Jump to content
asdiali

Nak Buka Kedai Jual Komputer Dan Repair

Recommended Posts

Salam semua, aku ahli baru kat sini nak mintak tips2 member kat dlam forum ni, wat sekarang ni aku meniaga cyber cafe dan sekarang planning nak wat bisnes jual dan repair komputer.Selalunya kalau aku wat maintenance komputer ni aku cari barang dari low yat,aku nak tau bila aku wat bisnes ni :

1)mana nak cari supplier parts yg boleh kredit dan harga berpatutan.
2)apa part/ stok yg perlu di simpan/ display

tq..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam.

Elok la ada topik ni. aku pon tgh plan nak bukak bisnes sama. jual pc dan servis. aku nak mintak bbrp pandangan forumer.

1. Mana tempat yg sesuai utk bukak kedai pc? kalau di kl org akan gi low yat. kalau di pj org akan gi digi-mall. kalau bukak kedai pc di kawasan perumahan agak2 bleh jalan ke? atau mmg kene cr tempat2 yg terpencil shj?

2. Berapa agak2 modal yg perlu utk beli stok? banyak mana stok kena simpan contoh laptop, printer, etc? camana nak tau brand ape nak simpan? kalau selebihnya pakai brochure je ok ke? antara sebb org lebih prefer travel ke low yat atau digi-mall adalah sebb pilihan banyak dan harga boleh banding2. so kalau kedai sebijik je dengan pilihan yg terhad ok ke?

3. Kalau kedai pc kena ambik tingkat bawah ke atau boleh jgk pakai tingkat atas. pasal tingkat bawah biasanye mahal sewa. dekat area aku ni 3k ke atas kalau bawah.

4. Biasanya di pc, selain servis repair dan upgrade pc, servis atau barangan apa lagi yg sesuai utk di tawarkan?

Harap ada otai2 yg sudi bg tunjuk ajar. kalau sudi minum kopi sekali lagi baik. aku belanja.

Tk.

Share this post


Link to post
Share on other sites
btol bro , kita kena kaji semua ni sblm nak jalankan bines ni, aku tgk kebanyakan bangsa cina jer yg menceburi bisness komputer camni...kalau ada otai yg boleh bantu aku amat berbesar hati..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Asdiali & Rarahim,

Nampaknya anda berdua mempunyai minat yg mendalam ke arah biznes tersebut. Jom mengeteh & diskus further bro's...sama2 plan & bagi input utk jayakan usaha ni. I'm serious to assist further ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='toknenet' timestamp='1305516028' post='1068535']
Asdiali & Rarahim,

Nampaknya anda berdua mempunyai minat yg mendalam ke arah biznes tersebut. Jom mengeteh & diskus further bro's...sama2 plan & bagi input utk jayakan usaha ni. I'm serious to assist further ;)
[/quote]

toknenet.. elok tu.. awk berada di mana? sy di pj selangor.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1305687218' post='1068639']
toknenet.. elok tu.. awk berada di mana? sy di pj selangor.
[/quote]
[quote name='rarahim' timestamp='1293766998' post='1058217']
Salam.

Elok la ada topik ni. aku pon tgh plan nak bukak bisnes sama. jual pc dan servis. aku nak mintak bbrp pandangan forumer.

1. Mana tempat yg sesuai utk bukak kedai pc? kalau di kl org akan gi low yat. kalau di pj org akan gi digi-mall. kalau bukak kedai pc di kawasan perumahan agak2 bleh jalan ke? atau mmg kene cr tempat2 yg terpencil shj?

2. Berapa agak2 modal yg perlu utk beli stok? banyak mana stok kena simpan contoh laptop, printer, etc? camana nak tau brand ape nak simpan? kalau selebihnya pakai brochure je ok ke? antara sebb org lebih prefer travel ke low yat atau digi-mall adalah sebb pilihan banyak dan harga boleh banding2. so kalau kedai sebijik je dengan pilihan yg terhad ok ke?

