Jump to content
zamri_laundry

Camna Nak Website Kita Top 10 Dalam Yahoo Dan Google Search

Recommended Posts

Tanya dekat bebudak di section e-Income dalam forum ni.

Semua kat situ pakar-pakar SEO. Pakai tools sophisticated untuk kerja-kerja macam ni jer. Sebab diorang semua kebanyakannya cari makan dengan cara ini (menaikkan page / money page to top 3 Google utk keyword yg diorang nak).

Specifically pergi sini: http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/84932-niche-marketing-dan-perniagaan-internet-v2/page__st__125

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='zamri_laundry' date='14 October 2010 - 10:28 AM' timestamp='1287023334' post='1050184']
Salam semua....

Ada tak yg tahu camna caranya nak bagi website kita hit top 10 dalam yahoo @ google search.

tq
[/quote]

salam...

Apa yg saudara maksudkn tu dipanggil search engine ranking, teknik mengaplikasinya pula dipanggil Search Engine Optimization (SEO). Banyak maklumat dlm internet mengenai SEO ni.
Faktanya adalah, sebelum kita berhajat untuk berada di ranking teratas utk hasil pencarian di search engine, kita perlu terlebih dahulu mengoptimumkan laman web kita mengikut 'citarasa' search engine itu. Dlm erti kata yg lain, kita perlu melakukan beberapa 'pengubahsuaian' di laman web kita supaya ia boleh diterima oleh search engine. Oleh sbb itu, kita perlu mengambil kira 'citarasa' search engine dalam membina laman web sekiranya kita mahu ia diindekskan. Untuk mempraktikkannya, saya nasihatkan agar saudara terlebih dahulu menguasai kod HTML supaya tidak akan timbul masalah lain pada laman web. Atau cara lain, saudara boleh mendapatkan nasihat dari pakar-pakar yang boleh dipercayai kerana saudara perlu memberi kata laluan tertentu kepada mereka untuk akses ke file manager di server.

Selepas selesai di laman web,kita perlu berurusan pula secara direct dgn search engine tersebut. Diantaranya adalah dgn melakukan 'submission url' atau 'add url' di Google, Yahoo atau seumpamanya. Ia agak mudah kerana kita hanya perlu memasukkan ruang kosong yang disediakan dengan butiran yang diminta.

Sekali lagi, untuk menunjukkan laman web saudara relevan utk diindekskan oleh search engine, saudara perlu mendapatkan backlinks seberapa banyak yang mungkin dari laman-laman web yang relevan dan baik rankingnya. Ini sangat penting kerana search engine seperti Yahoo sangat susah mengindeks laman web dan meletakkannya di hasil pencarian teratas JIKA TIDAK menjumpai pautan kepada url laman web saudara dari laman-laman web yang relevan. Nasihat saya, jangan menganggap laman web yang menawarkan khidmat / menjual produk yang sama seperti kita sebagai pesaing /musuh. Hakikatnya mereka adalah sekutu terbesar kita sekiranya kita benar-benar faham konsep spider search engine ini men'crawl' laman-laman web.

Ok, itu saja buat kali ini. Maaf klu ada perkataan yg tersinggung ye. Apa yg sy terangkan spt diatas adalah berdasarkan pengalaman saya selama lebih 5 tahun dalam industri ini. Boleh hubungi sy utk sebarang pertanyaan.
Wallahu A'lam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sekadar pandangan saya yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia blog.

1. Meta tag dalam html mesti menerangkan tentang niche blog/laman saudara.

2. Kandungan blog/laman mesti mesra SEO.
Contoh: [b]Tutorial Internet[/b]. Tajuk artikel, [i]meta tag keyword[/i], dalam isi artikel dan kategori mesti ada perkataan [b]Tutorial Internet[/b].

3. Gunakan [url="http://www.teknomasi.com/2010/11/3-lokasi-mendencing-pinging-untuk-tarik.html"]ping[/url] untuk mempromosi blog/laman dalam kadar segera.

4. Beri komentar atau membuat pautan backlink di blog yang sama nichenya. Hal ini dapat membantu Google menyenaraikan blog/laman dalam indeks carian dengan lebih tepat.

5. Bina jaringan dengan blog yang mempunyai pembaca yang ramai, Alexa dan PageRank yang tinggi. Jangan spam di ruang komentar, beri idea atau sesuatu yang manfaat untuk dikongsi. Utamakan berkomentar di blog yang menggunakan plugin ComLuv.

