Sir Pyan 20 Report post Posted January 21, 2011 Assalamualaikum. Aku ada baca-baca sikit kat topik-topik bawah game development ni, dan ada juga yang perkenalkan Game Editor (http://game-editor.com) untuk buat game. Aku nak tanya beberapa soalan tentang software ni, memandangkan ia bukannya software yang full freeware, sebab game yang develop guna software tu cuma boleh diedar, tapi tak boleh dijual, kalau nak jual kena ambik lesen dia (ada beberapa pakej). Takpelah, tapi yang aku tak paham, beza lesen-lesen tu, kenapa pakej harganya lain-lain? Apa beza dan apa had-had tertentu untuk setiap lesen tersebut? Yang pastinya kalau yang paling mahal dah tentu game yang kita develop tu kita boleh buat apa saja ikut suka hati, nak jual ke apa, cuma aku tak berapa paham bab-bab perlesenan ni. Untuk info ni, boleh check kat website dia yang ni - http://game-editor.com/Buy Aku sebenarnya tengah belajar nak develop game, tujuan utamanya untuk apps iPad. Buat masa sekarang, aku tengah cuba guna software Game Maker oleh YoYo Games (http://www.yoyogames.com/), agak mudah nak faham, sebab interface dia ada sikit familiar dengan RPG Maker yang aku pernah guna dulu. Cuma yang aku tak pasti, adalah kemampuan Game Maker untuk port game dia jadi apps iPad, takut bila dah siap, tengok susah nak convert. Tengok Game Editor mudah sikit, dia kata benda ni cross platform. Tapi bahagian licensing dia pula yang tak berapa paham. So ada sesiapa tak yang baik hati merungkai kemusykilan di hati ini? He he he... Terima kasih banyak. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted January 22, 2011 Game editor sekarang adalah Open-source software... check out terms (GPL v3) dalam open-source iaitu game yang anda buat hendaklah diberi sebagai 100% open source jugak (bukan commersial). Jika nak buat game commercial dengan Game Editor nie... kena beli commercial license... check this [url="http://game-editor.com/License"]LINK[/url]. Perbezaan antara 2 jenis lesen ini ialah: 1. Express Commercial License - Game yang dihasilkan perlu ada tulisan "Made with Game-editor" dekat splash screen. 2. Professional commercial License - Game yang dihasilkan tak perlukan tulisan "Made with Game-editor" berkenaan. Pada pendapat aku, kelebihan utama game-editor berbanding game maker.... 1. Tak perlu belajar programming lain (game maker guna - GML) kalau dah tau sedikit bahasa C. Sebab game-editor kalau advanced game perlukan masuk sikit2 code... just guna code language C jer.. 2. Cross platform iaitu game yang dah dibangunkan boleh diconvert ke lain2 platform seperti Windows, Linux, Mac OS, pocket PC, window-based smartphone dan yang terbaru untuk iPhone dan iPad... kalau pakai Game Maker, game cuma boleh main kat Windows jerk.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Sir Pyan 20 Report post Posted January 22, 2011 Ooo gitu. Kiranya yang: No. 1 : $99/year kena tunjuk Game Editor splash screen No. 2 : $1499/year tak yah tunjuk Tu je ke beza dia? Tapi awat jarak beza harga dia jauh betul, pelik gak. Lagi satu, per year tu maksudnya tiap tahun nak kena bayar? Payah gak tu... lol Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted January 27, 2011 Tu aku pun tak tau la... kena tanya owner dia, mungkin ada sebab dia buat macam tu kot.... lama benar dah aku tak bukak game-editor nie... dah beralih ke tool lain... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Sir Pyan 20 Report post Posted January 27, 2011 Ooo kk. Thanks for the info. Takpelah, aku try-try pakai Game Maker. Rasanya ok kot, cuba dulu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted January 28, 2011 Oh ye sebelum aku lupe... dia mention subscribe tu sebab in case ada new version game-editor, tak payah nak beli yang baru. Aku ingat lagi discussion nie masa aku buat tutorial pasal game-editor dulu kat sticky thread "Membuat Game 2D"... check it out... nampaknya cara license diberi dah berubah... Satu perkara lagi, rajin2lah jenguk forum diorang... ramai yang boleh bantu kalau stuck masa develop game. Quote Share this post Link to post Share on other sites