3. Kalau kedai pc kena ambik tingkat bawah ke atau boleh jgk pakai tingkat atas. pasal tingkat bawah biasanye mahal sewa. dekat area aku ni 3k ke atas kalau bawah.

4. Biasanya di pc, selain servis repair dan upgrade pc, servis atau barangan apa lagi yg sesuai utk di tawarkan?

Harap ada otai2 yg sudi bg tunjuk ajar. kalau sudi minum kopi sekali lagi baik. aku belanja.

Tk.
[/quote]
1)Tempat paling elok...nama jalan tu senang nak diingat.orang mencari senang nak jumpa.tempat paling mujarab SHOPPINGKOMPLEKS.Plaza lowyat tu shopping kompleks.sekali dia hold kustomer beribu-ribu masuk.lagipun standard shopping kompleks ada bank.ada itu ini.ada kedai makan.tapi standard shooping kompleks punya sewa mmg ko garu kepala...RM 2000 sebulan.pastu kena ingat bil letrik tarif dia lagi tinggi daripada bil kat rumah...shop lot kedai pun boleh tapi kebanyakkan agak besar..1000 kaki persegi? nak isi apa besar-besar tu? korang bukan bukak rumah urut atau bengkel kereta.


2)yang bab ni kena jaga.tak digalakkan simpan laptop dan printer semua tu buat stok...pesaing dah jual Canon Mp258 pada harga RM 170 kat tangan korang Canon Ip1990 harga pun RM 150 gitu...so barang korang tak bergerak dengan mudah...simpan lama-lama dan lama...sekali old stok....tapi harga masih sama.....siapa nak beli? Korang kena ingat zaman sekarang ni bukan setakat Kedai ALi atau kedai abu computer je ada printer....Tesco/giant/Harvey Norman/Courts mammorth semua mangkuk mangkuk tu ada jugak jual printer....sekali dia advertise....semua suratkhabar dia masuk.siap masuk TV sekali......pendek kata.korang simpan korang mati sendiri.korang tak simpan...korang mungkin hilang kustomer...setakat printer bernilai RM 100+ orang tak suka nak ulang alik atau tunggu 2-3 hari...orang tahu nak beli kena ada.kalau takde orang lagi pergi kedai lain.......ni dalam bussiness kita panggil `loss Market Share`. korang hilang pasaran.bukan kerana barang korang mahal.tapi stok tak update...


3)Dia macam ni...kalau sewa kedai ko tu RM 3k..ko duduk situ diam diam iklan apa semua tak paayh buat.pasal lokasi kedai macam ni mesti kiri kanan depan belakang ada bank atau sekolah atau pusat tuisyen.so orang lalu lalang@makcik@pakcik@bla bla bla agak ramai.katalah sehari orang lalu lalang ada kat 10 orang.5 orang masuk kedai..3 orang beli barang cukup dah.esok lusa 6 orang lalu lalang..2 orang masuk 1 orang beli barang....jumlah ni akan bertambah dan bertambah...tapi kalau sewa tu murah...orang lalu lalang ada takde ...kena rajin keluar buat advertisement.mesti ada banner.mesti ada name card.mesti promotion.guna la segala internet dan forum yang ada kat malaysia ni.tapi kos iklan pun telan ratus jugak.pastu korang kena pikir apa yang nak diletak dalam iklan tu.format RM 20? laptop second from RM 400? apa yang korang tulis akan menentukan masa depan niaga tu sendiri.untung rugi KERAJAAN takde nak tolong.tak kira la bangsa apa.agama apa.parti apa.bab untung rugi sendiri mau ingat.kompeni korang bukan cam PROTON rugi RM 22 juta selamba badak buat macma takde apa-apa.(mentang-mentang kerajaan ada shared)


4)CCTV? Webdesign? Register Internet? tapi terus terang aku cakap.lagi banyak korang offer service lagi korang jadi bengong.keadaan tak terkawal.itu ini kena buat...pastu yang dah buat 2 hari lepas ada problem plakk.yang ni hari punya problem tak setel lagi.kalau ada pekerja pun ...kerja 2 bulan pastu blah.tekanan tinggi sangat.semua bende kena buat.pastu tiap tiap bende untung plak sikit.bende nak kena service.kena jaga service after sales.tapi tu la kalau dah rental RM 3000 macam mana nak cover kalau tak buat semua ni?




