Jump to content
Sign in to follow this  
cute_mouse

Perasaan

Recommended Posts

[b]Salam...

terlebih dahulu, sy ingin mohon maaf..sy ingin bicarakan masalah saya disini..

sy bekerja di sebuah firma yg besar..kjer sy kna travel..klu ada case, sy akan merantau ke tmpt2 lain..masalah sy disini, sy bekerja di bawah seseorang dan orang itu bknlah mahram bg sy..erti kata lain, dia umpama boss sy wlaupun boss yg sbnar adlh org lain..diringkaskan cerita, sy pnggil dia boss ke-2..boss sy neh seorang lelaki yg sudah mendirikan rumah tangga..cthnya bila ada kes yg melibatkan tmpt lain,dia akan bawa sy untuk pergi bersamanya berdua-duaan..sy ada sorg kwn yg juga di bawah boss sy ini..tp malangnya, bila ada kje, dia tidak membawa sy dan kwn sy itu bersama malah dia lebih suka utk bawa slh seorang..Apa yg merisaukan sy, bila berduaan perkara lain yg bakal terjadi..ada sekali tu, sy mngelak utk ikut bersamanya..tp smpai bila sy harus mngelak? Boss sy ini suka psycho sy dgn kata2nya..seorang sahabat suruh sy berhati2 kerana punca penyakit hati blh terjadi disebabkan perangai boss sy itu..mula2nya sy tidak faham apa yg dikatakan dgn "punca penyakit hati"..dan kini barulah sy mngerti..bkerja berdua2an dengannya tanpa org ketiga blh melahirkan rasa hati walaupun sedikit dan walaupun tidak melakukan sesuatu di luar syariat..blh dikatakan setiap masa dan setiap mlm sy akan teringatkan dia..Sy rasa sgt berdosa dan tak tahu apa yg patut sy lakukan..

maaf andai sy tersalah bahasa... [/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
1stly...tahniah kerana saudari (berdasarkan cerita sebab tak kenal) sangat kental dan mahukan cara hidup Islam..TAHNIAH....
tak kurang kisah2 keterlanjuran orang yang dipaparkan dalam akhbar yang bermula dengan perkenalan, berdua-duaan.

terus kepada topic, disebabkan saudari ada bos yang lebih tinggi, jika boleh MOHON tindakan pihak atasan untuk memberikan arahan supaya saudari tidak diutus ke site berseorangan, atau bersama dengan beliau sahaja, MESTI dengan ditemani perempuan lain.

atau arahan yang lebih umum, semua staf wanita tak boleh dibawa outstation melainkan ada ditemani staff wanita yang lain. untuk tujuan keselamatan dan untuk mengelakkan kejadian gangguan sex di tempat kerja.

ada masuk dalam paper (tak ingat pulak namanya) bertarikh 3 oktober yang diedarkan percuma oleh syarikat penerbangan MAS semasa saya dalam perjalanan pulang kembali ke sini, satu artikel panjang tentang gangguan sex. rasanya di situ ada diberikan rujukan untuk melaporkan gangguan seperti ini. jika bos yang lebih tinggi tak layan permintaan saudari, laporkan kepada pihak yang lebih tinggi.



merujuk kepada masalah hati dan perasaan.

itu adalah lontaran dari syaitan, sepertimana sabda nabi mafhumnya, tidaklah bersunyi-sunyi lelaki dan wanita itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan. walaupun semasa di site tak bersunyi sunyi pun, di tempat terbuka tetapi sering berurusan, akan jugak dihasut syaitan.

maaf kerana saya terpaksa pusing ikut jauh sikit. kita sembang pasal lontaran hati dahulu.

menurut ulamak ada lebih kurang 7 lontaran lintasan hati, sesetengah pulak katakan hanya lima dan ini yang saya ingat:
khotir, haajis, hadis nafs, hamm, azm, seterusnya dibuat perbuatan bukan lagi permasalahan hati.

khotir : lintasan hati, semua orang pasti merasainya. tiba-tiba terfikir sesuatu dan kemudian hilang tak teringat
haajis : seperti di (khotir) di atas, tetapi lebih memberi kesan kepada hati dan lebih lama terfikirnya.
hadis nafs : hati berkata-kata. hati berbual2 dalam diri tentang benda yang terfikir tu, bermakna lebih lama lagi dia terkesan dalam hati.

kesemua di atas tak dikira dalam syarak. lintasan hati seperti di atas jika tentang perkara maksiat adalah dimaafkan kerana bukan dalam kuasa kita untuk mengelaknya, yang boleh adalah menolaknya setelah ia datang.
jika tentang perkara ibadat dapat pahala dan sesetengah ulamak kata tak dapat pahala.

