Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Project Menara Warisan

Recommended Posts

Project nie diteruskan ke tidak??

ape perkembangan terbaru berkenaan project mega nie?

[img]http://2.bp.blogspot.com/_EVvj_GD0AkI/TMM1pYt6MnI/AAAAAAAABAw/Plp2-DTM_wE/s640/thetimes3.png[/img]


aku google tadi, dapat gambar nie

macm nie ke pelan dia??

=======================================================================================

fakta2 menarik tentang projek MENARA WARISAN

1. Kos keseluruhan dijangka RM5billion - wow, Burj Khalifa dubai tu kos USD1.5billion jer ??

2. project bersebelahan dengan Stadium
[img]http://kulanzsalleh.com/wp-content/uploads/2010/10/tapak-menara-warisan-merdeka.jpg[/img]

3. akan menjadi bangunan tertinggi malaysia, mengatasi KLCC tower
[img]http://kulanzsalleh.com/wp-content/uploads/2010/10/menara-warisan-merdeka.jpg[/img]


4. projek dijangka siap pada 2015 - cepat gak

5. dikatakan kerajaan tak terlibat dan ini merupakan projek PNB

Share this post


Link to post
Share on other sites
Allahu a'lam...baca blog tadi, KERAJAAN TETAP AKAN TERUSKAN kerana modalnya dari PNB

tapi, kenapa masuk bajet kerajaan? kalau begitu kenapa banyak projek private yang dibuat tanpa masuk bajet kerajaan? projek syarikat korporat?

Share this post


Link to post
Share on other sites
bantahan membina Menara Warisan di FB [url="http://www.facebook.com/NoMegaTower#%21/NoMegaTower"]http://www.facebook....%21/NoMegaTower[/url]

[img]http://media1.malaysiakini.com/291/1fcffd3f60fbb28b9715c6bde6cff7dc.jpg[/img]

source
[url="http://www.malaysiakini.com/news/146157"]http://www.malaysiak...com/news/146157[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dalam hal ni dia gatal nak umum kat pembentangan bajet, kena pulak ada pihak yang suka ajak rakyat@ada penyokong banyak, bantah tanpa usul periksa(atau saja buat tak tau). Jangan sampai jadi kat forum2 lain dah la, da berapa kali aku tengok orang duk tanya benda sama, "kenapa dalam bajet dia bentang?","kenapa dalam bajet dia bentang?","kenapa dalam bajet dia bentang?".. Kalau tak silap aku dalam bajet pun dia ada bagitau "PNB akan membangunkan....". rujuk sini, cari keyword "warisan" < http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub11.pdf >

Setahu aku tiada pun undang-undang kata projek swasta tak boleh umum dalam pembentangan bajet , cuma boleh kata melanggar unwritten rule @ adat pembentangan (?tak tau la kot2 PM dulu2 pernah bentang projek swasta) . Tapi nak kata swasta sepenuhnya pun tak jugak pasal PNB ni GLIC (government linked investment company)

Nak suruh PNB bina jalan raya atau sekolah susahlah, pasal PNB ni investment company, mesti nak untung (jangka masa panjang/pendek).. marah pulak orang ramai kalau kena bayar tol ngan yuran sekolah pasal PNB nak investment balik + untung secepat mungkin.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebab Government pun ada share dalam PNB kot... lagipun projek nie nilai dia tinggi. So, sebab tu kena bentang dalam Bajet 2011.

But kena fikir dari segi positif gak la... jangan nak asyik bangkang saja benda2 yang dirasa tak memberi apa2 untung dalam jangka masa pendek. Dulu2 pun ramai gak yang bangkang sana bangkang sini... last2 banyak projek yang memberi impak dan reputasi yang baik kepada negara. Tak dinafikan ada projek yang tak menjadi..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='10 November 2010 - 05:15 PM' timestamp='1289380535' post='1052942']
fakta2 menarik tentang projek MENARA WARISAN

