Jump to content
BasicCX

Ron97 Naik 10 Sen Lagi - 1 Feb 2011

Recommended Posts

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Sumber: Malaysiakini

Share this post


Link to post
Share on other sites
muahahaha... tgklah apa jadik bila barang naik menang...

salahkan org yg undi dia org... dah berapa kali dah jadik...

dia org menang jer minyak naik... sebelum nih pon mcm tuh gak...

tak tau lah nanti kalau GE 13 nih dia org menang tah berapa banyak tah nanti naik...

nice yoo... tabung dia org dah kering... pasnih fund merlimau lak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='BasicCX' timestamp='1296484008' post='1060828']
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
[/quote]
RON95 RM1.80/liter, maknanya turun 10 sen?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='kecibung' timestamp='1296492266' post='1060841']
RON95 RM1.80/liter, maknanya turun 10 sen?
[/quote]

Pemberita typo error tu

Share this post


Link to post
Share on other sites
confirm naik ke? aku tak g station minyak lak hari nie

btw, ade sape2 leh sah kan yang ron95 pun akan naik dalam masa terdekat nie?

aku tgk kat fb tadi ade ura2 kata nak naik gak...

[quote name='hampeh' timestamp='1296486968' post='1060834']
lori angkat stok barang tak pakai ron97. Aku pun tak pakai ron97.heheh
[/quote]

ha;ah, memang tak gune/pakai ron97, tapi sure barang/benda akan naik gak kan,..

Share this post


Link to post
Share on other sites
yg aku dgr ada org kata dlm bulan march...

tapi takde 1 sumber pon yg mengesahkannya lagi...

yer... mmg dia org tak gunakan ron 97 utk angkut barang...

tapi gov kita yg sungguh "bijak sana" akan gunakan alasan nih utk naikkan ron 95 nanti mcm yg lepas...

rasa kalau PRK merlimau nih menang naik lagi 10 lagi ler kot...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='FryShadow' timestamp='1296571232' post='1060900']
naik 10sen je, ape ada hal.. semua kan kaya :P
[/quote]

ha;ah yer la kaye, kayap ade, :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' timestamp='1296485009' post='1060832']
muahahaha... tgklah apa jadik bila barang naik menang...

salahkan org yg undi dia org... dah berapa kali dah jadik...

dia org menang jer minyak naik... sebelum nih pon mcm tuh gak...

tak tau lah nanti kalau GE 13 nih dia org menang tah berapa banyak tah nanti naik...

nice yoo... tabung dia org dah kering... pasnih fund merlimau lak...
[/quote]


[quote name='Gunso' timestamp='1296568814' post='1060895']
yg aku dgr ada org kata dlm bulan march...

tapi takde 1 sumber pon yg mengesahkannya lagi...

yer... mmg dia org tak gunakan ron 97 utk angkut barang...

tapi gov kita yg sungguh "bijak sana" akan gunakan alasan nih utk naikkan ron 95 nanti mcm yg lepas...

rasa kalau PRK merlimau nih menang naik lagi 10 lagi ler kot...
[/quote]


[quote name='biskut merry' timestamp='1296571180' post='1060899']
hadiah kemenangan di tenang...sume orang yang pangkah sampai menang tu mesti sonok, gembira sakan..tahniah2..
time undi buang duit banyak2, da abis undi, da menang, harga minyak pn naik..
[/quote]


tak habis2 guna isu harga naik barang naik.
tolong la warga melayu sekalian.
jangan permainkan isu nih untuk politik boleh x?
apsal kaum lain, india ngan cina xde kaitkan apa2 isu dengan politik?
diorang ada jugak mengadu pasal barang naik tapi xde pon nak kaitkan dengan isu politik.