Nak niaga bende kaitan dengan komputer.tak semestinya dengan kedai.kalau nak niaga kat uptown pun boleh.sewa baru RM 350.elektrik bayar sekali.pastu minyak boleh kawal.ikut jarak atau kenderaan.dekat uptown korang boleh jual accesories komputer pc dan Laptop....busuk busuk pun sale korang RM 100 sehari tau....tapi agak penant sikit masa setup.pasal korang kena gantung-gantung.pastu rak rak tu lagi.kurang-kurang kena ada 2 orang.AKu pernah niaga kat uptown 8 bulan.tapi aku terpaksa tutup pasal modal nak tahan tak banyak.pastu hari hari plak hujan...stok semua basah...ada tu rosak....tapi niaga mmg boleh jalan.pastu ada plak unsur unsur politik...ok... antara barang yang sold out dengan cepat kat uptown:

1)USB MOUSE cap ayam. 2)USB CoolerpAd 3)Card Reader 4)Headphone 5)ni aku lupa plak....

kenapa aku choose computer accesories?

1)Komputer accesories korang simpan stok banyak banyak tak mati.tak macam simpan sparepart atauu laptop.

2)dia datang murah.cth kad reader.datang RM 4.00 tu.harga jual cceah RM 15.00.tu coolerpad 3 kipas tu kos dia RM 5.00 tak salahh aku.

3)Mana ada orang jual komputer accesories kat uptown? orang gila pun ketawa.semua orang ketawakan aku bila aku cakap niaga komputer acceosires kat uptown.disebabkan takde orang nak niaga macma aku niaga kat uptown..so aku TAKDE PERSAINGAN.100% harga dan barang aku pegang...satu uptwn tahu sebut sahaja komputer accesories gerai Lot B8....kalau ada ahseng atau raju nak sibuk niaga kat situ pun ...orang pergi kat aku..pasal aku dah `leading` market dulu.market share aku pegang dulu.

4)komputer accesories mudah rosak.cth USB MOUSE.kalau tak boleh klik atau scrool rosak...kena beli baru.mana boleh repair.kita jual pun tak sakit kepala.ni jual printer dan laptop untung dah la sikit.dia punya masalah....

Modal niaga kat uptown:(anggaran)

1)Sewa RM 380
2)Bil letrik seumur hidup RM 100
3)Khemah(RM 350) seumur hidup.
4)Lesen niaga (RM 180) setahun kot.lupa dah.
5)besi-besi dan rak rak (RM 500)
6)Stok barang.30 mouse.30 Cooler pad.total ada kat 300pcs.50item.Bernilai RM 1800
7)kadang-kadang ada yang nak korang buat servcies repair atau pergi rumah..so pandai-pandai la handle.


Kita orang Melayu nak niaga jangan ikut cina niaga.diorang dah leading dengan bukak kedai dulu 10 tahun lepas.kita baru nak ikut sekarang.tu pasal sewa naik sampai RM 3k.dulu 10 thaun lepas tempat yang sama sewa baru berapa? dia yang cecah RM 3k tu.pasal lokasi.pastu ada plak peniaga-peniaga yang bermodal besar yang `mampu` bayar sewa tu...tu yang menyebabkan kita nak niaga susah.korang bukak kedaii..korang akan bertembung dengan cina-cina kedai besar ni.dia tak akan biarkan korang masuk dan keluar hidup hidup....tapi kalau idea korang `pelik` sikit.cth niaga accesories komputer kat uptown..pastu niaga korang berkembang dari satu uptown ke satu uptown then korang boleh buat francais...satu malaysia.kan itu lebih baik? cina pegang kedai/lowyat plaza. Kita Orang melayu pegang Uptown.tapi actually jual bende yang sama sahaja.cuma tempat berbeza.


