Jump to content
wanza

Football Manager 2011

Recommended Posts

Ok la tu pembelian hang tu Capoi...dapat Evans yang tak tahan tu...hehehehe...

Aku baru habis musim ke-3. Kedudukan EPL di tangga ke-4; Arsenal (91), Liverpool (88), Chelsea (86) dan Totenham (85). Masalah pemain penat kerana banyak perlawanan dan cedera jangka masa panjang menghantui prestasi dengan seri 10 kali. Sekalipun ketandusan penyerang berkualiti seperti Robbie Keane kerana faktor usia dan Cristian Benitez kerana masalah konsistensi prestasi, Romelu Lukaku dan Jermain Defoe berupaya masalah tersebut dengan menjaringkan 25 dan 23 gol setiap seorang. Kualiti Gomes juga masih hebat walau sudah 32 tahun dengan bolos 36 kali daripada 54 perlawanan dan berjaya menyelamatkan gawang 26 kali. Selain itu, persembahan mantap Arsenal dan Liverpool sehingga bulan Mac juga menyukarkan saingan daripada Chelsea, Man Utd, Totenham dan Man City untuk memberi tentangan yang hebat.

Kehampaan di EPL diubati dengan memenangi 4 piala sekaligus:

European Champions Cup - menang 1-0 dengan Arsenal. Aksi mantap dari peringkat liga hingga akhir. Kalahkan secara agregat Barcelona 6-3, Man Utd 4-3 dan Real Madrid 5-1. Luar jangkaan. :3:
European Super Cup - menang 3-1 dengan Palermo.
English League Cup - menang 3-0 dengan Reading.
FA Cup - menang 3-0 dengan Aston Villa.

Naib juara Club World Championship. Kalah 1-0 dengan Palmeiras di masa tambahan. Prestasi yo-yo akibat penat.

Prestasi pemain secara individu:
Romelu Lukaku - pemain terbaik Liga Juara-juara, pemenang kasut emas Liga Juara-juara (10 gol)
Eden Hazard - pemain muda terbaik EPL


Musim ke-4

Pembelian baharu:
Demba Ba - Percuma. Penyerang sokongan sahaja.
Keko - Percuma. Pelapis sayap kanan.
Salvatore Marini - 3.1M. Pelapis Bruno Alves
Sergio Busquets - Percuma. Pilihan terbaik dari Barcelona. Terus beli tanpa teragak-agak.
Zoran Tosic - 25M. Mencuba taktik baharu dengan pemain sayap pula.

Keluar:
Pavlyuchenko - tamat kontrak
Keane - tamat kontrak
O'hara - tamat kontrak
Sandro - tamat kontrak
Khumalo - tamat kontrak
Crouch - tamat kontrak sebab tiada peranan dalam pasukan
William Galas - naik pangkat jadi jurulatih untuk pasukan simpanan
Ledley King - bersara

Share this post


Link to post
Share on other sites
Update sikit setelah di hujunga Januari musim 2011-2012.

Kedudukan terkini dalam liga rujuk gambar di bawah. Aku sikit tak selesa dengan situasi macam ni. Aku mula leading liga pada game ke-9 hinggalah sekarang. Pada aku, cara macamni lagi pressure. Sebelum ni aku main aku follow di 2nd dan 3rd (masa main Liverpool) dan bersaing untuk memintas di hujung musim. Sekarang aku pun risau dengan baki liga. Keeper utama Kameni ada duty dengan skuad kebangsaan untuk Piala Afrika.
[img]http://img338.imageshack.us/img338/1967/fm2010122521171348.jpg[/img]

Pembelian aku untuk striker memberi impak yang bagus. Kemasukan Diego Tardelli memang menyumbang kepada peningkatan jaringan. Sekarang ni, Diego Tardelli menjadi pemain yang dihargai oleh pemain lain. Agbonlahor cemerlang dan menjadikan Tardelli sebagai favoured personel. Agbonlahor dan Tardelli masing2 berlumba menjaringkan gol. Masing2 telah menjaringkan 17 gol untuk kesemua kejohanan. Tardelli setakat ni pemain paling kerap dapat MOM dalam liga. Kemasukan Carlos Kameni sebagai penjaga gol utama juga membantu. Dari segi handling, dia tak hebat tapi kalau dari segi reflex dan punching memang tip top. Akhir sekali, Johnnya Evans mantap di bahagian pertahan bergandingan dengan Richard Dunne. Evans juga ada menjaringkan gol2 penting untuk pasukan teruatamanya hasil set piece.
[img]http://img708.imageshack.us/img708/1780/fm2010122521175546.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hebat hang capoi....huhuhu...sama seperti jangkaan aku sebelum ini.

