Jump to content
BasicCX

Harga Petrol, Diesel Naik 5 Sen

Recommended Posts

duit tu pendapatan negara bukan dari poket ahli2 politik BN sendiri. Ayat mudahnya siapa jadi kerajaan dia la yang kasi semua tu. Tak nampak pun macam parti kebajikan..bagi aku la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='16 July 2010 - 03:59 PM' timestamp='1279267168' post='1042145']
come onlah gunso,dah memang petrol disubsidi oleh kerajaan...abis selama ni pembangkang ke yang bagi subsidi?
takkan nak jadi kaum yang mengharap 'tongkat' sahaja,sampai bila nak manja?
dulu masa minyak naik,penyokong pembangkang jugak bising dlm forum ni kalau nak naik naik la 5-7 sen,ini dah ikut cakap diaorg pun still nak bising...
untuk election kalau ada effect pun mungkin sikit namun kalau rakyat tgk kerajaan selangor korek duit rakyat selangor kaw kaw...diaorang dah sedar(melayu la,cine dia peduli hape)
ditambah pula janji nak turunkan 20% cukai pintu tak ditunaikan,katanya tak cukup duit,duit korek pasir mana pegi?owh aku lupa masuk dlm karung DAP,hahaha!!!(heran sesak sangat ke sampai takde duit sanggup bg permit korek pasir)
dulu janji nak bagi RM1000 pada setiap anak selangor yang masuk Universiti,bagi duit pada ibu tunggal...siap ade moto lagi 'parti berkebajikan'
[/quote]

ler bukan aku persoalkan sapa yg bg subsidi tuh... dah kalau dia org pikir rakyat tak layak lagi dapt nak tarik2 tarik lah...

aku pon dah bosan nak gaduh pasal subsidi... krg tak sudah2 mcm kes subsidi lembu dlm citer zombie kampung pisang tuh...

taip karangan 100 jilid pon tak guna... dah kalau keputusannya nak naik...

aku cuma sindir dia org punya ayat jer kat paper2 arus perdana tuh... kalau dulu sebelum nih paper akan cakap minyak naik...

tapi sekarang dia org nak nampak sedap sikit dan tak nampak perkataan "naik" jadik dia org cakap tarik balik subsidi...

heh.. pasal pasir... bukan ker sejak dari zaman khir toyo dulu... cuma dulu selangor bwh BN... jadik sikit2 jer lah yg kuar tv pastuh senyap... skrn nih hah.. ambik ko... lombong yg lama2 pon kuar... time BN dulu berapa banyak surau dan madrasah dia org roboh... tak kuar tv pon... bila jatuh kat tgn pembangkang roboh satu surau pon seminggu tak abis berita pasal tuh... ceh cakap org hippo...

"takkan nak jadi kaum yang mengharap 'tongkat' sahaja,sampai bila nak manja?"

org bukan nak manja!!! org nakkan pembelaan!!! rakyat berpayung bwh kerajaan... dan bukannya kerajaan berpayung bawah rakyat!!! Edited by Gunso

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]org bukan nak manja!!! org nakkan pembelaan!!! rakyat berpayung bwh kerajaan... dan bukannya kerajaan berpayung bawah rakyat!!! [/quote]

hehe dalam nak menyindir berita arus perdana , kita pun pakai ayat sedap nih ek..

Share this post


Link to post
Share on other sites
"bersyukur la harga minyak kita rendah dari harga minyak negara serantau"

aku tak pro mana mana.. aku tak minat politik..

