Jump to content
hotfloppy

[Info] Open Source & Free Software

Recommended Posts

Assalamualaikum..

Aku tgk, byk post yang tak sepatotnya masuk kat thread nih cam nak cari FULL (F00L ?) VERSION, VERSI BISKUT dan yang seangkatan dengannya..

Tu semua bukan Open Source (Sumber Terbuka) atau Free Software tapi cr4ck3d version !! So, aku post sedikit info berkenaan Open Source & Free Software..

[quote][b]Open Source[/b], bermaksud, sesuatu perisian itu, samada boleh didapati secara percuma atau dengan membelinya, turut disertakan sekali dengan kod sumber perisian tersebut. Kod sumber kebiasaannya dibekalkan sekali bersama-sama perisian atau boleh diminta dari pembangun perisian tersebut. Dan, kod sumber tersebut boleh diubah, digunakan semula secara keseluruhan atau sebahagian, atau diberikan kepada pengguna lain sesuka hati!

[b]Free Software[/b] pula bermaksud, perisian tersebut bebas digunakan dalam apa cara sekalipun, samada secara peribadi atau secara komersial. Free disini bukan bermaksud percuma tetapi bebas. Perisian percuma disebut sebagai Freeware dan kebiasaannya kod sumber tidak akan diberikan.[/quote]
Sumber: [url="http://hotfloppy.tk/wordpress/?p=73"]Open Source / Free Software – Apakah ia?[/url]

p/s: Info ni sekadar penjelasan ringkas tentang apa itu Open Source & Free Software.. Kalo ada pape yang tak betol, sila tegur ye ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
free software tak semestinya sumber terbuka. Ada juga free for personal used only. Pelayar web Opera itu free as freeware tapi bukan Open Source.
Open Source pula tak semestinya percuma. Red hat Enterprise Linux ialah Open Source. Bebas, terbuka tapi tidak percuma. Ada limit dia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ya.. pasal open source kena beli, aku dah tulis kat atas tu..

[b]free software semestinya sumber terbuka[/b].. kalo tak, dia jadi freeware.. free bermaksud bebas.. kalo tak sumber terbuka, apa guna 'bebas' tu, ye tak?

sila rujuk link kat bawah utk lebih keterangan.. post ni sekadar basic explanation supaya orang tak confuse ;)

[url="http://en.wikipedia.org/wiki/Free_software"]http://en.wikipedia....i/Free_software[/url]

[url="http://en.wikipedia.org/wiki/Open_source"]http://en.wikipedia....iki/Open_source[/url]

[url="http://en.wikipedia.org/wiki/FOSS"]http://en.wikipedia.org/wiki/FOSS[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
maaf . amber jarang masuk sini,

amber melihat perkara seperti yang dikatakan oleh hotfloppy masih lagi berleluasa di dalam topic sumber terbuka. di harap agar admin berkenaan dapat menilik dan menilai setiap posting yang berkaitan supaya tidak mencemarkan terma terma dan falsafah sumber terbuka.

Nampaknya amber terpaksa aktif balik dalam Putera.com ini bagi memberi sedikit ilmu tentang sumber terbuka kepada adik-adik baru supaya haluan dan pemahaman tentang sumber terbuka dapat ditetapkan dalam minda mereka .. supaya mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada perisian perisian cetak rompak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
untuk permulaan aku perlu senaraikan perisian sumber terbuka bagi pengguna windows serta kegunaannya.. aku minta kepada moderator supaya pinkan thread yang bakal aku tulis nanti .

Share this post


Link to post
Share on other sites
yeah.. bro adi sudah mari.. hidup OSS !!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dalam memberi faham tentang sumber terbuka kepada rakyat Malaysia khususnya, ia mungkin agak sukar kerana mereka telah disumbat dan disogok dengan perisian hak milik semasa membeli komputer. sudah tentu perisian cetak rompak..

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membendung perkara ini dari terus berleluasa, oleh yang demikian, pada peringkat permulaan ini, kita perlu memberi tahu dan memberi fahak kepada adik-adik kita tentang perihal sumber terbuka, tentang falsafah yang digunakan.

Sumber terbuka merupakan satu inisiatif yang sangat disarankan oleh kerajaan Malaysia bagi mengurangkan kebergantungkan kepada lesen lesen perisian hak milik [kos perlesenan ] dan sebagai seampang dua mata untuk menghapuskan gejala penggunaan perisian cetak rompak.

Dari perlaksanaan tersebut, negara kita merupakan antara negara yang berada dalam senarai teratas yang melibatkan komitmen kerajaan melalui peranan yang diambil oleh MAMPU untuk menyebarluas penggunaan perisian sumber terbuka .Namun bagitu, kesedaran di peringkat kepenggunaan rakyat bawahan masih lagi jauh ketinggalan di belakang Indonesia dan negara lain khususnya.

Kita seharusnya boleh mencapai matlamat yang diwarwarkan oleh MAMPU dalam melaksanakan penggunaan perisian sumber terbuka memandangkan negara kita mempunyai penyedia Internet berkelajuan tinggi yang pelbagai [ sila rujuk www.broadband.my ] dan merujuk juga kepada statistik pengguna Internet di Malaysia [http://www.kuasadua.net/statistik/statistik-terkini-pengguna-internet-dunia.html] , adalah tidak munasabah jika ada di antara rakyat negara ini masih lagi tidak tahu tentang kewujudan inisiatif tersebut.

Oleh itu, saya perlukan rakan-rakan seangkatan di Putera.com untuk mengembeling tenaga bagi menyebarluaskan penggunaan Perisian Sumber Terbuka.


adi
http://hardyw3b.wordpress.com

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='dvd' date='07 August 2010 - 02:00 PM' timestamp='1281160814' post='1044245']
free software tak semestinya sumber terbuka. Ada juga free for personal used only. Pelayar web Opera itu free as freeware tapi bukan Open Source.
Open Source pula tak semestinya percuma. Red hat Enterprise Linux ialah Open Source. Bebas, terbuka tapi tidak percuma. Ada limit dia.
[/quote]
kembali kepada asas; perisian bebas mencakupi 4 kebebasan:

Kebebasan 0: kebebasan untuk menjalankan program untuk sebarang tujuan
Kebebasan 1: kebebasan untuk mengkaji bagaimana program itu melakukan fungsinyadan mengubahsuai mengikut citarasa anda
Kebebasan 2: kebebasan untuk mengedarkan salinan program itu supaya anda dapat membantu jiran anda (dan sesiapa sahaja)
Kebebasan 3: kebebasan untuk mempertingkatkan program dan melepaskan versi yang telah diubahsuai kepada khalayak umum supaya seluruh komuniti mendapat manfaat daripada program tersebut

Red Hat memberikan kebebasan dengan melepaskan kod sumbernya; dari situlah adanya projek CentOS yang 99% serasi dengan versi Red Hat yang setara. Yang perlu dibayar adalah khidmat penggunanya dan binari/program/aplikasi yang telah di compile oleh Red Hat. Jika tidak anda ada pilihan untuk compile sediri dari kod sumber.

Share this post


Link to post
Share on other sites
alhamdulillah.. sebulan aku tunggu.. akhirnya, ada jugak otai2 yg masuk sini untuk sama2 beri penjelasan tentang apa itu sumber terbuka..

mungkin berkat ramadhan & syawal agaknya   ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...