Jump to content
Sign in to follow this  
Panglima Khalid

Doa Pelindung - Dari Musalsal Syeikh Nuruddin Banjari

Recommended Posts

dipetik dari [url="http://www.facebook.com/note.php?note_id=417626491841"]sini[/url]

ada orang tanyakan ada tak doa untuk berhadapan dengan pemimpin atau orang-orang besar?

saya jawab ada, tapi nak cek balik file dan kalau file dulu hilang saya taip semula.

dan ini saya sebarkan tentang satu doa yang dibaca memohon perlindungan dari Allah SWT yang menjadi amalan generasi ke generasi.

sejarahnya saya dengan doa ini, bermula ketika di alam persekolahan di tingkatan dua di SMKANT (tahun 2000). guru kami Ustaz Rijaluddin Yahya menampalkan doa ini di papan kenyataan di dinding surau sekolah. dan dalam usrah khusus Group al-Maunah kami bersama beliau, dinyatakan bahawa beliau dapat doa tersebut dari gurunya Syeikh Nuruddin Banjari.

setelah saya ke mesir, pada ramadhan 2006 saya mengikuti kelas Tn Guru Syeikh Nuruddin Banjari di Asrama Rumah Terengganu, Hayyu Asyir, Kaherah, dan Tn Guru ijazahkan beberapa hadis musalsal yang dihimpunkannya kepada kami untuk diamalkan dan disampaikan. antaranya adalah doa ini.

walaupun ianya hadis musalsal tetapi bukanlah perbuatan Nabi menulis dan meletakkannya ke dalam poket. kata-kata tersebut dari Rabiek, salah seorang periwayat hadis. manakala matan doa adalah bersambung sanadnya dengan Nabi SAW.

diceritakan bahawa pada zaman Khalifah Abi Jaafar, khalifah mahu bertemu dengan Syeikh Jaafar Bin Muhammad. kemahuan itu disampaikan kepada Rabiek selaku setiausaha peribadi khalifah untuk menjemput Syeikh Jaafar Bin Muhammad. sebenarnya Khalifah Abi Jaafar mahu membunuhnya.

Rabiek pergi bertemu Syeikh Jaafar Bin Muhammad menyampaikan perintah khalifah. Syeikh Jaafar Bin Muhammad bersetuju berangkat ke istana dan ketika di muka pintu Syeikh Jaafar Bin Muhammad terkumat kamit mulutnya membaca sesuatu. Kemudian barulah beliau masuk dan mengucapkan salam kepada khalifah.

setelah selesai dialog antara Khalifah Abi Jaafar dengan Syeikh Jaafar Bin Muhammad, khalifah menjadi tenang dan memuliakan Syeikh Jaafar Bin Muhammad, dan memerintahkan rabiek mengirim hadiah kepada Syeikh Jaafar Bin Muhammad ketika menghantarnya pulang.

di akhir peristiwa itu, sebelum mereka berpisah, Rabiek bertanyakan Syeikh Jaafar Bin Muhammad apakah doa yang dibacanya sebelum masuk bertemu khalifah? adakah doa itu bersandar kepada Nabi SAW?

Syeikh Jaafar Bin Muhammad berkata beliau mengambil doa itu dari bapanya, dan bapanya dari bapanya (datuk Syeikh Jaafar Bin Muhammad), dari datuknya (datuknya ayah Syeikh Jaafar Bin Muhammad), bahawa Nabi SAW apabila ada sesuatu yang merunsingkan baginda akan berdoa dengan doa ini.


download file PDF dari sini : [url="http://panglimakhalid.com/Downloads/dokumen/doa_pelindung.pdf"]http://www.detik-perjuangan.co.cc/download/doa_pelindung.pdf[/url]


maksud doa (mafhumnya):-

Ya Allah, kawallah aku dengan pandangan mataMu yang tak pernah tidur, naungilah daku dengan naunganMu yang tidak pernah terpadam, dan rahmatilah daku dengan kudratMu. Engkaulah kepercayaanku dan harapanku.

Betapa banyaknya nikmat yang Engkau curahkan ke atasku terasa kurangnya syukurku terhadapMu, betapa dari ujianMu ke atasku namun terasa kurang kesabaranku.

Wahai Tuhan, yang syukurku amat kurang kepadaMu janganlah Engkau menghalangiku dari nikmatMu, wahai Tuhan, yang kesabaranku amat kurang apabila diuji janganlah Engkau menghinaku, wahai Tuhan, yang mengetahui dan melihat dosa-dosaku janganlah Engkau membuka keaibanku.

Aku memohon kepadaMu selawat keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW , dan keatas ahli keluarganya sepertimana Engkau berselawat dan memberkati serta merahmati ke atas Nabi Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah aku terhadap agamaku dengan duniaku, dan terhadap akhiratku dengan taqwa. Peliharalah daku terhadap apa yang telah berlalu dan janganlah Engkau bebankan aku dengan apa yang akan mendatang.

Wahai Allah yang tidak akan menjadi mudharat dengan sebab dosa-dosa manusia kepadanya, dan yang tidak terkurang keperkasaannya dengan pengampunan yang diberikan, maka kurniakanlah aku pengampunanMu yang tak akan mengurangkan barang sedikit pun kekuasaanMu, dan ampunkan dosa-dosaku yang tidak mungkin memudharatkanmu.

Wahai Tuhanku, aku memohon perlindungan kelapangan dan kesabaran, dan aku memohon Ya Allah kesejahteraan dari setiap ujian, dan aku mohon perasaan syukur atas setiap kesejahteraan yang aku lalui, dan aku mohon kesejahteraan yang berpanjangan, dan aku mohon Ya Allah agar aku tidak bergantung harap dengan manusia.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pemberian Allah SWT yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
perhatian. jika dituliskan dan diletakkan dalam poket, pastikan apabila masuk ke tandas kertas tersebut dikeluarkan.

dikatakan bahawa Imam Syafie r.a. juga menulisnya dan menyimpannya di dalam poket beliau ketika berhadapan dengan penguasa. Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...