tolong la fikir rasional skit.
cuba la fikir, benda keperluan, memang la akan naik sampai bila2.
abes korang nak expect harga minyak tu kekal maintain sampai akhir zaman ke?
bekalan minyak makin kurang.
harga minyak naik korang bising, harga emas naik xde sape pulak yang bising.
harga tanah naik xde sapa pon ngadu.
harga rumah naik xde sapa nak kaitkan dengan politik.

xpayah la murahan sangat nak kaitkan isu nih dengan undi sana undi sini.
kalau korang pangkah sapa2 pon, akhirnya sama jugak. harga barang memang akan naik.
prinsip negara maju, memang la taraf ekonomi akan naik.
korang fikir secara rasional. kalau bekalan minyak berkurang, ada logik ke pengeluar dia nak turunkan harga?
kalau korang tanam beras kat umah masing - masing, pastu bekalan tu makin susut, korang nak ke bagi kat orang lain free2 je?

tak kira la UMNO yang tadbir ke, PAS yang tadbir ke, DAP yang tadbir ke,
kalau harga barang tu dah naik, apa tindakan korang? korang nak ke beli rm1 pastu jual rm0.50?
pastu kalau negara yang bankrap, salahkan kerajaan.

come on la, tolong la majukan mentaliti masing-masing.
jangan dok pikir di takuk lama je.
semua benda nak senang, nak murah. pastu bising-bising kenapa negara Malaysia x maju mcm negara lain.
kalau nak sumthing, kena la korbankan sumthing.
setiap benda dalam dunia ni ada imbangannya.xkan smua nak baik je.

kalau nak mengadu, mengadu secara professional
jangan bising kat mulut, tapi bising kat kaunter atau pejabat wakil rakyat.
bagi la cadangan atau permintaan membina contohnya macam mohon kenaikan gaji ke, selaraskan pembayaran awam dan swasta ke.
bagi la idea yang membina. :59:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='biskut merry' timestamp='1296572419' post='1060903']
kaya ngan kesopanan dan kesusilaan...kalau tidak da lame jdadi rusuhan sebab harga asyik naik je.. :137:
[/quote]

yep
sebab itu je yang membezakan kita dengan orang lain sekarang ni :125:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[spoiler][quote name='suadrif' timestamp='1296572323' post='1060902']
tak habis2 guna isu harga naik barang naik.
tolong la warga melayu sekalian.
jangan permainkan isu nih untuk politik boleh x?
apsal kaum lain, india ngan cina xde kaitkan apa2 isu dengan politik?
diorang ada jugak mengadu pasal barang naik tapi xde pon nak kaitkan dengan isu politik.

tolong la fikir rasional skit.
cuba la fikir, benda keperluan, memang la akan naik sampai bila2.
abes korang nak expect harga minyak tu kekal maintain sampai akhir zaman ke?
bekalan minyak makin kurang.
harga minyak naik korang bising, harga emas naik xde sape pulak yang bising.
harga tanah naik xde sapa pon ngadu.
harga rumah naik xde sapa nak kaitkan dengan politik.

xpayah la murahan sangat nak kaitkan isu nih dengan undi sana undi sini.
kalau korang pangkah sapa2 pon, akhirnya sama jugak. harga barang memang akan naik.
prinsip negara maju, memang la taraf ekonomi akan naik.
korang fikir secara rasional. kalau bekalan minyak berkurang, ada logik ke pengeluar dia nak turunkan harga?
kalau korang tanam beras kat umah masing - masing, pastu bekalan tu makin susut, korang nak ke bagi kat orang lain free2 je?

tak kira la UMNO yang tadbir ke, PAS yang tadbir ke, DAP yang tadbir ke,
kalau harga barang tu dah naik, apa tindakan korang? korang nak ke beli rm1 pastu jual rm0.50?
pastu kalau negara yang bankrap, salahkan kerajaan.

come on la, tolong la majukan mentaliti masing-masing.
jangan dok pikir di takuk lama je.
semua benda nak senang, nak murah. pastu bising-bising kenapa negara Malaysia x maju mcm negara lain.
kalau nak sumthing, kena la korbankan sumthing.
setiap benda dalam dunia ni ada imbangannya.xkan smua nak baik je.