1. Kos keseluruhan dijangka RM5billion - wow, Burj Khalifa dubai tu kos USD1.5billion jer ??
[/quote]
USD1.5b jika ditukar ke ringgit lebih kurang RM4.5b...dan dengan kos barang2 pembinaan sudah naik berbanding semasa burj khalifa dibina, jadi ia relevan...

tapi aku tak sokong pembinaan menara ni...PNB ialah GLC, jadi kerajaan ada suara didalam PNB...dan RM5b elok dibuat sesuatu yang lebih baik...
memang bina menara ni pun akan memberi impak yang baik tapi ada benda lain yang lebih penting untuk tu yang boleh disumbangkan oleh PNB dalam menggerakkan negara...
contohnya, PNB boleh melabur untuk menambahbaikkan MSC...sejak Mahathir keluar, MSC distinggalkan terus...
dan banyak lagi benda2 lain tapi rasa malas pulak nak menaip ini hari :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
kos menara rm3.5 billion, yang rm1.5 Billion tu untuk kondominium dan bangunan2 lain tepi2 menara tu. Lagi pun cadangan ni dah agak lama bukan baru cadang tahun ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Skarang memang la cakap RM5 billion..tgk la nanti..kos dia akan naik 100% atau 200%..jadi RM10bil or lebih..tgk la contoh2 kes seperti PKFZ, Istana negara..semua tu nanti akan terbeban balik kepada negara dan rakyat yang membayar cukai..and for sure..harga2 ofis or rumah area tu akan naik melambung tinggi..dan bape kerat orang melayu or bumiputera yang mampu tinggal or menyewa di situ melainkan orang2 cina yang kaya..pastu, tak puas ati orang cina meminggirkan melayu..amik hak melayu..

dengan peruntuk tu RM5billion, baik PNB melabur dalam sektor kesihatan ke..pendidikan ke..pengangkutan awam ke..yang lebih banyak rakyat bawahan terutamanya orang melayu dapat manfaatnya..buat apa bangunan 100 tingkat tapi rakyat masih tercicir daripada menerima pendidikan..rakyat tidak sihat..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='13 November 2010 - 01:42 PM' timestamp='1289626958' post='1053266']
dengan peruntuk tu RM5billion, baik PNB melabur dalam sektor kesihatan ke..pendidikan ke..pengangkutan awam ke..yang lebih banyak rakyat bawahan terutamanya orang melayu dapat manfaatnya..buat apa bangunan 100 tingkat tapi rakyat masih tercicir daripada menerima pendidikan..rakyat tidak sihat..
[/quote]

Ko ni paham ke tak maksud pelaburan, kalau PNB buat semua tu, pastu charge tinggi kepada sesiapa yang guna , untuk dapat pulangan, karang tak dapat terima pulak rakyat malaysia. Lain la kalau pakai duit kerajaan 100% untuk buat menara tu, aku pun tak setuju. Lagi satu, benda2 yang ko nak suruh improve tu semua dah dapat allocation dalam budget 2011 tu.

Kalau kos naik, masih lagi PNB yang kena tanggung kecuali la sampai berbilion2 terlebih kos (bila PNB sendiri tak ada duit) Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]
..and for sure..harga2 ofis or rumah area tu akan naik melambung tinggi..dan bape kerat orang melayu or bumiputera yang mampu tinggal or menyewa di situ melainkan orang2 cina yang kaya..pastu, tak puas ati orang cina meminggirkan melayu..amik hak melayu..
[/quote]
how about this?xnak komen?xkan komen pasal cadangan pelaburan tu je..soal charge tinggi tu..tengok la komuter kite..tgk la monorail kte..charge tetap mahal..tapi service xdela bagus sangat..tapi rakyat tetap naik gak..untungnye berjuta2 jugak..tengok PLUS..tol tetap mahal..orang masuk highway gak..untung pun juta2 jugak..


