Jump to content
troikasix

Camner Nak Galakkan Penggunaan C++

Recommended Posts

Dah lama btul aku tak masuk putera.com nih.

Tengok Q&A dalam ni pun bertahun, berbulan. Sejak 2008. Nampak sangat C++ tak popular kat Malaysia nih.

Caner yek, nak mempopularkan bahasa C/C++ kat sini?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='xeonn' date='16 July 2010 - 12:40 AM' timestamp='1279212051' post='1042076']
Dah lama btul aku tak masuk putera.com nih.

Tengok Q&A dalam ni pun bertahun, berbulan. Sejak 2008. Nampak sangat C++ tak popular kat Malaysia nih.

Caner yek, nak mempopularkan bahasa C/C++ kat sini?
[/quote]

Q&A ni tak dak respon sejak 2008 sebab orginal putra.com ni down sejak tu... :lol: Tapi pasal C++ tak popular di Malaysia, memang aku setuju. Sebab utama la aku rase kerana IPT di Malaysia mengajar C dan C++ menggunakan silibus yang dah lapuk. Cuba bayangkan, pertama kali student nak kenal C/C++, ia digambarkan sebagai bahasa yang digunakan untuk membangunkan perisian console (skrin hitam dengan command prompt dan antaramuka berasaskan teks), mana student nak minat. Sedangkan C/C++ sudah jauh berkembangan dan jauh lebih lengkap berbanding bahasa-bahasa yang lain.

Aku pernah nyatakan perkara ini kepada pensyarah yang menghantar student praktikal ka ofis aku. Rasenya aku dah guna bahasa yang cukup lembut untuk menjelaskan perkara ni pada penyarah tersebut, tapi natijahnya.... semenjak itu takde lagi pelajar praktikal dari universiti tersebut yang dihantar ke sini... :rolleyes: huhuhu... susahnya mentaliti Melayu.... Apakan daya, aku bukanlah seorang jutawan, kalau tak aku dah bukak universiti sendiri untuk memperkenalkan C/C++ yang sebenar kepada student2 kite...

:unsure: Ape komen korang lak...?

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagi aku la kan c++ too complex
sebab tu x ramai yg berminat
selalunya newbie ni dia nak sesuatu yg boleh dilihat dan diklik (aka GUI)
kena program dalam c++ agak lama sebelum leh hasilkan GUI
nak kena mahir ngan pointer, virtual function la, oop la, memory management and etc
gui library lg... too much
aku pn dh stop skrg ni dgn c++
aku dh revert to java instead..
nnt ada masa nk usha balik c++

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='xeonn' date='16 July 2010 - 12:40 AM' timestamp='1279212051' post='1042076']
Dah lama btul aku tak masuk putera.com nih.

Tengok Q&A dalam ni pun bertahun, berbulan. Sejak 2008. Nampak sangat C++ tak popular kat Malaysia nih.

Caner yek, nak mempopularkan bahasa C/C++ kat sini?
[/quote]


Bagi aku tak kira la pakai bahasa programming apa sekali pun, semuanya sama, java, c, vb, ASP, php, assembly bla bla bla... konsepnye semua sama. Jadi kalau kita hadkan pemikiran kita hanya pada satu bahasa, produk yang kita hasilkan sangat terhad. Yang penting foundation bagi programming tu sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kurang sangat pendedahan mengenai library-library dan api-api c++ yang perlu untuk develop application.. kalau nak buat library sendiri jauh sangat lah kot kalau nak dibandingkan dengan apa yang diajar di universiti/kolej kita.. kalau ada pun yang boleh betul-betul coding c++ selalunya hasil dari usaha sendiri.. mungkin sebab tu ramai yang lebih suka pakai .net :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
apa kata kita belajar c++ dgn menggunakan Qt framework. buku free pun ada, http://cartan.cas.suffolk.edu/oopdocbook/html/
biasanya, utk gui programming, kita tak boleh lari dari menggunakan oop feature seperti inheritance. dgn belajar gui programming, kita akan dapat hasil yg segera iaitu program gui yg menarik :) tak perlu guna sifat2 haiwan utk belajar class (if u understand what i mean).

Share this post


Link to post
Share on other sites
Belajar C/C++ programming dengan menggunakan Game Library.
http://code.google.com/p/cominegl/

http://irrlicht.sourceforge.net/phpBB2/viewtopic.php?t=40504

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='troikasix' timestamp='1279212051' post='1042076']
Dah lama btul aku tak masuk putera.com nih.

Tengok Q&A dalam ni pun bertahun, berbulan. Sejak 2008. Nampak sangat C++ tak popular kat Malaysia nih.

Caner yek, nak mempopularkan bahasa C/C++ kat sini?
[/quote]
as student pgrmming pun aku rase mcm 2 gk...alasan drg sbb c++ satu bahasa yg mudah untuk faham bile nak blajar bahasa lain...tp bile nk blajar bahasa lain pun aku terkontang kanting la jgk...sbb konsep mybe same..tp care penggunaan adalah berlainan...itula pendapat aku..sbb aku pun baru berjinak2 dgn dnia pgrmming nie..terlambat ke??

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku rase C++ ni tak populer sebab kurang pendedahan... mula2 aku blajar programmming ni mase skolah menengah, pakai qbasic... buat programming pakai konsol jer... masu U pulak, belajar C, masih dalam konsol jugak... blajar alakadar je utk lulus peperiksaan... aku bukan student sains komputer/IT, so, tak perlu tau detail sangat bende2 ni, dah memang tak minat...

mase praktikal aku dipaksa utk blajar dan buat programming, mula2 dalam visual basic, then dalam borland delphi... baru aku tau rupenye programming ni bukan sekadar dalam skrin hitam jer, tetapi sesuatu yg sangat menarik utk di explore... pelbagai applikasi boleh dibuat...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku dulu belajar C, kemudian Assembly... sewaktu belajar, semuanya untuk aplikasi CLI.

Bila lihat VBasic, aku tak ada nafsu nak belajar... sebab melihat pada sintaks dan struktur yang terlalu ringkas aku takut jika aku laburkan masa untuk belajar VBasic ianya sia-sia kerana takut terkekang.

Mudah == Terhad
Kompleks == Kuasa

Jika graduan IT bekerja dengan dunia *NIX, kebanyakan tugas pentadbiran dan teknikal akan berurusan dengan CLI
Jika jadi Administrator dalam dunia Windows pun, CLI lebih berkuasa dari GUI.

Kalau aku jadi majikan, aku tak akan ambil pekerja yang tak selesa dengan CLI, kebarangkaliannya adalah mereka itu bukan power user. They are merely user, not producer of technology. Kebolehan membangunkan aplikasi CGI satu kelebihan besar, tapi kegelian dengan CLI pula satu kelemahan besar.

GUI harus diajar dalam subjek berasingan, GUI programming atau API programming.
Biarlah subjek C/C++ kekal sebagai subjek primer, untuk memahirkan pelajar dengan algoritma itu sendiri.
Biar mereka mahir dengan carpe diem programming itu sendiri, mengenal & menyelesaikan masalah.

Pelajar yang gagal melihat potensi pengaturcaraan hanya kerana interface CLI itu membosankan, aku rasa dari crowd yang sama yang tertarik dengan handphone model terbaru... bukan kerana kefungsian, tapi kerana silau dengan rupa yang lebih cantik. Ibarat lalat yang tertarik dengan cahaya terang dari pembunuh serangga, zappppp! kena karan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...