Jump to content
Sign in to follow this  
TRUNASUCI

Subculture Kembali! Akan Menggegarkan Ukm 24 Julai 2010!

Recommended Posts

[size=15pt]Oldtimer punk rocker [color=red]SUBCULTURE[/color] akan menggegarkan UKM!!! 24hb julai ni ( minggu depan )... bersama2 ELLA dan lain2!!
[/size]
[img]http://lh6.ggpht.com/_re5M9uBtJCk/TBoC5aki2ZI/AAAAAAAAA-k/mm4_p5bCy04/s640/Picture%20077.jpg[/img]
[img]http://lh5.ggpht.com/_re5M9uBtJCk/TBoC6yF7YuI/AAAAAAAAA-o/YqY1x2tRXwg/s640/Picture%20078.jpg[/img]
[img]http://lh3.ggpht.com/_re5M9uBtJCk/TBoC8dZHD2I/AAAAAAAAA-s/r84Q8mjghmI/s640/Picture%20079.jpg[/img]
[img]http://lh5.ggpht.com/_re5M9uBtJCk/TBoC9nvoUdI/AAAAAAAAA-w/AXu1yExX-as/s640/Picture%20080.jpg[/img]


see u there!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha dah lama tak layan Subculture,aku layan pun masa aku form 3 tahun 1996,lama tuh...tapi aku kureng minat sebab dia aliran punk...terus aku beralih kepada Saturnine...
apapun lagu Suculture kita boleh cepat suka,malangnya cepat bosan juga bile dengar beberapa ketika huhuhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='18 July 2010 - 09:12 PM' timestamp='1279458772' post='1042378']
hahaha dah lama tak layan Subculture,aku layan pun masa aku form 3 tahun 1996,lama tuh...tapi aku kureng minat sebab dia aliran punk...terus aku beralih kepada Saturnine...
apapun lagu Suculture kita boleh cepat suka,malangnya cepat bosan juga bile dengar beberapa ketika huhuhu...
[/quote]


:)

namun bro.. subculture masih kekal sampai hari ini... muzik tu universal..

anyway Subculture now ada lagu baru yg bakal diriliskan dalam masa terdekat.. bersama2 tenaga gitar Nizam (ex-OAG)..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TRUNASUCI' date='19 July 2010 - 01:42 PM' timestamp='1279518132' post='1042432']
:)

namun bro.. subculture masih kekal sampai hari ini... muzik tu universal..

anyway Subculture now ada lagu baru yg bakal diriliskan dalam masa terdekat.. bersama2 tenaga gitar Nizam (ex-OAG)..
[/quote]

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs054.snc4/35084_1549087569728_1311258941_1512624_428625_n.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs213.snc4/38983_142766815749026_100000471260222_373114_3825969_n.jpg[/img]

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs185.snc4/37602_142766769082364_100000471260222_373113_1160088_n.jpg[/img]

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs059.snc4/35324_142766629082378_100000471260222_373111_2201456_n.jpg[/img]

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs040.ash2/35361_142766562415718_100000471260222_373110_7734684_n.jpg[/img]

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs100.ash2/38339_142766505749057_100000471260222_373109_4505254_n.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0731&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm&arc=hive


Video Muzik pelancongan pertama

Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
Gambar ASWAD YAHYA

SELEPAS 18 tahun nama Subculture terus bertapak di kalangan peminat muzik punk rock tempatan.

KUMPULAN punk rock tempatan, Subculture mencipta sejarah tersendiri apabila muzik video mereka yang berjudul Ticket To The Moon dipilih bagi mempromosikan program Pelancongan Angkasa yang pertama di peringkat dunia.

Lagu itu juga dipilih oleh Space Tourism Society Malaysia Chapter yang mewakili negara di mana lagu ciptaan kumpulan berasal dari Kuala Lumpur itu akan dilancarkan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) pada 28 April tahun depan.

Penyanyi utama dan ketua kumpulan Subculture, Azreen berkata, pemilihan lagu Ticket To The Moon yang dipetik daripada album single terbaru mereka itu merupakan pencapaian serta penghargaan terbesar mereka setakat ini.

“Space Tourism atau Pelancongan Angkasa merupakan salah satu program yang membabitkan NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) yang baru diperkenalkan dan menjadi tema program tersebut.

