hotfloppy 19 Report post Posted August 6, 2010 Assalamualaikum.. Aku tgk, byk post yang tak sepatotnya masuk kat thread nih cam nak cari FULL (F00L ?) VERSION, VERSI BISKUT dan yang seangkatan dengannya.. Tu semua bukan Open Source (Sumber Terbuka) atau Free Software tapi cr4ck3d version !! So, aku post sedikit info berkenaan Open Source & Free Software.. [quote][b]Open Source[/b], bermaksud, sesuatu perisian itu, samada boleh didapati secara percuma atau dengan membelinya, turut disertakan sekali dengan kod sumber perisian tersebut. Kod sumber kebiasaannya dibekalkan sekali bersama-sama perisian atau boleh diminta dari pembangun perisian tersebut. Dan, kod sumber tersebut boleh diubah, digunakan semula secara keseluruhan atau sebahagian, atau diberikan kepada pengguna lain sesuka hati! [b]Free Software[/b] pula bermaksud, perisian tersebut bebas digunakan dalam apa cara sekalipun, samada secara peribadi atau secara komersial. Free disini bukan bermaksud percuma tetapi bebas. Perisian percuma disebut sebagai Freeware dan kebiasaannya kod sumber tidak akan diberikan.[/quote] Sumber: [url="http://hotfloppy.tk/wordpress/?p=73"]Open Source / Free Software – Apakah ia?[/url] p/s: Info ni sekadar penjelasan ringkas tentang apa itu Open Source & Free Software.. Kalo ada pape yang tak betol, sila tegur ye Quote Share this post Link to post Share on other sites
dvd 8 Report post Posted August 7, 2010 free software tak semestinya sumber terbuka. Ada juga free for personal used only. Pelayar web Opera itu free as freeware tapi bukan Open Source. Open Source pula tak semestinya percuma. Red hat Enterprise Linux ialah Open Source. Bebas, terbuka tapi tidak percuma. Ada limit dia. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hotfloppy 19 Report post Posted August 7, 2010 ya.. pasal open source kena beli, aku dah tulis kat atas tu.. [b]free software semestinya sumber terbuka[/b].. kalo tak, dia jadi freeware.. free bermaksud bebas.. kalo tak sumber terbuka, apa guna 'bebas' tu, ye tak? sila rujuk link kat bawah utk lebih keterangan.. post ni sekadar basic explanation supaya orang tak confuse [url="http://en.wikipedia.org/wiki/Free_software"]http://en.wikipedia....i/Free_software[/url] [url="http://en.wikipedia.org/wiki/Open_source"]http://en.wikipedia....iki/Open_source[/url] [url="http://en.wikipedia.org/wiki/FOSS"]http://en.wikipedia.org/wiki/FOSS[/url] Quote Share this post Link to post Share on other sites
psychoX 6 Report post Posted September 4, 2010 maaf . amber jarang masuk sini, amber melihat perkara seperti yang dikatakan oleh hotfloppy masih lagi berleluasa di dalam topic sumber terbuka. di harap agar admin berkenaan dapat menilik dan menilai setiap posting yang berkaitan supaya tidak mencemarkan terma terma dan falsafah sumber terbuka. Nampaknya amber terpaksa aktif balik dalam Putera.com ini bagi memberi sedikit ilmu tentang sumber terbuka kepada adik-adik baru supaya haluan dan pemahaman tentang sumber terbuka dapat ditetapkan dalam minda mereka .. supaya mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada perisian perisian cetak rompak. Quote Share this post Link to post Share on other sites
psychoX 6 Report post Posted September 4, 2010 untuk permulaan aku perlu senaraikan perisian sumber terbuka bagi pengguna windows serta kegunaannya.. aku minta kepada moderator supaya pinkan thread yang bakal aku tulis nanti . Quote Share this post Link to post Share on other sites
hotfloppy 19 Report post Posted September 5, 2010 yeah.. bro adi sudah mari.. hidup OSS !! Quote Share this post Link to post Share on other sites