Apabila korang bukkak kedai komputer korang hanya akan pegang salah satu daripada 2 perkara ini.Sales OR services.korang takk boleh pegang 2-2 sekali.sebagai cth.Ali Enteprise.buat repair komputer dirumah dan pejabat(Service) tapi harga barang seperti laptop atau LCD agak mahal(Sales)
LowyatPlaza Barang murah giler.siap pilihan jenama(sales) Tapi tiada khidmat pasang dan hantar ke rumah.kena cari orang lain (Service)......tapi serious aku cakap.yang buat Sales murah-murah ni kedai dia hidup lebih lama daripada kedai yang buat service bagus tu....kedai yang buat service sangat bergantung pada barang yang nak diservice.ada tu sparepart tkde.kalau pc atau laptop tu dah lama sangat korang plak malas nak buat.kalau service macam format/hantar/pasang sesiapa sahaja boleh buat...tak sampai 30 minit pun.

sekarang market IT agak screw up.dah tak balance.campur tangan kompeni2 besar.sengheng.tesco.giant.CourtsMammorth.kalau jua barang yang berkualiti takpe jugak ni jual barang murah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Wah..panjang lebar dr Tempus. Gr8 effort bro, thx for sharing, useful info. Surely those are from your experiences.
Skrg dah ada a few 'uptown/downtown' market yg berdekatan i.e Cheras BTR, Bukit Dukong & The Mines. Rasanya kat Bkt Dukong tu ada satu outlet IT,u punya ke? Kat The Mines so far tak pernah visit lagi. So, ada sesapa nak venture dgn Tempus utk bukak cwgn?

[quote name='rarahim' timestamp='1305687218' post='1068639']
toknenet.. elok tu.. awk berada di mana? sy di pj selangor.
[/quote]

OK, set kita ngeteh ptg ni kat BTHO Cheras ;). Thx for contacting me. Edited by toknenet

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='toknenet' timestamp='1306382982' post='1069070']
Wah..panjang lebar dr Tempus. Gr8 effort bro, thx for sharing, useful info. Surely those are from your experiences.
Skrg dah ada a few 'uptown/downtown' market yg berdekatan i.e Cheras BTR, Bukit Dukong & The Mines. Rasanya kat Bkt Dukong tu ada satu outlet IT,u punya ke? Kat The Mines so far tak pernah visit lagi. So, ada sesapa nak venture dgn Tempus utk bukak cwgn?



OK, set kita ngeteh ptg ni kat BTHO Cheras ;). Thx for contacting me.
[/quote]

toknenet, terima kasih sudi meluangkan mase tadi petang.. semoga bisnes sentiasa maju!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1306413779' post='1069103']
toknenet, terima kasih sudi meluangkan mase tadi petang.. semoga bisnes sentiasa maju!
[/quote]

TK Kembali, Thx gak kerna susah payah dtg dr jauh. Had a constructive TT yestd with u & let's xplore the possibilities further.
Good if we could gather other frens here as well..especially those with d same interest.
Looking forward for next TT, the more the merrier ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
nk tanya saudara tempus...

anda jual aksesori kt uptown tu, camner dgn waranti..bagaimana anda mengurus waranti terutama aksesori yg murah2 sudah semestinya mudah rosak..pelanggan mesti dtg balik nk claim..ke camner?

murahnya kos aksesori yg anda dapat..camner cara nk dapat tuh..beli borong ke guane? Edited by xtahu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...