[quote name='hampeh' date='13 November 2010 - 04:29 PM' timestamp='1289636952' post='1053272']
Kalau kos naik, masih lagi PNB yang kena tanggung kecuali la [b]sampai berbilion2 [color="#FF0000"]terlebih kos[/color] (bila PNB sendiri tak ada duit)[/b]
[/quote]
tu la yang dikhuatirkan..tengok perwaja, tengok MAS, tengok PKFZ..tengok empangan bakun..last2 kerajaan yang kena ambik alih..suntik dana..last2 rakyat gak kena 'bayar' tu semua..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='13 November 2010 - 05:35 PM' timestamp='1289640935' post='1053275']
how about this?xnak komen?xkan komen pasal cadangan pelaburan tu je..soal charge tinggi tu..tengok la komuter kite..tgk la monorail kte..charge tetap mahal..tapi service xdela bagus sangat..tapi rakyat tetap naik gak..untungnye berjuta2 jugak..tengok PLUS..tol tetap mahal..orang masuk highway gak..untung pun juta2 jugak..
[/quote]
Amik hak melayu? Bila pulak dia amik, dah orang melayu jual tanah, dorang la beli pastu bangunkan, kalau dah sendiri jual kat orang lain nak salah siapa lagi. Apa kata orang melayu cuba bangunkan/majukan diri sendiri untuk beli rumah2 tu.

Ada je orang melayu yang kaya. Tapi orang melayu yang kaya ni yang nampak berapa kerat je yang nak besarkan empayar perniagaan sendiri.

cakap pasal pertahan hak melayu ni, macam mana nak pertahan asal bila nak pertahan ada orang melayu sendiri(ikut parti agaknya? :83: ) yang tak sokong, pastu menyokong pulak hak melayu dihapuskan atau pun disamaratakan. Bila kerajaan nak kasi peluang kepada kaum lain dengan memotong sikit peratusan hak bumiputera/melayu, orang melayu yang sebelum ni la duk bising pasal hapuskan hak melayu/samaratakan hak join bising sekali. takda pendirian langsung, patut dipanggil bangang, buat macam tu pasal bukan parti dorang yang berkuasa. Pihak kerajaan yang tengah memegang kuasa last2 tersepit, buat ni salah , buat tu salah. Disebabkan mangkuk2 yang mengaku melayu ni takda pendirian dalam mempertahankan hak bumiputera/melayu sendiri.

Sebelum ni aku nak komen gak tapi fikir off topic, memandangkan ko sendiri tanya, boleh la kot aku menge-off topik-kan diri.


[quote]
tu la yang dikhuatirkan..tengok perwaja, tengok MAS, tengok PKFZ..tengok empangan bakun..last2 kerajaan yang kena ambik alih..suntik dana..last2 rakyat gak kena 'bayar' tu semua..
[/quote]
Kalau duk takut sangat, takda la KLCC, KLIA, Jambatan pulau pinang, SMART tunnel. Duduk dalam gua bertapa, cukup hari mati. Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='13 November 2010 - 06:31 PM' timestamp='1289644278' post='1053278']
Amik hak melayu? Bila pulak dia amik, dah orang melayu jual tanah, dorang la beli pastu bangunkan, kalau dah sendiri jual kat orang lain nak salah siapa lagi. Apa kata orang melayu cuba bangunkan/majukan diri sendiri untuk beli rumah2 tu.
[/quote]
ni la yang terjadi kat melayu pulau pinang..tapi nak salahkan jugak orang cina..

[quote name='hampeh' date='13 November 2010 - 06:31 PM' timestamp='1289644278' post='1053278']
Ada je orang melayu yang kaya. Tapi orang melayu yang kaya ni yang nampak berapa kerat je yang nak besarkan empayar perniagaan sendiri.
[/quote]
kebanyakkan (bukan semua) melayu ni adalah orang2 kuat umno dan kontraktor2 melayu yang kuat melobi..