psychoX 6 Report post Posted September 8, 2010 Dalam memberi faham tentang sumber terbuka kepada rakyat Malaysia khususnya, ia mungkin agak sukar kerana mereka telah disumbat dan disogok dengan perisian hak milik semasa membeli komputer. sudah tentu perisian cetak rompak.. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membendung perkara ini dari terus berleluasa, oleh yang demikian, pada peringkat permulaan ini, kita perlu memberi tahu dan memberi fahak kepada adik-adik kita tentang perihal sumber terbuka, tentang falsafah yang digunakan. Sumber terbuka merupakan satu inisiatif yang sangat disarankan oleh kerajaan Malaysia bagi mengurangkan kebergantungkan kepada lesen lesen perisian hak milik [kos perlesenan ] dan sebagai seampang dua mata untuk menghapuskan gejala penggunaan perisian cetak rompak. Dari perlaksanaan tersebut, negara kita merupakan antara negara yang berada dalam senarai teratas yang melibatkan komitmen kerajaan melalui peranan yang diambil oleh MAMPU untuk menyebarluas penggunaan perisian sumber terbuka .Namun bagitu, kesedaran di peringkat kepenggunaan rakyat bawahan masih lagi jauh ketinggalan di belakang Indonesia dan negara lain khususnya. Kita seharusnya boleh mencapai matlamat yang diwarwarkan oleh MAMPU dalam melaksanakan penggunaan perisian sumber terbuka memandangkan negara kita mempunyai penyedia Internet berkelajuan tinggi yang pelbagai [ sila rujuk www.broadband.my ] dan merujuk juga kepada statistik pengguna Internet di Malaysia [http://www.kuasadua.net/statistik/statistik-terkini-pengguna-internet-dunia.html] , adalah tidak munasabah jika ada di antara rakyat negara ini masih lagi tidak tahu tentang kewujudan inisiatif tersebut. Oleh itu, saya perlukan rakan-rakan seangkatan di Putera.com untuk mengembeling tenaga bagi menyebarluaskan penggunaan Perisian Sumber Terbuka. adi http://hardyw3b.wordpress.com Quote Share this post Link to post Share on other sites
umarzuki 78 Report post Posted September 9, 2010 [quote name='dvd' date='07 August 2010 - 02:00 PM' timestamp='1281160814' post='1044245'] free software tak semestinya sumber terbuka. Ada juga free for personal used only. Pelayar web Opera itu free as freeware tapi bukan Open Source. Open Source pula tak semestinya percuma. Red hat Enterprise Linux ialah Open Source. Bebas, terbuka tapi tidak percuma. Ada limit dia. [/quote] kembali kepada asas; perisian bebas mencakupi 4 kebebasan: Kebebasan 0: kebebasan untuk menjalankan program untuk sebarang tujuan Kebebasan 1: kebebasan untuk mengkaji bagaimana program itu melakukan fungsinyadan mengubahsuai mengikut citarasa anda Kebebasan 2: kebebasan untuk mengedarkan salinan program itu supaya anda dapat membantu jiran anda (dan sesiapa sahaja) Kebebasan 3: kebebasan untuk mempertingkatkan program dan melepaskan versi yang telah diubahsuai kepada khalayak umum supaya seluruh komuniti mendapat manfaat daripada program tersebut Red Hat memberikan kebebasan dengan melepaskan kod sumbernya; dari situlah adanya projek CentOS yang 99% serasi dengan versi Red Hat yang setara. Yang perlu dibayar adalah khidmat penggunanya dan binari/program/aplikasi yang telah di compile oleh Red Hat. Jika tidak anda ada pilihan untuk compile sediri dari kod sumber. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hotfloppy 19 Report post Posted September 9, 2010 alhamdulillah.. sebulan aku tunggu.. akhirnya, ada jugak otai2 yg masuk sini untuk sama2 beri penjelasan tentang apa itu sumber terbuka.. mungkin berkat ramadhan & syawal agaknya Quote Share this post Link to post Share on other sites