Pendapat aku walaupun Kameni main di luar, Amelia dah main peranan yang mantap. Cuba cari seorang GK pelapis muda bawah 21 tahun yang berpotensi. Mana tahu Amelia cedera tengah perlawanan, tak pasal-pasal nanti Evans jadi GK bidan terjun...hehehe...

Bahagian ST dengan DF aku rasa dah mantap dah. Cuma midfield agak kurang menyerlah. Selalu dalam game aku Ashley Young jaring lebih 10 gol. Guna formasi apa?

Tips nak redakan tekanan sebagai pendahulu liga, rendah diri sewaktu beri respons untuk sidang media.

Kalau pengurus lawan puji pasukan kau sebelum lawan, kritik pasukan dia habis-habisan. Bimbang pemain over-confident sebelum perlawanan. Kemudian, beri tekanan psikologi dengan pengurus pasukan besar seperti Make or Break sebelum lawan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tamat akhirnya musim ke-2. Aku rasa team aku macam over-achieving plak.

Pencapaian musim ke-2:-
- Juara liga (Menang setelah tamat perlawanan ke 36. Mujur juara awal sebab lepastu kena lawan Mu dan City last 2 game, seri dgn Mu dan kalah dengan City)
- Juara piala liga (Menang 2-0 dengan Arsenal)
- Juara Piala FA (Menang tipis dengan Sunderland 1-0)
- Pusingan pertama kalah mati Europa (Kalah away gol)

Berikut graf bagi kedudukan liga dari mula dan tamat musim.
[img]http://img140.imageshack.us/img140/4698/fm2010122620594575.jpg[/img]

Ini kedudukan gol untuk player aku saja. Tardelli nombor ke-3 di belakang Rooney dan Tevez dalam liga. Christian Benitez dalam diam2 juga menghambat di belakang Agbonlahor. Benitez aku letak subtitute ataupun replace striker utama yang injured aja.
[img]http://img146.imageshack.us/img146/2028/fm2010122620584446.jpg[/img]

Musim ke-2 ni aku lebih cenderung guna formasi 442. Sebab tulah Ashley Young kurang score gol. Season 1 dulu kebanyakan aku main 4312 yang membolehkan Ashley Young buat gol banyak jugak. Musim ke-2 ni, aku hanya guna formasi 4312 kalau Winger aku tak cukup fit untuk game. Lawan team yang lemah antaranya aku rehatkan winger aku. Aku pilih 442 sebagai formasi utama sebab aku rasa lebih seimbang untuk semua posisi. Kalau 4312, pasukan aku lebih terdedah dengan serangan pasukan lawan yang main guna Winger walaupun possession bola masih bagus. Memang pasukan aku ni perlukan seorang lg pemain tengah yang lebih star dari yang ada. Reo Coker akan dijual. Sekarang tengah consider Sidwell atau Petrov untuk dijual. Nak jual Petrov macam upset sangat sebab dia captain tapi dah berumur sikit. Mungkin jual Sidwell dan cuba dapat Obi Mikel dari Chelsea yang unhappy (masih bergantung kemampuan bayar gaji). Aku sekarang main selamat carik player yang unhappy bleh bid harga asal.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ahaksz28' timestamp='1295531354' post='1060000']
lol.. game ni kalo tekan kan dekat grafik dia memang tak perlu main.. boleh main FIFA or PES..
[/quote]
selamat duit aku x beli game nie hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
senyap dah sini..btw file everton yg aku men da ilang sbb format..sob3..

now aku men arsenal.. da 2nd season.. tgh pening pilih striker sbb byk gilerw.~!

ST
van persie
chamakh
tevez
yaya sanogo
iker muniain
vela
coming soon : luiz suarez

MID
cesc
nasri
gibbs
song
khedira
walcot
vidal
sanchez(ST pon boley)
wilshere
ramsey

pening2..~ tu ar duit byk sgt..agagaga~!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='saifulamir' timestamp='1296999070' post='1061241']
[b]ok..aku nk tnya...spa ada [biskut tawar] dia...
aku xda [biskut tawar]..
tolong nah..
skali dgn patch..[/b]
[/quote]

takda.. kami semua takda apa yang ko nak.. cari tempat len..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dah lama jugak tinggalkan FM2011 nih. Bukan apa, tak larat nak bersengkang mata. Consume a lots of time. Nanti bila2 teringin nak main semuala, ingat nak main team lain plak macam Sunderland, Fulham dan lelain. Itupun kalau betol2 rajin saja. Sebab sekarang nih yang realiti lebih menarik untuk ditonton. Liverpool macam dah menemui apa yang hilang walaupun Torres berpaling ke Chelsea. Chelsea plak bolehkah mencabar kejuaraan dengan terdesak untuk reinforce skuad kuda tuanya?