- harga kereta kita sangat mahal compared dengan negara serantau..
- pendapatan seisi rumah kita............ errrrr tinggi ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='16 July 2010 - 06:58 PM' timestamp='1279277902' post='1042182']
ler bukan aku persoalkan sapa yg bg subsidi tuh... dah kalau dia org pikir rakyat tak layak lagi dapt nak tarik2 tarik lah...

aku pon dah bosan nak gaduh pasal subsidi... krg tak sudah2 mcm kes subsidi lembu dlm citer zombie kampung pisang tuh...

taip karangan 100 jilid pon tak guna... dah kalau keputusannya nak naik...

aku cuma sindir dia org punya ayat jer kat paper2 arus perdana tuh... kalau dulu sebelum nih paper akan cakap minyak naik...

tapi sekarang dia org nak nampak sedap sikit dan tak nampak perkataan "naik" jadik dia org cakap tarik balik subsidi...

heh.. pasal pasir... bukan ker sejak dari zaman khir toyo dulu... cuma dulu selangor bwh BN... jadik sikit2 jer lah yg kuar tv pastuh senyap... skrn nih hah.. ambik ko... lombong yg lama2 pon kuar... time BN dulu berapa banyak surau dan madrasah dia org roboh... tak kuar tv pon... bila jatuh kat tgn pembangkang roboh satu surau pon seminggu tak abis berita pasal tuh... ceh cakap org hippo...

"takkan nak jadi kaum yang mengharap 'tongkat' sahaja,sampai bila nak manja?"

org bukan nak manja!!! org nakkan pembelaan!!! rakyat berpayung bwh kerajaan... dan bukannya kerajaan berpayung bawah rakyat!!!
[/quote]gunso aku bukan nak kaitkan ko pasal lain2 cuma aku kaitkan ko pasal dah memang minyak tu subsidi,bukan harga minyak naik...kalau harga minyak naik dah tentu harga petrol kita lebih mahal dari harga kawalan seluruh dunia.itu aje full stop yang lain tu aku tujukan utk semua.mungkin aku quote nick ko sorang tu yg ko hangin.

zaman Khir Tiyo memang ada aktiviti curi pasir namun ianya tiada permit serta masih dikawal,sekarang jgn kata ada kawalan,tiada kawalan langsung...selagi tak sampai kerak bumi selagi tu dikorek,kerajaan negeri pulak dah kantol permit takde terus je nak cover cina2 tu,dlm parlimen pembangkang persoalkan kenapa tiada penguatkuasaan,masalahnya mcmana nak amik tindakan,baru nak bertindak kerajaan negeri dengan tergesa2 bagi permit pastu terikh tu diundurkan awal,dah tu boleh pulak nak persoalkan kenapa tiada penguatkuasaan hahaha...lawak...

haaa...pasal surau roboh tu,ni aku nak citer,kat subang berdekatan lapangan terbang area roundabout kat petronas tu ada masjid,kuil pejabat kerajaan duduk atas tanah MAS,kebetulan diaorg nak naik taraf kat kawasan tu,pejabat kerajaan(tempat aku keja sblm ni) tu diarahkan pindah,namun yang kekal disitu ialah kuil dan masjid,tapi dlm suratkhabar harakah dan ceramah2 kat masjid tu diaorg boleh buat fitnah kata kerajaan akan robohkan masjid tu,buat fitnah kat dlm masjid masa solat jumaat lagi...org2 yang hadir tak tau apa2 hidup2 kena tipu,sedangkan kerajaan takde kuasa atas tanah tu sebab tanah tu MAS punya...so kalau ade cerita2 surau atau masjid kena roboh memang aku tak layan langsung...
la ni sampai sekarang masjid tu tersergam...tak kena cuit langsung...so apa jadi dengan fitnah tu?
surat khabar arus perdana tak kata ape sebab pagi td diaorg dah cetak suratkhabar,malaysiakini tu bukan suratkhabar yang dicetak...ikut akal la kalau nak sindir huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tapi bagi aku la kan.. untuk memantapkan lagi ekonomi negara,
[b]hapuskan terus subsidi [/b]barangan dan minyak/gas.

Kalau harga barang naik mendadak, pelabur luar akan yakin
dengan ekonomi negara yang kukuh dengan kadar segera.

Rakyat harus bijak berbelanja dan tidak boros tak tentu hala.
Beli barangan perlu sahaja dan guna sikit2 sudahla.

ok.

Share this post


Link to post
Share on other sites
udah2 le..sini crita psl subsidi minyak... ape kene mengene ngn surau,korek pasir, tanah MAS, ceramah solat jumaat..

