troikasix 0 Report post Posted December 15, 2010 Pustaka Qt http://qt.nokia.com Kengkawan, Pustaka Qt ni tersangatlah bagus. Apakata, daripada asyik dok cin << cout << untuk program C++ duk kat command line, guna pustaka Qt. Macam macam ada. Terutama utk buat assignment ka, tutorial programming, guna Qt lagi senang. Siap boleh kluar result pakai GUI. Click click terus siap program untuk assignment. Rasanya, lecturer bole terima ka? Quote Share this post Link to post Share on other sites
omgwtfbbq 0 Report post Posted December 16, 2010 lecturer terima @ tak, tu lain hal. tapi kalo nak guna, biarlah sesuai dengan keadaan dan keperluan. Bagi kelas asas pengaturcaraan cukup lah setakat cli, kerana tujuannya untuk memperkenalkan pelajar dengan bahasa itu. Benda2 extra mcm gui programming, thread programming, blabla.., itu sendiri2 je lah mengikut minat. Quote Share this post Link to post Share on other sites
troikasix 0 Report post Posted December 22, 2010 Sekurang kurangnya biarlah ada pendedahan awal. Saya jalankan interview selalu menyedihkan bila tanya ini tak tahu, tanya itu tak tahu. Asyik2 jawapan "saya tahu basic" je. Sehinggakan, para graduan sangka C++ cuma untuk command line saje. Asas yang diajar kat UNI tu pun dah lama tak digunapakai dalam industri. Quote Share this post Link to post Share on other sites
omgwtfbbq 0 Report post Posted December 23, 2010 pasal pendedahan awal itu, saya setuju, cuma bagi pelajar yang baru pertama kali terdedah kepada C++ awal2 lagi didedahkan pula dengan konsep2 yg berkaitan dalam gui programming mungkin terasa seperti dihentam ombak . Pelajar perlu terlebih dahulu didedahkan dengan asas bahasa C++, konsep OOP, memory management dan apa2 yang berkaitan agar mereka faham apa yang sedang berlaku apabila mereka menggunakan pustaka ini. penyelaras kursus(?) mungkin boleh menyelitkan topik gui programming menggunakan pustaka2 tertentu diakhir silibus pembelajaran @ buat satu kursus lain yang mendedahkan pelajar dengan topik2 advance seperti gui programming, threading, networking, etc2 Quote Share this post Link to post Share on other sites
lolz 0 Report post Posted January 1, 2011 Saya guna Qt kat tempat kerja Cun.. Console programming membosankan sebab tu ramai student tak sanggup nak study betul2 sebab tak nampak hasilnya(macam mana nak dapat hasil; loop, data structure, class, etc tak berapa faham lagi). Dengan adanya GUI, boleh memupuk minat student untuk discover programming dgn lebih jauh. Nak cuba 3D programming pun boleh Saya sokong troikasix, mungkin pendedahan awal tentang GUI boleh dicuba di IPT. Quote Share this post Link to post Share on other sites
msr_2.0 0 Report post Posted January 25, 2011 [quote name='troikasix' timestamp='1292996916' post='1057260'] Sekurang kurangnya biarlah ada pendedahan awal. Saya jalankan interview selalu menyedihkan bila tanya ini tak tahu, tanya itu tak tahu. Asyik2 jawapan "saya tahu basic" je. Sehinggakan, para graduan sangka C++ cuma untuk command line saje. Asas yang diajar kat UNI tu pun dah lama tak digunapakai dalam industri. [/quote] maaf, saya rasa "plain vanilla C++" tidaklah "tidak dipakai dalam industri" lagi. mungkin industri sudah menuntut set kemahiran yang lebih maju... tapi apalah maju tanpa yang asas. bagaimana mungkin seorang pengaturcara boleh menggunakan Qt tanpa C++ asas. Untuk menuntut pelajar mendalami pengaturcaraan GUI, saya setuju. Tapi mengatakan C++ asas tidak relevan lagi, bagi saya satu falasi. Seharusnya GUI programming diajar sebagai subjek lanjutan seperti kata omgwtfbbq. Lagi pun, bagi pelajar kejuruteraan, kebarangkaliannya tipis untuk mereka dituntut membuat aplikasi GUI. some food for thought : ramai juga yang berpendapat Assembly sebagai subjek yang sudah lepas tarikh luput, walhal selagi CPU itu wujud, selagi itu kita perlukan assembly, terutamanya untuk mendebug. Quote Share this post Link to post Share on other sites
CFoo++ 4 Report post Posted October 10, 2012 Masalah utama ialah lacturer x reti GUI, x penah buat program selain projek final year masa belajar dulu-dulu. Belajar tiori, kedian jadi pensyarah dan mengajar. Paham-paham je la... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted November 1, 2012 [quote name='CFoo++' timestamp='1349852731' post='1085301'] Masalah utama ialah lacturer x reti GUI, x penah buat program selain projek final year masa belajar dulu-dulu. Belajar tiori, kedian jadi pensyarah dan mengajar. Paham-paham je la... [/quote] Pendek kata takde praktikal skill lah kan... sebab semua teori jer... aku rasa lecturer kena at least kerja dan ada experience kurang-kurang 2 tahun baru tahu real life challenge... Quote Share this post Link to post Share on other sites