hammun : setelah hati berkata-kata tentang lintasan tersebut, disertai dengan memikirkan untuk MELAKSANAKAN.

yang ke-empat ini ada ulamak yang mengatakan sudah dikira dosa jika berkenaan perkara maksiat. sesetengahnya mengatakan belum lagi.

yang kelima dan akan dikira dosa jika berkenaan perkara maksiat adalah azmun atau azam/berazam untuk melakukan perbuatan maksiat. setelah terfikir untuk melaksanakan maksiat, berazam nak lakukan yakni semakin bersungguh-sungguh, dan ini disokong hadis antaranya yang saya masih ingat dari abi bakarah mafhumnya : jika bertelagah 2 orang muslim dengan pedang masing-masing, yang membunuh dan dibunuh masuk neraka, sahabat bertanya yang membunuh logiklah tapi yang dibunuh kenapa? dijawab nabi kerana dia bersungguh2 cari jalan nak bunuh saudaranya. justeru ulamak katakan berazam nak lakukan maksiat adalah dikira melakukan maksiat sekalipun tidak dilakukan lagi. walaupun belum membunuh tetapi dia berazam nak membunuh maka dia mendapat dosa juga.


baik..setelah kita faham peringkat2 lintasan hati, bagaimana jika dia datang?

setelah lintasan hati itu datang, yakni yang maksiat lah. jika yang baik, ibadat dan ketaatan kenapa nak dihalang kan? istighfar banyak2...lontarkan ingatan tu jauh-jauh dan lupakannya. jangan biarkan dan jangan terus fikirkan. buang jauh-jauh dan lupakan sambil istighfar.

doa mintak Allah jauhkan dengan ujian seperti itu lagi, dikhuatiri tak tertanggung dan terlanjur semakin jauh.

makin lama dibiar, makin difikir, makin memberikan kesan kepada hati dan semakin susah untuk diubati.

lintasan-lintasan hati tu datang kerana iblis syaitan berada dalam hati. tak mustahil kerana nabi SAW sebut syaitan bergerak dalam badan manusia mengikut peredaran darah. semua orang ada masalah ini termasuk Nabi Muhammad SAW seperti sabda baginda dalam hadis yang lain, tetapi syaitan yang mengganggu nabi SAW akan kalah dan lemah tak mampu untuk menandingi baginda Nabi SAW.

untuk mengelakkan syaitan ada dalam diri:-
1- paling penting dan tiang asas kepada yang lain : solat fardhu lima waktu jangan tinggalkan atau lewat-lewatkan.
2- ibadat fardhu seperti puasa, zakat jangan ditinggalkan.
3- maksiat dielakkan. apa juga maksiat
4- ibadat sunat diperbanyakkan
4.1- solat sunat rawatib
4.2- puasa sunat isnin khamis
4.3- solat sunat yang dituntut (witir, qiyamullail@solat diwaktu malam)
4.4- puasa sunat biasa, solat sunat biasa (mutlak)
5- termasuk perkara sunat tetapi sengaja diasingkan supaya nampak ianya bersendiri dikira sebagai perkara lain yang perlu diperbanyakkan...iaitu baca al-Quran. Allah janji sesiapa baca al-Quran akan dijadikan pendinding antaranya dengan 'yang tak beriman dengan akhirat', dibatasi hijab yang tak kelihatan.
6- zikir2...seperti Ya Allah, La Hawla Wala Quwwata Illa BIllah alAliyyil Azimil Azizil Hakim, Allahu Akbar, Istighfar, La Ilaha Illa-LLah, selawat. khususnya setelah terfikir maksiat, istighfar dan banyakkan zikir.


saya dan kami doakan semoga saudari tabah dan berjaya menghadapi dugaan ini. semoga ada penyelesaian yang terbaik yang dapat mengelakkan masalah tersebt berlarutan


atau jika saudari orang penting dalam syarikat, mungkin saudari boleh ugut untuk letak jawatan jika kehendak dan kebajikan saudari tidak dipelihara.

atau jika saudari yakin, berani, sanggup tanggung risiko, saudari kerja dalam jabatan lain syarikat yang sama yang mungkin lebih selamat, atau cari kerja lain.


semoga membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
maaf, kesilapan fakta...camne boleh silap daa...

flight MAS yang saya naiki dari penang ke klia bertarikh 7 oktober 2010. dan akhbar terbabit bertarikh yang sama...maaf atas kesilapan makluman.

terjumpa kembali surat klhabar lama. ingatkan dah habis jadi bahan bakar di dapur.

ini linknya:-
http://goo.gl/4e26
http://goo.gl/w2el

dalam akhbar bercetak, link pertama terletak pada muka ke dua sisipan MEGA dan pada muka tiga ada 3 kisah pengakuan mangsa yang rasanya tiada dalam edisi dalam talian (online). link ke dua dalam muka ke empat sisipan yang sama.