Share this post


Link to post
Share on other sites
pada aku,lebih baik kita pikir macam mana cara nak berjimat.kalau nak berdebat memang tak abis.lagi satu yang aku risau nanti harga makanan,barang-barang lain akan turut naik harga....ape kes la.tambah lagi nak menjelang musim perayaan nanti,lagi la peniaga2 tu suke-suke nak naikan harga.pengurangan subsidi tu memang dijangka berlaku...elok la sikit-sikit dulu.org2 kaya pun dpt subsidi mcm org yg biase-biase ni...kureng kat situ la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku tak tau la topik ni sesuai tak untuk bincang bende ni tapi aku belasah je la.


Cube fikir balik, sape2 yang pernah mengikuti self help camp @ baca self help book aku rasa mesti pernah terjumpe 2 terms ni.

1. Need
2. Want

2 bende ni principal orang masayarakat moden sekarang.

Need = Beras, megi, gula, minyak, oksigen.
Want = Melancong, iphone, PS3, Fairlady, awek/bini lawa, mekdi, futsal.






Selalunya, jujurlah, kita menipu diri sendiri.

"Alaa, bila lagi nak merasa PS3. Nanti keluar pulak PS4."

"Bile lagi nak gi Phuket.Pasni nak kumpul duit anak nak belajar, nak pegi haji lagi."


Tapi, kita perlu tak bende2 ni sebenarnya? Mati ke kalau tak dapat?



ok.


Kita undur sikit .... 60 tahun kebelakang. Time neagara kita masih dipanggil Persekutuan Tanah Melayu.



Ada tak moyang/atuk/buyut kita main PS3?
Ade tak diorang leisure kehulu kehilir bawak Murano?
Ade ke UniFi zaman tu?


Kebanyakan diorang cume menoreh, takpon keje kebun. Mostly self-sufficient. Cukup2 makan sendiri.

Diorang tak berhutang. Takde apa2 liabiliti.

Mentaliti diorang masa tu hampir serupa dengan entrepeneur2 hebat kat luar sana especially Yahudi.

Cuma diorang takde ilmu dan peluang serta rezeki untuk berjaya dalam bisnes. Tu je.



Sebut2 hutang ni, mesti ada yang cakap:

"alaa, yahudi pon bisnes hutang jugak ape."

Diorang ada ilmu yang cukup untuk balance dan kawal hutang tu. Dan purpose berhutang diorang mostly adalah untuk expand bisnes dan jugak diri sendiri.

Bukan untuk beli Alienware M17x.


To make it simple:
-Kebanyakan dari kita sebenarnya dah diillusioned dengan need dan want. Tak tau nak beza mana satu dah.

Sampai satu tahap makan kentaki 3 kali seminggu pon dikira need.

-Kita terlalu takut nak tinggalkan bende2 yang honestly, 'macam best' je.






Why not.....

Drop what you don't need (in this context: WANT).

Banyak lagi boleh dibuat dalam dunia ni.


Kenapa dengan harga naik 5 sen untuk RON95 kita dah menggelabah?

Kenapa kita terlalu LEMAH untuk biarkan diri kita dikawal emosi sebab 5 sen seliter????

Bukan ke kita ni ada akal, dan ada willpower untuk kontrol diri kita? Kita boleh merancang, plan and execute the plan untuk berjimat, to be precise, supaya kita tak terasa beban naik harga minyak ni.

Jangan la biar persekitaran kontrol diri kita. Kalau macam tu ktia ni serupa macam kucing belaan je, tunggu tuannya bagi makan. Kalau tak, silap haribulan, kebulur.


Kita ni manusia ke kucing?

