keypo 5 Report post Posted July 18, 2010 Kisah Nabi Yusuf sebagaimana diceritakan dalam al-Quran dalam surah Yusuf ayat 43 hingga 49 ada memberikan panduan tentang bagaimana kita seharusnya mengurus rezeki kita. Sebagaimana negeri Mesir yang menjadi subur dan mewah dalam tempoh tujuh tahun dan kemudiannya bertukar menjadi kemarau tujuh tahun berikutnya, maka di kala tujuh tahun yang mewah itulah menjadi tempoh waktu mengumpul bekalan buat menghadapi tujuh tahun yang kontang. Bagi kita pula, ketika dikurniakan kemewahan, sewajarnya kita sentiasa beringat agar tidak boros serta membazir dengan kemewahan tersebut. Kemewahan yang ada mungkin sahaja akan menyusut atau hilang secara tiba-tiba. Justeru, tugas kita adalah dengan berusaha menggunakan kemewahan yang dimiliki melalui panduan yang disyariatkan serta menyimpan sebahagiannya untuk hari depan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted July 18, 2010 TS, pendek sangat, sambung please Quote Share this post Link to post Share on other sites