Agak menarik untuk tahun depan, di mana undang2 fair play untuk pembelian pemain ni. Aku tak pasti sangat penguatkuasaan rule baru ni. Adakah ia wajib dipatuhi? Aku sikit sangsi macam mana Chelsea nak survive dengan rule ni. Tahun depan mungkin okay lagi tapi macvam mana 2 thn akan datang. Player depa rata2 dah lebih 30 tahun. Team yang mungkin selesa dengan rule ni mungkin Arsenal. Cukup susah untuk kita tengok Arsenal berbelanja besar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='msbmna' timestamp='1290695453' post='1054442']
[b]ISU KAD MERAH, PENALTI, PENGGANTUNGAN DAN RAYUAN[/b]

Pemain kita dikenakan kad merah dan digantung perlawanan. Jadi, kita perlu respons kepada lembaga pengarah tindakan yang akan diambil. Media pun sibuk menemuramah kita nanti.


[b]Nak buat apa?[/b]

1. Mula-mula baca report perlawanan macam esei. Tengok kesalahan yang dicatatkan sama ada; kesalahan profesional, kesalahan bentes secara berbahaya, kesalahan tidak sengaja, memprovok pengadil, ketidakpuasan hati kepada pengadil, kesilapan pengadil sendiri atau pengadil jenis Australia semasa Malaysia lawan China tempoh hari :140: .

2. Setelah kenal pasti laporan, pemain terbukti salah dan jangan buat rayuan. Jika pengadil masalah, mohon rayuan dan backup habis-habisan dalam sidang media. Kalau perasan, sebelum perlawanan ada paparan statistik pengadil. Kita boleh tengok prestasi setiap pengadil sama ada hebat macam Coralina atau pengadil sekolah rendah jemputan yang suka berat sebelah atas alasan tertentu (teremosi pula teringat kenangan sekolah dulu [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/tongue.gif[/img] ).

Contohnya: Mike Dean dah keluarkan 107 kad kuning dan 5 kad merah untuk 16 perlawanan. Purata 7 kad dikeluarkan dalam setiap perlawanan. Juga, penalti cenderung kepada pasukan rumah sebanyak 3x.

Jaga-jaga kalau kita pasukan pelawat, pastikan pasukan kita buat bentesan 'sedang-sedang' sahaja. Tak pasal-pasal lawan dapat penalti nanti.


[b]Semasa sidang media?[/b]

Tindakan pengadil:
1. Kalau pasukan seri, cakap keputusan pengadil tidak adil tetapi konon-kononnya kita boleh terima. Mesti manis mulut ma...
2. Kalau pasukan kalah, cakap pengadil punca kekalahan.
3. Kalau pasukan menang tipis, cakap pengadil buat keputusan 'bijak'.
4. kalau pasukan menang besar, cakap pengadil tersalah pandang.

Pemain yang bersalah:
1. Pemain star dalam pasukan - akan kembali selepas penggantungan.
2. Pemain biasa - direhatkan dalam beberapa perlawanan

Jangan kerap sangat salahkan pengadil dan FA England, nanti pengadil akan memberi 'tumpuan' yang lebih untuk pasukan kita setiap perlawanan sebagi tanda kasih sayang. Hahaha... [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/tongue.gif[/img]

Kalau hang banyak cakap juga, dengan bangganya hang akan pelik sebab tak boleh ubah taktik pasukan waktu separuh masa. Hang hanya dapat tengok dari kerusi penonton sahaja...hahaha... :153:


[b]Tindakan susulan?[/b]

Jurulatih mesti hukum pemain yang salah supaya berdisiplin. Kalau tidak, boleh mencetuskan huru-hara dalam pasukan. Tak percaya, cuba buat banyak kali.

1. Pemain menerima 2 keping kad kuning dan sekeping kad merah (kes pertama dan kedua) = beri amaran sahaja
2. Pemain menerima 2 keping kad kuning dan sekeping kad merah (kes ketiga dan seterusnya) = potong gaji 1 minggu untuk setiap kes
3. Pemain menerima terus kad merah kali pertama = potong gaji 1 minggu
4. Pemain menerima terus kad merah kali kedua dan seterusnya = potong gaji 2 minggu untuk setiap kes

Kesimpulannya, Fair Play la bro...hoho...



Ok la RM10 = setem naik harga, sekeping DVD berkualiti tinggi, Plastik DVD, saiz sampul surat macam Urusan Seri Paduka Baginda, minyak moto, bil elektrik...

Aku harap tak boleh main la...sebab nanti aku boleh dapat duit...hahaha...gurau je bro [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/ph34r.gif[/img]
[/quote]



yang tang x bleh nak ubah taktik masa separuh masa 2?? betoi ka?? aku mcm penah jadi ja... masa 2 aku bingong la jugak.. x tau puncanya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...