“Kemungkinan besar kami akan berkunjung ke LA pada tahun depan sewaktu pelancaran program itu dan sekali gus mengadakan persembahan di sana,” katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain menjadi lagu tema program Pelancongan Angkasa, Ticket To The Moon ujar Azreen, 37, lagu itu juga dipilih sebagai lagu tema sebuah filem animasi tempatan berjudul Re-Entry terbitan Triangle D Inc.

Filem animasi terbitan anak watan itu akan mewakili negara bagi mempromosikan lagi program Pelancongan Angkasa itu yang kini sedang dibangunkan dan bakal menjadi suatu produk pelancongan popular suatu masa nanti.

Menurut pemegang ijazah dalam bidang psikologi ini, dia tidak menyangka lagu Ticket To The Moon menjadi perhatian kerana ia merupakan album single terbaru Subculture selepas enam tahun tidak merakamkan album baru.

“Kami tidak menyangka lagu yang kami rakamkan pada Februari lalu berjaya menarik perhatian mereka. Mungkin konsep muzik dan jalan cerita lagu itu sesuai dengan program Pelancongan Angkasa. Melodi lagu itu ringkas sahaja.

“Apatah lagi kami sudah lama tidak muncul dengan album baru. Mungkin ada di antara peminat yang beranggapan kami sudah tidak aktif atau berpecah. Saya anggap ini adalah permulaan yang baik untuk kami kembali lebih aktif,” ujarnya.

Selepas 18 tahun terbabit dalam persada muzik punk rock tanah air, Subculture telah menghasilkan tiga buah buah album berjudul Love & Hate pada tahun 1994, Time Knock (1997) serta Retrofungus (2002).

Kesemua album itu mendapat sambutan hangat daripada para peminat mereka di mana sebagai contohnya, album Love & Hate terbitan SZS Production telah dijual lebih 100,000 unit dan menjadi album mereka yang paling laris.

Menurut Azreen, buat masa ini Subculture sedang ligat mempromosikan semula nama kumpulan mereka termasuklah dua lagu single terbarunya yang kerap disiarkan melalui stesen radio X-FM, Muzik FM dan Red FM.

“Saya harap dengan adanya lagu single terbaru kami itu dan dalam projek Pelancongan Angkasa ini, lebih ramai peminat termasuklah generasi baru yang akan mengenali serta memberi perhatian kepada kami.

“Pada masa sama kami akan terus aktif mengadakan persembahan tidak kira di mana-mana juga. Misalnya pada Oktober ini Subculture akan mengadakan persembahan di Jakarta Rock Festival,” katanya lagi.

Selain Azreen, Subculture yang turut dianggotai Fa’o selaku gitaris, Izmir (bassis), Nizam (gitaris) dan Sani (dram) sebelum ini juga pernah muncul dalam album kompilasi The Best of Subculture pada 2006 dan A Circle of Friend (1993).

Subculture yang pernah popular menerusi lagu Fun Friends dan My Baby Don’t Want To Play With You turut mengambil pendekatan baru bagi meluaskan lagi pengaruh serta populariti mereka dalam persada muzik tempatan.

Antaranya dengan memberi tumpuan terhadap lagu-lagu Melayu di mana sejak hampir dua dekad bergerak dalam bidang muzik mereka belum pernah menghasilkan album Melayu sehinggalah munculnya lagu Dilema.

“Dilema adalah lagu Melayu pertama yang kami rakamkan. Sebelum ini kesemua album dan lagu yang kami rakamkan adalah dalam bahasa Inggeris. Saya dapati lagu-lagu Melayu semakin sesuai dalam muzik punk rock.

“Lagipun dengan adanya lagu-lagu Melayu ia akan memudahkan lagi penghayatan para peminat kami yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Kami yakin lagu Melayu juga boleh popular macam lagu-lagu Inggeris,” komennya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='snipersnake' date='11 August 2010 - 12:51 PM' timestamp='1281502293' post='1044549']
teringat pi gig depa kat bukit bintang dulu..
[/quote]


latest.. caller ringtone downloads!!!


[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs118.ash2/39250_147816041910770_100000471260222_402614_6844981_n.jpg[/img]

[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs251.snc4/39913_147815758577465_100000471260222_402613_3685873_n.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...