[quote name='hampeh' date='13 November 2010 - 06:31 PM' timestamp='1289644278' post='1053278']
cakap pasal pertahan hak melayu ni, macam mana nak pertahan asal bila nak pertahan ada orang melayu sendiri(ikut parti agaknya? :83: ) yang tak sokong, pastu menyokong pulak hak melayu dihapuskan atau pun disamaratakan. Bila kerajaan nak kasi peluang kepada kaum lain dengan memotong sikit peratusan hak bumiputera/melayu, orang melayu yang sebelum ni la duk bising pasal hapuskan hak melayu/samaratakan hak join bising sekali. takda pendirian langsung, patut dipanggil bangang, buat macam tu pasal bukan parti dorang yang berkuasa. Pihak kerajaan yang tengah memegang kuasa last2 tersepit, buat ni salah , buat tu salah. Disebabkan mangkuk2 yang mengaku melayu ni takda pendirian dalam mempertahankan hak bumiputera/melayu sendiri.
[/quote]
hak2 melayu ni dah lama digadaikan..tapi orang yang mengadaikan hak2 melayu ni buat bodo jerk..macam takde buat apa2..pastu salahkan orang lain..tengok la hak2 raja melayu pun dah berkurang..tanah rizab melayu pun dah kurang..saham utk org melayu bernilai RM52 billion lesap..yang tinggal sekarang cume tinggal RM2 billion je..sape punye kerja?xkan pembangkang kut?tak kan pakcik2 n makcik2 kat kampung?

[quote name='hampeh' date='13 November 2010 - 06:31 PM' timestamp='1289644278' post='1053278']
Kalau duk takut sangat, takda la KLCC, KLIA, Jambatan pulau pinang, SMART tunnel. Duduk dalam gua bertapa, cukup hari mati.
[/quote]
Nak buat bangunan 100 tingkat, no hal..tapi bukan priority buat masa ni..kalo nak buat bangunan tu utk ofis dan pejabat..buat kat KLCC..banyak lagi ruang kosong..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]ni la yang terjadi kat melayu pulau pinang..tapi nak salahkan jugak orang cina..[/quote]
hahah siapa yang tiba-tiba sembang kata hak melayu diambil , ko jugak, tetiba bawak masuk orang cina dalam perbincangan ni. Celah mana la pulak ada orang lain sembang pasal melayu pulau pinang ni :59: .Ni koner baring ni.. xD

haha ya mari kita off topic. Mari lah sokong PR . nanti melayu/bumiputera terjaga. Semua melayu yang kaya adalah kroni UMNO. Tukar kerajaan automatik dapat balik hak2 melayu/bumiputera yang dah lesap. Teruskan la kasi sokongan ko tu kat parti yang duk bertukar2 pendirian bila berdepan dengan [enyokong kaum lain.

Isu PNB tak sembang kita alih ke isu lain. :3:

edit: hanya pasal kerajaan sekarang ni tak tetap pendirian, jadi kita pun boleh ikut dorang pasal nak sokong parti sendiri. macam tu rupanya. Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='13 November 2010 - 10:01 PM' timestamp='1289656861' post='1053291']
hahah siapa yang tiba-tiba sembang kata hak melayu diambil , ko jugak, tetiba bawak masuk orang cina dalam perbincangan ni.
[/quote]
ko ni cepat sangat melatah dan aku rasa ko dh salah paham maksud ayat aku tu..aku bukan ckp cina amik hak melayu..tapi aku just ckp..dgn terbinanya menara tu..harga rumah/ofis naik melambung..org melayu tak mampu nak beli/sewa..dapat kat cina..nanti melayu tu jgak yang salahkan kerajaan psal pinggirkan org melayu..bagi tanah kat cina..macam yg terjadi kat pulau pinang..org melayu marah kat cina psal amik tanah org melayu..aku takut jadi camtu la..macam ko cakap..kenapa nak salah kan org cina kalo org melayu sendiri jual tanah kat cina..tapi tu la hakikatnya yang terjadi kat pulau pinang..tapi orang melayu tu gak yang marah kat cina (walhal salah dia sebab jual tanah kat cina)..mereka marah kan orang cina terutama kat cina DAP..tapi tak marah lak kat cina Gerakan..:D

p/s : menara tu nak bina kat area kampung baru kan?tanah kampung baru tu tanah org melayu kn?nanti jual kat PNB..PNB buat bangunan tu..cina beli ofis..beli rumah area tu..pastu nanti bising cina amik tanah melayu..nak harap melayu beli, berapa kerat sangat.. :D

