Jump to content
K.A.

Gay & Lesbian - Semakin Berleluasa

Recommended Posts

permudahkan kawin lebih bukan penyelesaiannya...mereka yang terjebak nie ada dari kalangan yang dah kawin pun ada juga....pokok pangkal jiwa mereka tu sebenarnya sakit..mereka memerlukan rawatan psikiatri..mereka keliru...bagi muslim pendekatan agama adalah jalan terbaik...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Senang macam ni lah, aku gay dan aku orang islam yang bersolat 5 waktu dan ikut hukum agama. Jika ada apa-apa persoalan tentang golongan gay ni, aku lah yang layak menjawabnya. Aku tak pernah kata aku bangga jadi gay, tapi untuk forumers kat sini biar lah aku korbankan keaiban aku utk kebaikan orang lain.

Bagi aku memang betul homoseksual ni seolah-olah sejenis penyakit mental. Cumanya orang biasa tak lihat perkara ni sebagai satu penyakit. Bila dengar saja orang sebegini diaorang takde fikir apa dan terus melemparkan maki hamun, kaum laknat dan sebagainya. Homoseksualiti ni pula ada beberapa jenis.. ada yang sejak kecil dah jadi mcm tu, ada yang disebabkan orang lain yang buat dia macam tu, ada yang nampak lembut ada yang keras, yang jadi bapok dan sebagainya.

Kita mungkin tak faham macam mana mereka boleh suka kaum sejenis.. memang amat pelik bagi kita. Tapi mereka sendiri pun tak faham, pasal ini fitrah bagi mereka, bukannya dibuat-buat bukan saja-saja nak cuba. Ianya ibarat tanyakan soalan "kenapa kau suka perempuan?" kepada lelaki normal.

Sebenarnya cara menindas ni memang tak berkesan untuk membendung mereka. Sebab ini bukan jenis penyakit yang biasa dan bukannya kita boleh guna cara biasa. Ini masalah hati dan perasaan. Seolah-olah hati dan perasaan orang bercinta, yang sentiasa teguh walau macam mana sekali dugaannya. Jadi setiap kali kita hina, setiap kali kita asyik kata suruh ingat pasal kaum Nabi Lut, bukan mereka tak tahu pun. Tapi kalau dah dimarah-marah macam mereka ni bukan manusia, macam mana mereka tak memberontak. Akhirnya mereka rasa keseorangan dalam dunia ni dan hanya dengan memasuki komuniti gay saja yang membuatkan mereka rasa hidup. Seolah-olah itulah saja dunia di mana orang lain boleh menerima mereka.. dan komuniti gay tu pula penuh dengan dosa.

Secara peribadi, aku menganggap homoseksualiti ini adalah satu ujian yang amat besar, amat pedih. Cuba bayangkan, tiada peluang langsung untuk menikmati rasa cinta secara sah, terpaksa menjadi orang lain, sentiasa rasa keseorangan, dan segala-gala perasaan fitrah yang ada pada kita sebenarnya dosa... dan semua ni terpaksa dilalui sepanjang hayat.. tak dapat menikmati cinta spenjang hayat.. sebab perasaan/penyakit gay ni sebenarnya bagi aku takde penawar, cuma dapat dikawal dan dibendung saja. Seolah-olah orang yang dilahirkan cacat tanpa tangan dan kaki, hiduplah macam tu sampai mati. Sekurang-kurangnya golongan gay masih boleh bersyukur kerana anggota badan masih sempurna, tapi terpaksa berhadapan dengan cacian dan penindasan pula.

Aku sebenarnya memang ada hasrat untuk bekerjasama dengan para-para ustaz untuk membantu mereka ni. Apa yang mereka perlukan adalah penerimaan dan sentiasa memimpin tangan mereka untuk mengingati yang ini semua adalah satu ujian yang besar, jika dapat ditempuhi maka pahala lah ganjarannya.

Dan lagi mungkin kaum-kaum hawa yang berjiwa murni ni patut memainkan peranan. Yang sanggup membantu para lelaki bermasalah jiwa dengan mengorbankan cinta mereka kerana mungkin cinta mereka tak berbalas, tapi mereka harus menjadi kawan rapat kepada para lelaki ini sehinggalah mereka dapat berkahwin (tapi tak rugi pun pasal banyak juga lelaki-lelaki jenis ni yang tampan dan kacak... macam aku, haha gurau je). Dan seterusnya para hawa ni akan sentiasa membantu mereka mengharungi ujian sepanjang hidup mereka.

Nanti sambung lagi... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...