Jump to content
Sign in to follow this  
Helghast

Dilemma Rumah Titian Kasih

Recommended Posts

Merujuk kisah tentang Rumah Titian Kasih (RTK) aku cukup kecewa dengan apa yang berlaku,walau pun didalam surat khabar memberitahu mereka telah mendapat kebenaran kembali ke RTK,namun ianya hanya untuk sementara,tapi apa yang aku nak persoalkan ialah Quote dari Pengasas RTK ini [quote]Menurutnya, RTK yang sudah beroperasi selama 12 tahun sebelum ini pernah mengutip dana untuk memiliki rumah bernilai RM2.5 juta itu, namun gagal.


“Ada pihak yang prihatin dengan nasib kami menderma 10 peratus daripada nilai rumah itu, namun tetap gagal membelinya kerana dana masih tidak mencukupi.


“Malah, tiada pihak pun termasuk bank dan agensi bertanggungjawab mengambil berat perkara ini atau bersetuju membantu dalam usaha pembelian itu,” katanya. Katanya, hatinya berat untuk berpindah kerana tiada lokasi strategik setakat ini sedangkan RTK sekarang berdekatan sekolah dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).


“Ini kerana ada lima penghuni bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (enam) dan empat lagi bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


“Lagipun, jika ada penghuni sakit, sini dekat dengan HKL,” katanya.


Menurutnya, [b]dia pernah cuba meminta bantuan dari semua saluran sejak menerima notis berpindah, namun maklum balas diterima amat mengecewakan. “Selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kami juga membuat permohonan kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), namun gagal,” katanya.[/b]

Katanya, kira-kira RM30,000 diperlukan RTK setiap bulan untuk perbelanjaan makan dan minum penghuni selain sewa bagi rumah itu berjumlah RM5,000.
[/quote]
persoalan yang aku nak kita bincang bukan Jabatan Kebajikan yang memang banyak kes mereka kena bantu,tapi yang aku nak persoalkan ialah

1. Apa fungsi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
2.Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
mereka seolah2 tak mengambil berat akan kesusahan yang mereka alami,bukannya mereka nak bantu tapi tak ambil kisah,sehinggalah ada pihak yang cuba bantu sehinggakan keluar ke media...
dari dulu aku memang dah kata mereka ni memnag buat keja sambil lewa ataupun tak buat keja langsung = makan gaji buta.
pernah dulu keluar berita kat media yang mana aku rasa korang pun pernah dengar bila ibu tunggal menerima bantuan daripada persatuan Agama Kristian? Fuhh!!! masa tu hangat jugalah Jabatan agama dan Pusat pungutan Zakat sound kenapa tak minta bantuan dengan mereka,namun bila ibu tunggal itu menceritakan bahawa segala aduannya tidak dilayan,mereka kata tak terima aduanlah bla..bla..bla...(nampak sangat laporan tu ditong sampah)

komen korang pulak?

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pon sebenarnya tak tau lah apa yg jabatan2 tuh semua buat...

duit yg dia org kutip tuh nak buat apa ler perap dlm tabung tuh kalau tak digunakan utk bantu org2 yg memang memerlukan...

nanti kalau sesuatu dah berlaku baru sebuk pihak itu ini berduyun2 berjanji dan memberi gerenti nak bg bantuan...

kalau nak harap bank mmg tak dapatlah... pasal bank bukan nak ambik kes2 mcm nih... dia org bermotifkan keuntungan...

RTK dah bg cara nak kerja sama pon tak lepas gak... bukannya suh dia org beli bangunan tuh dan bg free balik...

krg mubaligh2 tuh lagi yg dtg tolong baru nak kepoh...

tapi tuh ler realitinya... bila dah jadik sesuatu baru nak tengadah...

apa kata kita bukak tabung kat sini... kurang2 ada ler sesuatu yg kita leh usahakan kat sini... nak harap jabatan tuh... huh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Komen aku? Masalah lama, masalah sama. Masalah birokrasi, banyak bunyi, banyak songeh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='02 July 2010 - 01:10 PM' timestamp='1278047432' post='1039970']


apa kata kita bukak tabung kat sini... kurang2 ada ler sesuatu yg kita leh usahakan kat sini... nak harap jabatan tuh... huh...
[/quote]
aku rasa cadangan untuk buka tabung elok,bukan sahaja untuk rumah RTK ini tapi mana2 pihak yang perlukan bantuan mcm sumbangan palestin,kita try kumpul RM1 sebulan.lebih baik.tapi kena minta izin dari pengasa dan kena cari mereka yang betul2 boleh dipercayai...