kalau nak mengadu, mengadu secara professional
jangan bising kat mulut, tapi bising kat kaunter atau pejabat wakil rakyat.
bagi la cadangan atau permintaan membina contohnya macam mohon kenaikan gaji ke, selaraskan pembayaran awam dan swasta ke.
bagi la idea yang membina. :59:
[/quote][/spoiler]

aku bukan cakap bukan dasar politik... aku bercakap berdasarkan fakta lepas yg telah pon terjadik...

itu adalah kaitannya setiap kali gov naikkan rege minyak... dan lagi mkn anda hanya masuk kat forum nih yg kebanyakkannya melayu kat sini...

sebab tuh anda nampak hanya melayu kat sini banyak menentang dan mempersoalkan bende nih...

kalau anda pergi forum lain yg ada cina dan india pon sama gak keadaanya... dia org bising gak bila gov naikkan rege minyak...

dan juga dah beberapa kali dah tindakan sama dia org buat... lepas menang naik... menang jer naik...

sebelum nih PRK yg last sekali sebelum tenang dia org menang tak lama lepas tuh naik dah minyak ron 97...

sekarang nih pon sama gak apa... naik lagi lepas menang... mcm mana nak dikatakan takde kaitan...

lepas tuh nanti gunakan alasan yg tidak munasabah untuk naikkan pulak ron 95 tuh mcm sebelum nih...

nih kalau sapa yg dah lupa statement our beloved gov...

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs736.ash1/162961_122731424457585_100001621841700_140005_728470_n.jpg[/img]

itulah faktanya yg berlaku...

dan juga lagi fakta yg sebenarnya berlaku apabila minyak dunia naik kalau sapa yg tak baca lagi(credit to ne7za yg jumpa):

[spoiler][img]http://img3.imageshack.us/img3/1117/wawancara.jpg[/img][/spoiler]

mmm... beri idea membina... kalau anda baca artikel kat atas tuh dan juga sebelum2 nih berapa banyak dah idea dia org bg...

tapi apa jadik... anda tahu kan...

juga gov banyak berjanji tapi janji hanya tinggal janji... kata minyak tak naik... tapi naik gak... pastuh berjanji lagi kenaikkan tak beri kesan dan janji nak kawal... tapi apa yg berlaku biarkan jer sesiapa yg naikkan rege... selalu cakap tak... tapi buat bende yg sebaliknya...

btw: nih ler ayat2 popular yg selalu aku dgr kat tv jangan politikkan laa... pro pembangkang laa... bila org tak sealiran dgn gov jer dituduhnya propembangkang walau pon dia tak ngam pon dgn geng pembangkang... bila isu sensitif di utarakan jer... tulis jangan di politikkan... jadi diamkan jer ker... buat bodoh duduk dlm tempurung tunggu sampai masa jalan... terima jer mcm kerbau kene cucuk hidung...

hahaha... rusuhan... apa yg berlaku kat mesir tuh sebab dah terlalu terpendam dan tertekan sangat ler tuh sebab tuh sampai jadik mcm tuh... sekali meletup dah mcm lava gunung berapi dah... gov nak tembak dia org pon dia org tak kesah dah... kalau hidup pon mcm hamba hari2 menderita baik mati dengan melakukan sesuatu utk kebaikkan masa depan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
sape sebenarnye yang mempolitik-kan ??? cube tgk betul2, sape?
agak2 korang la, sape eh yang mempolitikkan isu kenaikan harge barang?


macam mahathir cakap, bangsa melayu berpecah kepada 3, sape yang pecah belah kan tu??
sape eh?
manusia mane tu?
yang wujud S46 dan PKR tu sape yang punca dia?

