Jump to content
Sign in to follow this  
grenzz

Dual Internet Connection Problem

Recommended Posts

[size="3"][size="3"]Hai Kengkawan :D

Saya ada sedikit masalah berkenaan sambungan internet. Saya menggunakan laptop di pejabat saya dengan sambungan internet kabel LAN yang mempunyai setting proxy server. Setting berkenaan membolehkan laptop saya menggunakan beberapa aplikasi/program dan e-mail syarikat, dalam masa yang sama juga, setting sambungan internet di pejabat saya menyekat beberapa laman web seperti Putera.com, YouTube dan macam-macam lagi.

Saya juga mempunyai Celcom Broadband di mana adakalanya saya menggunakannya di pejabat, xlain xbukan sebab nak masuk ke beberapa laman web yang disekat oleh internet pejabat.

Soalan saya, bolehkah dalam masa yang sama saya menggunakan kedua-dua sambungan internet berkenaan (pejabat dan Celcom Broadband). Ini kerana saya mendapati, apabila saya menggunakan Celcom Broadband (tanpa disconnect internet pejabat), saya boleh masuk ke semua laman web yang disekat, masalahnya saya tidak dapat mengakses ke aplikasi pejabat dan e-mail, saya perlu disconnect Celcom Broadband terlebih dahulu sebelum boleh mengakses ke aplikasi pejabat berkenaan, tetapi saya tidak lagi boleh masuk ke laman web yang disekat. Saya telah cuba untuk menggunakan 2 browser iaitu IE dan Mozilla Firefox di mana setting untuk IE saya set untuk pejabat dan Mozilla Firefox saya set untuk Celcom Broadband, tetapi ianya tidak berjaya.

Boleh x kengkawan kat sini yang pandai skit tunjukkan cara bagaimana kedua-dua sambungan internet berkenaan boleh digunakan. Kalau boleh dalam masa yang sama saya boleh mengakses aplikasi pejabat dan e-mail serta boleh mengakses laman-laman web yang disekat.

Terima kasih. [/size][/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...