xpela..aku rasa kite dah melencong dari topik ni..ok, let's finish it here..aku mintak maaf kat encik hampeh sebab membuatkan ko berasa hati dengan kata2 aku..anggap la aku xpenah buat statement tu dan abaikan kata2 aku tu..dan kte fokus kepada topik..aku dan ko sama2 mengeluarkan pendapat..pendapat tidak pernah salah dan betul..apa yang penting, kita sendiri menilai pendapat2 tu dan membuat keputusan yang kita rasakan terbaik..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='14 November 2010 - 02:13 AM' timestamp='1289671980' post='1053305']
eh? kampung baru ke??

rasenye bukan kot?
[/quote]
ada cadangan nak pindahkan lokasi ke kampung baru..kununnya nak menaikan nilai hartanah di area tu..tapi tak tau la jadi ke tak..tapi kalo jadi..peluang tanah nak dijual kepada cina agak tinggi..maklum la, harga tanah mahal..paham2 je la maksud aku.. :D Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
kadang2 (selalunyer pun) dalam perbincangan hal2 sebegini, lari topic tu biase sebab memang ade kene mengena
so aku rase kita masih dalam topic perbincangan...


[quote name='NeoLogy' date='14 November 2010 - 02:23 AM' timestamp='1289672581' post='1053306']
ada cadangan nak pindahkan lokasi ke kampung baru..
[/quote]

oyeker.. sumber?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='14 November 2010 - 02:25 AM' timestamp='1289672700' post='1053307']
oyeker.. sumber?
[/quote]
[quote]
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/10/23/mstar_berita/20101022174843
[/quote] Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Siapa lah yang melatah dulu bawak keluar isu hak melayu diambil tuh :D Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='14 November 2010 - 03:01 AM' timestamp='1289674916' post='1053310']

[/quote]



Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat dibina di Kampung Baru untuk menggambarkan kejayaan orang Melayu....jap lagi penuh ngan bangsa lain...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='14 November 2010 - 04:44 AM' timestamp='1289681062' post='1053314']
Siapa lah yang melatah dulu bawak keluar isu hak melayu diambil tuh :D
[/quote]
aku rasa tak timbul isu hak melayu [b]diambil[/b]..isu yang timbul adalah [b]orang melayu marah tanah org melayu dapat kat cina[/b]..padahal orang melayu sendiri yang jual tanah tu kat cina (Aku sokong idea ko ni)..jadi isunya adalah orang melayu yang [b]beri[/b] hak mereka kepada cina dan mereka marahkan orang cina sebab amik hak yang mereka berikan itu..benda ni penah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi..contohnya di Pulau Pinang..ini semua sedia maklum..pemimpin2 melayu (UMNO) di pulau pinang amat marah dan menuduh cina (DAP)dok amik tanah orang melayu..tapi yang sebenarnya orang melayu yang dok jual tanah kat cina..sebab apa?sebab nak duit..nak kaya cepat..nak byar hutang..dll

once again, aku mintak maaf kalo ko terasa ati lagi dgn statement aku ini..well, mane yang baik dari pandangan aku ni..ko amik buat pedoman..kalo ada yang ko rasa xbtol..amik buat sempadan..ok?!aku amat setuju dengan statement ko psal orang melayu yang jual tanah kat cina..dalam isu ni, bile aku sependapat dengan ko, ramai 'melayu sejati' ni ckp aku tak sokong bangsa sendiri..mengutuk bangsa sendiri..dok backup cina..tapi itu realiti kn?bile kte salahkan orang lain atas kesilapan kte..ibarat kite berak, tapi tuduh org lain yang berak..malu beb..

Share this post


Link to post
Share on other sites
hah... mmg dari dulu lagi dia org nakkan tanah kat kg baru tuh...

mcm2 penduduk kg baru tuh kene tipo... atas daya usaha dia org dapat balik cover kerugian...

