Jump to content
K.A.

Filem Melayu Terbaik 2010?

Recommended Posts

2010 bakal berakhir dalam beberape hari lagi

agak2 korang cite/movie melayu ape yang menarik tahun 2010 nie??

adnan sempit?
aku masih dara? [s]jelita [/s]
lagenda budak setan?
atau
2 Alam??


list kan pilihan korang [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/125.gif[/img]


btw,

ade news pasal ngangkung

[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[b] [/b]
[quote]
[center][b][size="3"][u]Ngangkung pecah rekod[/u][/size][/b][/center]

[size="2"][size="2"]LIMA minggu tayangan di 59 pawagam tanah air, filem seram komedi Ngangkung terbitan MIG Prodctions Sdn Bhd bukan saja mencatat kutipan pecah panggung di luar jangkaan dengan RM8.15 juta, malah mencatat rekod baru kutipan tertinggi setakat ini.

Filem ke-42 MIG serta arahan pertama Ismail Bob Hasim ini mengatasi kutipan Adnan Sempit arahan Ahmad Idham yang ditayangkan Januari lalu dengan RM7.66 juta.

Kejayaan Ngangkung ini sangat mengejutkan penerbitnya, David Teo dan atas kejayaan 'berganda' filem ini membuatkan David berminat menghasilkan sekuelnya. Setakat ini, skripnya sudah disiapkan dan kemungkinan penggambaran dijangka pada Januari atau Februari nanti.

"Saya akan mengekalkan Bob Hasim sebagai pengarahnya. Apapun, saya sebenarnya tak menyangka Ngangkung berjaya mencetus fenomena sehebat ini, sekali gus mengatasi kutipan filem Adnan Sempit.

"Macam tak percaya Ngangkung mencipta sejarah kutipan filem tempatan paling tinggi setakat ini, kerana pada awalnya saya hanya mensasar jumlah sekitar RM4 juta. Jadi, siapa tidak gembira apabila mendapat dua kali ganda daripada sasaran.

"Saya berterima kasih kepada penonton yang menyokong filem ini. Malah, saya juga melihat kejayaan ini sebagai hasil kerja berpasukan. Bagi saya, ia tidak terletak kepada pelakon semata-mata, tetapi semua tenaga produksi yang terbabit.

"Dakwaan mengatakan kejayaan sesuatu filem bergantung kepada artis saja, tidak benar sama sekali. Dalam soal ini, artis, tenaga produksi dan publisiti saling ada hubung kait membantu kejayaan filem dihasilkan. Ia bukan atas faktor 'seorang'," katanya.

Menurut David, kejayaan Ngangkung juga menunjukkan MIG sentiasa ke arah mencetus genre baru di persada perfileman negara. Ujarnya, atas kejayaan itu pastinya ia akan menjadi ikutan sebagaimana filem Jangan Pandang Belakang.

Beliau berkata, kejayaan Jangan Pandang Belakang membuka ruang kepada penggiat seni tanah air giat menghasilkan filem seram. Diikuti, pula Adnan Sempit selepas itu yang mengetengahkan genre aksi komedi dan kini tentunya Ngangkung.

"Justeru MIG Productions sangat berbangga dapat menjadi 'pencetus' idea ini yang kemudian menjadi ikutan ramai. Oleh itu, saya harus sentiasa berusaha membawa pembaharuan supaya penonton terhibur dan dapat kepuasan yang mereka mahu.

"Selain Ngangkung, pada 16 Disember lalu MIG Productions muncul dengan satu lagi filem di pawagam iaitu Aku Masih Dara. Selama lima hari tayangan, saya berpuas hati dengan kutipan diraih iaitu RM1.1 juta. Saya yakin, jumlah ini akan bertambah.

"Bagaimanapun, untuk filem Aku Masih Dara saya meletakkan sasaran kutipan sekitar RM2 juta lebih. Namun, melihatkan kepada jumlah diperoleh setakat ini, sasaran ditetapkan takkan lari. Ia akan ada dalam genggaman tidak lama lagi," katanya.

Ngangkung yang dijayakan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira dan Farisya Fatin, tampil dengan mesej supaya supaya masyarakat tidak terjebak dengan aktiviti main nombor ekor hingga sanggup melakukan pemujaan. Manakala Aku Masih Dara pula tentunya mengingatkan remaja tidak liar dan menjaga kehormatan diri.

Selepas dua filem ini, sebagai menutup tirai kejayaan MIG Production sepanjang 2010, filem Damping Malam akan menemui penonton di pawagam pada 30 Disember ini. Selain mengarah, Ahmad Idham juga mengetengahkan semula bakat lakonan selepas 10 tahun menyepi.

Satu lagi filem komedi seram, Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan di pawagam sejak 9 Disember lalu, turut mencatat sambutan hebat. Filem arahan Mamat Khalid dan diterbitkan Tayangan Unggul Adn Bhd ini mencatat RM5 juta[/size]
[/size][/quote]
[size="2"]




[size="2"]agak2 nyer boleh ke filem mamat khalid "[b]Hantu Kak Limah Balik Rumah[/b]'' pecah kan rekod [b]Ngangkung[/b]? masih awal nak agak? haha.. :D[/size][/size][/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"] [/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"] [/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"][size="2"][size="2"]opssss., macam tak besssh jer takde vids kan[/size][/size][/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"][size="2"]
[/size][/font][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"] [/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"][size="2"][media]http://www.youtube.com/watch?v=NiyO1lPjPPI[/media] [/size][size="7"][color="#FF0000"]VS[/color][/size][size="2"] [media]http://www.youtube.com/watch?v=tK3nW4UVSKk[/media]
[/size][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Setakat ini, skripnya sudah disiapkan dan kemungkinan penggambaran dijangka pada Januari atau Februari nanti.[/quote]

Cepat je buat nak duit, cepat2 nanti tak da kualiti da.

Share this post


Link to post
Share on other sites
list aku

1. Adnan sempit
2. hantu mak limah
3.ngangkung


lagenda budak setan aku tak tgk... :D :P
so tak leh komeng [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/ph34r.gif[/img]



dan aku rase filem paling tinggi kutipan untuk 2010 mesti NGANGKUNG

pasal next month start sekolah, so mak bapak mahupun kakak abang sibuk nak siap2 barang ke sekolah/universiti/PLKN

aku rase la... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
Top 20 filem cereka tempatan tahun 2010 seperti dalam laman web [url="http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=top20"]FINAS[/url].

Mendahului carta ialah Nyangkung dengan kutipan RM8.12 juta. Tahniah nyangkung... lepas nie boleh ler menyangkung lama2... hehehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...