.net, kedekut ilmu nak mampus kafir laknat kat situ.[/size][/color]
[/quote]

dulu bisnes prepaid memang untung besar, tapi utk sekarang, bisnes ni dah x relevan.
penjualan topup dan prepaid sekarang nih bukan utk untung, tapi utk menarik pelanggan semata2.
biasanya kedai runcit yang sediakan servis ni supaya org dtg kdai dia utk cari barang.
kdai henset pulak biasanya mmg offer kad prepaid dan topup.

by the way, dalam forum.lowyat memang dah ada topik tu. maybe moderator dah merge kan topic tu kot.
sebab diorang dah ada official topic bincang pasal bisnes je.

[quote name='Jedi' timestamp='1306794918' post='1069351']
[b][color="#FF00FF"]
Menarik bisnes ni.

Berniaga full time ke?
Kos sangat besar untuk untung banyak? Camana tu? Ce citer ^_^
Ambil hutang lepas tu tak bayar? Camana tu? Ce citer ^_^
Camana bro cari pelanggan?

Kalau ada modal RM20,000 camana?
Agak2 bagaimana strategi untuk untung banyak?[/color][/b]
[/quote]

masa ni aku bisnes part time je, itupon harapkan market dari student je.
tapi memang x untung banyak pun.
kalau dari segi pengiraan, boleh refer yg mcm saya tulis tu la. kalau kos rm100, baru untung rm5 je sbb 5% je marginnya.
kalau amek hutang tu, make sure MESTI KENA tulis dan jugak ADDITIONAL CHARGES sbb utang.
strategi untung banyak tu, bergantung pd kreativiti masing2.
boleh offer mcm2, contohnya servis cepat, easy contact, pembayaran tunda atau lain2..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1297359820' post='1061656']
[b]Jenis Perniagaan:[/b]
Jual barang accesories komputer kat Uptown Sri GOmbak.

[b]Modal:[/b]
Sewa tapak RM 350 Bil lektrik RM 100 Khemah RM 250
Stok RM 1800.total semua sekali ada kat RM 8k macam tu.
Pinjam kereta mak aku sebijik.Minyak RM 30 sehari.
Lesen MPS-RM 138 setahun...
senang cerita habis jugak la RM 8000

Kos Pengiklanan – Mudah.com/internet.


[b]Rakan Kongsi:[/b]
ada.tapi dia bukan jenis berduit.

[b]Lokasi:[/b]
Uptown Sri Gombak.

[b]Jumlah Pendapatan Bulanan:[/b]
Cukup Cover jerk

[b]Tempoh Pelaksanaan:[/b]
8 bulan.pasal cuaca macam apa pastu ada unsur unsur politik ntah bini siapa beli 16 tapak terus aku tutup!.Aku niaga kat sana pukul 9 malam sampai 3 pagi tau.

[b]Komen dan Pendapat: [/b]
komen aku fuhhhh....mmg bussiness ni boleh jalan.sehari sales ada RM 100 macam tu.tapi kadang2 ada lengang...tapi bila masuk hari jumaat atau minggu boleh cover balik yang lengang tadi tu.Barang yang paing kuat Gerak:

1)USB MOUSE RM 10 2)CoolerPad-RM 10 3)Card Reader-RM 15 4)Headphone-RM 10 atau apa sahaja baranng accesories boleh dijual.tapi barang tu mestilah boleh digunakan pada PC/Notebook dan Netbook.kenapa barang accesories?

1)moudah rosak dan cepat rosak..kenapa? ntah. 2)Bende ni murah.takde korang nak kejar pi lowyat semata2 mouseRM 10

3)Takde persaingan 100% kat uptown.mana orang bodoh nak bukak kat uptown jual barang komputer malam-malam...so harga tu bebas ikut suka hati la.kejap RM 10 kejap RM 15.aku pernah jual coolerpad yang kipas besar tu pada harga RM 35.00 pun ada orang beli jugak.Mp3 Modulator berharga RM 45 pun ada orang beli jugak.

tapi mmg penat la pikul besi tu.pastu setup pun dah 1 jam.wiring dia semua direct TNB.sebulan mesti MINIMUM 2 kali mentol jatuh pecah.tapi yang best kaalu nak pergi tandas korang pergi je.otomatik orang sebelah tolong jaga.




[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Jedi' timestamp='1306793625' post='1069349']
Bro Tempus ada bukak thread nak cari modal.
Kalau dia nak cari bisnes partner...teringin gak nak join ^_^ [/color][/b]
[/quote]
boleh bro.tapi aku tak berapa minat nak teruskan [email protected] semua ni...aku minat focus in Sale and Bussiness...pastu mission aku sekarang become Distribitor.bukan Retailer.kalau jadik Retailer mmg mati sekarang ni utnung barang tak berapa sangat.pastu sewa lagi itu ini lagi..tapi kalau jadik Distrbitor secara otomatik akan ada Dealer-dealer kita sendiri.dealer ni bukan setakat di selangor atau di kuala lumpur bahkan satu malaysia MAMPU menjadi dealer kita.kalau dah sampai level ni sekejap je kompeni aku from Enterprise boleh jadik SDN BHD.

Macam Plaza Lowyat tu ..itu BIG DEALER.dia bukan distribitor.selagi ada Ipad/Ipad 2/Galaxy./HTC/MSi/ASUS apa bende semua tu selagi ada tu dia jual....Perjalanan niaga komputer ni macam ni:

END USER>>>RETAILER>>>DISTRIBITOR>>>MANUFACTURE.

Target aku Manufacture.Sampaikan USB MOUSE yang RM 10 tu pun kalau boleh nak ada logo aku.pastu ada dijual merata-rata.Bila aku dah Jadik Manufacture Lowyat tu dah bukan LAWAN aku lagi.aku tak perlu ambil barang dari dia.dan aku tak perlu risau apa yang berlaku kat sana..nak bankrup ke.nak pindah ke..itu diorang punya hal.aku ada market dan pasaran aku sendiri. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...