[quote]Katanya, jika cadangannya diambil kira, maka nilai tanah-tanah orang Melayu di Kampung Baru akan naik berlipat kali ganda selain menjana ekonomi mereka untuk jangka masa panjang serta amat menguntungkan.[/quote]

hahaha... apa kene nilai tanah naik dgn ekonomi mereka terjana... kecuali dia org jual tanah tuh lah mmg dapat untung berlipat2 kali ganda... ker dia org nak sewakan tanah tuh kat PNB hahahaha...

harap dia org tuh tak cepat gelap mata bila tgk tawaran berjuta2...

hanya tuh ler tanah yg melayu ada kat area KL nih...

kalau dia org gelap mata gak pasnih... lenyap lah kg baru... dan secara rasminya tanah milik org melayu kat KL nih tiada...

nanti jadik laa mcm klcc...

sikit demi sedikit kalau ada peniaga melayu yg ada kat dlm tuh ditekan sampai dia org keluar sendiri...

tah sekarang mmg dah takde kot...

kalau dia org nak tunjukkan warisan melayu kat KL nih pesal tak upgrade jer kg baru tuh mcm petaling streat...

kalau petaling streat menunjukkan ciri2 dan budaya cina... upgrade ler kg baru tuh mcm petaling streat dan menunjukkan kawasan berciri2kan melayu...

apa daa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='14 November 2010 - 07:47 PM' timestamp='1289735260' post='1053356']
hahaha... apa kene nilai tanah naik dgn ekonomi mereka terjana... kecuali dia org jual tanah tuh lah mmg dapat untung berlipat2 kali ganda... ker dia org nak sewakan tanah tuh kat PNB hahahaha...

harap dia org tuh tak cepat gelap mata bila tgk tawaran berjuta2...

hanya tuh ler tanah yg melayu ada kat area KL nih...

kalau dia org gelap mata gak pasnih... lenyap lah kg baru... dan secara rasminya tanah milik org melayu kat KL nih tiada...

nanti jadik laa mcm klcc...
[/quote]
aku post link ni kat FB aku...dari utusan
http://goo.gl/SI8aN

[quote]ARKIB : 12/11/2010
Cadangan fatwa haram jual tanah Melayu Pulau Pinang

PULAU PINANG 11 Nov. - Para ulama di negara ini disaran bermuzakarah untuk mengeluarkan fatwa melarang tanah milik orang Melayu di negeri ini dijual kepada bukan Islam.

Ia bertujuan membendung masyarakat itu daripada terus terpinggir akibat pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan yang semakin rancak berlaku dewasa ini.

Cadangan itu dilontarkan oleh seorang peserta forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaiannya?' dalam sesi soal jawab dengan ahli panel, di sini malam tadi.

Peserta berkenaan mengambil contoh di Palestin, ulama-ulamanya pernah mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya menjual tanah orang Palestin atau menjadi orang tengah dalam urusan penjualan itu dalam apa bentuk sekalipun.

Salah seorang ahli panel forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang itu, Mohd. Azmi Abdul Hamid ketika mengulas cadangan peserta itu berkata, ia tidak seharusnya dipandang ringan berikutan kedudukan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang boleh dianggap kritikal.

Ahli-ahli panel lain ialah Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Mohd. Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu menjelaskan, berdasarkan faktor penempatan orang Melayu yang semakin terjejas dan demi mempertahankan komposisi pemilikan hartanah bumiputera pada masa depan, fatwa seperti itu dianggap relevan.

"Sesuatu mesti dibuat, mahu atau tidak, dalil-dalil agama yang memberi tumpuan kepada ekonomi orang Islam sangat relevan.

"Perlu ada mekanisme seperti ambil kira pandangan cerdik pandai agama untuk pastikan status tanah orang Melayu dan Islam terbela," katanya.

Menurut Mohd. Azmi, sekiranya fatwa sedemikian mampu membela nasib orang Islam di negara ini, sewajarnya ia diutarakan.

"Terpulang kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti untuk mempertimbangkannya kerana mungkin ada implikasi lain jika ia dilaksanakan," ujarnya.[/quote]
jangan gazet di penang ja, kat KL untuk Kg Baru pun kena gazet fatwa ni..dan seluruh negara.. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...