Jump to content
BasicCX

Harga Petrol 95, 97, Gula Dan Lpg Di Jangka Naik Tengah Malam Ini

Recommended Posts

[SIZE="4"][B]Harga petrol dan LPG di jangka naik
[/B]
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi – dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97.

Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin.

Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini… kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

- The Malaysian Insider-
[/SIZE]

--------

[size="4"][b]
Harga petrol RON95, diesel, gas dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.[/b]

Petrol RON95 petrol, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan nyang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

-- Malaysiakini[/size] Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
semuaaaa baraNG nak naik.... minyak petrol naik..hadoihla....penin2[img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/unsure.gif[/img][img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/wacko.gif[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Harga berkuatkuasa malam ini:

- Petrol RON95 dari RM1.85 => RM1.90
- Petrol RON97 dari RM2.30 => RM2.35
- Diesel dari RM1.75 => RM1.80
- LPG Gas dari RM1.85 => RM1.95

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1291364549' post='1055391']
Sabo2..kita tengok berita dulu malam ni...
[/quote]


selalu ke minyak naik masuk berita? ke, dah naik dulu baru masuk berita? :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha... kalau kuar berita mlm nih pasal minyak nak naik mmg satu mimpi...

selalu pon bila dah naik baru kuar berita... tuh cerita sampingan jer...

ceh... harga rumah naik kat penang sebuk bising... nih dia org nak naikkan rege air, minyak, ngan gas boleh pulak...

pooorah!!! tah pape tah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' timestamp='1291366360' post='1055396']
hahaha... kalau kuar berita mlm nih pasal minyak nak naik mmg satu mimpi...

selalu pon bila dah naik baru kuar berita... tuh cerita sampingan jer...

ceh... harga rumah naik kat penang sebuk bising... nih dia org nak naikkan rege air, minyak, ngan gas boleh pulak...

pooorah!!! tah pape tah...
[/quote]

Harga petrol RON95, diesel, gas dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95 petrol, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan nyang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

-- Malaysiakini

Share this post


Link to post
Share on other sites
patut lah dlm minggu nih dia org asik kuarkan berita pasal nelayan seludup diesel jer...

rupa2nya ada raksasa di sebalik daun... oleh kerana marahkan nelayan2 yg seludup diesel abis semuanya dia balunnya...

nih namanya marahkan nyamuk kelambu dibakarnya... aku ingat diesel subsidi jer yg terima kesan....

rupanya semua sekali dari minyak 97 yg baru naik sampai kan ke gula... hahahaa...

pas nih rege ikan mmg naik... pasal tampung kos nak pi tangkap ikan...

pstuh dah sampai darat pun naik lagi bersama2 dgn brg lain...

pasal angkut guna lori yg guna minyak dan bukannya sampan atau belon udara...

pasnih pon rege makanan kat kedai makan pon naik jugak pasal dia org masak guna gas dan bukannya dapor kayu...

lagi pon bahan mentah yg dia org terima dah pon naik... rege minuman pon musti naik punya...

inilah pencapaian dia org... haih~~~ :140:

nih alang2 nak berdemo ahad nati pasal air leh pakaj sekali bantah rege minyak naik.. hahahaa

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1291371557' post='1055417']
bukan ke kerajaan ade janji tiada kenaikan minyak lagi dalam tahun ni??
[/quote]
kita kena troll dengan pemerintahan najib. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1291371557' post='1055417']
bukan ke kerajaan ade janji tiada kenaikan minyak lagi dalam tahun ni??
[/quote]

kononnya

http://www.cutimalaysia.my/harga-minyak-ron-95-tak-naik-tahun-ini/t156

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dah ada confirmation ke ? Ni mesti saja umum lewat2 ni kasi orang tak sempat isi minyak. damn...... Gula ni pun katanya lepas sorang tu ambil alih , duk naik je harga gula .. Patut malaysia pakai jela ron91/92 macam negara lain.hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
"harga bahan mentah itu jauh lebih murah jika di bandingkan dengan negara jiran" :155: :155:

Share this post


Link to post
Share on other sites
semua alasan yg dibagi menyakitkan telinga jer mendengarnya...

jauh lebih murah dari negara jiran laa...

masih mampu laa...

tak membebankan laaa...

terkawal laaa...

:121: :121: :121: :121:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1291373976' post='1055426']
Dah ada confirmation ke ? Ni mesti saja umum lewat2 ni kasi orang tak sempat isi minyak. damn...... Gula ni pun katanya lepas sorang tu ambil alih , duk naik je harga gula .. Patut malaysia pakai jela ron91/92 macam negara lain.hehe
[/quote]
Sapa yang rajin boleh la perg isi petrol full tank malam ni. Tenat dah Malaysia ni. :155:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ne7za' timestamp='1291377695' post='1055432']
"harga bahan mentah itu jauh lebih murah jika di bandingkan dengan negara jiran" :155: :155:
[/quote]

Aku paling bekenan dengan statement ni..harga kita masih rendah berbanding indon,thailand dan singapura... asal Brunei diorang tak prnh sebut ye?

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebab brunei kebanyakkannya adalah lebih baik dari m'sia...

pendidikan kat sana free... hasil minyak dia org dapat kat rakyat...

sbb tuh apa sekali pon gov m'sia takkan masukkan brunei dlm perbandingan dgn m'sia... Edited by Gunso

Share this post


Link to post
Share on other sites
gula naik sampai rm2.10. :20: dahsyat ah lepas ni harge makanan naik. air dah tak ade bawah rm2 lagi. tinggal dalam kenangan jelah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='nie feng' timestamp='1291384489' post='1055445']
gula naik sampai rm2.10. :20: dahsyat ah lepas ni harge makanan naik. air dah tak ade bawah rm2 lagi. tinggal dalam kenangan jelah.
[/quote]

Baru balik beli gula 4 kampit.. .haha

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha... jgn sampai kene tangkap sorok stok gula banyak sgt... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...