Share this post


Link to post
Share on other sites
betul tu Nezict,rakyat yang bijak tak kira penyokong atau pembangkang ialah yang pandai menghargai dan bijak dalam mengurus perbelanjaan.
janganlah pulak sebut mereka2 yang fakir miskin kerana mereka ada juga terima bantuan,dan mereka tak pakai kereta,so org yang amat miskin kita tolak ketepi.
lagipun keputusan ini dibuat berasaskan kolektif dari seluruh negara.
kalau subsidi tari sikit kita semua marah bagai nak rak mcmana la kerajaan nak respon pada kehendak yang diminta oleh pembangkang agar ekonomi kita meningkat,kita kena korban sesuatu untuk capai sesuatu.
so kita sepatutnya dah mulakan menabung,sentiasa menderma agar rezeki kita lebih luas dari pelbagai sudut.come onlah kita dlm ni semua bijak2 kan?
so kita kalau berfikir kena berfikir jauh,bukan ikut emosi,bagi mereka yang melenting pasal kenaikan harga minyak ni,cubalah baca suratkhabar metro hari sabtu lepas atau surat khabar arus perdana untuk dapatkan maklumat,kalau baca harakah memang takde maklumat2 pasal untuk apa,kenapa subsidi dikurangkan sedikit,baca harakah memang semua negatif kalau berkaitan keputusan kerajaan.sedikit sebanyak kita faham...

Share this post


Link to post
Share on other sites
memang bagus macma tu tapi kerajaan patut potong elaun2/gaji menteri kabinet 1-2% pun jadi la untuk tunjuk kata 'berat sama dipikul' walaupun 1-2% je . Karang kalau potong gaji/ takde bonus untuk kakitangan kerajaan lain kena tuduh zalim @ tak sayang rakyat lak .hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
huh...

kerajaan sangat2 memerlukan orang cam korang ni.....huhuhu....

tapi orang cam aku, aku tak perlukan kerajaan cam sekarang ni.....hehehe.....

p/s: sori kalau terasa...kalau tak nak rasa, naik lori.....



>_<

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TemanX' date='18 July 2010 - 09:28 PM' timestamp='1279459719' post='1042381']
huh...

kerajaan sangat2 memerlukan orang cam korang ni.....huhuhu....

tapi orang cam aku, aku tak perlukan kerajaan cam sekarang ni.....hehehe.....
[/quote]
ko perlukan kerajaan mcmana?kerajaan thai ke?hahaha...
@hampeh,betul tu,aku memang setuju kalau gaji menteri dan pegawai2 berjawatan JUSA dipotong elaun,barulah berat sama dipikul...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TemanX' date='18 July 2010 - 09:41 PM' timestamp='1279460499' post='1042384']
>_<

esok kalau dah naik lori, jangan nyesal plak....


p/s: sekadar nasihat je....
[/quote]
eh ok ape,kita pun jarang dapat peluang nak naik lori ape hehehe...nasihat yang baguusss... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau nak lagi best, dekat pilihan raya nanti,
naikkan lagi harga barang/minyak/gas/tambang dll.
lepas tu naikkan lagi gaji/elaun VVIP

yang aku minta turun satu jer, harga broadband. Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='19 July 2010 - 04:06 PM' timestamp='1279526806' post='1042458']
Kalau nak lagi best, dekat pilihan raya nanti,
naikkan lagi harga barang/minyak/gas/tambang dll.
lepas tu naikkan lagi gaji/elaun VVIP

yang aku minta turun satu jer, harga broadband.
[/quote]


apasal lak harge broadband kene turun??
haha

memang turun ape
sebab diorang berperang harge

so leh la berkempen dengan broadband eh? :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#ff0000"][b][size="5"]Alasan barang naik BN melucukan
[/size][/b][/color][/center]


Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.

Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik," kata Senator Syed Husin Ali dari PKR

Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai[b][size="4"] tidak masuk akal[/size][/b].

Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?" soalnya.

Kaya bertambah kaya

Katanya, pengurangan subsidi, kgususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion.

Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana," katanya di lobi senat hari ini.

Hujah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap Syed Husin yang merupakan timbalan presiden PKR sebagai mengarut

"Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara byang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah," katanya.

Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan.

