Jump to content
Sign in to follow this  
TOYSЯUS

Google Keywords Tool

Recommended Posts

Salam.

Saya nak bertanya pasal [url="https://adwords.google.com/o/Targeting/Explorer?__c=1000000000&__u=1000000000&ideaRequestType=KEYWORD_IDEAS#search.none"][b]Google Keywords Tool[/b][/url].

Saya masih kelabu asap tentang cara menggunakan application ni.
Saye tau ia digunakan utk cari [b]keywords[/b] yg sesuai dengan web yg kita nak bangunkan.
Tapi saya tak faham macam mana kita nak buat [b]comparison[/b] ke atas senarai cadangan [b]keywords[/b] yg kita search.

Saya bagi contoh la terus k.

- - - - - -
Contohnya saya nak develop website, untuk industri [b]pembuatan mee[/b].
Jadi saya perlukan keywords berkenaan [b]mee manufacturer[/b].
Target saya, [b]Malaysia[/b].

Maka saya pun search pada GK tu, [b]Noodle Manufacturer[/b].
Betul ke begitu? Or shall I search for Noodle Manufacturer Malaysia?

Then, lepas tekan search, GK pun suggests keyword2 lain yang mungkin berkenaan dgn industri tersebut.
Dengan senarai yg diberi tu, saya pun pilih keyword2 yg berkenaan dengan content web saya tu.
Kemudian untuk dapatkan keyword yang terbaik, nak buat comparison [b]competition[/b], [b]global searches[/b], [b]local searches[/b] etc tu mcm mana,
adakah saya perlu pilih keyword2 yang mempunyai competitors tertinggi ke, atau yang terrendah?
Untuk global / local searches pun, nak pilih yg tinggi ke atau yang rendah ye?





Terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TOYSЯUS' timestamp='1293730452' post='1058193']
Salam.

Saya nak bertanya pasal [url="https://adwords.google.com/o/Targeting/Explorer?__c=1000000000&__u=1000000000&ideaRequestType=KEYWORD_IDEAS#search.none"][b]Google Keywords Tool[/b][/url].

Saya masih kelabu asap tentang cara menggunakan application ni.
Saye tau ia digunakan utk cari [b]keywords[/b] yg sesuai dengan web yg kita nak bangunkan.
Tapi saya tak faham macam mana kita nak buat [b]comparison[/b] ke atas senarai cadangan [b]keywords[/b] yg kita search.

[/quote]

Wsalam. Soalan ini elok awak tujukan di section e-income sebab ada golongan yang pakar bab2 mcm ni di sana.
Tapi akan saya cuba sedaya upaya untuk jawab.

Pemahaman awak dah memang betul. Awak nampak sudah jelas. Tapi untuk lebih tepat ialah tool ini digunakan untuk mencari keyword yang terbaik untuk sesuatu market or bidang target. Bila kita dah kenal pasti keyword yang terbaik, then kita boleh membina website berdasarkan keyword tersebut.
Since awak dah guna tools nih, maka tujuan kita ialah untuk rank high di 1st page google dengan keyword tersebut.

- - - - - -
[quote]Contohnya saya nak develop website, untuk industri [b]pembuatan mee[/b].
Jadi saya perlukan keywords berkenaan [b]mee manufacturer[/b].
Target saya, [b]Malaysia[/b].

Maka saya pun search pada GK tu, [b]Noodle Manufacturer[/b].
Betul ke begitu? Or shall I search for Noodle Manufacturer Malaysia?[/quote]

Secara jujurnya saya tak pernah buat search untuk market Malaysia. Selalunya saya akan target market US.
Since awak hanya target Malaysia, jadi abaikan global result. Tengok hanya pada local result. (tukar advanced setting negara drps US kepada Malaysia)
Jadi tadi saya try sekejap. Untuk search bagi keyword "mee" yang paling banyak keluar ialah nama2 mee.
Bila saya search "mee manufacture" tiada data yang ditunjukkan. Mungkin ada tapi sangat sedikit.

Antara keyword lain yg saya try ialah "cara buat mee" dgn 720 search.
Perlu diingatkan angka2 ini tidaklah tepat. Sekadar anggaran sahaja.