[quote]
satu kesimpulan yang telah dibuat oleh editor/wartawan:

GANGGUAN SEKSUAL IALAH...
sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini mangsa dan memberi kesan sebagai satu gangguan
perlakuan itu dikenakan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik penerima berkenaan.

jenis-jenis gangguan seksual di tempat kerja:
*gangguan lisan
*gangguan bukan lisan
*gangguan visual
*gangguan [b]PSIKOLOGI[/b]
*gangguan fizikal

gangguan seksual di tempat kerja boleh berlaku melalui beberapa cara seperti:
*majlis sosial berhubung dengan pekerjaan
*semasa menjalankan [b]tugas DI LUAR TEMPAT KERJA[/b]
*sesi persidangan atau latihan berkaitan dengan pekerjaan
*[b]SEMASA PERJALANAN BERKAITAN DENGAN TUGASAN[/b] (on the way going outstation ??)
*telefon
*media elektronik
[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='cute_mouse' date='25 October 2010 - 10:05 PM' timestamp='1288015550' post='1051305']
[b]blh dikatakan setiap masa dan setiap mlm sy akan teringatkan dia..Sy rasa sgt berdosa dan tak tahu apa yg patut sy lakukan..[/b]
[/quote]
saya sedikit musykil dengan pernyataan ini...

dah berapa lama bertugas bersama dengannya? jika agak baru saya rasa sangat CEPAt untuk terjadi begitu



rasa sangat berdosa....sebab takut mengganggu keharmonian rumah tangga dia atau
taknak mengkhianati suami? jika telah bersuami maaf, tolong jauhkan sebarang perasaan dari dia. hanya itu suami saudari sehingga bercerai nyawa atau pisah.

jika belum berkahwin itu normal. kawallah perasaan tu. buang jauh2 perasaan tu jika datang. solusinya, cepat2lah kahwin insyaAllah nanti dah kawen dia tak ganggu lagi. insyaAllah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='26 October 2010 - 08:04 AM' timestamp='1288051465' post='1051338']
saya sedikit musykil dengan pernyataan ini...

dah berapa lama bertugas bersama dengannya? jika agak baru saya rasa sangat CEPAt untuk terjadi begitu



rasa sangat berdosa....sebab takut mengganggu keharmonian rumah tangga dia atau
taknak mengkhianati suami? jika telah bersuami maaf, tolong jauhkan sebarang perasaan dari dia. hanya itu suami saudari sehingga bercerai nyawa atau pisah.

[/quote]

saya masih belum mendirikan rumah tangga..saya rasa berdosa sbb saya rasa apa yg sy rasa tu slh sbnarnya dan tk spatut utk sy rasa sbgitu.;ebih2 lg bos sy tu sudah pn mendirikan rumah tangga..yg mampu sy lakukan skrg adlh dgn doa mnta dijauhkan sgala perasaan terhadap dia..
Terima kasih atas nasihat dn pndgn yg diberikan...mmg bnyk mmbantu sy... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
saya terfikir semalam, adakah patut di-PIN kan topic ini di bahagian Ladies Corner???

memandangkan wanita KEBIASANNYA menjadi mangsa jenayah seksual.

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam

cuma nak mencelah

aku pernah terbaca kat mana ntah. majalah cleo kot. tapi isi penting satu artikel tu ada mengatakan bahawa

'kemungkinan untuk kita tertarik kepada teman sekerja (opismet) agak tinggi'

salah satunya disebabkan kita spent hampir separuh dari hari kita bersama opismet. tambah2 lagi kalo bekerja dalam 1 team.

kira mmg bahaya la.. kalo tanak tersangkut, elakkan jumpa selalu la kot.

xtau la keberkesanannya... tp itu yang ak pernah terbaca la... xpernah alami

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='raidizh AR' date='30 October 2010 - 09:36 PM' timestamp='1288445797' post='1051849']
salam

cuma nak mencelah

aku pernah terbaca kat mana ntah. majalah cleo kot. tapi isi penting satu artikel tu ada mengatakan bahawa

'kemungkinan untuk kita tertarik kepada teman sekerja (opismet) agak tinggi'

salah satunya disebabkan kita spent hampir separuh dari hari kita bersama opismet. tambah2 lagi kalo bekerja dalam 1 team.

kira mmg bahaya la.. kalo tanak tersangkut, elakkan jumpa selalu la kot.

xtau la keberkesanannya... tp itu yang ak pernah terbaca la... xpernah alami
[/quote]


betul tu,
penah jadi kat aku gak :P :P

tertarik dengan rakan sekerja,.. haha..
adoi, comey woo dia,.. chinese look alike macam japan girl...

nasib baik aku da tak keje sane da :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...