Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

40 Penumpang Terselamat Apabila Bas Ekspres Terbabas Di Lebuh Raya Plu

Recommended Posts

[SIZE="3"][B]40 Penumpang Terselamat Apabila Bas Ekspres Terbabas Di Lebuh Raya PLUS[/B]

SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu.

Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini.

Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah.

Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu.

-- BERNAMA[/SIZE]

[IMG]http://img833.imageshack.us/img833/9040/ns05450x265.jpg[/IMG]

[IMG]http://img19.imageshack.us/img19/353/ns10450x258.jpg[/IMG]

Gambar ehsan: Ondscene

Share this post


Link to post
Share on other sites
wow,

alhamdulillah
semua selamat..

tapi, tak boleh nak bayang kan
macam mane kemalangan ni terjadi

andai kate bas tu laju, mungkin lebih teruk kot

ape pun Gong Xi Fa Chai

Share this post


Link to post
Share on other sites
alamatnya semakin takut lah orang orang kita nak naik bus ..
aku fikir , dahulu memang tidak ada kejadian kejadian yg seperti ini ..apakah puncanya ha ? ..dimanakah kewibawaan kewibawaan pengusaha bus bus seperti ini ? ..aku fikir setiap tahun memang ada sahaja berkaitan dengan kemalangan bus seperti ini ..sedih saya ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...