Noodle manufacturer - 58
Noodle manufacture - 210 (lebih baik)

[quote]Then, lepas tekan search, GK pun suggests keyword2 lain yang mungkin berkenaan dgn industri tersebut.
Dengan senarai yg diberi tu, saya pun pilih keyword2 yg berkenaan dengan content web saya tu.
Kemudian untuk dapatkan keyword yang terbaik, nak buat comparison [b]competition[/b], [b]global searches[/b], [b]local searches[/b] etc tu mcm mana,
adakah saya perlu pilih keyword2 yang mempunyai competitors tertinggi ke, atau yang terrendah?
Untuk global / local searches pun, nak pilih yg tinggi ke atau yang rendah ye?[/quote]

Untuk kes dalam Malaysia macam yg saya cakap tadi, saya tak pernah buat.
Saya pun tak sure perlu atau tidak guna tools nih untuk market dalam Malaysia. Cuma menjawab soalan awak kita perlu pilih competitors yang rendah dan jumlah search yang tinggi.
Jumlah search bermaksud berapa banyak kalikah perkataan (keyword) itu di cari melalui google dalam sebulan dalam lingkungan Malaysia.
Jadi kita mesti nak ambil yang tinggi.

Apabila kita search, suggestion2 lain yang keluar (yang sesuai) merupakan LSI keyword.
LSI ni ialah keyword yang relevan dengan keyword utama kita. Kita perlu ambil kira juga ketika menyiapkan website kita.

Untuk local market, bagi saya penggunaan google keyword ni tidaklah penting sangat.
Sebab competition adalah sangat rendah untuk market2 tertentu.

Untuk lebih faham, cuba awak search "mee manufacture" (tanpa quote) di google.
Tiada satu pun di first page google menggunakan salah satu perkataan mee atau manufacture. Yang ada pun banyak yang tiada kaitan dengan mee.
Jadi kalau awak buat website tentang mee manufacture dan memasukkan nama mee manufacture pada domain, chance untuk mendapat 1st page dengan menggunakan keyword tu sangat tinggi.

Satu lagi perlu diingat, [b]pada pendapat saya[/b] pengguna Malaysia jarang menggunakan google untuk mencari benda2 seperti ni.
Mereka lebih cenderung menggunakan forum2 atau ikut trend sekarang sgt famous dengan facebook.
Jika awk nak buat website target pengguna Malaysia, pengiklanan di forum, portal2 dan facebook jangan diabaikan.

Itu saja dari saya. Harap awak lebih faham. If ada penerangan saya yang silap saya yakin akan ada orang yang akan betulkan. :D Edited by Aref

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terima kasih banyak2 kerana sudi ajar saya ilmu baru ni.

[b]Keyword terbaik[/b] adalah yang mempunyai [b]searches tinggi[/b] dan [b]competition rendah[/b] lah ya?
(tetapi perlu tengok kesesuaian keyword tersebut dengan industri website kita tu)
Jika betul, rasanya inilah jawapan yg saya cari2 selama ni.

Mee manufacturer tu sekadar contoh shj. hehe:)
Sebab saya cuba buat beberapa website yang berlainan industri..
Kadang-kadang ada dari industri engineering, industri makanan, industri fashion dsbg..
Most of them mempunyai target audience di Malaysia, kadang2 Singapore..
Jadi, untuk cari keywords yang bersesuaian dgn website agak sukar lah sebab saya pun baru lagi dalam bidang SEO.
Terima kasih juga utk info LSI, ini first time saya tahu.

Dan yup, selain SEO, saya juga cuba praktikkan fungi SMO utk web2 yg saya bangunkan.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalaamualaikum


Untuk market Malaysia rasa aku tak ada masalah excessive competition sangat kot. Personally aku sendiri tak pernah try AdWords di pasaran Malaysia.. tapi ko mungkin nak cuba try some 'long tail variations' macam 'mee manufacturer sedap' ke...

Kena tengok bentuk keyword yang ko nak aim. Selebihnya bro Aref dah explain :)

Aku dah lama tinggal AdWords sebab nak maintian QS is a hassle. Sekarang banyak habis masa lebih dengan SEO. So aku minta maaf tak dapat nak bantu lebih mendalam.

But kalau SEO.. just pitch any question.. aku dan Aref akan explain one by one step by step.. no problem :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...