[url="http://www.malaysiakini.com/news/137736"]http://www.malaysiak...com/news/137736[/url]

============================================================================================================================




memang mengarut -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites
eh betul ape tengok berapa ramai yang kena kencing manis,lihat perangkaan jabatan kesihatan berapa banyak meningkat,bagi aku ianya bukan mengarut.aku lebih sayangkan kesihatan dari gula naik sikit,by the way rakyat mahukan peningkatan taraf hidup,so terpaksa korbankan sedikit demi mencapai sesuatu...reaksi rakyat setakat ni takde yang menentang keras pun.kita pun bukan beli gula hari2

Share this post


Link to post
Share on other sites
>_<


aku taknak komen ape2.....


cuma aku berharap supaya, takde lagi la kat malaysia ni kisah mat jenin dan pak jenin vs mat pandir vs pak pandir.....hehhehe.........


p/s: insan mengharap.


>_<


p/s no2:tak lari gunung dikejar, tak lari kucing dikendong.....kalau takpaham2 lagi panjat gunung bawak kucing pastu lompat sahaja.....


>_<

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='20 July 2010 - 08:26 AM' timestamp='1279585576' post='1042538']
eh betul ape tengok berapa ramai yang kena kencing manis,lihat perangkaan jabatan kesihatan berapa banyak meningkat,bagi aku ianya bukan mengarut.aku lebih sayangkan kesihatan dari gula naik sikit,by the way rakyat mahukan peningkatan taraf hidup,so terpaksa korbankan sedikit demi mencapai sesuatu...[b]reaksi rakyat setakat ni takde yang menentang keras pun[/b].kita pun bukan beli gula hari2
[/quote]

heh~~ mana taknya... semua media dah bg tau awal2 supaya.... :lol:

[quote]Malaysia Kini, 16 Jul. 2010

[b]Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'[/b]

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

[b]Jangan buat tinjauan rambang[/b]

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

[b]Puji 'keberanian' Najib[/b]

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

[b]Media patuhi arahan[/b]

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='16 July 2010 - 10:47 PM' timestamp='1279291679' post='1042206']
Tapi bagi aku la kan.. untuk memantapkan lagi ekonomi negara,
[b]hapuskan terus subsidi [/b]barangan dan minyak/gas.

Kalau harga barang naik mendadak, pelabur luar akan yakin
dengan ekonomi negara yang kukuh dengan kadar segera.

Rakyat harus bijak berbelanja dan tidak boros tak tentu hala.
Beli barangan perlu sahaja dan guna sikit2 sudahla.

ok.
[/quote]

:lol: Yess!!! Aku setuju. Dari dulu aku selalu bagi cadangan supaya hapuskan semua subsisi dan biarkan semua barangan pada harga sebenar mengikut permintaan. Aku ada 2 alasan kukuh:

1. Setiap kali kenaikan harga minyak dan barangan bersubsidi lain yang sedikit akan digunakan oleh peniaga sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan lain berlipat kali ganda. Gula naik 5 sen sekilo, teh tarik naik 20 sen segelas. Berapa kilo gula yang digunakan untuk membuat segelas teh tarik sehingga kesan kenaikannya begitu mendadak?

2. Harga padi tak pernah naik kerana kononya telah diberi subsidi baja tapi harga beras dah berlipat ganda. Kesian petani yang juga terpaksa beli beras bila nak makan nasik kerana semua kilang padi kat kampung2 dah tak de, dipaksa tutup. Apa yabg berlaku, harga padi dikekang dari naik dan dipaksa jual kepada Bernas dan kilang2 kroni dengan jenama pilihan Bernas. :unsure: Dulu sebelum ada subsidi, petani adalah golongan yang kaya. Masa aku kecik2 dulu, atuk aku adalah orang yang kaya dan disegani kerana memiliki tanah padi yang luas, tapi sekarang ni, luas mana pon tanah padi tak akan kaya kerana pendapatan dari penanaman padi hanya cukup untuk bayar upah membajak kerana harga padi dikekang.

:unsure: Fikirkan lah, susidi sebenarnya tidak membantu tapi hanya menyediakan ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
errr semua nie dah daftar sebagai pengundi....klu belum daftar la skang ekekkekek...(off topic)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='din77' date='20 July 2010 - 04:08 PM' timestamp='1279613284' post='1042630']
errr semua nie dah daftar sebagai pengundi....klu belum daftar la skang ekekkekek...(off topic)
[/quote]

aku tak cukup umur :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...