Share this post


Link to post
Share on other sites
saudara gunso, btol pe yg ko ckp tu..tp ssh la klu orang da pro kerajaan,
bila ade pihak yang x setuju, terus di cop pro pembangkang, anti kerajaan..
kita sebagai rakyat sepatutnya lebih cerdik, patut menilai segala yg berlaku disekeliling,
terima ape yg btol dan bangkang ape yg x btol..ini bukan msalah politik, tp kepentingan
dan kebajikan rakyat..klu harga barang asyik naik je, mcm mn rakyat nk survive.

bila naik kan harga minyak, mcm2 alasan bodoh yang diorang bagi, pastu janji harga barang2 lain xkan naik.
tp xsmpai sebulan, sume barang lain naik. dan xde tindakan pn di ambil, diam terus. rakyat di abaikan. yang paling aku musykil,
kita malaysia negara pengeluar minyak, tp kenapa harga minyak mahal, dan bila rakyat bising, die pegi bandingkan harga minyak malaysia dgn harga minyak kat singapor, dan negara lain yg bukan pembekal minyak..bodo la camtu, xlogik langsong..minyak tu harta negara, kepunyaan negara, kepunyaan rakyat..

aku rasa xlama lagi ron95 pn akan naik gak, sbb NAK SEIMBANGKAN DENGAN KENAIKAN RON97..

Share this post


Link to post
Share on other sites
haish ajar beruk buat apa?
baik ajar manusia yang faham supply dan demand tu apa......

aku ni bukan sokong kerajaan pun kena cop penyokong rosmah :D Edited by sayw

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebab saya melayu la saya beri maklumat yang saya ada.
saya sebelum ni dah masuk forum lowyat.net yang kebanyakannya cina.
memang diorang ada komplen pasal kenaikan harga minyak.
memang semua orang komplen pasal harga kenaikan harga minyak.
tapi yang saya nak bagitau, diorang tak ada politikkan isu2 macam ni.
untuk pengetahuan korang, saya sendiri melayu dan saya baru je daftar sebagai pengundi.
dan saya bukan pro kerajaan dan jugak bukan pro pembangkang.
jangan la label kan seseorang tu sekilas pandang bila bagi pendapat.

untuk yang formula matematik yang diorang sarankan tu, sebenarnya memang boleh diguna pakai.
TETAPI, hanya untuk diguna pakai kalau kita fokuskan pada barang2 tertentu sahaja mcm minyak sawit, getah dan beras.
tapi, dalam pengiraan tu, dia TAK MASUKKAN sekali pendapatan dan juga pengeluaran negara.
mana datangnya duit untuk tampung pendidikan negara?
mana datangnya duit untuk bagi biasiswa dan tajaan untuk pelajar miskin?
mana datangnya duit yang bagi untuk membaiki kemudahan pengangkutan?
sebagai pemimpin, kita xleh tgk satu sudut pandangan je.

sbg contoh dalam keluarga,
anak mungkin fokus nak beli makanan
tapi mak cakap x boleh sebab x cukup duit.
alasan mak, kita nak pakai duit untuk beli barang dapur, takut dapur x berasap.
mak pon mintak duit ngan ayah untuk beli barang dapur.
tapi ayah sebagai pemimpin, dia nampak benda tu lebih besar dari sudut tu je.
ayah kena fikir duit perbelanjaan harian, duit belanja sekolah anak2, duit minyak kereta, duit hutang rumah, duit hutang kereta, duit nak bagi pada mak bapak..

sebab tu la saya bagi saranan,
kalau nak komplen, komplen la pasal kenaikan gaji. itu lebih relevan.

pada pendapat saya,
isu harga minyak naik, xkan berubah kalau sapa2 yang pegang kerajaan pon.
kita bukannya nak jadi lembu cucuk idong. kalau lembu cucuk idong pon, lembu pandai lagi sebab dia mintak rumput.
xde nye nak ikot je..