Share this post


Link to post
Share on other sites
hah... td kat tv... dapat reputasi buruk dah RTK tuh...

haih... bukan nak nolong selesaikan masalah... makin kusutkan lagi ada lah... haih~~~

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='02 July 2010 - 08:54 PM' timestamp='1278075255' post='1040022']
hah... td kat tv... dapat reputasi buruk dah RTK tuh...

haih... bukan nak nolong selesaikan masalah... makin kusutkan lagi ada lah... haih~~~
[/quote]

yang nie ke?


[quote]KUALA LUMPUR, 2 Julai — Keluarga Norizan Nor, penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) yang hilang sejak dua minggu lepas, kesal apabila kehilangan wanita itu tidak dimaklumkan oleh pengurusan pada hari kejadian.

Ibu wanita itu, Aminah Mahmud, 56, berkata kehilangan Norizan, 39, hanya dimaklumkan selepas 19 hari malah pihak pengurusan membuat laporan polis mengenai kehilangan wanita itu pada 12 Jun.

"Pada 30 Jun, kira-kira pukul 3 petang, saya menerima panggilan telefon daripada pihak pengurusan bahawa Norizan hilang pada 29 Jun sedangkan sebenarnya dia telah didapati hilang pada 11 Jun.

"Saya tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan lewat memaklumkannya dan kami terus bergegas ke sini dari Jerteh, Terengganu tetapi kami bertambah kecewa apabila kehadiran kami tidak dilayan," katanya kepada pemberita di RTK di sini hari ini.

Aminah mendakwa beliau dan keluarga tiba di RTK kira-kira pukul 10 malam 30 Jun dan menghubungi pengusaha RTK, namun mereka tidak dipedulikan dengan alasan RTK mempunyai tetamu.

Beliau berkata apabila diminta untuk melihat laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan, mereka memberikan pelbagai alasan.

"Jadi, kami terus ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat semakan laporan namun tiada laporan yang dibuat pada 29 Jun sebaliknya laporan yang dibuat adalah pada 12 Jun," katanya.

Aminah berkata beliau sangat terkilan dengan sikap pengurusan yang tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan anaknya.

Beliau turut melahirkan rasa risau dengan keadaan anaknya kerana Norizan perlu mengambil ubat untuk penyakit sawan yang dihidapinya. — Bernama

[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukan nak kata apa, pusat tu hidup atas bantuan dan ehsan, nak survive pun sakit. Logik ke nak harapkan kualiti mutu perkhidmatan setaraf syarikat multinasional?

Share this post


Link to post
Share on other sites
yg family tuh pon 1... dah campak anak dia kat situ biar mcm tuh jer tak ambik tau apa pon...

tuh kalau tak bg tau org tuh hilang 1 tahun kemudian pon tah tau ker tak yg org tuh masih wujud kat situ ker tidak...

30 jun tuh dah tentu dia org tgh pening nak pikir mana nak sumbat penghuni2 yg ada kat RTK tuh pasal dah nak kene halau keluar...

kalau dia betul2 ambik berat pasal anak dia mesti dia dah ambik tau dan tahu anak dia dah hilang... pasal berita RTK kene kuar dari rumah tuh dgn perintah mahkamah dah keluar 2-3 hari lalu dah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
yer ker dah kena kuar..so diaorang pindah kemana taktahu la yer.. pastu camner ngan cadangan "tabung ehsan putera" nih... jadi ke ditubuhkan...??

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='03 July 2010 - 03:13 PM' timestamp='1278141234' post='1040081']
yg family tuh pon 1... dah campak anak dia kat situ biar mcm tuh jer tak ambik tau apa pon...

tuh kalau tak bg tau org tuh hilang 1 tahun kemudian pon tah tau ker tak yg org tuh masih wujud kat situ ker tidak...

30 jun tuh dah tentu dia org tgh pening nak pikir mana nak sumbat penghuni2 yg ada kat RTK tuh pasal dah nak kene halau keluar...

kalau dia betul2 ambik berat pasal anak dia mesti dia dah ambik tau dan tahu anak dia dah hilang... pasal berita RTK kene kuar dari rumah tuh dgn perintah mahkamah dah keluar 2-3 hari lalu dah...
[/quote]
betul tu,kalau tak keluar berita aku rasa dia takkan nak amik tau tentang anak dia tu,ape punye family la,mak dia tu memang tak ade rasa tanggungjawab nak jaga anak sendiri...esok lusa kalau dah tua anak2 dia yang normal hantar dia kat rumah org2 tua baru sedar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
diharapkan semoga selamat la penghuni2 RTK tu yek...semoga pihak2 berkaitan ambil berat laa ttang perkara nie...soal kemanusiaan beb...bukan perniagaan atau birokrasi dan sensasi ,baik aku minum pepsi :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...