6. Sentiasa kemas kini blog/laman sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. SEO hebat tetapi malas nak kemas kini blog pun tak guna juga, siapa yang nak membaca?

7. Blog Faisal Tehrani tidak mempraktikkan SEO tetapi sentiasa dikemas kini dengan cerita-cerita baharu.
Maknanya: Cerita baharu/isu semasa > carian pengguna di Google > datang baca di Blog/laman kita > pengunjung ramai dan minat > Blog akan dipaparkan di muka surat yang pertama.

Moga pengalaman yang tidak seberapa banyak ini dapat membantu. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam sejahtera

ini yang biasa aku buat selama ini untuk dapatkan page yang baik di google dan yahoo.

1) Install plug-in yang mesra SEO cth seperti 'All in One SEO Pack'. Pastu, jgn lupa untuk menggunakannya.

2) Tajuk mesti diulang pada post/artikel.
contohnya jika tajuk anda AKU BUDAK BAIK, pada post mesti ada ulangan AKU BUDAK BAIK sebanyak dua-tiga kali. tak kosahlah ianya bersambung atau asing-asing.

3) Jika meletak picture, jgn lupa utk letak tajuk AKU BUDAK BAIK pada setiap ruang tajuk.

4) Tag keyword anda, iaitu tag AKU BUDAK BAIK... gantikan tanda,( masa memisahkan keyword) dengan tanda |
cth.. Aku, Budak, Baik digantikan dengan Aku | Budak | Baik |

5) buat backlink samaada dengan menggunakan post yang lama (yang berada di page yang baik dan berkaitan) ataupun menumpang backlink blog mereka yg mmg pandai guna SEO.

6) Pastikan tajuk dan cerita anda original. Kalu anda copy dan paste, pastikan ada penambahan ayat dan backlink tempat artikel di copy.
cth...: artikel ini saya petik daripada blog....terima kasih...

google suka yang original. ada beberapa post/artikel aku yang dicopy oleh blogger lain, tetapi google masih meletakkan artikel asal milik aku di no 1 mengatasi mereka yg ciplak itu.


syukur kerana setakat ini hampir kesemua artikel yang aku tulis berada di page yang baik ..page1 hingga 3.



sebenarnya ianya tidak menjadi persoalan samaada anda rajin update blog atau tidak. SEO tidak mementingkan update blog. Aku ada 2 blog..satu personal blog yang aku rajin update. satu lagi sebulan sekali. kesemua artikel berada di page yang baik.

jika blog jarang diupdate..ianya cuma akan melambatkan proses google indek kan artikel itu.

satu lagi, pastikan blog korang itu hidup dengan melawat blog orang lain dan tinggalkan komen. ia akan menaikkan rank korang di alexa.com

setakat ini blog personal aku (yg aku rajin update dan htr komen) berada di kedudukan 1,2XXXXX. berbanding satu lagi blog berkedudukan 5,XXXXXX (update jarang2 dan tak htr komen).

dan sebenarnya, blog aku yang jarang diupdate itu kebanyakan artikel berada di page 1 berbanding personal blog.

semoga bermanafaat Edited by Bapak Ridha

Share this post


Link to post
Share on other sites
buat content sendiri, jangan main copy paste content dari orang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam...

Aku ada buat nota pasal SEO(utk rujukan sendiri pada masa akan datang) kat blog nih, [url="http://rudinshah.ilog.my/tips-seo-website-blog"]Tips SEO oleh Rudinshah[/url].

Sikit tips:
- berkenaan dgn ping, guna default yg WP punya tu dah ok dah sebenarnya. Jangan pulak korang terpengaruh dengan letak sebanyak2nya laman web untuk ping. Silap2 kene ban dgn website tu nanti. haha...
- Ni pulak cara-cara nak tau mcmane website/blog baru korang dah di index oleh search engine.. Erk.. alamat, bos dah masuk.. logout dulu.. Nanti aku post kat blog aku tu.. hehe.. k

adius..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guna google webmaster letak bawah <head> untuk verification untuk sesuatu website. Then letak Meta Tag. Saya buat yang tu dulu mula2 setup WP or Website. SEO tak pandai, tapi duk rujuk baca. Edited by carnine9

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...