tengok macam orang cina sekarang, diorang dah semakin berani tuntut hak diorang.
nak sekolah cina, nak mansuhkan kuota melayu, nak dirikan tokong, nak buat universiti cina di pulau pinang.
kita orang melayu sepatutnya tuntut hak kita sebagai rakyat. bukannya salahkan orang tu salahkan orang ni.

nak tau supply and demand:
bila permintaan naik, pengeluaran pon naik. kalau pengeluaran x naik, harga akan meningkat.
tau x keadaan sekarang, PETRONAS dah semakin hilang loji minyak?
satu dunia sekarang tengah menghadapi masalah bekalan minyak.
sekarang ni apa tindakan PETRONAS adalah menggunakan kepakaran yg diorang ada untuk bantu negara2 lain. itu je la pendapatan PETRONAS dalam jangka masa 5-10 tahun ni.
kalau bekalan minyak makin kurang tapi permintaan meningkat, fikir sendiri la apa hasilnya. harga turun ke? takk....

harga rendah untuk minyak sebenarnya menguntungkan rakyat, tapi merugikan negara.
kalau korang pegi beli beras kat kedai A dengan harga RM2, tapi kedai B jual dengan harga RM1, korang pilih kedai mana?
itu la sebab gula x cukup, beras x cukup, minyak x cukup.
sebab barang kat negara kita dah kena seludup.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ye ke?smlm aku tuang minyak ron95 mcm rm1.90 lg je

[quote name='FryShadow' timestamp='1296571232' post='1060900']
naik 10sen je, ape ada hal.. semua kan kaya :P
[/quote]
kaya plak...ape kata admin buat subsidi minyak utk ahli2 putera plak

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mon678' timestamp='1296637538' post='1060946']
ye ke?smlm aku tuang minyak ron95 mcm rm1.90 lg je

[/quote]

yang naik harga cuma RON97 je,
tapi dijangka minyak RM95 pon akan naik jugak lepas ni.
biasa la tu taktik kerajaan nak tarik undi.
kang naik smua skaligus kang x dapat undi pulak

Share this post


Link to post
Share on other sites
o camtu ke suply n demand.....paham2...tp perlu ke smpai sebulan sekali naikkan harga minyak?dari nov 2010 - feb2011?
isu harga minyak ni dpt di ubah n taraf hidop rakyat juga akan berubah jika betol pemimpin mendahulukan rakyat. jika mereka betol2 menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat, xde la nk jd camni. sebulan skali minyak naik, tiap kali lepas mengundi harga minyak naik, rakyat tersepit dan semakin terhimpit.
skang ni rakyat singapor lg kaya klu nk dibandingkan dgn kita..padahal negara kita lg besar, lg banyak hasil pengeluaran negara, tp kenapa kt tak dpt jd cam diorang? mane pegi hasil2 negara? sket sgt yg smpai kat rakyat.

mungkin da masa nya untuk cuba kerajaan baru. da 50 tahun memerintah tp makin terok jadinya. so da ble try kerajaan baru lepas ni.. :3:

* aku bukan BIRU dan aku bukan HIJAU. aku cuma salah seorang dari rakyat malaysia yang mahukan kerajaan yg lbh baik.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dialog waktu beli brg.. bila nasi ayam ni naik... minyak dah naik ... pi beli air kelapa pulak.. gula tak payah la makcik .. mahal.. (aku gurau ja ngan makcik tu..) gula naik sikit ja .. minyak yang banyak naik.. sikit2 naik.. ada satu ketika masa minyak turun.. masa beli nasik ayam.. minyak dah turun makcik.. nasi ni tak turun rega ker?? makcik tu.. ketawa ja... barang runcit kenaikan nya rasanya memang korang tau2 sendirila... apa yg aku tulis ni ada kena mengena ngan politik tak?? sekadar dialog d pasa malam.. minyak adalah alasan [b]B[/b]arang [b]N[/b]aik fikir2kanlah.. :P Edited by hyper

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...