Jump to content
Sign in to follow this  
rockerzin

Ibu Bapa Terima Sms Jika Anak Ponteng Sekolah

Recommended Posts

BERHATI-HATI bagi anak-anak yang suka ponteng, tidak kira ponteng sekolah, kelas biasa atau kelas tambahan kerana perbuatan itu kini boleh dikesan oleh ibu bapa apabila Fezasha Interactive House (FIH) berjaya membangunkan Sangseri, iaitu rumusan menyeluruh sistem pengurusan murid dan guru di sekolah.

Anak ponteng sekolah bukanlah masalah baru di kalangan ibu bapa dan ia sukar dibendung, sedangkan pelbagai usaha sudah dilakukan oleh pihak sekolah, pihak berkuasa, mahupun ibu bapa sendiri.

Ibu bapa yang mahu memenuhi tanggungjawab memberi pelajaran kepada anak akan menghantar anak ke sekolah, pusat tuisyen dan sebagainya.

Tapi jika anak mereka ponteng, tidak ramai ibu bapa yang tahu melainkan selepas guru membuat aduan. Itu pun selepas beberapa hari murid berkenaan tidak hadir.

FIH mengambil pendekatan mudah kerana gerbang berasaskan laman web itu mudah digunakan dan guru boleh menghantar maklumat murid kepada ibu bapa menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Pengarah Urusan FIH, Rafeza Osman, berkata sebagai permulaan gerbang Sangseri yang dibangunkan selama empat tahun itu mempunyai 24 ciri utama untuk kegunaan sekolah bagi menguruskan anak murid dan guru secara mudah, sekali gus mewujudkan rasa puas dan yakin di kalangan ibu bapa.

“Disiplin pelajar kini semakin menurun walaupun pelbagai tindakan diambil terhadap mereka, terutamanya masalah ponteng kelas atau sekolah, walaupun mereka dihantar oleh ibu bapa ke sekolah sedangkan pada waktu perantaraan itu tiada siapa tahu apa yang berlaku kepada anak-anak mereka,” katanya.

“Rumusan kami dianggap menyeluruh dan interaktif kerana ia berasaskan web dan boleh dicapai oleh ibu bapa di mana saja mereka berada. Ia juga disepadukan dengan sistem telekomunikasi mudah alih untuk penyampaian maklumat secara terus kepada ibu bapa menggunakan SMS,” katanya kepada Komputer, Selasa lepas.

Antara 24 ciri itu, salah satunya ialah ‘Kedatangan Online’ yang mana guru akan memasukkan maklumat kedatangan murid ke dalam sistem menggunakan komputer yang akan dibekalkan oleh FIH kepada sekolah yang mengambil bahagian dan dalam masa tiga minit, ibu atau bapa akan mendapat SMS memberitahu mengenai kehadiran atau ketidakhadiran anak mereka.

“Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh guru untuk menghantar SMS kepada guru lain bagi tujuan memanggil untuk mesyuarat atau sebagainya. Ciri ini juga sesuai digunakan oleh agensi kerajaan atau swasta kerana ia memudahkan dan cepat,” kata Rafeza.

Laporan kemajuan pelajar, terutama keputusan peperiksaan juga akan dihantar terus kepada ibu bapa menerusi SMS menggunakan gerbang yang lengkap itu, selain turut menyediakan ruangan ‘chat’ yang membolehkan ibu bapa dan guru berinteraksi mengenai sebarang pemasalahan atau berbincang mengenai anak mereka.

Sistem ini mudah disediakan dan pihak sekolah hanya perlu melanggan dengan kami secara percuma yang mana sekolah terbabit akan dibekalkan dengan komputer yang dihubungkan ke sistem rangkaian FIH menggunakan Internet. Semua bentuk penyelenggaraan juga akan dilakukan oleh FIH.

Ibu bapa hanya perlu mendaftar dengan bayaran RM60 setahun bagi seorang pelajar.

Rafeza berkata, gerbang ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dan dalam proses menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Dalam tempoh dua tahun ia boleh diperoleh dalam bahasa Cina dan India dan ke bahasa lain untuk pasaran antarabangsa, terutama di Timur Tengah.

Dipetik dari BH

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sangseri

nama tak komersial pun. isk.!

kalo sape boleh dapat aplikasi sistem disiplin murid yg running kati m$ publisher tu lagi bagus, yg penolong kanan n che gu disiplin je guna.

nak reverse-engineer balik tongue.gif.. kohkohkoh.. pasal yang tu lagi best. setiap salinan rekod disiplin akan diforward ke Pengetua, PPD, Negeri dan Kementerian.

pegi mana2 dengan rekod disiplin. smile.gif

p/s pasal boleh buat bisnes la ni..

#edit-1

Ibu bapa hanya perlu mendaftar dengan bayaran RM60 setahun bagi seorang pelajar.

kalo ada ibubapa kat Malaysia ni sanggup keluar RM60 ni, bagus la.

Edited by izwan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...